FOLLOWERS

Wednesday 15 September 2010

MAJLIS PEGUAM , FALSAFAH PENUBUHANNYA : DR ABD RANI KAMARUDDIN UIAM !!!


Dipetik dari Blog: Penghuni Gua

Salam Pembaca sekalian,

Apabila seseorang meninggal dunia, namanya dibinkan/ dibintikan kepada emaknya. Kenapa? Sebaik seseorang itu dilahirkan emaknya, tentunya anak itu berbinkan/berbintikan emaknya. Namun sebaik anak itu didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran (Kelahiran & Kematian), baharulah anak itu sah menggunakan nama bapanya atau ber bin/bintikan nama bapanya (hendaklah suami sah kepada emaknya dibawah undang-undang keluarga. Kalau tiada perkahwinan sah tidak boleh).

Namun jika seseorang itu meninggal dunia, namanya dipotong dari daftar Akta tersebut, maka tidaklah boleh simati itu dibinkan/dibintikan lagi kepada bapanya. Maka simati balik kepada asal mulanya iaitu berbin/bintikan emaknya.

Sebab itu, apabila kita mengusung jenazah bagi dikebumikan dikubur, agak sukar untuk faham kenapa berbin/bintikan nama emaknya. Jawapannya - namanya sudah dipotongkan (surat mati) dari daftar Akta Pendaftaran (Kelahiran & Kematian).
Apakah kita mahu hapuskan Akta Pendaftaran (Kelahiran & Kematian)? Jika ya, semua orang akan berbin/bintikan atas nama emaknya bukan bapanya.

Apapun kuasa membatalkan/mansuhkan undang-undang adalah prerogatif YDPA/Yang diPertuan Negeri. Samalah juga, kuasa membuat undang-undang adalah YDPA/ Yang diPertuan Negeri. Walaupun ramai yang diajar bahawa Parlimen yang buat undang-undang, Parlimen sekadar tempat berbincang bagi memberikan ruang dan peluang kepada wakil-wakil rakyat dan wakil-wakil negeri menyuarakan pandangan mereka(right to be heard)-itulah falsafahnya.

Apa falsafahnya lampu traffik? Bukankah untuk ambil giliran! Bolehkah ambil giliran jika tidak ada kenderaan lain? Boleh redah atau tidak tapi lampu merah? Maka apa falsafah atau maksud undang-undang lampu trafik tersebut diadakan – untuk menyusahkan atau memudahkan?

Samalah juga, IPTA bukannnya medan/kandang berpoitik tapi medan/kandang akademik. Mahasiswa (segelintir aje) yang berhasrat berpolitik, carilah kandang sendiri bukannya menggunakan kandang (akademik) orang.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
14 September 2010 20:33


Anonymous said...

Kewujudan Majlis Peguam adalah bertujuan mempertingkat profesionalisma ahli-ahlinya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat bukan berpolitik. Perlihatkanlah sahaja peguam-peguam yang di tendang keluar, digantung dan didenda atas masaalah disiplin. Majlis Peguam perlu faham tugas asas mereka bukannya menggunakannya seolahnya itu suara kesemua ahli-ahlinya.

Majlis Peguam bukan platform politik bagi peguam-peguam. Majlis Peguam hendaklah mewajibkan semua Peguam-peguam dari masa ke masa mempertingkatkan dan update pengetahuan undang-undang mereka bagi tujuan pembaharuan (renewal) sijil amalan mereka sepertimana diHongKong.

Apapun mereka bebas menyertai mana-mana parti politik sepertimana Karpal Singh dan Zaid Ibrahim. Mana-mana peguam yang berhasrat berpolitik hendaklah menubuhkan sebuah parti politik dibawah Akta Pertubuhan dan bukannya memperalatkan Majlis Peguam yang ditubuhkan dibawah Akta Profesion Undang-Undang.

Ini soal tidak faham skop undang-undang samalah seperti mahasiswa dan mereka-mereka yang melaungkan penghapusan AUKU sedangkan penghapusan AUKU bererti menghapuskan IPTA iaitu Universiti awam yang ditubuhkan dibawah arahan Yang diPertuan Agong. Mereka ini tidak sedar bahawa mereka nak batalkan arahan YDPA. Inilah bila yang belajar dan berijazah undang2 sendiri tidak faham falsafah undang-undang.
14 September 2010 18:28

Penghuni Gua : Pandangan Dr Abd Rani Kamaruddin UIAM ini di hantar kepada blog PG di KLIK. Pada pandangan PG , pandangan ini bernas dan menggunakan analogi yang mudah untuk semua peringkat pendidikan untuk memahaminya.

2. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR