FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / ZAID IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / ZAID IBRAHIM. Show all posts

Wednesday, 13 October 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG PKR LOW CLASS !!! ZAID IBRAHIM !!!


Dipetik dari blog : Zaid Ibrahim



Selasa, 5hb Oktober 2010

Dr Molly Cheah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat Kuala Lumpur

Per: Proses Pemilihan Parti

Saya telah meniliti dan mengikuti perkembangan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang baru selesai. Banyak masalah timbul yang telah menjadi pengetahuan umum bahawa berlaku kekecohan dalam pemilihan peringkat Cabang.

Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak yang terlibat yang menimbulkan tanda tanya sama ada pemilihan parti dapat dilaksanakan dengan telus dan adil dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat nanti.

Antara perkara-perkara tersebut ialah tindakan dan keputusan pengawas pemilihan yang jelas memihak kepada kumpulan tertentu: jumlah pengawas yang tidak mencukupi, lalu dibantu oleh penyokong pihak yang bertanding; daftar pengundi yang digunakan oleh pengawas berbeza dengan senarai yang ada pada pihak yang bertanding; kertas undi yang sudah dipangkah didapati digunakan untuk memenangkan seseorang calon, jumlah kertas undi yang melebihi jumlah ahli yang hadir; peti undi yang tidak telus cahaya (transparent); calon tidak diwakili secara sah oleh polling and counting agent untuk mengesahkan jumlah kertas undi dan jumlah undi yang telah dikira; kertas undi tidak ada nombor siri; dan tidak ada proses pengesahan oleh wakil calon bahawa pengundian dibuat oleh nama pengundi yang berdaftar sahaja.

Oleh kerana saya telah mendapat pencalonan untuk beberapa jawatan dalam pemilihan ini, saya meminta jasa baik Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk melaksanakan langkah- langkah berikut untuk membolehkan proses pemilihan yang baik dan adil.

1. Calon dibenarkan melantik seorang Wakil Calon dan 4 orang wakil sebagai polling and counting agent (PACA) bagi setiap Pusat Mengundi. Jumlah kertas undi mestilah ditandatangani dan disahkan oleh PACA (Borang SPR 13) dan jumlah undi mestilah juga ditandatangani dan disahkan oleh PACA di setiap tempat mengundi (Borang 14 SPR). Tanpa pengesahan tandatangan ejen-ejen calon berkenaan keputusan di tempat tersebut adalah tidak sah.

2. Kertas undi mesti bernombor siri. Nombor-nombor siri ini menjamin bahawa jumlah kertas undi adalah terkawal, dan kertas tambahan tidak boleh digunakan.

3. Peti undi telus cahaya (transparent ballot box) harus digunakan supaya ia dapat dilihat oleh semua pihak.

4. Ruang membuang undi hendak diasingkan bagi mengelak gangguan. Pengawas tidak boleh berada di tempat pembuangan undi kerana ini akan mempengaruhi ahli yang ingin membuang undi.

5. Senarai ahli-ahli yang sah sahaja yang digunakan; dan senarai yang sah mestilah mempunyai jumlah ahli dan nama ahli yang sama yang diberikan kepada Calon dan tidak ada perbezaan dari segi jumlah atau pun nama-nama ahli tersebut.

6. Masa mengundi mestilah dipatuhi dan pengawas tidak boleh menangguhkan atau melanjutkan masa pembuangan undi tersebut.

7. Bagi ahli yang sudah membayar yuran semasa MATC tempoh hari; nama mereka sepatut ada dalam senarai ahli yang berhak mengundi.

Saya berharap permintaan ini akan diluluskan secepat mungkin. Ini memudahkan saya membuat keputusan sama ada mahu menerima pencalonan atau tidak. Parti kita mestilah mampu menepati standard minimum yang dilaksanakan oleh SPR, kalau tidak sukar bagi kita untuk mendesak SPR supaya menepati standard antarabangsa.

Sekian, terima Kasih.

Zaid Ibrahim

s.k YB Setiausaha Agung

Penghuni Gua : Begitulah bunyi surat Zaid kepada Dr Molly Cheah. Yang jelas, Zaid menyimpulkan , kaedah pengundian PKR baru-baru ini tiada standard. Jangankan nak sama standard SPR yang kerap dicemuh oleh PR atau PKR selama ini, nak capai standard minimum pun sakit dan tenat. Dengan kata lain, hanya standard pengundian dan pemilihan peringkat kampung ajelah.

2. Jadi selepas ini atau semasa PRK Galas nanti, pemimpin PR dan PKR jangan dok nak kecam lah cara SPR menguruskan PRK Galas. Selama ini bukan main cakap pemimpin mereka ini yang memberikan konsep yang berb agai dan mengecam dari segenap sudut kaedah pengundian di setiap PRU atau PRK. Pendekkan cerita , tak ada satu pun yang betul mengenai PRK dan PRU yang dikendalikan oleh SPR.

3. Akhirnya, pemimpin dan parti yang pandai bercakap ini , termakan sumpah mereka. Cara pengundian mereka seperti zaman Jahiliyah. Lintang pukang. Gaduh jangan kiralah. Mengalah Puaka Bola Sepak di Shah Alam semalam.

4. Kepada PKR, PAS atau DAP ke, sudahlah. Baik baiki diri sendiri aje. Cuci punggung sendiri kemudian kalau dah nampak dan kelihatan cuci , barulah boleh cuba-cuba nak cuci punggung orang lain.

5. Bukan orang lain yang mengecam kaedah pengundian pemilihan PKR baru-baru ini, orang dan pemimpin mereka juga. Takkan nak kata ini konspirasi kerajaan dan BN pulak? Low Class !!! Tak gitu!!!!

Tuesday, 28 September 2010

" KESIAN " ZAID IBRAHIM !!!!!!



Isu kesetiaan: PKR belum matang, kata Zaid
Salhan K Ahmad & Joseph Sipalan
Sep 27, 10
4:34pm


Perkembangan yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu menunjukkan PKR masih belum matang dalam mengamalkan ideologi yang didukungnya, kata Datuk Zaid Ibrahim. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kesian. Zaid baru tahu rupanya.

2. Untuk makluman Zaid dan pengundi muda semuanya, PKR ini bukan sahaja tidak matang, tetapi adalah parti yang akan melacurkan semua perkara bagi kepentingan politik mereka. Lidah pemimpin mereka pun semuanya bercabang seperti biawak.

3. Jadi kepada Zaid, Talkin untuk anda. Tak lama dah tu, rasa-rasanya Zaid bungkus dalam pertandingan ini. Pastinya Zaid akan keluar PKR. Kemana ye parti yang nak disertainya?

4. Ada baiknya Zaid sertai DAP. Semuanya samarata. Kepada pengundi muda, fikirkan. Itu bukan yang kami kata bahawa PKR tak matang tetapi pemimpin / penyelaras PKR sendiri yang selama ini Zaid dijulang sebagai wira dan seorang yang sempurna. Tak percaya tanya TGNA siapa Zaid. Manusia maksum. Lihat kembali apa yang TGNA golongkan Zaid : manusia yang amat baik dan hampir " sempurna " semasa PRK Hulu Selangor.

5. Padan muka kau Zaid !!!! Anda hanya sampah sarap walau di mana pun anda berada. Apa lagi jika anda berapa dalam PKR iaitu Parti sampah sarap. Lagi le teruk jadinya!!!!

Thursday, 27 May 2010

RASUAH PILIHANRAYA : KHAS UNTUK ZAID IBRAHIM !





PILIHAN Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu sudah berakhir dan keputusannya telah pun diketahui umum. Namun bak kata pepatah rumah telah siap tetapi pahat masih berbunyi, memperlihatkan kehangatan pilihan raya kecil ini masih dirasai, khususnya berhubung beberapa isu panas iaitu janji-janji pilihan raya yang dianggap sebagai rasuah oleh sesetengah pihak.

Pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya tidak berdiam diri dan tidak berdolak dalih menggunakan jawapan "tidak mempunyai kuasa" atau "di luar bidang kuasa" untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Hakikatnya masyarakat perlu didedahkan dan diberikan jawapan tepat sama ada janji pilihan raya itu rasuah atau sebaliknya.

Zaman berdolak dalih, berdiam diri dan enggan mengesahkan sesuatu perkara itu sudah lama berlalu. Sekiranya agensi-agensi kerajaan masih mempunyai mentaliti sebegini, maka kredibiliti dan imej kerajaan akan dipertikai dan dieksploitasi oleh segelintir pihak yang tahu mengenai undang-undang tetapi memutarbelitkannya untuk kepentingan politik songsangnya.

Adakah manifesto atau janji pilihan raya yang dibuat oleh kerajaan dan pembangkang kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan Sibu boleh ditakrifkan sebagai rasuah dan menjadi kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Manifesto atau janji yang dilaung-laungkan sepanjang pilihan raya berlangsung dibuat untuk mempengaruhi, mendorong individu atau pengikut supaya memberikan kepercayaan dan sokongan kepada si pembuat janji atau parti yang bertanding.

Rasuah pula mempunyai takrifan yang amat luas. Namun dalam konteks perbincangan ini, ia boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan menjanjikan, menawarkan atau memberi suapan rasuah (berbentuk kewangan, perkhidmatan dan sebagainya) dengan niat jahat kepada seseorang individu atau ejen sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

Intipati penting yang perlu diberikan perhatian dalam menentukan sama ada manifesto atau janji itu termasuk dalam takrifan kesalahan rasuah ialah (1) status pemberi, (2) niat jahat, (3) status penerima dan (4) tindakan penerima.

Dalam konteks janji pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu, semua pihak termasuk calon dan parti yang diwakilinya semestinya menaburkan janji-janji masing-masing kepada pengundi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Janji-janji ini merupakan salah satu faktor penting yang menjadi kayu pengukur kepada pengundi untuk membuat keputusan. Apa yang menjadi pertikaiannya ialah sejauh mana atau sebanyak mana calon atau parti yang bertanding mampu memberikan sumbangan demi meyakinkan rakyat tempatan sebagai pengundi.

Ada yang menjanjikan peruntukan kewangan, peruntukan pembangunan, pembinaan jalan raya, pembaikan kemudahan asas atau sekurang-kurangnya janji turun harga minyak misalnya. Berbalik kepada takrifan kesalahan rasuah, status si pemberi atau orang yang menjanjikan janji-janji pilihan raya tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan salah seorang pemimpin negara yang menjadi sasaran pihak-pihak tertentu kerana dikatakan menaburkan rasuah dalam kedua-dua pilihan raya. Adakah apa yang dijanjikan PM itu rasuah?
Sebagai ketua negara yang prihatin dengan masyarakat Hulu Selangor dan Sibu, tiada salahnya dari segi undang-undang Perdana Menteri memberikan peruntukan kepada rakyat di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

Beliau membuat janji atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan peruntukan yang diberikan adalah peruntukan kerajaan. Pemberian sumbangan dan peruntukan ini pula bukan diberikan kepada setiap pengundi atau individu. Ia untuk keseluruhan rakyat dan masyarakat di kedua-dua kawasan.

Oleh itu, kepentingan peruntukan adalah untuk semua dan bukan untuk kepentingan individu semata-mata. Walaupun menerima pelbagai bentuk peruntukan untuk pembangunan, rakyat tidak pula dipaksa untuk mengundi. Keputusan pengundian masih terletak di tangan rakyat dan hasilnya jelas Barisan Nasional (BN) menang di Hulu Selangor dan DAP menang di Sibu. Tiada unsur paksaan, penindasan dan niat jahat dalam konteks ini.

Keputusan kes Teoh Teik Huat lawan Lim Kean Siew & Anor tahun 1981 berhubung kenyataan Tengku Razaleigh selaku Menteri Kewangan untuk memberikan peruntukan kewangan yang besar sekiranya BN menang Pengkalan Kota, jelas menunjukkan bahawa janji-janji pilihan raya tidak menjadi suatu kesalahan rasuah. Antara intipati penghakiman dalam kes ini adalah seperti berikut:

"The corrupt intention and corrupt inducement to the electors or voters to vote or refrain from voting must exist. The corrupt practice of bribery which is criminal offence by statue must be strictly proved beyond all reasonable doubt by clear and unequivocal evidence, and the inducement to vote or refrain from voting must be exercised upon one or more electors or voters who must be identified as the objects to whom it was made or addressed. There is no such specific or identifiable particularity in this case but only an allegation of an address to a faceless and amorphous crowd of somewhat unanalyzed fluidity of over 1,500 people said to have been largely compromised of electors or voters and people of the constituency."
"Tengku Razaleigh was not himself the Barisan Nasional candidate in the election and there is no reason why he should pledge his personal fortune."

"Moreover a promise of public action made by Tengku Razaleigh is in his capacity as a Minister in Charge of the country fiscal portfolio."

Berdasarkan kepada penghakiman di atas, jelas menunjukkan bahawa janji-janji politik yang dibuat oleh Perdana Menteri tidak dapat diklasifikasikan sebagai rasuah atas fakta-fakta berikut:

• Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri dibuat atas kapasitinya sebagai Ketua Negara dan Menteri yang bertanggungjawab dalam soal kewangan negara;
• Majlis tersebut tidak hanya mengumpulkan pengundi Hulu Selangor atau Sibu semata-mata, sebaliknya dihadiri ribuan penyokong termasuk penduduk tempatan, orang luar dan rakyat dari daerah- daerah yang lain;
• Perdana Menteri bukan juga merupakan calon yang bertanding;
• Kepentingan peruntukan yang diberikan adalah untuk rakyat keseluruhannya dan bukannya untuk kepentingan individu tertentu terutamanya pengundi;
• Tiada unsur paksaan dalam menentukan proses pengundian.
• Peruntukan yang dijanjikan bukan wang peribadinya tetapi adalah peruntukan Kerajaan Pusat.

Peguam Rakyat
Kuala Lumpur

Penghuni Gua : Khas untuk Zaid Ibrahim. tindakan Zaid membawa kes PRK Hulu Selangor ke mahkamah kononnya berlaku rasuah piliharaya oleh pemimpin kerajaan adalah satu tindakan lucu. Lucu kerana sebagai peguam, beliau masih belum mengetahui sudah banyak kes sebegini ke mahkamah dan keputusannya adalah serupa. PG sudah beberapa kali memaparkan isu ini.

2. Biarlah si Zaid nak buat apa pun. Biarlah...............................Negara ini pun negara bebas, bebas seperti kehendaknya juga!!!!

Wednesday, 8 July 2009

ZAID MENGINTAI-INTAI KAWASAN KL / SELANGOR !






Penghuni Gua : Nampak gayanya Zaid Ibrahim dan mula mengintai-ngintai kawasan di KL untuk dijadikan tapak untuk bertanding ( nak jadi Tim Perdana Menteri kepada Pakatan Rakyat katakan) di parlimen di PRU13.

2. Jangan mimpilah. PR tak dapat pun nak memerintah Malaysia. Juga kalau dilihat rekod Zaid ini, kalau dia bertanding di depan rumahnya di Pengkalan Chepa Kota Bharu pun, dia tetap akan kalah.

3. Bertanding sebagai calun PAS pun di Kota Bharu/ Kelantan pun dia akan kalah. Semua orang tak suka. PR nak guna dia aje dan untuk menenyeh UMNO. Dan lihatlah nanti, masa tak lama pun : Zaid akan menjadi liabiliti kepada PKR dan PR. Lihatlah nanti.

4. Zaid mengintai di KL mungkin pada pandangannnya beliau mudah memenangi kawasan tersebut di dalam PRU13. Lihat lah nanti. Kalah juga.

5. Mungkin kawasan yang sesuai ialah di kawasan Chow Kit Kot. Kawasan ini mungkin menang le. Sebabnya.............................................................he he he he

PETA PELAYAR