FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / LIWAT. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / LIWAT. Show all posts

Wednesday, 29 September 2010

KONSPIRASI SIAPA PULAK DALAM KES LIWAT NI ?



Pengawal tak mengaku lakukan seks luar tabii
Oleh Norakmah Mat Youb
2010/09/29

GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun, baru-baru ini. Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dari Kampung Gajah, Perak, didakwa melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 204, Rope Walk Hotel, Jalan Pintal Tali, antara jam 11 malam dan 12 tengah malam, pada 14 September lalu. Tertuduh yang memakai baju T dan berseluar jeans, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail, yang memohon supaya tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian memohon mahkamah supaya mengurangkan jumlah jaminan kepada RM4,000 kerana dia hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan keluarganya menetap di Teluk Intan, Perak.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh kes itu pada 15 Oktober ini untuk sebutan semula, serta memberi peluang tertuduh melantik peguam mewakilinya.

Baru-baru ini, media melaporkan pasangan kembar bersama teman sebaya mereka yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar, Perak pada 11 September lalu ditemui di Paya Terubong, di sini, pada 21 September lalu.

Mangsa bersama seorang lagi kembarnya dan seorang rakannya ditemui bersama-sama dua lelaki dipercayai teman pasangan kembar terbabit di sebuah rumah, kira-kira jam 8 pagi.

Penghuni Gua : Hmmmmmmmmmmmm. Ini konspirasi siapa pulak agaknya. Mungkin PG kot. Tapi tak menasabah pula. ................! Konspirasi siapa ye ? Siapa yang berkonspirasi terhadap lelaki ini?

2. Keh keh keh keh keh keh !!!!!!

Tuesday, 1 December 2009

LIWAT : DSAI KALAH LAGI !



By: Ramjit-->



KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa ia tidak boleh membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan meliwat terhadapnya hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan kerana mahkamah perlu mendengar keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan terlebih dahulu.Pada peringkat ini, katanya, mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Cara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa laporan-laporan tersebut terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal dan tidak konklusif sedangkan kes pendakwaan lebih berlandaskan kepada keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain.

Beliau berkata dalam kes ini elemen penting untuk pihak pendakwaan ialah membuktikan bahawa adanya kemasukan zakar tertuduh ke dalam dubur pengadu.

"Terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ia ingin membuktikan elemen tersebut," kata Mohamad Zabidin.

Beliau berkata sudah semestinya laporan perubatan merupakan satu daripada keterangan yang boleh diguna, sama ada oleh pihak pendakwaan untuk menyokong keterangan berhubung isu kemasukan, atau oleh pihak pembelaan untuk menimbulkan keraguan berhubung keterangan berkenaan, atau untuk menunjukkan tidak terdapat kemasukan.

Anwar pada 17 Jun lalu membuat permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya setelah mengaku tidak bersalah pada 10 Mac terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 27 Jun tahun lepas.Mohamad Zabidin juga berkata isu kedua yang mahkamah mengambil perhatian adalah dakwaan pemohon kononnya pertuduhan terhadap beliau mempunyai niat jahat dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau berkata hujah pemohon melalui afidavitnya yang mengkaitkan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan insiden "mata lebam" pada 1998 dengan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes terbaru boleh menyebabkan mereka boleh bersikap berat sebelah adalah tidak dapat diterima.

"Beban untuk membuktikan terdapat niat jahat di pihak pendakwa dalam membawa pertuduhan terkini terhadap pemohon terletak di bahu pemohon. Afidavit pemohon ada menyenaraikan Tan Sri Gani dalam apa yang didakwa cuba putar belit atau mencipta keterangan terhadap pemohon dalam tahun 1998.

"Walaupun begitu, tidak ada apa-apa yang menunjukkan perkara yang sama berlaku dalam kes terkini," kata Mohamad Zabidin.Beliau berkata hanya dengan menunjukkan bahawa barisan pendakwaan yang mengendali kes terbaru ada pengetahuan tentang peranan Gani dalam kejadian 1998, tidak cukup untuk mahkamah mendapati dalam kes terkini mereka akan bersikap berat sebelah.

Mohamad Zabidin menetapkan tempoh sebulan bermula 25 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes walaupun peguam Karpal Singh membantah kerana anak guamnya ingin memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.Karpal kemudian memberitahu media bahawa satu notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan pada Rabu.Anwar turut hadir di mahkamah pada Selasa.-- BERNAMA

Penghuni Gua : Peliwat kalah lagi. Ini semua kebesaran Allah. Yang benar akan menang. Lihat kebesaran Allah.

2.Berjuta sembahyang hajat dan doa dari yang bergelar ulama pun , sekiranya salah satu masa Allah akan kalahkan mereka juga. Begitu juga peliwat ini. Beribu mereka yang alim berdoa ( kerana di perdaya oleh nya dengan penampilan ), tetapi tetap Allah tak perkenankan doa mereka. Tidakkah kita semua tidak mahu berfikir dan terus di hasuti syaitan dengan mempercayai ia konspirasi. Dengan kebesaran Allah sebarang konspirasi pun jika ada di zaman moden ini akan Allah buktikan dengan sains. Sains akan menjelaskan segalanya. Itulah kelebihan Sains yang Allah ciptakan untuk faedah manusia jika kitya semua mahu fikirkannya secara mudah.

3,. Islam itu mudah dan ringkas. Itu pun bagi mereka yang mahu berfikir dan mereka tidak benarkan sebarang peliwat mempengaruhinya.

4. Kepada Saiful : Tabah dan Allah bersama anda.

Friday, 9 October 2009

PELIWAT DI PENJARA 12 TAHUN & 6 SEBATAN!






ZAIMY dibawa keluar selepas mendengar keputusan rayuannya ditolak hakim Mahkamah Tinggi di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Seorang bekas tentera yang didapati bersalah meliwat seorang budak lelaki sebanyak dua kali 10 tahun lalu terpaksa meringkuk dalam penjara selama 12 tahun dan disebat enam kali selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak rayuan tertuduh, semalam.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan menolak rayuan tertuduh, bekas penjaga stor Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, Zaimy Ahmad, 41, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 2007. Su turut menolak permohonan peguam bela tertuduh, Ramzani Idris, untuk penangguhan pelaksanaan hukuman itu, sebaliknya memerintahkan tertuduh yang dibebaskan dengan jaminan supaya menjalani hukuman bermula semalam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah hukuman yang setimpal kepada seorang peliwat. Seorang lagi sahabat kita tu pun, tak lama lagi akan menerima hukuman yang sama. Sabarlah. Nak lari ke mana. Dunia tak luas pun untuk orang begini.

2. PG kesian juga kepada isteri-isteri peliwat seperti di atas contohnya. Orang lain mendapat madu nya seorang perempuan, tetapi isteri peliwat ini dan sahabat kita tu mendapat madunya seorang lelaki.

3. Den tak dapek nak nolong.............+_)(*&^%$#$%^&*()_)(*&^%$#$%^&*()(*&^%

PETA PELAYAR