FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PAS. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PAS. Show all posts

Friday, 12 November 2010

MONYET PAS !!!!!





Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketua penerangannya Suhaizan Kaiat berkata, walaupun kempen baru NGO - dinamakan BERSIH 2.0 - tidak berhasrat menggerakkan rakyat ke jalan raya seperti sebelum ini, parti politik boleh mengambil alih peranan itu.

"Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian?

"Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring . Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kalau ikut fatwa YB Rayer ADUN DAP Seri Delima , di Pulau Pinang tempoh hari, mereka yang dok berdemo tu adalah monyet semuanya. Jadi hajat pemuda PAS nak berdemo ini kalau ikut fatwa di atas , monyet jugalah !

2. Bukan PG yang kata Pemuda PAS monyet kerena nak berdemo tetapi YB Rayer ADUN Seri Delima DAP Pulau Pinang yang katakan begitu. Tak gitu ? Tak percaya? Kalau tak percaya , tanya sama itu hud hud. Keh keh keh !!!! KLIK. Bukan orang lain yang cakap, tetapi kawan karib PAS juga. Padan la tu !!!!!!!

Nota : Lepas ini banyak lagi monyet lain .................Kita sama-sama lihat le !!!!!! Ini baru monyet berserban dan berkopiah .....................Monyet apa pulak lepas ini....

Friday, 5 November 2010

MP BALING ! BUKA MATA DAN TELINGALAH !!!!





SELEPAS pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung.

Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini?

Sambutan hari raya Aidil Fitri lalu kami ahli-ahli Pas yang ditakrif sebagai keluarga susah juga tak dapat apa-apa bantuan, malah duit zakat yang sepatutnya kami terima juga kami tak dapat. Beginikah sejahterakan Kedah kalau kepimpinan Pas mengamalkan sikap pilih kasih seperti ini?

Kepada Ahli Parlimen Baling, kerap-keraplah jenguk kami di kawasan yang memerlukan bantuan YB, bukannya rumah kami jauh sangat dari rumah YB, tetapi YB tak pernah jenguk pun. Masa berkempen dulu YB sanggup berulang kali datang memujuk kami untuk bantu sokong Pas, tetapi hari ini kami sukar sekali nak jumpa YB.

Kami rakyat miskin mudah ditipu, tetapi kami juga mampu mengubah keadaan bila sampai masanya, bila kami sudah tersedar dan merasa kami tertipu.

Kepada Ahli Parlimen Pas Baling, jenguklah kampung kami yang tidak jauh dari rumah YB iaitu Kampung Rambong, Kampung Kaki Bukit, Kampung Batu 7 dan Kampung Padang yang masih ketinggalan jauh berbanding kampung lain yang banyak menerima nikmat dari kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum lepas.

Untuk pengetahuan YB, kampung Kaki Bukit menderita setiap kali berlaku banjir. Muka YB tak kelihatan. Apabila berlaku ribut pun muka YB tak nampak. Malangnya kami kerana tersalah pilih...


ANAK TOK MUDIM
Baling


Penghuni Gua : Buka mata dan telinga lah MP baling. Takkan cukup dengan doa kepada Allah sahaja. Usaha wajib dijalankan bersama.

2. Dengar rintihan rakyat. Jangan dok asyik ceramah ke hulu ke hilir siang malam. Tetapi kebajikan rakyat tak terbela. Membaca ayat suci penuh mulut tiap kali buka mata, tetapi menterjemahkan ayat yang dibaca kepada tindakan, habok pun tak ada. Cakap bab konsep, kalau pada pemimpin PAS ini jangan cerita lah. Kalah Prof Di Raja Engku Aziz semuanya. Bab kerja hampas.

3. Islam ajar begitu kot.? Islam PAS lah kot !!!!

Nota : Kedah pun banjir besar sekarang ini. Tak dengar cerita pun MB Kedah. Masih membuta kot. Cuba cari juga dalam Harakah mengenai aktiviti MB Kedah dalam membantu mangsa banjir. Tak ada satu berita pun. Mungkin ceramah politi lebih penting dari meninjau masalah banjir dan penderitaan rakyat Kedah kot !!!!

Wednesday, 29 September 2010

LAWAK TERBARU PAS !!!!





Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : He he he he !!! Lupakanlah. Sertai PAS? Parti dan pemimpinnya yang hanya menjual agama untuk kepentingan politik? Parti dan pemimpinnya yang mengkafirkan sesama islam? Parti yang mulut pak lebainya lebih teruk dan celuparnya dari kami orang awam ini?

2. Maaf lah. baik kami duduk bebas tak berparti seperti ini dan menyokong apa yang pada pandangan kami adalah benar. Parti ini, rasuah pun jadi sponsor haji! Sembanhyang pakai dua imam dan dua masjid, sembelihan orang UMNO haram di makan. Apa cerita nya !!!!

3. Sudahlah !!!!! Menyampah !!!!! Baik ikut otak sendiri seperti yang diajar oleh bapak PG. Tak ada siapa boleh kawal dan bentuk fikiran kita. Senang.

4. Nak gelak PG dengan pelawaan ini. Kuat sangat ke PAS ini? ....Kih kih kih kih kih !!!!!

Friday, 24 September 2010

REPLIKA CEK 4 BILLION : TING TONG PEMIMPIN PAS !!!




PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lihat dan perhatikan ting tong, tingtong PAS dan pemimpinnya. Dulu semua nafi tak kenal dan tak pernah jumpa wakil syarikat ini. Sekarang bukan sahaja TGNA yang pernah dua kali jumpa malah Tim MB Kelantan, akhirnya mengaku pernah perjumpa dan adakan perbincangan dengan mereka.

2. Siapa bohong? Tak lain, seperti biasa, pemimpin berjubah dan berserban inilah yang berbohong kemudian menuduh kerajaan berkonspirasi untuk mengenakan kerajaan PAS.

3. Kerajaan selalu dikambing hitamkan, bagi menyuciakn pembohongan gulongan berjubah ini. Biasalah cakap si mulut rabek ini!!! Tak gitu?

Nota : Lepas ini mesti ada lagi yang mendedahkan pernah berjumpa dengan wakil syarikat ini. Baik mengaku awal dari didedahkan oleh wakil syarikat ini!!! Nak selamat katakan!! Itu yang PG selalu katakan, mesti ada di kalangan pemimpin tertinggi PAS dan seperti biasa merekalah yang selalu mempermainkan dan nak mengenakan TGNA. Fikirlah Pok Nik. Jnagan nak salahkan orang. Lihat si menantu dan mereka yang di keliling anda!! Tak gitu ?

Wednesday, 4 August 2010

TEMBAKKAN PAS YANG TAK MENGENA !!!!!!





Kongsi 16PAS hari ini membidas Umno, dan melabelkan parti itu sebagai punca kempen 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui kebuntuan.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Najib keseorangan menjuarai kempen itu dan mendakwa malah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertanggungjawab merobekkan 1Malaysia.

"Bersama kumpulan pelampau kanan Melayu, PERKASA, dengan sokongan Muhyiddin, ia menandakan terkuburnya 1Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak perlu memerlukan musuh.” Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah lawak PAS dan pemimpinnya yang mutakhir. Kesian juga dengan PAS ni. Dah tak ada isu. Yang ada hanya lawak bodoh untuk cuba melagakan pemimpin kerajaan. Mungkin mereka anggap pemimpin kerajaan Malaysia ini bodoh sangat kot.

2. Cari le isu lain. Kalau nak pasang perangkap pun, biarlah bijak sikit. Nampak selekeh sangat isunya. Kenyataan Muhyiddin pun hanya diambil sekerat-sekerat . Bukan secara menyeluruh. Tak ada salah nya dengan 1 Malaysia. Tak ada salahnya dengan kenyataan Muhyiddin dan tak ada salahnya dengan kenyataan Tun Mahathir. Pokok isunya dan kenyataan 2 pemimpin tersebut ialah pembaikan dan memberi pemahaman yang jelas kepada semua lapisan rakyat apa itu 1 Malaysia. Itu aje

3. Sudah lah PAS. Jerat tersebut sebenarnya telah memakan diri anda. Ada baiknya PAS yang pakar dalam segala bidang ini, selesaikan hal rakan DAPnya di Selangor yang tak habis-habis dengan penipuan dan rasuah tetapi cuba menutupnya dengan berbagai kaedah.

4. Ada baiknya PAS cadangkan kepada SELCAT yang dikatakan amat telus itu untuk menyiasat dan bersidang bagi membicarakan isu penyalahgunaan kepala surat exco tersebut. Cuba SELCAT siasat, salah guna kepala surat ke atau memang diarahkan untuk disalahgunakan oleh exco gangster tersebut?

5. Jangan berdiam diri dalam perkara mungkar wahai PAS. Walaupun terkena pada rakan sendiri, wajib kita semua membenterasnya. Jangan cakap islam pada kami aje tetapi hati dan badan sendiri penuh dengan tahi......................Tahi DAP lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, 25 July 2010

SIAPA BOHONG SIAPA!!!!!!!!!!!!!!!!!! KIH KIH KIH KIH





KUALA LUMPUR 24 Julai - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengesahkan beliau ada menemui Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau menafikan ia bertujuan membincangkan penyatuan antara UMNO dan Pas sebaliknya persiapan bagi menghadiri Mesyuarat Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Pertemuan itu dilakukan atas kedudukan saya sebagai Exco yang bertanggungjawab Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu dan ia dilakukan secara terbuka bukannya sulit seperti yang didakwa. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa macam Mahfuz? Siapa yang bohong? Kau kena pergi minta maaf dan bertaubat dengan harusani tu kerana menuduh Harusani berbohong. Apa macam sekarang? Salahuddin pun kena minta maaf kerana menuduh Harussani berbohong. Khalid Gereje tu tak perlu minta maaf. Sebabnya...............Eh eh ...........Khalid tu islam lagi ke ?.............Kih kih kih.............

2. Siapa cari siapa ni ?

3. Kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 6 July 2010

PARTI AJARAN SESAT : PAS MARAH? KIH KIH KIH !!!!



'PAS parti ajaran sesat', Shafie Apdal biadab
author_photo("Abdul Rahim Sabri")
Abdul Rahim SabriJul 6, 1012:03pm
1012:03pm


PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nampaknya melenting sakan pemimpin PAS apabila di kata oleh YB Shafei bahawa parti itu " Parti Ajaran Sesat ( PAS ) ". Tahu pulak melenting dan siap buat repot polis lagi. Cuba PAS dan pemimpinnya fikir balik dan memandang ke belakang.

2. Cuba lihat apa yang sudah dan telah pemimpin PAS katakan kepada UMNO dan pemimpinnya sebelum ini termasuk kepada pemimpin kerajaan. Daripada kafirkan UMNO, UMNO kafir, pemimpinnya kafir, Tun Mahathir Mahafiraun, Najib Atlantuya, parti babi, UMNOGOK, dan berbagai bahasa syaitan lain yang digunakan. Bab animasi yang dilukis jangan cakap cakaplah. Buka aje blog penyokong parti dan blog pemimpin mereka. Ya Allah, mengalah bahasa kami yang bukan ulama ini.

3. Jadi mengapa melatah bila dikatakan demikian. Siang malam , pagi petang sebaik buka mata dan selepas sembahyang , dengan jubah dan serban masih di kepala, terus memfitnah dan mencarut. Lihat ajelah kalau kita mendengar ceramah Mat Sabu. Lihat apa yang dikatakan kepada DSAI ( TPM masa itu ) dengan mengata DSAI , Anuar Al Juburiiii. Lihat aje fitnah Allahyarham Buniyamin, yang memfitnah Tun Mahathir menonton blue filem dengan cucunya ( Tun dah maafkannya pun sebelum padam ....nasib baik . Semuga Allah cucuri rahmat atas rohnya ).

4. Jadi kepada PAS dan pemimpinnnya, sudahlah. Jangan hipokrit dan menunjukkan perangai baik. Lihat diri sendiri. Kalau tak suka dengan apa yang dikatakan oleh Shafie tu , maka PAS dan pemimpinya juga harus cuci diri dan fikiran dengan tidak buat perkara yang sama.

5. PAS , Parti Ajaran Sesat? Mungkin benar kot. Contohnya dengan mengkafirkan sesama islam , sembelihan orang UMNO haram dimakan dan mendoakan bala kepada sesama islam. Juga rasuah boleh jadi sponsor haji. Selipar Tok Guru pun boleh bawa berkat. Apa ni!!!!!Tak betul?????????????Kah kah kah kah kahkah kah kah......

6. Kata dulang paku serpih, kata orang , PAS dan pemimpinnya lagi lebihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, 5 July 2010

DI DADA KARPAL NAMPAK BULAN ? BIAR BETUL POK NIK !!!!






PADA 12 November 2003, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan dokumen negara Islam yang merangkumi semua aspek konsep negara Islam termasuk tasawur, dasar, ciri-ciri sehinggalah polisi umumnya.

Ketika itu, Pas berada dalam Barisan Alternatif (BA) bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Pada masa yang sama, kedua-dua parti itu turut mempunyai kerjasama dengan DAP yang memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia'.
Malahan suatu ketika, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memuji pemimpin-pemimpin DAP kerana dikatakan semakin menerima Islam. Ketika berucap di konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam tidak lama dulu, Nik Abdul Aziz berkata, di dada Lim Kit Siang dan Karpal Singh ada tanda bulan (lambang Pas).

Kini, pujian Nik Abdul Aziz kepada DAP terutamanya Karpal mungkin berubah apabila Pengerusi DAP tersebut secara terbuka mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Pendirian itu membuatkan Menteri Besar Kelantan mencabar Karpal membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Nik Abdul Aziz turut menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.

Sebenarnya tidak timbul soal kenyataan peribadi kerana sejak dari awal lagi sama ada Karpal mahupun DAP tidak pernah memperakui secara terbuka menyokong gagasan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Tambahan pula sejak berkawan rapat dengan PKR dan DAP, Pas sendiri bukan sahaja sudah lama tidak bercakap soal menubuhkan negara Islam, malah ada pemimpin menganggap gagasan itu tidak ada dalam Perlembagaan parti tersebut.

Dalam muktamar parti itu baru-baru ini, suara-suara mengenai perjuangan membentuk negara Islam langsung tidak kedengaran sama ada di kalangan pemimpin mahupun perwakilan Pas.

Nik Abdul Aziz hanya melenting apabila Karpal terus konsisten menolak penubuhan negara Islam. Kalau Karpal tidak bercakap maka sudah pasti isu negara Islam tidak disentuh oleh Pas.

Ini terbukti apabila dalam dua pilihan raya umum lalu, Pas dalam manifestonya tidak menyentuh soal negara Islam sehingga akhirnya memungkinkan konsep negara Islam yang mereka perkatakan hanya wujud dalam bentuk dokumen semata-mata tidak lebih daripada itu.
Konsep negara Islam hanya menjadi retorik politik kepada Pas kerana ia tidak bersungguh-sungguh hendak dilaksanakan oleh parti tersebut. Apa yang lebih penting bagi parti berkenaan ialah bersama-sama PKR dan DAP menggabungkan kekuatan bagi merebut tampuk kekuasaan negara dalam pilihan raya umum akan datang.

Atas sebab itulah, DAP dilihat tidak pernah menghormati dasar perjuangan Pas kerana mereka memahami bahawa Pas bersedia mengorbankan semua itu demi mencari kuasa politik.
Kita tidak harus lupa bahawa pada 25 Jun 1999, Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata, ''Pas sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."

Bagaimanapun seorang pemimpin Pas ketika dihubungi berkata, DAP sepatutnya menghormati dasar perjuangan Pas bukannya mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan.

Katanya, Pas sentiasa bersedia bekerjasama dengan DAP selagi perasaan hormat-menghormati itu wujud.

''Selagi DAP hormati Pas, kita tidak ada masalah tetapi nampaknya DAP tidak mempunyai perasaan tersebut, sebab itulah Karpal sanggup mengeluarkan kenyataan itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut pemimpin Pas berkenaan, semua rakan di dalam pakatan pembangkang telah bersetuju dan menghormati dasar perjuangan Pas.

''Justeru, tidak timbul soal penolakan oleh mana-mana pemimpin DAP termasuk Karpal sendiri. Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau,'' katanya.

'Pandangan peribadi' - inilah istilah yang digunakan oleh hampir keseluruhan pemimpin Pas apabila diminta mengulas mengenai kenyataan terbaru Karpal itu.

Apa yang pasti Karpal bukanlah ahli biasa, tetapi Pengerusi DAP. Jadi, pandangan beliau sudah tentu dikongsi bersama oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Adakah kenyataan pemimpin Pas itu bermaksud Guan Eng akan membela Pas?

Sepatutnya Pas belajar terhadap apa yang berlaku di Selangor kerana biarpun Pas menyumbang kerusi kepada pembentukan kerajaan negeri tetapi suara Pas seolah-olah tidak didengari.
Beberapa usaha Pas untuk menerapkan nilai-nilai Islam ditentang hebat bukan sahaja oleh DAP tetapi juga pemimpin bukan Melayu dalam PKR.

Kini, Pas tidak boleh melenting dengan kenyataan Karpal kerana Pas tidak ada kuasa untuk melawan kekuatan politik DAP mahupun PKR.
Sepatutnya, Pas menghormati Karpal kerana sentiasa konsisten dalam membuat sesuatu kenyataan. Keadaan tersebut berbeza dengan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak pernah konsisten dalam pendirian mereka.

Akibat sikap tidak konsisten inilah, ia memungkinkan Pas hanya menjadi 'kawan mainan politik' kepada PKR dan DAP.

Mungkin pujian boleh diberikan kepada Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang dengan tegas menyatakan Pas bersedia mengkaji semula hubungan dengan DAP pada masa depan jika DAP terus mengamalkan sikap menikam dari belakang.

Sebenarnya, DAP selama ini bukan sahaja sudah menikam dari belakang, malah boleh disifatkan 'sudah menetak' Pas dari hadapan apabila sering sahaja melakukan tindakan yang kadangkala dilihat tidak menghormati Pas. Tetapi apa yang Pas boleh buat?

Oleh itu, apa juga penegasan dan kenyataan yang dibuat oleh Pas dalam isu negara Islam boleh dianggap retorik semata-mata. Pemimpin Pas terpaksa bersuara apabila ia disentuh oleh Karpal bagi menunjukkan kononnya Pas tetap ingin memperjuangkan konsep berkenaan.

Namun, ia hanyalah mainan lidah politik Pas sahaja. Hakikatnya, langkah bagi memperjuangkan konsep negara Islam tersebut semakin ditinggalkan oleh parti itu demi mencari kuasa bersama PKR dan DAP.

Penghuni Gua : Dulu Pok Nik cakap di dada Karpal dah ada bulan. Sekarang bagaimana pulak. Karpal dah menyanggah hujah Pok Nik tentang negara islam.

2. Sehingga kini, semua pemimpin PAS tak berani nak menyanggah sergahan Karpal. Dia tak kan benarkan negara islam ujud samada bawah UMNO apalagi PAS.

3. Senyap aje pemimpin PAS. Takut ke , nak war-warkan negara islam ala PAS dan Hudud PAS sekarang ? Tak berbunyi langsung bab hudud dan negara islam sejak berkawan dengan DAP. Islam mengajar begitu ke?

4. Serban dan jubah hanyalah sebahagian dari politik mereka. Islam pun turut sama digunakan dan diperkudakan. Jika ikhlas mengapa tak berani untuk terus berjuang untuk hudud dan negara islam? Nak negara islam dan Hudud? PAS nak sebut pun mengeletar sekarang. Sudahlah.....cakap aje le....

5. Untuk Pok Nik , bulan di dada Karpal belum mengambang lagi kot? Sekarang siapa tarbiayah siapa? Nampak gayanya Karpal lebih berjaya dalam misinya untuk menutup mulut Pok Nik dan pemimpin PAS yang lain. Nak sebut hudud pun tak berani sekarang. Tak berbunyi langsung sekarang. Si Nizar pun sekarang cakap , dalam perlembagaan PAS pun tak ada kata PAS nak tubuh negara islam atau nak laksana hudud!!!!! Keh keh keh keh.............Cakap aje. Hanya politik.

TIADA PEMILIHAN PAS : PARTI ISLAM ? SAMA AJE !!





Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengakui wujudnya perpecahan di dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan di peringkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tiada pemilihan dalam muktamar Agung PAS? kah kah kah!!!! Bimbang ada perpecahan kerana ramai yang nak bertanding jawatan tertinggi? Kah kah kah kah !!!!

2. Rupanya jiwa islam pemimpin PAS yang di war-warkan sebelum ini begitu islamik ( kata merekalah ) sama juga dengan parti lain. Mengejar dunia dan jawatan juga rupanya. Tamak haloba juga.

3. Yang memegang jawatan pula , begitu tamak dan enggan kuasa dan jawatan mereka dirampas. Terus nak berkuasa walaupun dah bongkok tiga. Berbagai alasan diberi oleh mereka untuk kekal berkuasa.

4. Parti islam? Cakap bolehlah. Berkekah juga tiap hari. Cuma yang lebihnya mereka tidak begitu bising kerana sekatan Baiah mencagar anak bini..........................

5. Sudahlah Pak Nik. Jangan cakap le bab islam. Sama aje selagi kita manusia ni. Ada peluang merembat juga.................kah kah kah kah kah!!!!!!!!!!!!!!!! Mungkin Pak Nik dan kumpulannya rasa tergugat kot. Pak Nik mungkin dah terhidu bau, ada manusia dalam PAS nak kekoh jawatannya.

Nota : Demokrasi islam cara PAS. Tunas baru yang berhajat nak bertanding tu, hanya gigit jari dan boleh mengurut janggut ajelah....................................Si Tantawi pun , mulalah mengeluh dan beristighafar panjang le!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Keh keh keh keh keh !!!!

Sunday, 23 May 2010

GELI-GELI PAGI AHAD !


Penghuni Gua: " *&^%$#$%^&*ICVFTYUIO(*&^%$#$%^&*OJHER^&*()(*&^%EDFGHE$%TYUHGFDR$$%^&*OID

Tuesday, 18 May 2010

HALAL HARAM , HARAM HALAL , !!! ENTAH !!!






Perkembangan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang akan menjadi sayap parti itu tidak lama lagi akan diteliti terlebih dahulu sebelum ahli-ahlinya diberikan keanggotaan penuh.

"Kita baru bermula dengan apa yang ada pada hari ini. Kita akan tengok keperluan kita pada masa akan depan dan parti akan memikirkan tentang apa yang berlaku pada masa depan . Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dulu haram sekarang halal.

2. Dulunya jangankan orang bukan islam nak bertanding sebagai calon PAS yang di haramkan tetapi calun wanita islam pun diharamkan bertanding dalam PAS. Selepas melihat PAS berpeluang cerah memerintah Kelantan pada tahun 1990, maka dibenarkan seorang calon wanitanya bertanding di Parlimen Kota Bharu melawan YB Tengku Ahmad Rithaudeen. Ia ekoran dari fatwa TGNA yang mengatakan walaupun suara wanita aurat ( sebab yang sama diharamkan wanita bertanding ) tetapi disebabkan darurat maka halal untuk wanita bertanding. Senangnya fatwa TGNA dan PAS.

3. Kini calun bukan islam pun boleh bertanding sebagai calun PAS . Dulu kerana BN bersekuta dengan MCA dan MIC maka dikafirkannya UMNO ( salah satu sebab dikafirkan ). Sekarang PAS menjilat ludah mereka semula dengan membenarkan calun bukan islam bertanding sebagai calun PAS walaupun bukan ahli ( macam-macam nama di beri, seperti ahli bersekutu lah dan sebagainya bagi menghalalkan perbuatan mereka ).

4. Semuanya kerana kepentingan politik maka agama pun dilacurkan oleh PAS. Dulu atas nama islam juga perkara ini haram. Dan sekarang pun , atas nama islam juga perkara itu juga halal.

5. Inikah Parti yang boleh diharap untuk menjaga islam? Maaflah!!!!!!!!!!!!!!!

Nota : Orang Kelantan cakap " 4 kali sebentor berubah. kluk klek ".

Monday, 29 March 2010

JOM HEBOH KELANTAN : HALAL PULAK !!!

Di petik dari Blog : Pejuang Bangsa

Penghuni Gua : Itulah PAS. Dulu haram sekarang halal. Konsert cara islam dan berbagai nama di beri untuk halalkannya.

2. Dulunya semua hiburan haram . Semua konsert haram. Amy Searh pun haram dulunya. Sekarang semua halal kerana politik. ( Politik nak tarik sokongan muda mudi ). Sekadar asingkan lelaki perempuan jangan cakap halal lah. Dulu katanya konsert dan nyanyian melekakan dan mengkhayalkan. Sekarang di Jom Heboh di Kelantan konsert Tomok boleh pula.

3. Dulu dikatanya TV3 , TV 3 suku, haram dan gila KLIK di sini. Sekarang halal.

4. Biasalah, pemimpin dan parti yang beraja dimata dan bersultan di hati. Bila mereka nak buat sesuatu yang dulunya di haramkan oleh mereka maka dicarilah dalil dan alasan nak halalkan.

5. Sesumpah. Begitulah perangainya. Fikirkan , Fikirkan pengundi muda. Inilah kaedah mereka. Tidak perlu kita berhujah panjang lebar . Perkara-perkara kecil begini pun dapat membuktikan sifat hipokrasi mereka. Macam-macam cara , kalau Allah nak tunjukkan sesuatu.

Tuesday, 9 March 2010

AWANG SELAMAT : LIDAH BERCABANG PAS !





AWANG geleng kepala memikirkan kenyataan terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terbuka mengiktiraf DAP. Bagi Tok Guru itu, Pas amat senang dengan tahap kerjasama dengan DAP.

Kata Nik Abdul Aziz: ''...Sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam.''

Bukan apa, Awang tidak pernah lupa bahawa Dewan Ulama Pas Kelantan pada 1963 telah mengeluarkan fatwa menghukum orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir.

Awang tidak pula hendak menjatuhkan hukum kerana berpendapat itu bukan urusan Awang tetapi apakah kerjasama Pas-DAP sekarang tidak tertakluk kepada fatwa tersebut.

Bagi Awang, kenyataan Mursyidul Am Pas tersebut tidak lebih daripada kenyataan politik. Pendirian Pas akan berubah-ubah mengikut kepentingan Pas dan di mana Pas berada.

Yang pasti, DAP sudah tentu lega dengan komitmen Mursyidul Am Pas itu. DAP telah berjaya selangkah lagi, setelah menawan Pas untuk bersekongkol dengannya.

Awang - Tak terkejut.

Penghuni Gua : Naik dan bertambah meluat dengan PAS !

Monday, 1 March 2010

HASIL TARBIYAH PAS : MANUSIA KE DIA NI ?

( Manusia ke dia ni ? )

Dipetik dari blog : Cucu Tok Selampit

Siapakah mamat di atas yang muka seperti tongkang pecah? Beliau adalah Zulkarnain Ismail, seorang yang mengaku ahli dan pejuang PAS. Kenapa beliau begitu penting sehingga mendapat tempat di Blog Cucu Tok Selampit? Ini adalah kelancangan beliau di dalam menghina pemergian Allahyarhamah Ketua Puteri UMNO Ampang, Saudari Haslinda Mohd Zerain dengan tulisan berikut di laman sosial Facebook:

"Alhamdulilah...ketua putri neraka dari ampang telah kembali ke neraka buat selama-lamanya.."

Tahniah Dato' Nik Aziz, bukan setakat Nik Aziz sahaja pemegang kunci syurga. Anak buah pula sudah mula terikut-ikut menentukan siapa yang boleh masuk syurga dan neraka. Nauzubillahhiminzalik.

Penghuni Gua : Hasil Tarbiah PAS. Bagus sekali produk nya. Produk dari parti ahli syurga. Syaitan berwajah manusia budak ini. Sedih dan kesian mak bapak dia lahirnkannya.

Wednesday, 17 February 2010

BETUL TU YB ZULKIFLI !


Rabu Februari 17, 2010
MStar Online

Nik Aziz Pun Pernah Khianat
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.
"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini semalam.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Amat betul sekali YB Zul. Biar Pok Nik cermin diri sendiri. PAS juga sepatutnya bubar aje bila keluar BN. Kerana PAS dan pemimpinnya juga pengkhianat bila masuk dan keluar semula dari BN dulu.

2. Pok Nik ni calap aje lebih. Habok pun tak ada. Masa masuk BN tak ada kata BN tu kafir. Bila keluar dari BN terus UMNO Kafir. DSAI tak dikafirkannya pula.

3. Semua ini kerana mereka berlidah biawak YB. Lidah biawak.

Monday, 8 February 2010

LAPURAN POLIS TERHADAP BLOG JEFFRY DIMENSI ! TAK ADA ISU !

( Gambar ini boleh kot ? )

Harakah Daily

Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya
Salmah Mat Husain & Muhammad Yusri Amin


KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apalah PAS ini. Itu pun nak buat lapo=uran polis? Kah kah kah kah kah kah. Aib?

2. Aib dan mengaibkan gambar yang Dimensi paparkan? Aap kurangnya blog PAS ini yang meletakkan gambar DS Najib makan malam dengan Atlantuya? Gambar Dr Khir Toyo dengan kepala babi, Tun Mahathir di gambarkan berkepala babi dan Tan Sri Rahim berkepala anjing?

3. Apa kurangnya celaka yang Pok Nik hamburkan kepada orang dan sumpah laknat serta fitnah yang Pok Nik keluarkan dan penyokong PAS keluarkan kepada BN dan pemimpinnnya?

4. Kepada Jeffry, tak usah risau. Tak ada kesalahan jenayah pun. Tak ada isu. Jeffry boleh tidor lena. Paling kuat pun blog kena asekat atau di denda RM 50 sahaja.

5. Relak Jeffry. Tak ada apa nak risau.

Wednesday, 27 January 2010

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM : CAKAP AJE LEBIH !




KOTA BHARU: Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Datuk Abd Bakir Zin, berkata 44 orang pelajar daripada lebih 2,400 pelajar sekolah di Kelantan yang menjalani ujian air kencing disahkan positif dadah. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Membangun bersama Islam. Rupanya ada juga di negeri serambi Mekah perkara sebegini. Itu le. Cakap boleh lah. Tindakan habok pun tak ada. Sekadar slogan politik tanpa perancangan strategik jangka panjang semua orang boleh cakap.

2. Sepanjang 20 tahun PAS memerintah, mana ada satu perancangan strategik bertulis yang didedahkan pada umum untuk mengatasi perkara seperti ini atau pembangunan Kelantan keseluruhan? Cakap aje.

3. Semua perancangan dan rancangan itu, ini dan sebagainya hanyalah diletakkan di dalam serban dan jubah. Jika tidak pun dalam briefcase atau pun dalam Mercedes ADUN dan exco PAS aje. Itulah PAS. Cakap aje lebih. Sebab itu baik diam dan jangan kritik kerajaan , kalau kerajaan negeri sendiri pun satu apa perancangan pun tak ada. Sudahlah.

4. Menyampah.!!!

Thursday, 31 December 2009

MB BUKAN MELAYU : CADANGAN TGNA AMAT BAHAYA !





KENYATAAN terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 telah mengejutkan pelbagai pihak terutama sekali orang Melayu.

Nik Aziz menyatakan kesediaan Kerajaan Pas Kelantan untuk meminda atau menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan Melayu memegang tampuk pemerintahan Kelantan sebagai Menteri Besar amatlah mendukacitakan dan mengguris perasaan orang Melayu khasnya Melayu Kelantan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mungkin TGNA khayal atau mamai lagi. Tok khabar kot.

2. Kepada TGNA, jangan meminda tak tentu fasal undang-undang tubuh Negeri Kelantan. Yang nak dipinda itu adalah asas penubuhan dan kedaulatan negeri Kelantan yang dibuka oleh orang Melayu.

3. Inilah menunjukkan ketuanan Melayu. Pindaan ini amat bahaya jika TGNA ingin teruskannya. Mungkin ia akan membawa akibat yang amat besar dalam jangka panjang. Anak cucu kita nanti akan terus menyumpah seranah ( seperti yang di ajar oleh TGNA kebiasaanya ) TGNA sepanjang zaman .

4. Jangan pinda , TGNA, jangan. Ini amat merbahaya. Kesannnya amat besar. Politik-politik juga , perkara asas kedaulatan orang Melayu jangan dipinda sembarangan. Negeri ini bukan mak bapak kita punya dan bukan mak bapak dan TGNA yang punya. Ia adalah kepunyaan kami juga.

5. Tetapi PG melihat dalam Harakah dan blog-blog PAS , tak ada pun mereka menuliskan perkara ini. Mungkin mereka rasakan pandangan TGNA itu satu kesilapan dan merugikan politik PAS. Sebab itu Harakah terutamanya tidak menyentuhnya langsung perkara sebesar ini untuk diulas. Mereka tahu ia akan merugikan PAS. TGNA nak tarik semula kenyataan ini tak boleh , nak korner baring pun tak boleh.

6. Kepada pengundi melayu : lihatlah pemerintah ini atau kepimpinannnya. Mereka sanggup membuat apa sahaja termasuk menggadaikan hak Melayu demi mencapai maksud politik. Berilah alasan apapun. Pindaan ini amat bahaya dan mempunyai implikasi yang amat besar.

7. Perak pun hampir tergadai kepada DAP. Mujurlah undang-undang tubuh negeri itu dapat menghalang DAP dari menjadi MB pEARK. Jika tidak tergadai le negeri Perak sekali lagi. Ada sebab mengapa undang-undang tubuh di Perak dan Kelantan mempunyai peruntukkan yang mewajibkan orang Melayu sahaja menjadi MB. Fikirkanlah..........

Wednesday, 23 December 2009

KES DR HASSAN : HUKUMAN MALAM INI. TEKA APA HUKUMANNYA ?


MStar Online

Rabu Disember 23, 2009

Nasib Hassan Ali Ditentukan Malam Ini
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini bakal menentukan nasib Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, beliau berharap isu berhubung siasatan berkenaan tidak diperbesarkan bagi menjaga maruah dan kepentingan parti.

"Insya-Allah kami akan bermesyuarat malam ini bagi meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dalam siasatan ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Malam ini nasib Dr Hassan Ali Pesurohjaya PAS Selangor akan ditentukan. Cuba teka apakah hukuman dan kesalahanya?

2. Tekaan PG ialah Dr Hassan Ali didapati tidak bersalah dan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah konspirasi dan tuduhan jahat dari blogger UMNO/BN. Inilah jenis keputusan dan alasan yang akan diambil oleh PAS atau Tuan Ibrahim. Skrip sudah ditulis dan macam biasa lah.

3. Cuba pembaca teka dan buat telahan, apakah kesalahan dan hukuman yang akan diterima oleh Dr Hassan Ali.

4. Bagi PG, " Dah lama buat kajian tentang PAS ini" . Wayang aje lebih dan mengata serta memfitnah orang aje lebih tak kira siang atau malam. Lihat aje le dalam kes kahwin Bung Mokhtar. Habis Blogger PAS dan PKR mengutuk YB Bung Mokhtar. Itu kira halal tu.

5. Tetapi bila bab Ketua Pemuda PAS Kelantan kahwin dua secara haram ( akan ditentukan oleh mahkamah nanti ) iaitu melalui sindekit , semuanya senyap kemetot. Menipu dan memalsukan dokumen perkahwinan lagi dan menggunkan doumen palsu sebagai tulen. 2 kesalahan. Kalau ada yang gatal tangan buat repot polis, maka jauh lagi le jalannya. Merengkok le dia dalam penjara. Tapi tak apalah. Mereka kan ahli syurga. Mana boleh buat benda haram dan salah. Kita semua ini je tidak islam dan kafir dan sentiasa buat salah.

6. Inilah contoh pemimpin dan parti yang hanya berdegar-degar cakapnya tetapi jika diteliti akhirnya didapati punggung mereka lebih sendat dengan tahi. 7. Biarkanlah si Luncai terjun dengan labunya. Sebab itu bagi belia dan pengundi muda , anda pelu meneliti kata pepatah " Kepandaian dan kealiman seseorang itu bukan dilihat dari tuturkatanya tetapi dilihat dari perbuatannya.


Friday, 4 December 2009

2 x 5 = SAMA AJE !


Berita Harian

3 Dis 2009

Nik Aziz sangkal kenyataan Hadi


Oleh Khairul Anuar Abdul Samadmailto:Samadkrull@bharian.com.my


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyangkal kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau tidak menerima nasihat perundangan dan politik yang betul daripada pegawainya sehingga menyebabkan berlakunya krisis dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tuan Guru Haji Hadi kata TGNA terima nasihat tak betul. TGNA nafikan. Apa ceritanya?

2. Sebenarnya dua-dua pun sama. 2 x 5 sahaja. Itu je lah apa yang TGNA nak jelaskan. Cuma TGNA guna bahasa lembut. Seba itu , TGNA sebutkan , kalau nak tahu siapa penasihat yang berinya nasihat tak betul, tanya TGHH. Bahasa diplomatik.

3. Memang dua-duanya sama. Kalau TGHH betul dan menerima nasihat yang betul takkan keluar bahasa TGHH yang menyebutkan ia kalah di Batang Ai kerana penduduk di sana masih pakai cawat. Itulah bahasa orang beragama dan mendapat petunjuk Allah.

4. Kalau TGHH betul , takkan kerajaan Terengganunya tumbang dalam hanya 1 penggal?

5. " Ketam , cuba mengajar anaknya berjalan dengan betul. Dua-dua pun sama aje. Mulut keduanya pun juga sama. Semuanya mulut tiada insuran.

PETA PELAYAR