MALAYSIAKINI
Rafizi: Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami
Ahmad Fadli KC | 3:42PM Jan 31 2014
PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli
.Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri."Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi.
Tidak."Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat."Ia demokratik dan ia juga sadistik."Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah."Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.
"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai.
"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah."Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya
.Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini.
Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum."Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata.
Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya)."Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.
"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya...............................
PENGHUNI GUA: RAFIZI SEBAB BILA MEMBELA ALJUBURI. TERPAKSA VELA SEBAB DAH TAHU DAN MULA RASA KEPUTUSAN SILAP DIBUAT. MAKA AIR MATA BUAYA DIKELUARKAN.
.
2. KEMUDIAN NAK SALAKAN KERAJAAN DAN UMNO. APA KE BODOH ALASAN JAMBU NI. DAH SILAP KENCING , NAK SALAHKAN ORANG. HOI, KERAJAAN DAN UMNO TAK ADA KENA MENGENA DLM HAL MENIPU PENGUNDI INI. ITU KERJA KAMU DAN ORANG SEPERTI AL JUBURI AJE!!!!
4. AIR MATA BUAYA TERPAKSA DITITISKAN UNTUK SIMPATI SETELAH BUAT KEPUTUSAN BODOH. BRUTUS PUNYA STAIL. BUAT DULU BARU CARI ALASAN UNTUK HALALKAN CARA. TERKIAL-KIAL CARI JAWAPAN. TAKAT NI HANYA ADA ALASAN BODOH AJE. JADI AIRMATA BUAYALAH JAWAPANYA.
5. 3 FEB INI BARU AL JUBURI NAK BERI ALASAN. TU SEDANG FOK FIKIR ALASAN NAK MENIPU KE TU!!! KAH KAH KAH KAH !!!!