FOLLOWERS

Showing posts with label MAJLIS PEGUAM. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS PEGUAM. Show all posts

Thursday, 23 September 2010

JANGAN CUCI TANGANLAH MAJLIS PEGUAM : KARPAL SINGH !!!!





Peguam veteran Karpal Singh mencabar kenyataan Majlis Peguam bahawa badan itu tidak boleh bertindak ke atas kehidupan peribadi peguam yang di bawah naungannya.

Sambil mengingatkan bahawa kerjaya seseorang peguam sepatutnya memberi keyakinan tinggi kepada orang awam, Karpal yang juga pengerusi DAP berkata adalah menjadi tanggung-jawab Majlis Peguam menapis mereka yang berperangai buruk.

"Mana-mana peguam yang mendatangkan keburukan kepada profesion undang-undang, harus tidak disenaraikan. Majlis Peguam sepatutnya bertindak apabila ada bukti bahawa kehidupan peribadi seseorang peguam itu telah menjadikan kerjaya peguam itu sesuatu yang jijik dan buruk.

"Majlis Peguam tidak boleh dan tidak sepatutnya mengabaikan tindakan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Karpal berkata Seksyen 94(3) Akta Profesion Peguam memperuntukkan tindakan berhubung salah-laku terhadap kehidupan peribadi peguam.

Peguam yang mempunyai 41 tahun pengalaman itu juga membidas Majlis Peguam kerana gagal bertindak meskipun ada bukti terhadap salah-laku ahlinya.

"Adalah jelas ada seorang peguam di senarai itu, yang mana kehidupan peribadinya diragukan - Mahkamah Rayuan juga mendapati beliau adalah pelakon lelaki yang dipaparkan di sebuah pita lucah.

"Namun, Majlis Peguam hanya membisu dan terlupa untuk membersihkan pencemaran di senarai itu,” kata Karpal yang jelas merujuk kepada bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Dewan Rakyat, DP Vijandran.

Vijandran, adalah bekas setiausaha agung MIC dan seorang peguam yang terus berkhidmat sehingga hari ini.

Menurut Karpal, peguam yang didapati bersalah dan telah dipenjarakan hanya boleh diterima oleh Majlis Peguam dalam keadaan luar biasa bagi “mengekalkan imej murni badan itu yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.”

Katanya lagi, majlis itu tidak sepatutnya mengecualikan kehidupan peribadi peguam daripada tindakan meskipun mempunyai bukti terhadap salah-laku mereka.

Penghuni Gua : Majlis Peguam!!! Jangan temberang lagi. Di atas adalah amaran, ingatan dari Karpal Singh. Majlis dan Regavan jangan lagi nak cuci tangan dan cuba nak salahkan polis pula bila gagal mendisiplinkan ahli mereka.

2. Belajar bertanggung jawab sikit lah Majlis Peguam . Jangan jadi loyar buruk. Semua nak taici dan cuci tangan. Bicara tangguh pun nak salahkan polis. Semua orang salah. Majlis ajelah yang betul.

3. Tapi kalau bab agama dan bab orang melayu boleh pulak mereka campurtangan walaupun mereka tak berhak pun. Anjur macam-macam forum yang mengganggu agama islam.

4. Jadi kepada Majlis Peguam , berhentilah temberang anda tu. Dalam bab ini PG memuji dan bersetuju sepenuhnya dengan Karpal. Tahniah Karpal. Tahniah.!!!!

Saturday, 29 August 2009

PEGUAM TAK AMANAH DIPENJARA : APA PERANAN MAJLIS PEGUAM ?



Berita Harian

28 ogos 2009


Peguam tak amanah kena 5 tahun, sebat



AMPANG: Selepas 14 tahun dibicarakan, seorang peguam akhirnya dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM100,000.

Hakim Noradidah Ahmad membuat keputusan berkenaan ke atas R Chandrasekaran, 48, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melampaui keraguan munasabah. Bagaimanapun, Noradidah membenarkan hukuman penjara dan sebatan itu ditangguhkan sementara bagi memberi laluan Chandrasekar memfailkan rayuannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Banyak lagi kes begini berlaku dan terus berlaku dan dilakukan oleh peguam walaupun bukan semua.

2. Ia boleh dikatakan menjadi sinonim dengan masyarakat apabila membicarakan tentang peguam dan profesion mereka. Pecah amanah. salahguna kuasa dan berbagai penipuan lagi yang dilakukan oleh gulungan ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah kepada bidang ini.

3. Apa peranan Majlis Peguam dalam hal ini? Perkara ini sudah lama berlaku. Sejak dari negara ini merdeka lagi. Ramai juga yang terlepas atas kepintaran mereka membelitkan undang-undang yang ada.

4. Tidak nampak langsung peranan yang dimainkan oleh Majlis ini selain dari menyiasat dan mengantung lesen guaman ahli mereka . Itu sahaja. Langkah jangka panjang langsung tidak ada bagi membendung masalah ini.

5. Majlis peguam lebih sibuk dengan perkara-perkara lain seperti politik tetapi peranan utama mereka bagi menjadi kredibilti ahli dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat langsung tidaak dipedulikan.

6. Juga apa peranan Majlis ini dalam memberikan nasihat serta pendidikan kepada ahli mereka serta peranan majlis sendiri dalam mengatasi masalah kes tertangguh yang berjumlah berjuta-juta disetiap peringkat mahkamah. Juga apa peranan majlis ini terhadap ahli mereka yang sebahagian besarnya menyebabkan kes keerap kali ditangguhkan. Mengambil banyak kes mahkamah dalam satu masa dan kemudian menangguhkannya dengan alasan terikat dengan mahkamah lebih tinggi.

7. Inilah diantara putar belit para peguam dalam mengejar untung. Jadi apa peranan Majlis? Adakah Majlis ini hanya jadi bisu dan pekak di atas semua isu yang melibatkan peguam ini? Adakah majlis ini kelihatan sibuk dengan isu lain dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian dari masalah yang melanda Majlis peguam dan ahlinya yang tidak cekap?

8. Majlis Peguam mungkin boleh memperbodhkan sebahagian dari rakyat Malaysia. Tetapi bukan kami. Dalam isu calun PRK Permatang Pasir Majlis Peguam begitu sibuk campurtangan. Tetapi dalam kes yang lain hanya senyap membisu.

9. Sudahlah Majlis Peguam. Anda pun seperti sesumpah juga. Hipokrit. Sebagaian peguam pula hanya sibuk mensensasikan isu dan juga terlibat dengan demo haram bagi mempopulakan firma masing-masing. Kemudian bila sudah terkenal maka semuanya diam. Peguam baru pula sambung dengan cara dan kaedah yang sama.

10. Menyampah.

Wednesday, 20 May 2009

PEGUAM GULUNGAN KEBAL / ISTIMEWA ?



Majlis Peguam baru-baru ini mengadakan mesyuarat tergempar (EGM) berhubung isu penahanan lima peguam Biro Bantuan Guaman di Balai Polis Brickfields di Shah Alam pada 7 Mei lalu.

Hasil daripada mesyuarat itu, Majlis Peguam meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana tindakan polis meleraikan perhimpunan haram diadakan di hadapan balai polis tersebut didakwa melanggar hak seseorang mendapatkan khidmat guaman. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Apa istimewanya para peguam dan Majlis Peguam ni. Jika telah melanggar undang-undang , kerana anda peguam, maka tindakan tidak boleh diambil terhadap anda?


2. Kebal sangat ke Majlis dan para peguam ini. Penghuni Gua merasakan tindakan peguam yang mengadakan perhimpunan haram di depan Balai Polis Briekfield satu kesalahan di bawah akta polis di bawah sek 27. Mengapa tindakan tidak boleh diambil ke atas mereka. Adakah para peguam ini kebal dari tindakan undang-undang.


3. Dalam hal ini, apa komen SUHAKAM. Adakah SUHAKAM hanya berdiam diri di atas isu ini ? Di mana SUHAKAM berdiri yang sebelum ini begitu beriya-iya dalam mengadakan enquiry awam bagi mencari kesalahan polis. Mengapa mereka membisu hingga kini.


4. Adakah wajar, Majlis Peguam mendesak Menteri Dalam Negeri dan KPN meletakkan jawatan ? Apa hak mereka. Adakah 5 peguam yang ditahan ini mempunyai kekebalan dari segi undang-undang melebihi hak rakyat terbanyak yang lain ?


5. Dari satu sudut, para peguam ini dan juga Majlis Peguam pernah untuk menghapuskan kekebalan DYMM Baginda Sultan. Tetapi di dalam hal ini, mereka bersifat hipokrit dengan cuba menafikan kuasa polis untuk mengambil tindakan atas mereka.


6. Majlis dan para peguam adalah mereka yang mahir dalam aspek undang-undang. Sepatutnya mereka menjadi pelupor kepada yang lain terutama kepada semua rakyat Malaysia agar tidak melanggar undang-undang. Ini berlaku sebaliknya.


7. Jika Majlis dan para peguam ini betul-betul jujur dalam memperjuangkan keadilan dan keluhuran undang-undang dan membela hal asasi rakyat Malaysia, maka apa yang perlu dan menjadi keutamaan ialah dalam 2 aspek:


7.1. Sepatutnya Majlis dan para peguam ini, mengambil tindakan bagaimana untuk mengurangkan kejadian jenayah yang dilakukan oleh para peguam ini yang kerap menipu pelangganya/ orang ramai. Setiap hari ada sahaja lapuran tentang penipuan dan pecah amanah yang dilakukan oleh gulungan ini. Ini yang sepatutnya menjadi keutamaan kepada majlis. Setakat ini tiada cadangan dan tindakan konkrit yang dilakukan oleh majlis .


7.2. Juga kutamaan majlis ialah bagi menyelsaikan maslah kes tertunggak yang disebabkan oleh tindakan ahlinya yang mengambil 2-4 kes dalam satu masa dan kemudian menangguhkannya. Mereka ini hanya kengejar duit dan keuntungan. Jika timbul isu kes tertunggak maka majlis ini akan mencuci tangan. Tidak pernah sekalipun majlis mengakui bahawa kejadian kes tertunggak sebahagiannya adalah disebabkan oleh tindakan tidak jujur ahlinya. Apa pendirian dan tindakan majlis peguam dalam isu ini? Kosong.

8. Kepada Majlis Peguam, jangan cuba menegak benang basah dan jangan cuba menjadi juara untuk mengajar orang ramai melanggar undang-undang. Jangan eksploitasi undang atas kepandaian anda itu bagi kepentingan sendiri. Majlis Peguam sepatutnya lebih tegas dalam mendidik ahlinya supaya mematuhi undang-undang dan peraturan negara.

9. Cukuplah tindakan kurang ajar anda sebelum ini.

PETA PELAYAR