FOLLOWERS

Sunday 26 September 2010

BOLEH JALANLAH NAZRI : AWANG SELAMAT !!!!







Tulisan bertajuk Alahai Nazri... dalam ruangan ini minggu lalu, mencetuskan perhatian besar. Pada hari Ahad itu sahaja, Awang menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel menyatakan sokongan. Tetapi itu bukanlah tujuan sebenar Awang.

Sebagai pengamal media, Awang hanya ingin menyatakan kebenaran dengan menyanggah tuduhan liar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz terhadap Utusan. Antaranya beliau mendakwa Utusan mahu menjadikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selain kononnya akhbar tersebut tidak menyokong Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Seperti yang dijangka, Nazri mengeluarkan kenyataan balas menerusi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider menghentam Utusan dan Awang Selamat. Ada hujah yang bernas dan ada yang tidak. Nazri menasihatkan Awang agar tidak mencampuri urusan politik negara. Ini kata beliau kerana Awang sifar pengalaman dan cetek pengetahuan berbanding beliau yang sudah empat kali menang bertanding pilihan raya umum.

Nazri juga tidak semena-mena tampil menyatakan bahawa beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu, barulah orang Melayu. Apa lagi... para pemimpin Cina terutama Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng - dinasti DAP - memuji Nazri melambung-lambung. Mereka berdua berharap menteri Kabinet lain mencontohi Nazri. Akhbar-akhbar Cina berlumba-lumba melahirkan penghargaan kepada Nazri seolah-olah beliau super hero yang turun dari langit. Pada masa yang sama, akhbar Cina mengambil kesempatan membelasah Dr. Mahathir, Perkasa mahupun Utusan. Awang hanya geleng kepala tanpa sedikitpun teruja dengan kenyataan Nazri mahupun pujian ke atas beliau.

Kritikan

Dalam reaksinya, Nazri menyatakan Awang tidak faham mengapa beliau bersopan dengan pembangkang. Katanya, ia adalah tindakan tepat dalam amalan demokrasi kerana ahli Parlimen pembangkang juga dipilih oleh rakyat.

Maka Awang tertanya-tanya apa salahnya jika Utusan juga bersopan dengan negarawan seperti Dr. Mahathir dan berbaik-baik dengan NGO Melayu termasuk Perkasa yang membawa suara akar umbi Melayu.

Antara faktor ramai orang Melayu menghukum BN pada pilihan raya umum lalu adalah kerana merasakan kepentingan mereka tidak dibela sewajarnya. Ramai pemimpin bukan Melayu komponen BN turut menerima padah apabila Melayu tidak mengundi BN. Awang tidak mahu kesilapan berulang apabila kita mengabaikan suara hati orang Melayu. Walaupun bukan sebagai wakil rakyat seperti Nazri, Awang juga mahu BN dan UMNO menang tetapi tanpa mengguris hati orang Melayu.

Awang sebenarnya tidak mahu perdebatan dengan Nazri berlarutan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa kecuali pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Cuma Awang lebih terpanggil menjawab sinikal Nazri berkaitan kemerosotan edaran akhbar Utusan. ‘‘Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru,’’ katanya.

Awang hairan mengapa soal itu timbul. Apakah hanya disebabkan ada kritikan daripada media maka Nazri berusaha memperlekehkan media berkenaan. Apakah wajar menteri pada era alaf baru bersikap seperti itu. Awang tidak mahu mempersoalkan standard Nazri yang sememangnya tinggi. Namun jika Nazri menjadi menteri di Indonesia, Thailand dan Filipina dan banyak negara lagi, beliau akan dihentam habis-habisan oleh media sekiranya itulah cara beliau menangani kritikan.

Kritis adalah hal biasa apatah lagi dalam dunia media. Menegur bukan bererti tidak menyukai menteri atau pihak yang ditegur. Nazri sepatutnya lebih faham kerana beliau selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berfikiran moden, liberal dan terbuka. Bagaimana akhbar arus perdana Melayu mahu berkembang jika ada menteri yang tidak boleh sedikitpun dikritik.

Kemerosotan

Dalam soal penurunan edaran akhbar, trend itu berlaku di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu. Di Amerika Syarikat, akhbar berpengaruh seperti The Washington Post, New York Times, Chicago Tribune dan LA Times menyaksikan penurunan edaran yang terburuk dalam tempoh 40 tahun. Begitu juga dengan akhbar-akhbar berpengaruh di Eropah terutama di United Kingdom, dengan purata penurunan 10 peratus.

Akhbar Daily Mirror misalnya yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan pengaruh yang hebat, tidak terkecuali menerima tempias fenomena global yang melanda industri persuratkhabaran. Daily Mirror pada tahun 2000 mencatatkan pengedaran 2.3 juta naskhah tetapi pada 2009 hanya mencatatkan 1.4 juta naskhah.

(Bayangkanlah akhbar di Barat yang kebanyakannya bukan di bawah pemilikan parti, menikmati kebebasan meluas, ekonomi lebih baik dan minat membaca yang tinggi di kalangan rakyatnya, ketara merosot. Inikan pula akhbar seperti Utusan, yang turut berdepan dengan tindakan boikot oleh pembangkang atas percaturan politik dan agenda kaum).

The Malaysian Insider

Kepesatan teknologi maklumat terutama menerusi Internet ternyata memberi kesan kepada industri persuratkhabaran konvensional.

Pertumbuhan luar biasa laman-laman sesawang apatah lagi laman sosial seperti facebook dan tweeter, ‘memburukkan’ lagi keadaan. Itu belum mengambil kira radio, televisyen dan penggunaan telefon bimbit dalam menyalurkan berita terkini menjadikan pengguna mempunyai banyak pilihan, tidak semestinya akhbar sebagaimana dahulu.

Di Asia, banyak akhbar kategori serius seperti Utusan jatuh kecuali yang berkonsep populis, sensasi dan bacaan ringan. Di Malaysia, banyak akhbar termasuk Utusan turut sama mengalami penurunan edaran. Tidak perlu Awang senaraikan nama akhbar, sesiapa pun boleh membuat kajian.

Mengulas tanggapan beliau bahawa Utusan selalu merujuk kepada media alternatif, Awang percaya beliau maksudkan adalah The Malaysian Insider, yang menjadi kesayangannya.

Untuk pengetahuan Nazri, sebelum pun tercetus isu beliau menghentam Utusan, The Malaysian Insider kerap menyajikan dan menceduk laporan Utusan biarpun tanpa kebenaran. Laporan Utusan asyik dijadikan perdebatan dalam portal itu, yang turut menyumbang kepada popularitinya. Jadi siapa yang banyak merujuk kepada siapa? Mungkin tanpa isu-isu yang dirintis oleh Utusan, portal berkenaan akan merudum sambutannya.

Dalam pada itu, Nazri tidak tahu walaupun edaran akhbar Utusan mengalami kemerosotan, ia harus mengambil kira jumlah pembaca menerusi versi Utusan Online. Jika digabungkan antara edisi online dan cetak, jumlah pembaca Utusan adalah jauh lebih besar berbanding sedekad yang lalu.

Apa yang Awang ingin sampaikan, era menteri semestinya betul dan menganggap dirinya tahu dalam serba serbi, sudah berlalu.

Institusi Melayu

Awang tidak berhajat untuk berdebat tentang Nazri selepas ini. Cukuplah. Jika ada lagi reaksi beliau selepas ini, Awang akan berdiam. Ini bukan soal mencari kemenangan. Dapat menyampaikan mesej, sudah memadai. Awang tetap menghormati Nazri sebagai seorang menteri.

Sekiranya beliau tidak pro-Utusan, yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, itu tidak mengapa. Tetapi sebagai menteri UMNO, beliau sepatutnya tahu betapa Utusan berdepan dengan banyak kekangan dan cabaran tersendiri. Pun begitu, Utusan tidak pernah berganjak sejak dahulu lagi dalam mempertahankan Perlembagaan, menolak ekstremisme dan mendokong keharmonian.

Adalah dangkal bagi sesiapa menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu, yang selama ini sudah banyak berkorban dan bertolak ansur. Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita, tidak pula diganyang. Apakah perlu ada kayu ukur berbeza antara media arus perdana Melayu dan Cina? Dalam apa keadaan dan tafsiran - ketika lemah, buruk, sakit dan meratap sendirian - Utusan sentiasa ke hadapan berjuang untuk UMNO dan orang Melayu.

Maka janganlah perlekehkan Utusan sebagaimana yang dilakukan secara tersusun oleh banyak pihak bukan Melayu. Utusan bukan sekadar akhbar, Utusan adalah institusi Melayu. Awang hanya pertahankan Utusan, tidak lebih daripada itu. KPI Awang dan rakan-rakan di Utusan bukan soal jumlah edaran akhbar semata-mata. Sejak sebelum merdeka lagi, akhbar ini tidak pernah lari daripada tugas menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Apakah itu menjadi masalah kepada Nazri dan sesiapa jua?

Penghuni Gua : Boleh jalanlah Nazri. Boleh jalanlah anda. Hiduplah dengan bodek anda. Kepada Nazri juga, suara Utusan adalah suara orangMelayu. Sebahagian besarnya. Suara Nazri selama ini pun bukan suara orang Melayu. Suara Nazri , hanya suara syok sendirinya sahaja.

2. Meluat. Jangankan nak dengar suaranya, nak melihat gambarnya pun menyampah......................................

14 comments:

  1. tolong habak kat budak nazri hingus tu..gambak aanak dia jadi contoh untuh remaja tu anak menteri nazri lu kalau berani letak jawatan dan bertanding atas tiket pembangkang..lu tengopk boleh menang ke tidak..melayu HIPOKRIT..dari dulu dok buat hal..

    ReplyDelete
  2. Kasian nazri..
    Cari populariti dengan cara melalui jalan belakang. Bangga dia DAP puji..perghh

    ReplyDelete
  3. Nazri boleh bercakap demikian sebab dia dah kaya. Harta melambak2 x habis makan sampai masuk kubur. Seruapa juga dgn Anwar dan anaknya. Mereka tidak berfikir sebagai Melayu lain yang masih berada di bawah paras kemiskinan.

    ReplyDelete
  4. Itulah kalau dh lama jd YB. Sombong dan mula bongkak. YAB Najib jgn bg lagi tempat pada orang mcm ni. Klalau tidak BN PRU 13 nahas.

    ReplyDelete
  5. anon 1115 dan adf55650

    amat setuju

    ReplyDelete
  6. setuju atas pandangan semua. permit teksi dia pun tak habis makan

    ReplyDelete
  7. PG,
    aku setuju dengan ayat terakhir yang ditulis tu!
    memang meluat........ tambah-tambah lagi kalau tengok gambar anak lelakinya..... macam kembar dia.

    ReplyDelete
  8. Salam tuan PG & Sema2...,

    BOLEH JALANLAH NAZRI : AWANG SELAMAT !!!!

    Emas ke Mas masih ada lagi x, itupun xkan abis sampai bila yang diwarisi...!!!. Sapai 4bilion lakoh, baru bereti kok...

    P5B nak cari sampai 4bilion...

    ReplyDelete
  9. nazre ni.. menteri kaki bodek...lagak samseng..
    pemilihan umno akan datang jangan pileh dia..
    ahli umno yg sokong dia memang bodoh..

    ReplyDelete
  10. Lihat la Pengundi Muda... Inilah contoh racist dalam UMNgOk. Baca komen2 mereka... dah membuktikan pemimpin UMNgOk bila berkuasa menggunakan kuasa utk perut dan tembolok sendiri dan kroni2nya. Bila pemimpin mereka berlawan arus dgn KERAjaan... baru terbongkar segala tipu muslihat!

    Bila ade je pemimpin yg berura-ura nak keluar parti, maka bersusun la fail dan kes rasuah yg nak digunakan untuk mendakwa mereka. Mereka diugut dgn salah-laku dan salah-guna kuasa semasa jadi YB sekiranya mempunyai hasrat untuk keluar parti...! Tanya CheDEt MahaFiraun berapa byk fail disimpan... kalo takde kes, difitnahnya orang dek menggunakan Polis, Mahkamah, Media dan segala yg boleh!

    UMNgOk...UMNgOk... dulu, kini dan selamanya ngok!

    ReplyDelete
  11. apanya langsi. duit judi macamana. khalifah lim guan eng kata ia tak nak judi bola. apa cerite. sudah le. sama aje.

    katak puru

    ReplyDelete
  12. Arif Omar,
    Saya tertarik dgn pendirian saudara yg tidak lagi membabi buta menyokong UMNO. Menegur bukan bererti tidak menyukai pihak yang ditegur. Bagaimana Melayu mahu berkembang jika tidak boleh sedikitpun dikritik.

    Bukan mcm katak puru. Org cerita pasal Nazri dia kona citer lain pulak. Org mcm katak puru ni nak layan pun buang masa je, otak dia dangkal, biarkan dia...

    Teruskan berjuang untuk org Melayu sesungguhnya ramai org Melayu menyokong apa yg Pribumi Perkasa perjuangkan dan dahagakan pemimpin2 Melayu yg berani.

    Fakta yg nyata ialah:
    1. Nazri, KJ dan lain2 yg dianggap Melayu liberal lain berada ditempat mereka sekarang bukan kerana akal mereka, tetapi diangkat oleh org Melayu (kedua mereka bertanding dikawasan majoriti Melayu melebihi 70%)kerana mereka mewakili UMNO yg sebagai parti org Melayu terbesar dan sepatutnya memperjuangkan kepentingan Melayu. Kalau mereka bertanding atas tiket bebas takkan org Melayu mengundi mereka.

    2. Apakah sumbangan mereka berdua kepada umat Melayu sejak mereka mereka menjadi pemimpin?

    Umat Melayu dahagakan pemimpin yg bijak, berani, lantang lagi bernas. Kita tak perlu pemimpin2 yg apologetic memperjuangkan umat Melayu. Mereka hanya melacurkan nama Melayu untuk kepentingan diri mereka sahaja.

    Melayu dah membenci UMNO kerana isu memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditambah lagi dgn menghina rakyat Perak, dsb. Api kebencian ini disemarakkan lagi bila UMNO menghentam Perkasa. Sedangkan MCA tak pernahpun menghentam Suqiu atau Dong Ziao Zhong. MIC tak pernahpun menghentam Hindraf.

    MCA dan DAP menggunakan permintaan Suqiu atau Dong Ziao Zhong untuk menekan kerajaan dengan harapan akan menjadi juara org Cina. Satu contoh lagi Presiden MCA Chua Soi Lek semasa perasmian Kongres Ekonomi Cina yg dirasmikan oleh Datuk Seri Najib,mencadangkan agar kuota Melayu dan bumiputera dikurangkan.

    Kalau cadangan yg sama dikeluarkan oleh Perkasa, Cina akan berbuih mulut dengan tuduhan Perkasa bersikap perkauman. Yg lagi haru ada pemimpin Melayu setuju pulak dgn org Cina ini dan sama2 naik meninju Perkasa.

    Dua kali lima denag MIC – bila Hindraf muncul dgn mengatakan org Melayu membuat pembunuhan terancang ala enthnic cleansing kepada org India, MIC yg sepatutnya sebagai rakan UMNO menghentam Hindraf sebaliknya MIC cuba menjuarai isu2 yg dibawa oleh Hindraf.

    Nazri dan Khairy tidak punya kejantanan untuk berhadapan dgn musuh2 Melayu. Juga tidak punya keupayaan keberanian dan intelek untuk mematahkan hujah2 bukan Melayu yg berbelit2.

    UMNO sepatutnya bersyukur kewujudan Perkasa untuk memperjuangkan org Melayu dan bumiputera dan sepatutnya dilihat oleh semua rakyat Malaysia sebagai memberi restu kepada perjuangan Perkasa. Kepada org Melayu, Perkasa mengambil alih peranan UMNO yg perlu mengambilkira kepentingan Barisan Nasional.

    UMNO tidak sepatutnya menghentam Perkasa. Kalau tak boleh memberi sokongan pun, diam pun lebih baik dari menghentam.

    Najib dan UMNO perlu sedar mereka kehilangan sokongan Melayu dgn onar dan cemar yg mereka dah buat selama ini. Dan jika mereka impikan sokongan bukan Melayu dgn menghentam Perkasa, sesungguhnya mereka silap.

    Tidakkah mereka sedar Perkasa mungkin satu2nya penawar kepada UMNO untuk medapat semula sokongan orang Melayu yg sudah mula menghilang.

    ReplyDelete
  13. Amacam sekarang Nazri?

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UMNOdiingattidakterjeratsloganDAP/Article/index_html

    UMNO diingat tidak terjerat slogan DAP
    Oleh Haspaizi Mohd Zain
    haspaizi@bharian.com.my
    2010/09/28
    Perlembagaan, perjuangan parti patut diteruskan

    KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli UMNO yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Malaysian first and Malay second’ boleh dianggap mempunyai pandangan bertentangan dengan prinsip perjuangan dibawa parti itu selama ini.


    “Ia bercanggah dengan perlembagaan dan tujuan penubuhan UMNO. Selama ini UMNO memperjuangkan politik orang Melayu. Kita rebut kemerdekaan untuk beri keadilan kepada semua, namun terpaksa menyatukan orang Melayu di bawah satu parti siasah terlebih dulu.

    “Apa salahnya jika mengaku saya Melayu dulu, rakyat Malaysia kedua. Negara dan bangsa tidak boleh dipisahkan. Bangsa adalah akar, sumber budaya dan jati diri kita,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Pada sesi Parlimen sebelum ini isu ‘Malaysian first and Malay second’ hangat diperdebatkan apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyatakan bahawa dirinya adalah ‘Malaysian first and Chinese second’ serta mencabar Menteri dan Ahli Parlimen lain menyatakan pendirian masing-masing.

    Cabaran Kit Siang disahut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan beliau adalah ‘Malay first and Malaysian second’.
    Mohd Puad berkata, jika perkara itu terus diperdebat dan pemimpin UMNO terus mengikut rentak DAP akan menyebabkan mereka terjebak dengan dilema ‘Malayfobia’ sehingga boleh meragut jati diri bangsa.

    “Lebih malang lagi apabila sudah ada pemimpin parti terperangkap dengan taktik licik Kit Siang yang tidak mengotakan apa yang dicakapnya selain terus memperjuangkan kepentingan orang Cina,” katanya.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata slogan itu tidak perlu dilayan pemimpin UMNO kerana ia adalah taktik murahan dan perangkap halus daripada DAP yang berusaha merosakkan perjuangan UMNO.

    Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran turut mengkritik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana terperangkap dengan permainan politik DAP apabila beliau tidak bangga sebagai bangsa Melayu

    ReplyDelete
  14. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm

    Hanya pemimpin bersungguh pertahan hak Melayu perlu dicalonkan - Hilmi
    IPOH 27 Sept. - Gagasan Melayu Perak (GMP) mahu calon-calon yang dipilih oleh UMNO pada pilihan raya umum akan datang terdiri daripada mereka yang benar-benar dapat mempertahankan hak orang Melayu.

    Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian serius kerana kesilapan membuat percaturan hanya akan menyebabkan UMNO gagal mendapat sokongan masyarakat Melayu.

    "UMNO perlu sedar bahawa tindakan mereka menjauhi orang Melayu menerusi kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin yang dilihat 'liberal' hanya akan menghilangkan undi mereka.

    "GMP mahu pucuk pimpinan parti terutama di peringkat negeri mengutamakan calon yang dapat mempertahankan hak orang Melayu, bukan sebaliknya jika mereka mahu memenangi semula hati orang Melayu yang sehingga kini terus dilukai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
    ................

    ReplyDelete

PETA PELAYAR