FOLLOWERS

Wednesday 8 September 2010

TUNJUK PERASAAN BENDERA : ANIFAH AMAN MULA KENA PENYAKIT BERJANGKIT !


PG melihat dan memerhatikan Menteri Luar, Dato Anifah Aman dah mula kena penyakit berjangkit beberapa menteri dan penyakit bekas PM ( Pak Lah ) iaitu penyakit tak ada telur dan penyakit mengalah serta penyakit amaran dan penyakit hangat-hangat tahi ayam.

2. Sebelum ini kenyataan Menteri Luar ini yang begitu tegas dengan isu ini dengan menyatakan Malaysia tidak akan minta maaf dengan Indonesia atau membebaskan pegawai mereka yang ditahan amat PG banggakan. Nampak begitu tegas dan ia begitu menyakinkan. Sudah lama rakyat Malaysia menantikan kenyataan dan tindakan Menteri kita yang tegas seperti masa zaman Tun Mahathir.

3. Alih-alih semalam , Menteri Anifah ini, dengan tak ada ribut atau hujan, menjelaskan bahawa Malaysia akan mengubah SOP tangkapan dan tahanan yang melibatkan pegawai-pegawai Indonesia yang ditangkap dan di tahan oleh Malaysia di masa depan.

4. Penyakit tak ada telur, penyakit amaran, penyakit hangat-hangat tahi ayam, penyakit flip flop dah mula menjangkit kepada Menteri ini. Mungkin lepas ini ia akan berjangkit pula kepada yang lain. Jadi kita semua mesti beringat. Penyakit ini dah mula berjangkit. Awas !!! Jangan pula anda atau keluarga anda pula yang terkena atau dijangkiti penyakit ini atau sindromnya.

11 comments:

  1. Itu cakap ajer bro... buat tak tentu lagi... tak salah cakap apa yg org mau dengar.... bukankah itu yg selalu org politik cakap... tapi buatnya tak... Kedaulatan, kita tak boleh kompromi...

    ReplyDelete
  2. Salam PG
    Selepas membaca komen2 dari beberapa s/khabar Indonesia, saya dapati mereka percaya 100% yang kejadian tersebut berlaku didalam perairan mereka dan marah dengan 350 orang banduan mereka yang menunggu hukuman mati dan kes2 kematian lain yang berlaku dinegara kita. Bilakah kita akan membela diri menyiarkan selengkapnya kes2 jenayah yang dilakukan oleh rakyat mereka??? Bilakah kita dapat menyiarkan bukti bergambar yg kejadian tangkapan berlaku diperairan kita??? Masyarakat Indonesia mesti tahu hal yang sebenar.

    Sampai bila kita boleh bersabar dituduh yang bukan2 seperti 'malingsia', 'kejam' dll.

    ReplyDelete
  3. KITA MESTI TEGAs. takut apa dgn mereka. nak kita jadi seperti mereka?

    ReplyDelete
  4. Malaysia banyak undang2 saya ingat sebanyak 661 undang2.. tapi semuanya SAMPAH..sebab banyak halangan semasa penguatkuasa hendak menguatkuasakan undang@ tersebut...Jika Indon ni nak buat huru hara kat malaysia atau sabotaq..dari dalam.. Kerajaan akan KELU DARI DALAM mALAYSIA SENDIRI Kerajaan yang ...BISU..KAKU baru nak sedar..lepas aman tu lupa da.. Semangat Amaran dan hangat2 tahi Ayam pemimpin Melayu yg pentingkan Jawatan/Kuasa/RM ...Tun M kata Melayu mudah lupa memang itu Fakta

    ReplyDelete
  5. Penyakit berjangkit baru.Syndrome PAK LAH.

    ReplyDelete
  6. AIKKK APE DAH JADI?..APE DAH JADI?..PEGAWAI SEKARANG MASUK AIR LAGIII..APE DAH JADIIII??? <---LAGU TAN SRI SM SALIM

    ReplyDelete
  7. Salam tuan PG & Sema2...,

    Dalam banyak hal kalau pak menteri kita tak sanggup nak menguatkuasakan undang2 sedia ada dan kalau selalu adakan rundinagn dan mengapa kita seharus menagalah dan melutut didepan babak menteri mereka. Itulah dinamakan hanya pergi makan angin.

    Contoh mudah di Malaysia wn Indo hampir 1 juta, pastikan taraf kelahiran mereka jangan diubah2 kekalkan sebagai wn Indo sampai bila2 supaya tidak berlaku penyamaran. Jangan berlembut lagi dgn mereka ni...

    P5B dengan harapan ....

    ReplyDelete
  8. betul p5B.

    panas betul aku dengan indon paria ni

    ReplyDelete
  9. Salam dan selamat hari raya maaf zahir n batin kepada pembaca beragama islam,

    diperairan mana mungkin jelas siapa di wilayah siapa kerana bukannya ada cat putih double line seperti dijalanraya. Itupun dengan ada cat putih doubleline dijalan raya, rata-rata ramai yang makan jalan dan tak kurang yang korner baring dan ada yang bertembung.
    Perumpamaannya samalah di perbatasan perairan apatahlagi tiadanya cat putih double line. Bertolak ansur adalah jalan terbaik kecuali jelas siapa diperairan siapa. Mereka-meraka yang ditahan pun sudah dilepaskan dan boleh berhari raya.
    Pasal bakar bendera Malaysia tu, pihak berkuasa Indonesia pun telah berusaha menjaga keselamatan Kedutaan dan rakyat Malaysia disana selamat, cuma segelintir (Bendera) yang mengikut perasaaan atau perasan bahawa Malaysia telah menganiayai rakan senegara mereka sedangkan mereka ditahan/tangkap atas kesalahan antara lainnya menyalahi undang-undang immigresen negara. Bagaimana nak fahamkan yang tak faham? Saya berpendapat bahawa Presiden Repubik Indonesia dan PM Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang baik dan mesra.
    Kaedah pengampunan kepada pendatang asing bila hari raya menjelang dan pendaftaran pendatang asing yang sedia ada dinegara yang diamalkan sebelum dihantar pulang kenegara mereka adalah langkah terbaik dan harus diteruskan. Kosnya sedikit kerana kapal perang Indonesia datang mengambil warga indonesia pulang, tiada yang mati lemas diperairan hanya kerana nak seludup balik keluar negara dan mafia-mafia pun tidak dapat apa-apa habuan dan tidak terus bermaharajalela (takde business). Apa salahnya kita beralah kepada kemudaratan kecil bagi mengelak kemudaratan yang besar. Mafia- mafia dan penyeluduplah yang perlu diambil tindakan tegas.
    Penggunaan dan pendaftaran pendatang tanpa izin yang sedia ada diMalaysia bagi memenuhi permintaan buruh negara juga harus di pertingkatkan. Sememangnya buruh asing perlu, persoalannya berapa ramai dan bagi sektor apa! Mereka sekadar datang nak cari makan - itu saja.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  10. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

    Najib, Susilo setuju kaji mekanisme tingkatkan hubungan
    PUTRAJAYA 10 Sept — Malaysia dan Indonesia bersetuju mengkaji semula mekanisme yang sedia ada dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Jakarta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Kata sepakat itu dicapai semasa Najib menghubungi Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyampaikan salam Aidilfitri bagi pihak rakyat Malaysia kepada keluarga presiden itu serta semua warga Indonesia di negara itu.

    Di tengah-tengah kesibukan melayan ribuan pengunjung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Sri Perdana di sini hari ini, Najib mengambil kesempatan untuk menelefon Susilo dan berbual selama kira-kira 10 minit dengan pemimpin Indonesia itu.

    Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata Malaysia akan meneruskan segala usaha dalam mengekalkan keakraban hubungan dengan negara jiran itu.

    "Malaysia akan memastikan tidak ada apa-apa hubungan akan terjejas walaupun ada segelintir pihak mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia.

    "Apa yang penting adalah kita tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja menjejaskan hubungan kita yang begitu bererti sekali,” tegas beliau.

    Najib berkata kedua-dua pihak perlu berusaha untuk mengembalikan hubungan dua hala kepada asas yang kukuh serta mekanisme yang lebih baik perlu bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

    Hubungan dua hala itu tegang berikutan kejadian demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagi membantah insiden 13 Ogos di perairan perbatasan kedua-dua negara berhampiran Bintan, Kepulauan Riau.

    Insiden itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.

    Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos lalu.

    Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut reaksi presiden Indonesia itu, Najib berkata kedua-dua mereka bersetuju tentang pentingnya mendidik rakyat kedua-dua negara supaya menjaga dan menghormati sentimen masing-masing.

    Rakyat kedua-dua negara perlu melihat masa depan yang lebih bermakna kepada semua pihak, jelas Najib.

    Menurut perdana menteri, kedua-dua pihak juga setuju untuk mengerakkan rundingan mengenai isu-isu perbatasan untuk menjernihkan hubungan yang sedia ada.

    Najib berkata beliau memaklumkan kepada Susilo bahawa ramai warga Indonesia, yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka, telah menghadiri majlis rumah terbukanya itu.

    "Saya memberitahu SBY (Susilo) bahawa beberapa rakyat Indonesia meminta beliau untuk memastikan hubungan dua hala tidak harus terjejas,” jelas Najib.

    — BERNAMA

    ReplyDelete
  11. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

    Tidak ada laporan demonstrasi terhadap Malaysia di Indonesia
    PUTRAJAYA 10 Sept — Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tidak ada kekacauan ditimbulkan terhadap rakyat Malaysia di Indonesia sejak Selasa lepas.

    Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pagi ini.

    "Sejak petang Selasa tidak ada yang berkumpul di hadapan bangunan kedutaan kita, saya gembira dan berharap suasana akan bertambah baik,” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinet, di Sri Perdana di sini.

    Anifah berkata beliau juga sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan dari republik itu Dr Marty Natalegawa bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia terjamin.

    "Apa yang berlaku di Jakarta hanya melibatkan sekumpulan kecil dan tidak mencerminkan polisi kerajaan Indonesia terhadap Malaysia atau majoriti rakyatnya,” kata beliau

    — BERNAMA

    ReplyDelete

PETA PELAYAR