FOLLOWERS

Thursday 30 September 2010

PERANGAI PEMIMPIN PARTI SAMPAH !!!

Utusan Malaysia
30 sep 2010


Penghuni Gua : Lu pikir le sendiri. Bukan kita yang kata ; orang mereka sendiri yang kata.

GANGTER DI PEMILIHAN PKR : JAUHI PARTI SAMPAH INI !!!






KLANG 29 Sept. - Ahli perniagaan, S. Kottapan tetap mempertahankan dakwaannya yang beliau ditumbuk dan ditendang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja, Ahad lalu.

Kottapan berkata, kejadian itu memang berlaku kerana Xavier berang dengan tindakannya mengoyakkan sehelai kertas undi sebagai membantah sesi pemilihan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga di sini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Ada guna gangster, mesyuarat penuh dengan kekecohan, tak teratur, baling kotak kertas undi dan sebagainya.

2. Adakah parti seperti ini kita nak berikan amanah untuk mentadbir negara? Nak urus parti sendiri pun kelam kabut. Apa lagi nak urus dan mentadbir negara.

3. Fikirkan pengundi muda. Jangan perjudikan masa depan anak cucu kita kepada parti sampah ini. Bukannya kerajaan sekarang ini terlalu baik dan sempurna , tetapi ia jauh lebih baik dari parti dan pemimpin parti sampah ini. Kesilapan kerajaan sekarang boleh diperbaiki dan diperbetulkan. Bukan terus kita perjudikan kepada parti dan pemimpin seperti diatas yang belum tahu hujung pangkal mereka.

4. Melihat kepada mesyuarat pemilihan PKR ini, PG yakin dan berpendapat, jahanamlah negara ini jika mereka memerintah. Ada otak , lebih baik kita fikirkan jauh-jauh . Ingat, parti ini hanyalah sampah terbuang dan tak ada agenda jangka panjang. Parti ini, penuh dengan mereka yang berkepentingan!!!!

PAS DAH PANAS BADAN : AGENDA DAILY





Berbeza dengan senario menjelang pilihanraya kecil yang lampau…PAS nampak macam darah gemuruh sikit untuk berdepan dengan Galas walaupun kerusi itu miliknya.

Antaranya kalangan pemimpin PAS membuat kenyataan yang bernada pelik.Kata orang ‘ buang tabiat’ bunyinya.

Mungkinkah mereka goyah mengenangkan kejutan ketika pilihan raya kecil DUN Manik Urai tak jauh dari situ ,Julai tahun lalu apabila calon mereka Fauzi Abdullah hanya menang tipis dengan 65 undi.

Dari pemerhatian ada tanda-tanda yang jelas apa buat PAS cukup tak sedap badan macam deman tak kebah ialah faktor Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dilantik sebagai Pengarah pilihanraya BN untuk pilihanraya kecil itu.

Sebab itu, tiga pemimpin PAS buat kenyataan pelik pasal PRK Galas.

Jika Selasa Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berrkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas kononnya atas dasar perpaduan Melayu.

Rabu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib pula kata Tengku Razaleigh Hamzah akan sokong calon mereka.

Harakahdaily.net pula memetik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.

"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.

"Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku.

Sama ada sudah buang tabiat atau sudah merepek agaknya pemimpin-pemimpin PAS bila mereka sedar PAS bukan lagi ada jalan mudah untuk menang di Galas.

Logik ke Tengku Razaleigh , ahli parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO Bahagian itu sejak sekian lama tiba-tiba hendak sokong calon PAS dalam PRK Galas?

Walaupun beliau nampak macam memihak PAS dalam isu royalti Petronas untuk Kelantan, ini tidak bermakna bekas Menteri Kewangan itu sanggup korbankan prinsip dan kesetiaannya selama ini dengan UMNO dengan menyokong calon PAS.

Kenyataan Harun dan Takiyuddin hanya menggambarkan parti itu sudah kecut perut untuk bertembung UMNO atau BN di Galak tidak lama lagi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS dah mula panas badan. Deman tak kebah. Pok Nik pun tiba-tiba tawar ahli UMNO masuk PAS. PAS dan Pok Nik mimpi kot.

2. Panas, Panas!!!!

Wednesday 29 September 2010

LAWAK TERBARU PAS !!!!





Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : He he he he !!! Lupakanlah. Sertai PAS? Parti dan pemimpinnya yang hanya menjual agama untuk kepentingan politik? Parti dan pemimpinnya yang mengkafirkan sesama islam? Parti yang mulut pak lebainya lebih teruk dan celuparnya dari kami orang awam ini?

2. Maaf lah. baik kami duduk bebas tak berparti seperti ini dan menyokong apa yang pada pandangan kami adalah benar. Parti ini, rasuah pun jadi sponsor haji! Sembanhyang pakai dua imam dan dua masjid, sembelihan orang UMNO haram di makan. Apa cerita nya !!!!

3. Sudahlah !!!!! Menyampah !!!!! Baik ikut otak sendiri seperti yang diajar oleh bapak PG. Tak ada siapa boleh kawal dan bentuk fikiran kita. Senang.

4. Nak gelak PG dengan pelawaan ini. Kuat sangat ke PAS ini? ....Kih kih kih kih kih !!!!!

KONSPIRASI SIAPA PULAK DALAM KES LIWAT NI ?



Pengawal tak mengaku lakukan seks luar tabii
Oleh Norakmah Mat Youb
2010/09/29

GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun, baru-baru ini. Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dari Kampung Gajah, Perak, didakwa melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 204, Rope Walk Hotel, Jalan Pintal Tali, antara jam 11 malam dan 12 tengah malam, pada 14 September lalu. Tertuduh yang memakai baju T dan berseluar jeans, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail, yang memohon supaya tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian memohon mahkamah supaya mengurangkan jumlah jaminan kepada RM4,000 kerana dia hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan keluarganya menetap di Teluk Intan, Perak.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh kes itu pada 15 Oktober ini untuk sebutan semula, serta memberi peluang tertuduh melantik peguam mewakilinya.

Baru-baru ini, media melaporkan pasangan kembar bersama teman sebaya mereka yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar, Perak pada 11 September lalu ditemui di Paya Terubong, di sini, pada 21 September lalu.

Mangsa bersama seorang lagi kembarnya dan seorang rakannya ditemui bersama-sama dua lelaki dipercayai teman pasangan kembar terbabit di sebuah rumah, kira-kira jam 8 pagi.

Penghuni Gua : Hmmmmmmmmmmmm. Ini konspirasi siapa pulak agaknya. Mungkin PG kot. Tapi tak menasabah pula. ................! Konspirasi siapa ye ? Siapa yang berkonspirasi terhadap lelaki ini?

2. Keh keh keh keh keh keh !!!!!!

Tuesday 28 September 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES TIPU / BUDI BICARA YAA HAKIM !!!


[1992] 1 MLJ 225
Abang Zailan bin Abang Zainal v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPEAL NO KG 11 OF
1991

Judges CHONG SIEW FAI J

Date 22 OCTOBER 1991
Citation [1992] 1 MLJ 225


Catchwords:

Criminal Procedure — Sentence — When other charge may be taken into consideration — Effect of taking other charges into consideration — Discretion of court — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 171A

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu mengaku salah atas enam tuduhan menipu. Walau bagaimana rekod menunjukkan bahawa tiga daripada enam tuduhan itu telah juga ditarik balik dan diambil dalam pertimbangan. Perayu telah dihukum penjara selama tiga tahun dan didenda sebanyak $3,000 atas tiga tuduhan. Rekod menunjukkan bahawa dia telah dibebaskan dengan tiga tuduhan yang lain. Perayu telah merayu terhadap hukuman-hukuman tersebut.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Perayu mesti bersetuju supaya tuduhan diambil dalam pertim. Rekod tidak menunjukkan yang perayu telah bersetuju supaya tiga daripada tuduhan-tuduhan itu diambil dalam pertimbangan.
(2) Mahkamah perbicaraan mempunyai budi bicara yang luas sama ada atau tidak untuk mengambil sebarang kesalahan dalam perbicaraan. Tiada apa-apa pun dalam rekod yang menunjukkan bahawa mahkamah telah menjalankan budi bicaranya. Rekod juga tidak menunjukkan yang majistret perbicaraan telah pada pertimbangan hakim , mengambil tuduhan-tuduhan itu dalam pertimbangan.

(3) Apabila kesalahan-kesalahan diambil dalam pertimbangan, pesalah tidak boleh didakwa atau diperbicarakan berkenaan dengan kes yang sama.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq.

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

GUGUR KES LIWAT DSAI : INI WAJAH PENDESAKNYA !!!!



Penghuni Gua : Inilah rupa dan gaya penyokong tegar DSAI yang mendesak PM Malaysia mengugurkan kes liwat DSAI dari dibicarakan di mahkamah semalam. Berita lanjut : KLIK. Perangainya sama aje dengan orang yang disokongnya.

2. Itu pun ramai penyokong Mat saleh ( Sir Richard Branson ) yang hidup songsang ini di Malaysia. Lihat aje le, blog-blog sebelah sana yang bukan main dengan bangga dan begitu taksub menyokong kenyataan mat saleh ini. Kesian!!!!! Rujukan paparan ini dari sumber Agenda Daily.

" KESIAN " ZAID IBRAHIM !!!!!!



Isu kesetiaan: PKR belum matang, kata Zaid
Salhan K Ahmad & Joseph Sipalan
Sep 27, 10
4:34pm


Perkembangan yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu menunjukkan PKR masih belum matang dalam mengamalkan ideologi yang didukungnya, kata Datuk Zaid Ibrahim. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kesian. Zaid baru tahu rupanya.

2. Untuk makluman Zaid dan pengundi muda semuanya, PKR ini bukan sahaja tidak matang, tetapi adalah parti yang akan melacurkan semua perkara bagi kepentingan politik mereka. Lidah pemimpin mereka pun semuanya bercabang seperti biawak.

3. Jadi kepada Zaid, Talkin untuk anda. Tak lama dah tu, rasa-rasanya Zaid bungkus dalam pertandingan ini. Pastinya Zaid akan keluar PKR. Kemana ye parti yang nak disertainya?

4. Ada baiknya Zaid sertai DAP. Semuanya samarata. Kepada pengundi muda, fikirkan. Itu bukan yang kami kata bahawa PKR tak matang tetapi pemimpin / penyelaras PKR sendiri yang selama ini Zaid dijulang sebagai wira dan seorang yang sempurna. Tak percaya tanya TGNA siapa Zaid. Manusia maksum. Lihat kembali apa yang TGNA golongkan Zaid : manusia yang amat baik dan hampir " sempurna " semasa PRK Hulu Selangor.

5. Padan muka kau Zaid !!!! Anda hanya sampah sarap walau di mana pun anda berada. Apa lagi jika anda berapa dalam PKR iaitu Parti sampah sarap. Lagi le teruk jadinya!!!!

Monday 27 September 2010

ADUN GALAS KEMBALI KE RAHMATULLAH ! ALFATIHAH !!!


Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

REPLIKA 4 BILLION : GAMBAR DAN SURAT-SURAT BERKAITAN !!!!

Dipetik dari blog : MIM






Penghuni Gua : Siapa yang temberang? Siapa yang berkonspirasi? Adakah semua bukti ini , kerajaan pusat yang lakukan ? Kah kah kah kah kah kah.

DUIT JUDI : MULUT BIAWAK PEMIMPIN PAS !!!!





KOTA BHARU 26 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) terus berdolak-dalik apabila mengelak untuk membuat sebarang ulasan mengenai tindakan DAP menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai, Khalifah Lim akhirnya mengaku terima duit judi untuk perkara kebajikan. Dulu mennetang sangat judi bola. Sekarang bagaimana?

2. PAS pun dulu termasuk TGNA bukan main menentangnya. Buat demo tiap masjid lepas jumaat menentang judi bola. Jadi PG nak tengok juga keihklasan PAS samada berani tak buat demo untuk membantah tindakan Khalifah Lim ini di mana-mana masjid pada jumaat depan. Dr Hatta boleh le membantu untuk selaraskan demo. Dialah pakar demo haram bab judi ini.

3. Jom kita sama-sama pantau demo haram PAS mengenai isu ini. Kalau tak ada demo dan kenyataan dari pemimpinnya selepas ini, jawapannya senang aje. Mereka ini lidah bewok semuanya. Setakat ini, TGNA, Mahfuz, Dr Hatta, Tuan Ibrahim, Tantawi senyap kemetot tak bersuara. Jika tidak bukan main lagi dianya memuji kerajaan Khalifah Lim ini.

4. Suka sikit ! Kah kah kah kah kah kah kah !!!!

Nota : Pemimpin PR ini semuanya cakap tak serupa bikin. Politik semuanya. Cakap memang sedap , berdegar tiap masa. Punggung sendiri penuh dengan tahi. Meleleh lagi!!!

Sunday 26 September 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BUANG KERJA / CONSTRUCTIVE DISMISSAL !




[1992] 1 MLJ 230
Holiday Inn, Kuching v Lee Chai Siok Elizabeth
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — ORIGINATING MOTION NO KG 21
OF 1990

Judges HAIDAR J

Date 18 OCTOBER 1991
Citation [1992] 1 MLJ 230


Catchwords:

Labour Law — Constructive dismissal — Test applicable — Jurisdiction of Industrial Court — Industrial Court committing error of law in applying wrong test — Industrial Relations Act 1967 s 20(1) & 3

Labour Law — Dismissal — Compensation — Award of compensation in lieu of reinstatement — Whether Industrial Court can award compensation when claim for reinstatement had been abandoned — Industrial Relations Act 1967 s 20(1) & (3)

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon memohon mendapatkan perintah certiorari untuk memaward Mahkamah Perusahaan bagi pampasan dan gaji tersebagai ganti penempatan semula penentang. Mahkamah Perusahaan telah mendapati bahawa penentang telah dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang berpatutan daripada pemohon. Penentang berhujah bahawa pembuangan kerja konstruktif telah berlaku dalam kesnya. Pada mulanya semasa membuat perwakilan beliau mahu pesemula di bawah s 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (‘Akta itu’) tetapi semasa pembicaraan di hadapan Mahkamah Perusahaan beliau telah meminta ganti rugi sebagai ganti penempatan semula.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Mahkamah Perusahaan telah menerima ujian kontrak sebagai ujian yang sepatutnya bagi ‘perbuangan kerja konstruktif’ dan telah mendapati bahawa pemohon tidak mengingkari kontrak itu. Keputusan Mahkamah Perusahaan yang kelakuan majikan petidak adil dan munasabah menunjukkan bahawa ‘ujian ketakmunasabahan’ menjadi asas keputusannya. Mahkamah Pe, dalam membuat keputusan yang salah bahawa pemkerja telah berlaku berasaskan ‘ujian ketakmunasabahan’, telah melakukan satu kesilapan undang-undang yang menyentuh bidang kuasa mahkamah. Jikalau ia menggunakan ujian kontrak yang betul, sudah tentu tiada ‘pembuangan kerja konstruktif’ berdan Mahkamah Perusahaan tidak akan mempunyai bidang kuasa untuk bertindak.

(2) Penentang tidak termasuk di dalam lingkungan peruntukan s 20(1) dan (3) Akta itu kerana badan perundangan bermaksud supaya permohonan dibuat kepada Mahkamah Perusahaan cuma berkenaan dengan penempatan semula dan apabila penempatan semula tidak lagi dipohon, Mahkamah Perusahaan tidak lagi mempunyai bidang kuasa. Hak untuk mendapt pampasan harus menjadi isu dalam perwakilan bagi penempatan semula dan semestinya timbul di mana mahkamah enggan memerintahkan penempatan semula. Dalam kes ini penentang tidak mahukan penemsemula dan tiada asas untuk memberi ganti rugi atau pampasan sebagai ganti penempatan semula. Mahkamah Perutelah membuat kesilapan undang-undang yang menjejas bidang kuasanya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

BOLEH JALANLAH NAZRI : AWANG SELAMAT !!!!







Tulisan bertajuk Alahai Nazri... dalam ruangan ini minggu lalu, mencetuskan perhatian besar. Pada hari Ahad itu sahaja, Awang menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel menyatakan sokongan. Tetapi itu bukanlah tujuan sebenar Awang.

Sebagai pengamal media, Awang hanya ingin menyatakan kebenaran dengan menyanggah tuduhan liar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap Utusan. Antaranya beliau mendakwa Utusan mahu menjadikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selain kononnya akhbar tersebut tidak menyokong Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Seperti yang dijangka, Nazri mengeluarkan kenyataan balas menerusi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider menghentam Utusan dan Awang Selamat. Ada hujah yang bernas dan ada yang tidak. Nazri menasihatkan Awang agar tidak mencampuri urusan politik negara. Ini kata beliau kerana Awang sifar pengalaman dan cetek pengetahuan berbanding beliau yang sudah empat kali menang bertanding pilihan raya umum.

Nazri juga tidak semena-mena tampil menyatakan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu, barulah orang Melayu. Apa lagi... para pemimpin Cina terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng - dinasti DAP - memuji Nazri melambung-lambung. Mereka berdua berharap menteri Kabinet lain mencontohi Nazri. Akhbar-akhbar Cina berlumba-lumba melahirkan penghargaan kepada Nazri seolah-olah beliau super hero yang turun dari langit. Pada masa yang sama, akhbar Cina mengambil kesempatan membelasah Dr. Mahathir, Perkasa mahupun Utusan. Awang hanya geleng kepala tanpa sedikitpun teruja dengan kenyataan Nazri mahupun pujian ke atas beliau.

Kritikan

Dalam reaksinya, Nazri menyatakan Awang tidak faham mengapa beliau bersopan dengan pembangkang. Katanya, ia adalah tindakan tepat dalam amalan demokrasi kerana ahli Parlimen pembangkang juga dipilih oleh rakyat.

Maka Awang tertanya-tanya apa salahnya jika Utusan juga bersopan dengan negarawan seperti Dr. Mahathir dan berbaik-baik dengan NGO Melayu termasuk Perkasa yang membawa suara akar umbi Melayu.

Antara faktor ramai orang Melayu menghukum BN pada pilihan raya umum lalu adalah kerana merasakan kepentingan mereka tidak dibela sewajarnya. Ramai pemimpin bukan Melayu komponen BN turut menerima padah apabila Melayu tidak mengundi BN. Awang tidak mahu kesilapan berulang apabila kita mengabaikan suara hati orang Melayu. Walaupun bukan sebagai wakil rakyat seperti Nazri, Awang juga mahu BN dan UMNO menang tetapi tanpa mengguris hati orang Melayu.

Awang sebenarnya tidak mahu perdebatan dengan Nazri berlarutan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Cuma Awang lebih terpanggil menjawab sinikal Nazri berkaitan kemerosotan edaran akhbar Utusan. ‘‘Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru,’’ katanya.

Awang hairan mengapa soal itu timbul. Apakah hanya disebabkan ada kritikan daripada media maka Nazri berusaha memperlekehkan media berkenaan. Apakah wajar menteri pada era alaf baru bersikap seperti itu. Awang tidak mahu mempersoalkan standard Nazri yang sememangnya tinggi. Namun jika Nazri menjadi menteri di Indonesia, Thailand dan Filipina dan banyak negara lagi, beliau akan dihentam habis-habisan oleh media sekiranya itulah cara beliau menangani kritikan.

Kritis adalah hal biasa apatah lagi dalam dunia media. Menegur bukan bererti tidak menyukai menteri atau pihak yang ditegur. Nazri sepatutnya lebih faham kerana beliau selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berfikiran moden, liberal dan terbuka. Bagaimana akhbar arus perdana Melayu mahu berkembang jika ada menteri yang tidak boleh sedikitpun dikritik.

Kemerosotan

Dalam soal penurunan edaran akhbar, trend itu berlaku di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu. Di Amerika Syarikat, akhbar berpengaruh seperti The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan LA Times menyaksikan penurunan edaran yang terburuk dalam tempoh 40 tahun. Begitu juga dengan akhbar-akhbar berpengaruh di Eropah terutama di United Kingdom, dengan purata penurunan 10 peratus.

Akhbar Daily Mirror misalnya yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan pengaruh yang hebat, tidak terkecuali menerima tempias fenomena global yang melanda industri persuratkhabaran. Daily Mirror pada tahun 2000 mencatatkan pengedaran 2.3 juta naskhah tetapi pada 2009 hanya mencatatkan 1.4 juta naskhah.

(Bayangkanlah akhbar di Barat yang kebanyakannya bukan di bawah pemilikan parti, menikmati kebebasan meluas, ekonomi lebih baik dan minat membaca yang tinggi di kalangan rakyatnya, ketara merosot. Inikan pula akhbar seperti Utusan, yang turut berdepan dengan tindakan boikot oleh pembangkang atas percaturan politik dan agenda kaum).

The Malaysian Insider

Kepesatan teknologi maklumat terutama menerusi Internet ternyata memberi kesan kepada industri persuratkhabaran konvensional.

Pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, ‘memburukkan’ lagi keadaan. Itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.

Di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran. Tidak perlu Awang senaraikan nama akhbar, sesiapa pun boleh membuat kajian.

Mengulas tanggapan beliau bahawa Utusan selalu merujuk kepada media alternatif, Awang percaya beliau maksudkan adalah The Malaysian Insider, yang menjadi kesayangannya.

Untuk pengetahuan Nazri, sebelum pun tercetus isu beliau menghentam Utusan, The Malaysian Insider kerap menyajikan dan menceduk laporan Utusan biarpun tanpa kebenaran. Laporan Utusan asyik dijadikan perdebatan dalam portal itu, yang turut menyumbang kepada popularitinya. Jadi siapa yang banyak merujuk kepada siapa? Mungkin tanpa isu-isu yang dirintis oleh Utusan, portal berkenaan akan merudum sambutannya.

Dalam pada itu, Nazri tidak tahu walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versi Utusan Online. Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu.

Apa yang Awang ingin sampaikan, era menteri semestinya betul dan menganggap dirinya tahu dalam serba serbi, sudah berlalu.

Institusi Melayu

Awang tidak berhajat untuk berdebat tentang Nazri selepas ini. Cukuplah. Jika ada lagi reaksi beliau selepas ini, Awang akan berdiam. Ini bukan soal mencari kemenangan. Dapat menyampaikan mesej, sudah memadai. Awang tetap menghormati Nazri sebagai seorang menteri.

Sekiranya beliau tidak pro-Utusan, yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, itu tidak mengapa. Tetapi sebagai menteri UMNO, beliau sepatutnya tahu betapa Utusan berdepan dengan banyak kekangan dan cabaran tersendiri. Pun begitu, Utusan tidak pernah berganjak sejak dahulu lagi dalam mempertahankan Perlembagaan, menolak ekstremisme dan mendokong keharmonian.

Adalah dangkal bagi sesiapa menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu, yang selama ini sudah banyak berkorban dan bertolak ansur. Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita, tidak pula diganyang. Apakah perlu ada kayu ukur berbeza antara media arus perdana Melayu dan Cina? Dalam apa keadaan dan tafsiran - ketika lemah, buruk, sakit dan meratap sendirian - Utusan sentiasa ke hadapan berjuang untuk UMNO dan orang Melayu.

Maka janganlah perlekehkan Utusan sebagaimana yang dilakukan secara tersusun oleh banyak pihak bukan Melayu. Utusan bukan sekadar akhbar, Utusan adalah institusi Melayu. Awang hanya pertahankan Utusan, tidak lebih daripada itu. KPI Awang dan rakan-rakan di Utusan bukan soal jumlah edaran akhbar semata-mata. Sejak sebelum merdeka lagi, akhbar ini tidak pernah lari daripada tugas menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Apakah itu menjadi masalah kepada Nazri dan sesiapa jua?

Penghuni Gua : Boleh jalanlah Nazri. Boleh jalanlah anda. Hiduplah dengan bodek anda. Kepada Nazri juga, suara Utusan adalah suara orangMelayu. Sebahagian besarnya. Suara Nazri selama ini pun bukan suara orang Melayu. Suara Nazri , hanya suara syok sendirinya sahaja.

2. Meluat. Jangankan nak dengar suaranya, nak melihat gambarnya pun menyampah......................................

Saturday 25 September 2010

NAIB PRESIDEN PKR DAKWA DIA KALAH KERANA POLITIK WANG !!! KAH KAH KAH KAH KAH !!!!





Naib Presiden PKR Mustafa Kamil menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini. ...................................................................................................................................

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustafa akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki wujudnya "politik wang" dalam pemilihan cabang itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai, PKR sebuah parti " suci " . Takkan ada politik wang. Mana boleh. Pemimpin agungnya pun " sesuci air dari gunung". Jadi mustahil ada politik wang. Mustafa kamal mimpi kot.

2. Politik wang dalam PKR ? Jom kita gelak ramai-ramai. Kah kah kah kah kah kah. Politik wang ? Kah kah kah kah kah. Bukan kot. Mungkin sedekah !!! Kah kah kah kah kah !!!

Nota : Untuk Mustafa Kamal PG nak tanya, dah kalah, baru tahu ke !!!! Kami semua dah tahu semua. dari dulu lagi. Kepala utama politik wang ialah pemimpin agung mereka yang " suci bersih " le. Dialah pelupornya semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu. Kah kah kah kah kah kah kah !!!!

MELAYU AKAN HILANG KUASA : TUN MAHATHIR !!!!





KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.
“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya. ............................................................................................................

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

Penghuni Gua : Fikirkan pengundi muda Melayu. Fikrkan masa depan keturunan anda. Jangan jadi melayu yang di lembukan. nak kenal melayu yang dilembukan dan terus di lembukan ? Lihat aje Si Nizar Jamaluddin dan juga naib Presiden DAP dan juga Tim Ketua Menteri Pulau Piang. Lihat apa beliau boleh buat untuk kepentingan Melayu?

2. Hanya jadi lembu tua aje mereka bertiga. Yang lain banyak lagi. Tapi cukuplah dengan contoh 3 orang tu. Memadai kot!

2. Kenyataan tun Mahathir di atas telah mendapat reaksi budak mentah Nurul Izzah. Nurul Izzah ajak Tun Mahathir berdebat. Berdebat? Budak mentah ini nak berdebat? Baik dia uruskan dirinya dan bapanya cukuplah.

3. Juga lebih baik beliau kaji diri sendiri dan berdebat dengan dirinya sendiri cukuplah. Buat keputusan pun huru hara. Kejap berkecuali, kejap sokong Zaid kejap tak mahu bertanding Naib Presiden PKR , kejap bertanding pulak...............Itu pun tak berprinsip. Nak berdebat dengan Tun? Kah kah kah kah kah !!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMUNGKIRAN PERKAHWINAN!!!!


[1992] 1 MLJ 215
Oh Thevesa v Sia Hok Chai
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — SUIT NO S7–23–73 OF 1990

Judges LIM BENG CHOON J

Date 22 OCTOBER 1991

Citation [1992 1 MLJ 215


Catchwords:
Contract — Promise to marry — Breach — Parties not free to marry each other when promise was made — Whether against public policy to allow action to proceed

Civil Procedure — Pleadings — Striking out statement of claim — Uncertainty in the law — Point of law required serious argument — Summary procedure of striking out of statement of claim not appropriate — Rules of the High Court 1980 O 18 r 19
Facts:

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah mengambil tindakan ini terhadap defendan untuk meganti rugi bagi kemungkiran janji mengahwininya, bunga dan kos. Defendan menafikan bahawa dia telah berjanji untuk mengahwini plaintif dan dalam apa keadaan sekalipun plaintif tahu pada setiap masa yang penting bahawa dia sudah berkahwin. Defendan memohon di bawah A 18 k (1)(a) dan (b) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk membatalkan tindakan plaintif. Peguambela bagi defendan berhujah bahawa membenarkan plaintif meneruskan tindakannya adalah bertentangan dengan aturan akhlak dan polisi awam kerana plaintif tahu yang defendan sudah berkahwin. Permohonan defendan telah dibenarkan oleh penolong kanan pendaftar dan plaintif telah merayu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Prosiding terus di bawah A 18 k 19(1)(a) dan (b) hanya boleh digunakan jika boleh dilihat dengan jelas bahawa satu tindakan atau jawapan adalah pada mukanya ‘obviously unsustainable’. Jika ada perkara undang-undang yang memerlukan perbincangan serius, suatu bantahan harus diambil atas pliding itu dan perkara itu ditetapkan untuk penghujahan di bawah A 33 k 2.

(2) Keesahan perjanjian perkahwinan yang dibuat oleh defendan yang sudah pun berkahwin semasa ia membuat perjanjian itu, kepada seorang plaintif yang semasa perjanjian itu dibuat tahu-menahu akan taraf perkahwinan defendan, belum lengkap diselesaikan dalam undang-undang. Persoalan yang timbul mewajibkan peryang matang dan berhati-hati atas suatu perkara undang-undang yang serius. Defendan tidak boleh menghalang plaintif daripada mendapat penghakiman yang memihak kepadanya dengan menggunakan prosedur terus dalam A 18 k 19. Dia patut menggunakan prosedur di bawah A 33 k 2.

(3) Adalah juga tidak jelas daripada keterangan afidavit secara tepat bila plaintif mendapat tahu akan taraf perkahwinan defendan, dan ini mempunyai kesan ke atas soalan sama ada tindakan plaintif boleh dibatalkan atas alasan penentangan aturan akhlak dan polisi awam.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Friday 24 September 2010

REPLIKA CEK 4 BILLION : TING TONG PEMIMPIN PAS !!!




PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lihat dan perhatikan ting tong, tingtong PAS dan pemimpinnya. Dulu semua nafi tak kenal dan tak pernah jumpa wakil syarikat ini. Sekarang bukan sahaja TGNA yang pernah dua kali jumpa malah Tim MB Kelantan, akhirnya mengaku pernah perjumpa dan adakan perbincangan dengan mereka.

2. Siapa bohong? Tak lain, seperti biasa, pemimpin berjubah dan berserban inilah yang berbohong kemudian menuduh kerajaan berkonspirasi untuk mengenakan kerajaan PAS.

3. Kerajaan selalu dikambing hitamkan, bagi menyuciakn pembohongan gulongan berjubah ini. Biasalah cakap si mulut rabek ini!!! Tak gitu?

Nota : Lepas ini mesti ada lagi yang mendedahkan pernah berjumpa dengan wakil syarikat ini. Baik mengaku awal dari didedahkan oleh wakil syarikat ini!!! Nak selamat katakan!! Itu yang PG selalu katakan, mesti ada di kalangan pemimpin tertinggi PAS dan seperti biasa merekalah yang selalu mempermainkan dan nak mengenakan TGNA. Fikirlah Pok Nik. Jnagan nak salahkan orang. Lihat si menantu dan mereka yang di keliling anda!! Tak gitu ?

GEREJA ORANG ASLI : MENGAPA PAS NAK HALANG ?






Pembinaan gereja untuk orang Asli di Pos Pasik, 70 km dari Gua Musang sepatutnya tidak menjadi masalah jika ia dibuat melalui saluran yang betul dan bukannya secara 'bina dulu dan memohon kebenaran kemudian', lapor Harakahdaily.

"Isu utama saya nampak ialah pembinaan tanpa izin pihak berkuasa Jheoa (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) dan pejabat tanah Gua Musang,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Yusof Wan Ngah. Berita lanjut : KLIK.

Penghuni Gua : Hairan juga mengapa PAS dan PAS Kelantan bising dan marah-marah serta menghalang pembinaan gereja orang asli di Gua Musang. ? Hairan dan pelik juga.

2. Alasannya gereja ini dibina dahulu , barulah nak buat permohonan. PAS cakap tak ikut prosedur dan undang-undang.

3. Mengapa PAS menghalang dan kata tak ikut prosedur dan undang-undang? Kah mereka ini kawan rapat untuk tidor bersama dalam politik. Lihat ajelah, bukan main Tan Sri Pakiam berpeluk-peluk bila jumpa TGNA. Dalam isu Allah walaupun menyalahi undang-undang negara, PAS kata boleh sebab kata PAS , Allah untuk semua. Ia boleh dekatkan mereka dengan islam.

4. Masa bila pulak PAS mengikut undang-undang. Sejak dulu PAS dan pengikutnya buat demo sepanjang masa secara haram atas dasar kebebasan. Jadi biar le gereja di bina atas alasan kebebasan agama. Biar gereja di bina diseluruh Kelantan. Dulu bila kerajaan merobohkan kuil haram India, bukan main PAS menjadi juaranya. Kata ia kejam dan sebagainya. Apa beza dengan isu ini?

5. Apa pulak PAS sibuk kata pembinaan ini tidak ikut undang-undang? Kan PAS tak iktiraf undang negara ini yang di katakan undang-undang kafir. Pakai le undang-undang islam PAS yang halalkan semua perkara bila ada keuntungan politik.

6. Begitu juga dengan isu eli Telanjang, bukan main PAS menghalalkan si Eli tu. Siap bagi fatwa lagi katakan ini hal peribadi Eli.

7. Bila kena batang hidung sendiri dan di negeri pemerintahan sendiri, baru lah terasa panasnya dan pandai pulak nak ikut undang-undang yang di katakan sekular dan kafir tu!!!!!

8. Jadi kepada pengundi muda ! LIhat dan fikirkanlah. Inilah lidah bercabang PAS. Jangan dengar apa lagi percaya kepada janji, fatwa dan ayat suci yang dijaja oleh pemimpin parti ini. Semuanya bohong dan hanya halal bila ada keuntungan politik.

9 Kepada Tan sri Pakiam, padan dengan muka anda. Inilah rupanya rakan baik anda . Dulunya siap pihak gereja beri arahan kepada penganutnya agar semasa PRU12 , pengikutnya perlu pangkah Pakatan. Sekarang rasakanlah. Cakap banyak sangat dan menikam rakan dan kerajaan dari belakang. Sekarang kamu rasakan pulak penangan dann tabiat buruk rakan kesayangan kamun ini.

10. Mereka ini terutama PAS, tak lebih hanya untuk keuntungan politkk . Dulu PAS dan Pakatan juga katakan semua halal atas alasan hak asasi dan kebebasan beragama. Sekarang bagaimana? Mengapa nak halang. Sepatutnya alasan yang sama di beri bagi pembinaan gereja ini? Jadi sudah lah !!!!! Orang ramai selalu cakapa, mulut pemimpin PAS ini mulut " rabek ( koyak ) ". Tak gitu ?

Thursday 23 September 2010

MUNAJAT DI MEKAH : BIAR BETUL YOP , YB ZULKIFLI NORDIN


Dipetik dari Blog : YB Zulkifli Nordin

BIOR BETOI YOP!
Salam 2 all.


Teman agak terkejut membaca lapuran bahawa sebuah Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan mengadakan perancangan membawa 40 orang ustad untuk sembahyang di Masjidil Haram untuk mendapatkan royalti minyak daripada Petronas (lapuran penuh teman siarkan dibawah yop). Teman dah check dan double check lapuran tersebut untuk pastikan kesahihannya (pase teman tak mau jadi macam setengah pak-pak jangoat main rembat je apa pemfitnah dan pembohong sumbatkan ke kepala dema yop, peh tu ngembek sakan macam fitnah tu betoi, langsung tak check walaupun ALLAH suruh check dulu). Dan teman dapati memang lapuran tu betoi yop.

Sebenarnya tak salah buat sembahyang ni dan doa mintak pada ALLAH, tapi yang mengejutkan teman kos sembahyang di Mekah ini ialah RM400,000-00!! Dekat setengah juta yop!!

Isyk..isyk..isyk..tak boleh ke sembahyang hajat tu buat di Stadium Kota Bharu je yop! Atau kat Stadium Darul Aman Kedah ke, atau mana-mana masjid yang berlambak dalam negara ni.

RM400,000-00 kalau bagi orang miskin buat rumah RM25,000-00 sebijik dah lebih 15 rakyat miskin dapat rumah. Kalau bagi fakir buat haji, 45 orang susah dah selesai tanggungjawab menunaikan rukun Islam. Banyak boleh buat dengan RM400,000-00 tu yop!!

Teman tak mau nak komen banyak sangat, nanti pak jangot terkentut-kentut pulak. Tapi mengkome semua pikio sendiri lah yop. Naik riso juge teman dengan keghairahan dema mengejor royalti ni. Kalau pikio balik-balik yop, agaknya ada hikmahnya kot ALLAH tak bagi royalti ni. Tau ajelah yop, bab duit ni, jangankan ustad, adik beradik pun sanggup berbunuh yop!

Malahan Rasulullah saw sendiri pernah berpesan (lebih kurang mafhumnya), "aku tidak takut kamu (umat Islam) di uji dengan kemiskinan, tetapi aku lebih khuatir kamu dicuba dengan kesenangan!!". Berapa ramai yang dah tumbang apabila di uji dan dicuba dengan tiga "ta" ini..takhta..harta..wanita..!

Pada teman lah, daripada perabis dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya ALLAH berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita. Wallahua'lam.

Tepok dada tanya iman ajelah yop!

Adios amigos..grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
13 Syawal 1431
22 Sept 2010

Penghuni Gua : PG setuju dengan Yb Zul ini. Dah tak ada padang bola lagi ke di Kelantan . Stadium Sultan Mohamad masih ada. Boleh takat 30 ribu nak bermunajat. Tak payah ke Mekah. Kan Kelantan adalah serambi Mekah. Jadi takkan tak berkat.

2. Kelantan dan di mana pun bumi ini adalah semuanya di jadikan oleh Allah. Sama je berkatnya. Atau Pemimpin PAS Kelantan dah melihat dan merasai doa mereka langsung tak mendapat berkat dan dimakbulkan Allah kot. Mungkin itulah kot mereka ke Mekah. Sebab Serambi Mekah pun dah tak berkat lagi disebabkan berbagai " kekotoran " terdapat di sana.

3. Atau nak ganti sponsor haji yang tak jadi kot. Atau nak tarik perhatian dan mengeksploitasi tok-tok guru agama yang banyak pengikut di Kelantan bagi mempengaruhi pengkut mereka menyokong parti ini?

4. Barangkali ! Tak gitu. PG fikir-fikir , dari perabih RM 400 ribu tu untuk tujuan politik, lebih baik PAS cari duit untuk ganti duit KOHILAL yang hilang di makan kedarah oleh pemimpin PAS. Ada juga afdalnya. Tak gitu ?

JANGAN CUCI TANGANLAH MAJLIS PEGUAM : KARPAL SINGH !!!!





Peguam veteran Karpal Singh mencabar kenyataan Majlis Peguam bahawa badan itu tidak boleh bertindak ke atas kehidupan peribadi peguam yang di bawah naungannya.

Sambil mengingatkan bahawa kerjaya seseorang peguam sepatutnya memberi keyakinan tinggi kepada orang awam, Karpal yang juga pengerusi DAP berkata adalah menjadi tanggung-jawab Majlis Peguam menapis mereka yang berperangai buruk.

"Mana-mana peguam yang mendatangkan keburukan kepada profesion undang-undang, harus tidak disenaraikan. Majlis Peguam sepatutnya bertindak apabila ada bukti bahawa kehidupan peribadi seseorang peguam itu telah menjadikan kerjaya peguam itu sesuatu yang jijik dan buruk.

"Majlis Peguam tidak boleh dan tidak sepatutnya mengabaikan tindakan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Karpal berkata Seksyen 94(3) Akta Profesion Peguam memperuntukkan tindakan berhubung salah-laku terhadap kehidupan peribadi peguam.

Peguam yang mempunyai 41 tahun pengalaman itu juga membidas Majlis Peguam kerana gagal bertindak meskipun ada bukti terhadap salah-laku ahlinya.

"Adalah jelas ada seorang peguam di senarai itu, yang mana kehidupan peribadinya diragukan - Mahkamah Rayuan juga mendapati beliau adalah pelakon lelaki yang dipaparkan di sebuah pita lucah.

"Namun, Majlis Peguam hanya membisu dan terlupa untuk membersihkan pencemaran di senarai itu,” kata Karpal yang jelas merujuk kepada bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Dewan Rakyat, DP Vijandran.

Vijandran, adalah bekas setiausaha agung MIC dan seorang peguam yang terus berkhidmat sehingga hari ini.

Menurut Karpal, peguam yang didapati bersalah dan telah dipenjarakan hanya boleh diterima oleh Majlis Peguam dalam keadaan luar biasa bagi “mengekalkan imej murni badan itu yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.”

Katanya lagi, majlis itu tidak sepatutnya mengecualikan kehidupan peribadi peguam daripada tindakan meskipun mempunyai bukti terhadap salah-laku mereka.

Penghuni Gua : Majlis Peguam!!! Jangan temberang lagi. Di atas adalah amaran, ingatan dari Karpal Singh. Majlis dan Regavan jangan lagi nak cuci tangan dan cuba nak salahkan polis pula bila gagal mendisiplinkan ahli mereka.

2. Belajar bertanggung jawab sikit lah Majlis Peguam . Jangan jadi loyar buruk. Semua nak taici dan cuci tangan. Bicara tangguh pun nak salahkan polis. Semua orang salah. Majlis ajelah yang betul.

3. Tapi kalau bab agama dan bab orang melayu boleh pulak mereka campurtangan walaupun mereka tak berhak pun. Anjur macam-macam forum yang mengganggu agama islam.

4. Jadi kepada Majlis Peguam , berhentilah temberang anda tu. Dalam bab ini PG memuji dan bersetuju sepenuhnya dengan Karpal. Tahniah Karpal. Tahniah.!!!!

RM 4 BILLION : POK NIK KENA MAIN LAGI , KAH KAH KAH KAH KAH!!!!


Pening juga memikirkan isu ini. Siapalah yang berbohong dalam hal ini. Salahuddin dan pemimpin PAS cakap mereka tak kenal dan tak pernah jumpa pun syarikat dan taukeh syarikat ini. Jadi ini katanya fitnah yang dimainkan oleh BN untuk memmusnah dan memburukkan PAS.

2. Sementara adik TGNA pulak cakap dia pergi ke majlis tersebut kerana dia kenal taukeh syarikat berkenaan. Nama nya dipanggil secara terkejut aje, dan dengan terkejut juga dia pun naik menerima replika cek berkenaan.

3. TGNA pulak kata, dia ada jumpa dua kali dengan taukeh syarikat berkenaan di pejabat MB.

4. Jadi mana satu yang betul? Pada PG , maknannya TGNA memang kenal lah dan pernah jumpa. Takkan toukeh syarikat ini jumpa TGNA sebagai MB di pejabat MB nak cakap kosong aje. Mesti cakap hal hal resmi dan perniagaan. Mungkin Pok Nik terlupa kot tentang butir perbincangan dengan taukeh tersebut kot.

5. Atau pun, penasihat Pok Nik yang mainkan Pok Nik dengan mengaturkan pertemuan antara Pok Nik dengan Taukeh berkenaan setelah................... Bila dah terbongkar perkara ini, maka masing-masing " taichi " le.

6. Biasalah! Ini bukan kali pertama Pok Nik kena main oleh orang dikiri kanan beliau. Lihat ajelah sponsor haji tersebut. Siapa yang mainkan beliau!!!!!!!!!!!!!

7. Bab " taichi - taichi " ini, PAS dan pemimpin mereka memang pakar. kemudian nak salahkan orang. Jom kita suka ramai-ramai......kah kah kah kah kah kah kah kah !!!!!

Nota : Nak ingatkan Pok Nik aje !!! Ingat! Ramai jerung di kiri kanan Pok Nik tu. Bukan jerung biasa tetapi jerung yang berkopiah dan berserban lagi. Jerung yang boleh berzikir pulak tu !!! Jadi Pok Nik kena hati-hati di lain masa. Dah banyak kali Pok Nik kena main setakat ini. Kesian juga. Cuba Pok Nik siasat, siapa yang mengaturkan pertemuan Taukeh ini dengan Pok Nik. Jawapannya ada di situ Pok Nik. Tak payah siasat jauh-jauh dan nak menuduh UMNO dan BN. Rasa-rasanmya puak Pok Nik yang bising-bising menafikan tu kot ? Kah kah kah kah !!!!!

Wednesday 22 September 2010

WARAN TANGKAP : SHAMSUL KENCING LAGI !!!!




Waran tangkap akan dikeluarkan ke atas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar, jika beliau enggan membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa pimpinan tertinggi polis ada kaitan dengan pembunuhan jutawan kosmeik Datuk Sosilawati Lawiya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah perangai pengikut kaki kencing. Jadi tiap hari kalau beliau tak dikencing oleh bosnya maka dia akan cuba mengencing orang lain terutama pengikutnya.

2. Bukan apa, dia ni terpaksa kencing banyak kali , sebab nak popular dan mencari publisiti bagi tujuan meraih simpati . Ini kerana beliau bercadang bertanding Naib Presiden PKR. Bukan apa, pengaruhnya pun semput dan dah nyawa ikan. Terpaksa aje bertanding Naib Presiden sebab beliau dah tahu akan kalah jika terus mempertahankan Ketua AMK. Jadi terpaksalah mencuba nasib bagi menghilang malu maka bertanding lah naib Presiden.

3. Ini semua publisiti. Kalau polis tangkap atau waran tangkapnya maka beliau akan mendapat kredit buta aje untuk pertandingan Naib Presidennya.

4. PG cadangkan supaya Ketua Polis Selangor, kalau nak waran tangkap juga si Shamsul ini, buat aje selepas pemilihan Agung PKR . Jadi tak ada lah peluangnya nak mengencing lagi.

5. Isu kata pemimpin tertinggi polis terlibat dengan pembunuhan Sosilawati ini hanalah kencing terbaru beliau untuk tujuan bertanding Naib !!! Itu aje. PDRM perlu bijak menangani isu ini. Jangan beri publisiti buta aje pada beliau.

6. Ingat PDRM, jangan terkena kencing Shamsul. Dia pun dah semput dah. Biar dia reput seepas pertandingan ini. Lepas tu , bolehlah PDRM bungkuskannya di bawah akta Hasutan. Biar dia rasakan. Kalau dia dah kalah nanti dan pihak polis bertindak pun ke atasnya, tak ada siapa pun lagi dari PKR nak mempertahankannya.

7. Ingat , ini hanya kencingan Shamsul.!!!!!!!!!!!

REPLIKA CEK RM 4 BILLION PADA PAS : LAIN MACAM AJE !! KIH KIH KIH KIH !!!!!



KOTA BARU: Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd, bagi membantu PAS Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

Nik Din Nik Mat berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, Selasa. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kih kih kih kih !!!!! Tak apa !!! " Kerana Allahhhhhhhhhh " !!!! Kih kih kih kih !!!! Ada apa-apa kot ? Lain macam aje bunyinya. Harakah pun cepat-cepat je nak sapu bawah karpet.

2. Kih kih kih kih kih , kah kah kah kah kah kah kah kah !!!! Sejarah berulang !!!!!!!!!!!!!! Kih kih kih !!!

Nota : Dua kali juga Pok Nik Aziz jumpa dengan Taukeh yang beri replika RM 4 Billion ni. Dalam 2 kali tu tak pulak Pok Nik cerita apa yang dibincangkan. Pok Nik dan Taukeh tu bincang apa ye !!! Kih kih kih kih kih kih !!! KLIK

MALAYAN LAW JOURNAL : KES INSURAN KEMALANGAN !!!!


[1992] 1 MLJ 155
Anuar bin Ismail v Tan Sri Tan Chin Tuan & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (IPOH) — CIVIL SUIT NO 23-336-88

Judges ABDUL MALEK J

Date 12 AUGUST 1991

Citation [1992] 1 MLJ 155


Catchwords:

Insurance — Total and permanent disablement indemnity — Insurer not informed in writing of accident within stipulated time — Claim invalid

Insurance — Total and permanent disablement indemnity — Plaintiff not a party to insurance — Whether plaintiff entitled to claim under policy — Whether on the facts, plaintiff totally and permanently disabled under the policy

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif, seorang joki profesyenal, memulakan guaman terhadap defendan pertama, badan pengawal pelatih dan joki, dan defendan kedua, syarikat insuran defendan pertama, akibat plaintif disahkan oleh doktor pada 4 Disember 1987 sebagai mengalami kecacatan tetap dan tidak boleh menjalankan profesyennya berikutan daripada kejatuhan dari kuda yang ditunggangnya pada 20 Mac 1984.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak tuntutan plaintif itu:

(1) Plaintif bukanlah satu pihak kepada kontrak insuran kerana pihak-pihak yang dinamakan di dalamnya adalah defendan pertama dan kedua. Plaintif tidak pernah membayar sebarang premium dan paling banyak pun cuma merupakan sebahagian daripada keyang diinsurankan di bawah polisi itu. Oleh kerana pengindorsan kepada polisi itu mengkehendaki supaya defendan kedua mensifatkan defendan pertama sebagai pemunya mutlak polisi itu, plaintif tidak berhak menuntut di bawah polisi itu.

(2) Defendan kedua tidak pernah diberitahu dalam tulisan tentang kemalangan itu dalam 30 hari seperti yang dikehendaki di bawah fasal 3 polisi itu dan oleh itu, mengikut fasal 18, kegagalan menurut fasal 3 akan menjadikan semua tuntutan di bawah polisi itu tidak sah.

(3) Tuntutan plaintif terhadap defendan kedua adalah berkenanaan dengan pemenggalan anggota badan (dismemberment) dan kehilangan penglihatan dalam 182 hari daripada tarkih ke. Walau bagaimanapun apabila kemalangan itu berlaku, plaintif cuma melawat doktornya pada keesokannya. Ini menimsatu anggapan bahawa kecederaannya tidaklah begitu serius untuk memerlukan rawatan segera. Plaintif bekerja semula pada 29 Mei 1984 dan terus bekerja hingga 29 Januari 1986. Mengikut fakta kes plaintif tidak membuktikan bahawa beliau ditimpa kecacatan penuh dan tetap supaya defendan kedua diwajibkan membayarnya mengikut polisi itu. Lagipun, terdapat laporan-laporan yang bercanggahan tentang kecederaan yang dialami oleh plaintif.

(4) Tuntutan plaintif terhadap defendan pertama atas alasan bahawa beliau telah kehilangan faedah dan tanggung rugi di bawah polisi itu akibat kecuaian defendan pertama tidak boleh disokong juga. Plaintif tidak pernah memberitahu defendan pertama tentang kemalangan itu. Biarpun terdapat kecuaian, plaintif masih belum membuktikan bahawa kecuaian itu mengakibatkan kehilangan itu kerana kecederaan dan kecacatan itu tidak termasuik di dalam lingkungan polisi itu.

(5) Berkenaan soalan sama ada plaintif boleh menuntut terus terhadap defendan kedua, mengikut fakta kes, defendan pertama adalah pemunya mutlak polisi itu dan cuma defendan pertama boleh menuntut di bawahnya dan bukan sesiapa lain.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepads semua pembaca dan pelajar. Tq

Tuesday 21 September 2010

PERKASA : TAN SRI ADAM KADIR KIRIM SALAM PADA KU NAN DAN GENGNYA !!!!!




Oleh NUIRUL AIN HD. HUSSAIN



PETALING JAYA: Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Penawar) mendesak Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf secara terbuka kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu ekoran tindakan beliau melabelkan mereka sebagai rasis dalam memperjuang hak Melayu dan bumiputera.

Presiden Penawar, Tan Sri Adam Kadir berkata keputusan itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu.

"Sekiranya Tengku Adnan enggan memohon maaf, pihaknya akan menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai Setiausaha Agung Umno," katanya dalam satu kenyataan tiga perenggan di sini pada Isnin. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG setuju benar dengan amaran dan salam dari Tan Sri Adam Kadir ini kepada Ku Nan dan KJ termasuk Nazri Aziz ini.

2. Kepada DS Najib , singkir aje Ku Nan nanti. Ada pun buat semak dan beban je kepada UMNO apalagi kepada orang Melayu.

3. Pada pandangan PG, PERKASA tak pernah pun mengganggu UMNO atau bangsa lain. Ia hanya mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak. Itu pun sebab Ku Nan dan gengnya meninggal ruang kosong . Jadi PERKASA mengambil tempat yang Ku Nan dan gengnya tinggalkan.

4. Tak ke nampak bodoh mereka bertiga ini? Mereka malas nak bekerja dekatkankan pengundi Melayu , kemudian nak marahkan PERKASA. PG nak tanya, dari PRU 12 sehingga sekarang, apa yang dah dilakukan oleh mereka bertiga dalam usaha menyatukan orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak? Kosong. Atau , kami di luar ini tak merasakan impaknya.

5. Jadi kepada mereka bertiga PG nak sampaikan salam juga ..... Salamnya ....Boleh Blahhhh le anda bertiga. Syabas Tan Sri Adam Kadir. Biar mereka bertiga ini tahu suara hati orang Melayu dan Bumiputra!!!!

TBH : PATUT LE RAMAI YANG GEMENTAR !!!!!





SHAH ALAM 20 Sept. - "Ou Yang, Dalam keadaan tidak menyalin fail dalam komputer saya, mereka telah mengambil semua komputer itu. Mereka asyik menyalahkan kamu. Minta maaf. Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu.

"Saya kata, 'mendapat kelulusan YB'. Mereka berdegil menaip 'mengikut arahan YB'. Saya tidak dapat membantu kamu. Maaf. Minta maaf, saya sangat penat. Selamat Tinggal."
Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ohhhh !!! Begitu ceritanya. Patut le, ramai sangat pihak yang takut dan gementar bila tahu keujudan surat ini.

2. Nampaknya, luahan TBH melalui nota ini ada signifikannya dalam inkues ini. Jadi terima ajelah. Cukuplah nak berpolitik!!!

OPS SIKAP : TAHNIAH PDRM DAN SEMUA PENGUATKUASA !!!!!


PROF DR ABD RAHIM MD NOR
Professor of Public Transport
Faculty of Social Science and Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia


Mentafsir 10 tahun Ops Sikap
Oleh ABD. RAHIM MD. NOR


SEHINGGA musim perayaan terakhir minggu lepas, sebanyak 22 Ops Sikap telah dilaksanakan di negara ini. Ops Sikap yang mula diperkenalkan pada hujung tahun 2001 ialah antara inisiatif terbesar yang pernah dilaksanakan melibatkan ribuan anggota penguat kuasa dan perbelanjaan jutaan ringgit.

Data rasmi yang telah saya analisis menunjukkan kejayaan langkah-langkah mengurangkan kematian di jalan raya yang amat ketara di negara ini, khususnya sejak Ops Sikap dimulakan.
Kajian saya menggunakan kaedah regresi multivariat dan dengan mengambil kira jumlah kenderaan, jumlah pemandu, jumlah penduduk dan panjang jalan, menunjukkan sekiranya program Ops Sikap tidak dilaksanakan di Malaysia, jumlah kematian tahunan sudah pasti jauh lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang.

Misalnya, pada tahun lepas, negara kita mencatatkan 6,745 kematian di jalan raya untuk setahun (2009), pada hal sekiranya tiada Ops Sikap dan langkah-langkah lain, bilangan kematian tahun 2009 dijangkakan 9,116.

Kematian yang dijangkakan pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 ialah 7,684, 7,775, 8,293 dan 8,845 masing-masingnya, tetapi usaha-usaha pihak berwajib termasuk program Ops Sikap telah mengurangkan kematian itu kepada 6,188, 6,287, 6,282 dan 6,527 bagi siri tahun-tahun yang sama (lihat Jadual 1).

Jadual 1

Bagaimana pun, rakyat Malaysia tidak sewajarnya selesa dengan angka-angka ini. Kalau kesedaran telah menyeluruh, sebenarnya kita boleh mengurangkan lagi jumlah kematian ini, seperti negara-negara maju di Eropah dan Jepun.

Ops Sikap yang berakhir baru-baru ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh segolongan pemandu kenderaan bermotor di negara ini. Data rasmi menunjukkan terdapat 196 peristiwa kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian, dan seramai 227 insan telah terkorban sepanjang kempen Ops Sikap ke-22 yang berakhir minggu lepas.

Dalam pada ramai yang bergembira berhari raya, setiap tahun banyak juga keluarga yang berendam air mata kerana kehilangan suami, isteri, anak atau ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Rendang dan ketupat yang selalunya menjadi hidangan paling enak di pagi raya, bertukar menjadi hambar dan tawar kerana kesedihan telah membunuh selera makan seluruh keluarga. Jamuan rumah terbuka raya bertukar menjadi majlis tahlil dan kenduri arwah.
Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kecuali si pemandu kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang dan orang-orang sekitarnya yang tidak menasihati. Negara kita mempunyai jaringan lebuh raya antara yang terbaik di dunia, berlorong lebar, lengkap dengan papan tanda, dan diceriakan pula oleh barisan pokok bunga dan pokok hiasan lain sepanjang laluan.

Kalau penat dan mengantuk boleh singgah di mana-mana kawasan rehat yang lengkap dengan kemudahan termasuk surau dan calet. Tidak cukup dengan itu, dalam musim perayaan polis ditempatkan di sepanjang lebuh raya untuk memantau pergerakan trafik yang sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemandu bahawa maut menanti kalau tidak berhati-hati.
Di luar bandar, di mana terdapat banyak jaringan jalan negeri, jalan memang agak lebih berbahaya tetapi banyak yang telah dilebarkan dan diluruskan untuk mengurangkan risiko.

Garisan putih dan kuning pada jalan di kawasan berbahaya, sepatutnya sudah mencukupi untuk mengingatkan pemandu supaya sentiasa mematuhi peraturan untuk mengelak musibah.

Tahun lepas, seramai 6,745 orang terkorban di lebuh raya di negara kita, memberikan purata kematian sekitar 18 orang sehari. Ini bermakna, antara subuh pagi ini dengan pagi esok, akan ada 18 orang yang mati sia-sia di jalan raya.

Angka ini tidak termasuk ratusan sehari yang cedera parah dan hilang upaya, cedera ringan dan terpaksa di rawat di hospital beberapa hari, dan hilang harta benda yang jutaan ringgit jumlahnya.

Apa yang menghairankan ialah masih ramai yang tidak insaf walau pun mereka tahu dan faham semua angka ini. Sikap yang diambil bagi kebanyakan pemandu, terutamanya motosikal, ialah bahawa dia tidak akan mengalami kemalangan; yang terlibat ialah orang lain.

Persepsi masyarakat terhadap konsep kematian juga agak pelik. Kalau seorang atau dua penoreh getah mati di baham harimau, beritanya akan tersiar dalam akhbar, lengkap dengan ceritanya sekali. Tapi, jumlah 18 orang mati di jalan raya setiap hari di seluruh Malaysia, tidak ramai yang peduli.

Kesakitan yang dideritai oleh seorang yang maut atau cedera parah dalam kemalangan jalan raya samalah dengan kesakitan dan penderitaan yang dirasai oleh seorang yang punggungnya dikerkah harimau, semuanya melibatkan kesakitan dan darah yang sama merah.

Cerita tentang orang yang dibunuh kejam yang hanya melibatkan beberapa orang sahaja, terus-terusan menjadi hiasan di dada akhbar harian selama berminggu, tetapi jumlah belasan orang yang mati setiap hari di jalan raya tidak begitu menarik perhatian orang ramai, pada hal kesakitan adalah sama, dan darah yang tumpah adalah sama merah.

Berbagai-bagai usaha yang dianjurkan oleh pihak berwajib sejak dua puluh tahun lepas masih belum dihayati sepenuhnya oleh sebilangan pemandu, terutama yang menggunakan motosikal.
Tempoh operasi sekali Ops Sikap ialah dua minggu walaupun terdapat beberapa Ops Sikap yang tempohnya hanya seminggu yang dipanggil Ops Sikap Khas.

Statistik 22 kali Ops Sikap sepanjang tempoh 2001-2010 bagi bilangan peristiwa kemalangan dan jumlah nyawa yang terkorban atau cedera amat menyedihkan. Bagi 22 Ops Sikap dalam tempoh 2001-2010 itu, sebanyak 279,204 peristiwa kemalangan berlaku, di mana 3,909 peristiwa kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya seorang mati.

Jumlah yang mati pula ialah 4,479 orang. Purata bilangan yang mati dalam sehari mencapai dua digit, dengan Ops Sikap IV (Tahun Baru Cina 2003) mencatatkan bilangan mati purata harian paling rendah iaitu 11 dan Ops Sikap III (Hari Raya 2002) mencatatkan purata paling tinggi iaitu 18 orang sehari.

Ini juga bermakna purata kematian sehari sebanyak 16 orang dalam Ops Sikap 22 baru-baru adalah antara yang tertinggi dalam tempoh sejarah program ini selama sepuluh tahun.
Kajian mudah yang menggunakan kaedah ganda dua terkecil yang saya jalankan terhadap data bagi 22 Ops Sikap (2001-2010) menunjukkan trend purata kematian harian yang jelas meningkat, iaitu pada purata 5.4 peratus bagi setiap Ops Sikap atau sekitar purata 10.8 peratus setahun.

Data ini jelas memberi amaran kepada kita bahawa jumlah kematian akan berterusan, sekiranya pengguna jalan masih tidak sedar. Bolehkah kita mengharapkan keajaiban bahawa pada tahun hadapan Ops Sikap akan mengurangkan kematian kepada aras yang lebih rendah, misalnya di bawah 10?

Hasil analisis data saya menunjukkan harapan ini sukar menjadi kenyataan. Petunjuk yang ada pada saya setelah meneliti dan menganalisis data 22 operasi Ops Sikap memberitahu bahawa perangai sebahagian pemandu di Malaysia masih tidak berubah, dan tidak mungkin akan berubah dalam tempoh terdekat, misalnya dalam setahun dua akan datang.

Kalau tempoh dua minggu itu dipecahkan kepada tiga tahap selama lima hari setiap tahap, kajian saya juga menunjukkan bahawa dalam Ops Sikap September 2010 ini, kejadian kemalangan di jalan-jalan dalam kawasan perbandaran adalah tinggi di peringkat awal, kemudian turun di peringkat pertengahan dan naik semula di peringkat akhir.

Sebaliknya, bagi jalan-jalan Persekutuan, kejadian kemalangan adalah rendah di peringkat awal, tinggi di peringkat pertengahan, dan rendah semula di peringkat akhir. Kemalangan pada lebuh raya tol juga menunjukkan pola tahap-tahap yang hampir serupa dengan jalan kawasan perbandaran iaitu tinggi, kemudian rendah dan tinggi semula.

Tafsiran saya terhadap data ini ialah begitu besarnya kesan balik kampung di negara kita ini, berbanding dengan negara maju. Pola ini sewajarnya dipelajari dan dihayati oleh sesiapa juga yang bakal 'mengemudikan' kereta atau motosikal dalam musim perayaan.

PROFESOR DR. ABD. RAHIM MD. NOR
Profesor Pengangkutan Awam,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penghuni Gua : PG tertarik dengan pandangan dan ulasann yang dibuat oleh bekas Prof yang pernah mengajar PG tahun lepas. Pandangannya amat baik. Tahniah Prof. Dan tahniah kepada PDRM dan semua pihak berkuasa yang terlibat dalam Ops Sikap.

PETA PELAYAR