Bagi yang tahu banyak tentang latar belakang
kisah drama politik terbaru di Sabah ini tentu gelak besar melihat Datuk Seri
Anwar Ibrahim turun pakai topi koboi di majlis pengumuman keluar Barisan
Nasional oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing di Dalit,
Tuaran pada Ahad.
Segak dan bergaya.Jangan salahkan bos utama
pakatan pembangkang itu.Beliau tentu kena tampil gembira kerana ada 'anak ikan'
sudah berenang masuk ke dalam kolamnya.
Siapa yang tidak seronok...dalam keadaan
puluhan pemimpin PKR berbagai jawatan dari MP,ADUN, pemimpin kanan, kiri,
tengah, dari Timbalan Presiden sehinggalah ke peringkat rendah meninggalkan
PKR, ada lagi yang ' terpaksa' percaya pada percaturan politiknya.
Kalau duduk diam-diam dan renung sejenak, apa
'blunder' yang Anwar buat dalam konteks politik Malaysia sejak 2008, kita
dengan mudah senaraikan satu persatu.
Dari soal, staf sendiri yang buat laporan
polis kes liwat,pembohongan maha agung 16 September, kes 'keruntuhan' kerajaan PR
di Perak, sampai pemimpin DAP Karpal Singh suruh Anwar bertaubat.
Karpal geram kerana Anwar terima ADUN UMNO
yang melompat,Datuk Nasarudin Hashim dan kemudian dibalas dengan lompatan lain
dari ADUN PR ke dalam UMNO sehingga tumbang Perak.
Dan yang paling epik adalah kes kantoi video
seks dengan amoi China Doll yang sampai hari ini, kita semua percaya 99.99
peratus orang dalam video itu Anwar.Namun beliau relaks buat muka sardin macam
tak ada apa-apa.
Senang untuk baca pemikiran Anwar...nothing to
lose.Untung sabut timbul.Kalau orang tidak percaya pada beliau, itu memanglah
sepatutnya, tapi jika masih ada yang percaya, itu bonus beb.
Samalah kes dengan Bumburing dan Datuk Lajim
Ukim yang tiba-tiba terpaksa percaya dengan segala retorik dan janji politik Anwar.
Bagi Anwar, kes Bumburing dan Lajim ini bagai
bulan jatuh keriba.Sebab itu penerbangan ke Kota Kinabalu dua tiga hari
terakhir ini penuh dengan pemimpin dan petugas PKR.
Di Dalit petang dan di rumah Lajim Ukim malam
Ahad, boleh kata hampir semua pemimpin kanan PKR ada.
Dari Tian Chua, Zuraida Kamarudin, Willion
Leong dan ramai lagi, berpusu-pusu ke Sabah untuk menyaksikan sendiri 'detik
bersejarah' itu.
Anwar dalam ucapannya di Dalit berkata, “ini
turning point dalam politik negara."
Titik perubahan apanya kalau yang sertai dan
percayakan beliau adalah pemimpin-pemimpin yang ada masalah dan takut tidak
dicalonkan semula.
Sumber memberitahu Agendadaily, dalam kes
Bumburing, beliau menjadi calon UPKO untuk kerusi Parlimen P 170 Tuaran pada
tahun 2008 menggantikanDatuk Wilfred Madius Tangau dengan persetujuan
satu penggal sahaja.
Kini ketika penggalnya semakin berakhir,
beliau berusaha melobi sana-sini diberi peluang semula, tapi UPKO katanya tetap
mahu berpegangkepada perjanjian asal iaitu sepenggal sahaja.
"Berikutan itu Bumburing berhajat pula
kerusi DUN Tampurali yang kini milik PBS, sudah tentu PBS tidak lepas, dan
beliau mula bercakap dengan nada dan retorik pembangkang sehinggalah keluar
parti,"kata sumber.
Jika kaji sejarah politik Bumburing ini juga
berwarna-warni,beliau asalnya ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok
Nunukragang Bersatu (PASOK) dan kemudiannya menyertai PBS.
Ketika PBS hadapi krisis dalaman, beliau dan
beberapa yang lain wujudkan UPKO, selepas PBS 'bercerai' dengan BN beberapa
hari sebelum pilihanraya umum tahun 1990.
UPKO jadi komponen BN dan kekal statusnya
sekalipun PBS kembali menyertai BN pada tahun 2002.
Pada Ahad beliau keluar UPKO dan mahu
menubuhkan Angkatan Perubahan sabah (APS) pulak, parti politik ke empat buat
beliau.
Sama kes dengan Lajim, yang mengidam kerusi
Ketua Menteri Sabah sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.
Beliau mula bertanding pilihanraya sejak tahun
1985,menggunakan tiket PBS, kononnya Lajim mendapat maklumat dalaman tidak akan
dicalonkan semula dalam PRU 13 nanti.
Selain dari sikapnya yang anti Ketua Menteri
Datuk Seri MusaAman, Lajim tidak 'sekepala' dengan Ketua Wanita UMNO Beaufort
Datuk Azizah Mohd Dun yang pernah menjadi ahli Parlimen Beaufort.
Lajim diingati dalam sejarah politik Malaysia
sebagai ADUN PBS yang berpakat dengan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa
keluar partimen yertai UMNO sehingga tumbang kerajaan PBS hanya selepas dua
minggu memerintah Sabah dalam pilihanraya negeri tahun 1994.
PBS ketika itu menang tipis 25 kerusi manakala
BN 23 kerusi,Pairin kena tunggu sehari lebih depan Istana TYT untuk angkat
sumpah Ketua Menteri, sebelum ianya kekal hanya dua minggu berikutan lompatan
Lajim dan rakan-rakannya.
Lajim, kata orang, merasakan tindakan beliau
melompat sehingga tumbang PBS itu itu sungguh besar maknanya kepada BN
dan UMNO Sabah, tetapi beliau tidak mendapat 'imbuhan'yang setimpal.
Itulah ceritanya, jadi kalau Anwar temberang
konon kes Bumburing dan Lajim ini satu 'titik perubahan' besar, maka dia hanya
temberang budak-budak muda yang tidak tahu sejarah.
Bagi yang mengikuti dengan dekat turbulasi
politik Sabah, tiada yang peliknya apa yang berlaku pada Ahad, kecuali ramainya
pemimpin PKRdi negeri tersebut, keadaan lain macam biasa.
Di Dalit, Tuaran ketika majlis Bumburing umum
keluar BN itu jumlah kehadirannya ikut kata wartawan yang bertugas di sana
lebih kurang 2000 orang sahaja.
Pada sebelah malam, majlis di Kampung Kuando
Beaufort jumlah kehadiran lebih kecil, tak sampai seribu.
Sebab itu, kita tengok tweet-tweet pemimpin
PKR dalam kedua-dua majlis tersebut, hanya cerita apa yang Bumburing, Lajim dan
Anwar cakap.
Tidak tweet jumlah kehadiran, kerana kalau
ikut kayu ukur di Semenanjung, jumlah yang hadir itu 'fail'.
Kesimpulannya mudah kisah Bumburing dan Lajim
ini sama kes dengan Anwar, orang putih kata 'birds of a feather flock together'
atau terjemahannya, burung sebulu terbang bersama.
Bagi Bumburing, Lajim dan Anwar, kalau orang
tak percaya,mereka tidak rugi apapun, tetapi jika ada lagi yang masih
bergantung harap kepada mereka, itu bonus.
Manakala bagi BN pula, gabungan politik paling
berjaya sejak merdeka, pemimpin datang dan pergi, parti akan kekal dan tiada
siapa yang lebih besar dari parti.
Pada Bumburing, Lajim dan yang sama waktu
dengannya, sepertikata budak-budak muda sekarang ini, "you kata hai-hai
(pembangkang), ku kata bye-bye...-30/7/2012- OLEH HELME HANAFI
Penghuni Gua : Oooohhhhhh!!!!! Itu kisahnya !!!!! Bye bye Lajim dan Bamburing. Semuga berbahagia dengan bapa ikan baru. Kih kih kih kih kih !!!!!