FOLLOWERS

Showing posts with label KESELAMATAN JALANRAYA. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN JALANRAYA. Show all posts

Friday, 28 October 2011

DAH MATA PENGUATKUASA BUTA ...........................







GEORGE TOWN: Polis negeri akan menempatkan lebih ramai anggota di kawasan bangunan sekitar Dewan Undangan Negeri pada Isnin depan untuk memastikan tidak ada pihak yang mengambil undang-undang di atas tangan sendiri dengan merantai kenderaan yang diletakkan sewenang-wenangnya di kawasan berkenaan.

Ini berikutan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia, Liew Yeow Hooi dengan merantai sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Unit Perancang Ekonomi Negeri yang diletakkan di kawasan yang tidak ditempatkan untuk kenderaan di hadapan Dewan Undangan Negeri Isnin lalu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Bagus juga tindakan Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia ini. Bukan apa. dah pihak berkuasa tempatan buta mata dan hati, membiarkan perkara itu berlaku. Buat tak nampak aje bila kereta yang dok parking merata-rata terutama kereta kerajaan.

2. Jadi bagus juga tindakan itu walaupun ia tidak dibenarkan oleh undang-undang. Sekurang-kurangnya , piak berkuasa buka mata dan telinga. Mereka dibayar gaji untuk laksanakan tugas. Tapi buat buta aje........................Makan kedarah duit haram aje. Kedarah duit haram ini bukan makan rasuah aje tapi diberi tugas tapi tak laksanakan juga adalah sama dengan makan kedarah duit haram.

3. Tahniah kepada Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia. Sekurang-kurang nya mereka dah buka mata dan telinga...................

Friday, 24 December 2010

GPS UNTUK BAS : CUKUP-CUKUPLAH MAKAN KEDARAH HASIL MAYAT NI !!!!!!!




2010/12/24
KUALA KRAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mewajibkan semua bas ekspres negara ini dilengkapi dengan sistem pengesanan global (GPS) dalam usaha mengurangkan pembabitan dalam kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata pihaknya mendapati sistem itu mampu membolehkan setiap perjalanan bas ke destinasi tertentu dikesan dan diawasi dengan lebih selamat berbanding sistem yang ada sekarang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dah mula dah. Kerana kemalangan dan kematian, maka ada pihak nak cari untung. Kerana maut 28 orang, maka GPS nak dijual.

2. Dulu pun begitu, kotak hitam lah, lampu amaranlah dan berbagai lagilah termasuk tali keledar lah. Akhirnya, senyap begitu sahaja. Penguatkuasaan hanya hangat-hangat tahi ayam. Balik semula kepada 0. Yang kaya hanya pihak-pihak berkepentingan sahaja. Kemalangan terus berlaku.

3. Tak cukup lagikan segala gejet yang ada? Tak cukup lagikan undang-undang yang ada. Pada pandangan PG, semuanya dah cukup. Semula alat dan cukup dan segala undang-undang dah lebih dari memadai. Isunya hanyalah penguatkuasaan.. Isunya manusia. Penguatkuasa dan pengguna jalanraya.

4. Jadi penguatkuasaan yang tegas dan berterusan oleh semua agensi penguatkuasa ( jangan hanya pandai keluar lesen bas sahaja tetapi nak kuatkuasakan tak pandai atau buat-buat tak pandai, atau atau memang pemalas. ). Buatlah secara berterusan. Kereta penguatkuasa bukan main canggih, tetapi pengendalinya / manusia di dalamnya berotak kelas ketiga.

5. Semua manusia. GPS juga manusia kendalikan. SElagi manusia, ia tetap kena pantau. Pasang le apa gajet pun, selagi manusia yang mengendalikannya berotak kelas 3, letaklah tok nenek gejet pun, ia tetap dengan keputusan yang sama. Maut tetap menanti. Semua ini ialah faktur manusia. Penguatkuasa yang terdiri dari manusia perlu,, tegas, berterusan dengan tindakan . Bukan hanya tindakan seperti kura-kura nak beranak. Tengok ajelah menara tinjau di lebuhraya. Mahalnya bukan main. Tetapi berapa kali sebulan penguatkuasa ( tak kiralah penguatkuasa mana pun ) gunakan . Berbaloikah kos yang dikeluarkan untuk pembinaannya berbanding hasil dan penggunaannya.?

6. Juga yang penting ialah pengguna jalanraya / pemandu. Mereka perlu diajar bertegas. Juga mereka perlu didik. Jadi pendidikan perlu perancangan jangka panjang danb jangka pendek. Jangka pendeknya boleh diubah silibus sekolah memandu, penguatkuasaan yang tegas dan bersemuka ( bukan saman ekor ). Dan jangka panjangnya, pendidikan di sekolah-sekolah.

7. Inilah isunya. Bukan nak tambah gajet yang hanya menguntungkan sebelah pihak. Tetapi kuatkuasakan serta beri pendidikan kepada semua yang terlibat. Cukup-cukup berniaga atas nyawa orang lain / pengguna jalanraya. Janganlah mendapat kemewahan dari penderitaan orang lain. tak selamat cucu cicit kita nanti!!!!!!!

8. Pentadbir yang diberi amanah disarankan jangan tidor. Perlu anjakan. Jangan berjalan seperti kura-kura. Kerana kesilapan dan kemalasan anda dalam menguatkuasa , jangka panjangnya kerajaan juga yang menerima padahnya.

9. Cukup-cukuplah , makan kedarah hasil mayat ni !!!!!! Bukalah minda sikit. Berfikir secara holistik sikit. Jangan cakap dan fikir atas arahan peniaga GPS !!!!! Ingat !!!!!!! cukup-cukuplah , makan kedarah hasil mayat ni !!!!!!

Monday, 20 December 2010

PUAKA BAS EKSPRESS MENGGANAS DI IPOH : 23 TERBUNUH !!!!





Tragedi bas pelancong terbabas: 23 disahkan terbunuh
20/12/2010 2:59pm

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan KHAIRUL ABIDIN NUAR


IPOH 20 Dis. – Jumlah kematian dalam tragedi bas pelancong terbabas ketika menuruni Cameron Highlands di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini disahkan seramai 23 orang.

Ketika ini, 19 disahkan mati di tempat kejadian, manakala empat lagi penumpang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. – Utusan

Penghuni Gua : Puaka jalanraya mengganas lagi. Puaka ini mengganas sehingga berpuloh yang meninggal dunia.

2. Kejap lagi riuh rendahlah JKJR, JKR, JPJ dan Pak-Pak Menteri dan segala pakar jalanraya dan psikologi. Siap dengan AADK pun nak menyampuk. . Riuh rendahlah dengan berbagai pandangan dan idea. Akhirnya , suroh pasang itu, pasang ini di kenderaan perdagangan. Dua bulan pertama , maka riuh rendahlah membuat penguatkuasaan. Lepas itu kembali semula , jadi semut berak kapor dari segi penguatkuasaannya.

3. Lihat ajelah jika anda memandu antar KL ke Melaka ( dah PG tinggal di Melaka ), semua puaka bas ekspress ini bermaharajalela di lebuhraya dengan memandu di lorong tengah dan kanan. Ada penguatkuasa kesah? Tak ada penguatluasa pun. Semua bermata buta !!!

4. Esok lusa , siaplah, siap buat operasi bagai nak nak. Seolah daruratlah negara nampaknya. Kemudian kembali kepada asal sehinggalah puaka bas ini membunoh orang lagi.

5. Isunya bukan tak cukup peraturan, undang-undang dan segala gejet kenderaan tetapi penguatkuasaan sahaja. Esok juga lihat lah , ada pulak jabatan yang bila kritik mengenai ini akan keluarkan alasan bodoh dan usang iaitu " tak cukup keanggotaan ".

6. Pertanyaan !!! " Keanggotaan yang ada dah dimaksimum ke ? Asyik ke hulu ke hilir dengan waja biru dan 4x4. Hasilnya hapah !!!!!!

Nota : Sehingga kini dah 27 nyawa maut dalam kemalangan ini. Entah berapa lagi yang masih nyawa-nyawa ikan akibat puaka ini !!!!

Monday, 11 October 2010

BAS PUAKA / BAS BERPUAKA !!!




12 insan mati katak sahaja. Beberapa penumpang lain masih tenat. PG doakan semuanya akan selamat. Kematiannya atas banyak sebab. Sebahagain bas ekspres di Malaysia ini adalah bas ekspres puaka. Bukan bas tu yang puaka tetapi mungkin dipandu puaka-puaka yang dahagakan darah penumpang dan pengguna lebuh raya .

2. Bas ekspres di Malaysia ini ( yang kemalangan semalam belum tahu atas sebab apa ) pada pengalaman PG memang dipandu oleh puaka-puaka yang berupa manusia. Yang utamanya kerana bas ekspres ini dipandu oleh puaka-puaka yang berupa manusia. Memandu lebih 100 km sejam dan memandu di lorong tengah serta memandu di lorong paling kanan adalah perkara biasa bagi pemandu puaka ini. Lihat ajelah di lebuh raya utara selatan. Ia pemandangan yang biasa. Setiap minggu PG melalui jalan ini dengan kereta PG dan boleh dikatakan tiap minggu PG akan memberi isyarat serta menahan puaka-puaka ini kerana memandu di lorong tengah dan kanan sambil memotong dengan laju. PG tahan walaupun tak ada kuasa menahan. tetapi kerana sakit hati dengan pemanduan yang membahayakan ini, PG akan memaki hamun puaka-puaka bas ini. Kadangkala bergaduh besar. tapi PG tak peduli. Itu tanggungjawab sebagai warga negara untuk mengajar pemandu puaka ini.

3. Biasalah. Lihat aje bas-bas ekspres ini. Baik Delima, Durian Burung, Five Star ( boleh dikatakan bas ekspress yang ke Singapura ) semuanya memandu melebihi 120 km sejam dan kerana berapa di lorong tengah dan kanan. Juga bas KKKL, Cepat Ekspres ( ini pun bas paling berpuaka ), dan berbagai bas ekspres lain. Semuanya sama. Memandu tak mengira pengguna jalanraya lain.

4. Kepada JPJ, Polis, JKJR, cukuplah dengan saman ekor. Buatlah penguatkuasaan setiap hari dan serta merta. Tahan saman. Kempen-kempen buat perabihkan duit aje. Tiru macam Singapura. Tahan saman. Tahan saman.

5. Ini asyik perkenal berbagai alat yang kononya boleh menghalang pemandu memandu dengan laju. Kotak hitam lah, lampu amaran lah, loceng amaran, ops pacaklah, ops sikaplah. habok pun tak ada. Menara tinjau pun, jadi seperti besi burok . Tak ada pengguna. Sebulan sekali pun nak lihat penguatkuasa bertugas pun tak nampak. Harga berpuloh ribu ringgit tiap satu.

6. Kereta penuatkuasa jangan kiralah dengan kecanggihannya. Dengan kanggaroo barnya, dengan lampu birunya, JPJ dengan 4 wheel drivenya yang canggih, siap dengan komputer ribanya, tapi apa hasilnya? Hampas. Nak tengok penguatkuasa di atas lebuh raya pun susah. Kalau nak tengok dan pandang penguatkuasa pun, bila berlaku kemalangan besar seperti di atas cepatlah. Kalau kemalangan kecil atau kerosakan, nak panggil pengutakuasa dan PLUS pun separuhnya nyawa nak boleh kesampai ke tempat kita. Pecah peluh 5 ke 6 kali baru sampai. Bukan apa, kerana mereka ini bersubahat dengan kereta tunda.

7. Kalau kita komplen dalam akhbar atau TV jawapan lain tak ada. Yang ada jawapan dari big bos ialah tak cukup anggota, tak cukup latihan, tak cukup peralatan. Persoalannya berapa jumpah keanggotaan yang dikatakan cukup? Adakah kita sudah gunakan semaksimum mungkin sumber manusia yang ada?

8. Yang selalu kelihatan ialah mereka ini makan kedarah aje di kedai kopi ( bukan semua tetapi kebanyakkannyalah ). Tak payah jauh. Cuba kita jalan di laluan KL ke Melaka sudahlah!!! Nak lihat satu kenderaan penguatkuasa pun tak ada. Lihat aje hari jumaat petang hingga ke malam dari KL ke Melaka. Berapa penguatkuasa yang kita jumpa sepanjang lebuhraya tersebut semasa kenderaan sesak?

9. Kemudian hari ahad , Melaka ke KL. Jalan juga amat sesak antara jam 1600 hingga 2200 malam. Adakah kita lihat sebuah kenderaan penguatkuasa berada di jalan raya pada waktu ini untuk memberi amaran dan menguatkuasakan undang-undang dan memberi perkhitmatan kepad pengguna. Kosong.

10. Ini semua bukan salah kerajaa, tetapi salah mereka yang diberi amanah untuk ini, tidak memenuhi KPI yang ditetapkan. Ketua memanaskan punggung di pejabat sahaja.

11. Memang banyak sebab kemalangan sebegini terjadi dan berbagai kaedah untuk mengurang dan mengelakkan kemalangan. tetapi PG berpendapat, untuk jangka pendek, penguatkuasaan yang setegas mungkin adalah jawapannya. Bukan hangat-hangat tahi ayam.

12. Yang pastinya, esok kita boleh lihat berbagai silat dan kuntau oleh mereka yang diberi amanah ini memulakan langkahnya. Mungkin baru terkejut dari tidur. Kemudian kita akan lihat kisah bangau, oh bangau memulakan cerita !!!!!

13. Lepas sebulan , maka balik kepada keadaan asal. Bila berlaku lagi kemalangan sebegini, maka mula kembali lagi lama!!!!!

14. Kemudian@#$%^&*()_)(*&^%$#$%^&*()(*&^%$#%^&Hampas pun tak ada. !!!!! Yang ada dan wajib ada, pemandu puaka ini masih bermaharajalela di jalan raya di Malaysia. Sebabnya yang diberi tanggungjawab mungkin juga mereka yang disampuk puaka. Barangkali kot !!!

Tuesday, 21 September 2010

OPS SIKAP : TAHNIAH PDRM DAN SEMUA PENGUATKUASA !!!!!


PROF DR ABD RAHIM MD NOR
Professor of Public Transport
Faculty of Social Science and Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia


Mentafsir 10 tahun Ops Sikap
Oleh ABD. RAHIM MD. NOR


SEHINGGA musim perayaan terakhir minggu lepas, sebanyak 22 Ops Sikap telah dilaksanakan di negara ini. Ops Sikap yang mula diperkenalkan pada hujung tahun 2001 ialah antara inisiatif terbesar yang pernah dilaksanakan melibatkan ribuan anggota penguat kuasa dan perbelanjaan jutaan ringgit.

Data rasmi yang telah saya analisis menunjukkan kejayaan langkah-langkah mengurangkan kematian di jalan raya yang amat ketara di negara ini, khususnya sejak Ops Sikap dimulakan.
Kajian saya menggunakan kaedah regresi multivariat dan dengan mengambil kira jumlah kenderaan, jumlah pemandu, jumlah penduduk dan panjang jalan, menunjukkan sekiranya program Ops Sikap tidak dilaksanakan di Malaysia, jumlah kematian tahunan sudah pasti jauh lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang.

Misalnya, pada tahun lepas, negara kita mencatatkan 6,745 kematian di jalan raya untuk setahun (2009), pada hal sekiranya tiada Ops Sikap dan langkah-langkah lain, bilangan kematian tahun 2009 dijangkakan 9,116.

Kematian yang dijangkakan pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 ialah 7,684, 7,775, 8,293 dan 8,845 masing-masingnya, tetapi usaha-usaha pihak berwajib termasuk program Ops Sikap telah mengurangkan kematian itu kepada 6,188, 6,287, 6,282 dan 6,527 bagi siri tahun-tahun yang sama (lihat Jadual 1).

Jadual 1

Bagaimana pun, rakyat Malaysia tidak sewajarnya selesa dengan angka-angka ini. Kalau kesedaran telah menyeluruh, sebenarnya kita boleh mengurangkan lagi jumlah kematian ini, seperti negara-negara maju di Eropah dan Jepun.

Ops Sikap yang berakhir baru-baru ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh segolongan pemandu kenderaan bermotor di negara ini. Data rasmi menunjukkan terdapat 196 peristiwa kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian, dan seramai 227 insan telah terkorban sepanjang kempen Ops Sikap ke-22 yang berakhir minggu lepas.

Dalam pada ramai yang bergembira berhari raya, setiap tahun banyak juga keluarga yang berendam air mata kerana kehilangan suami, isteri, anak atau ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Rendang dan ketupat yang selalunya menjadi hidangan paling enak di pagi raya, bertukar menjadi hambar dan tawar kerana kesedihan telah membunuh selera makan seluruh keluarga. Jamuan rumah terbuka raya bertukar menjadi majlis tahlil dan kenduri arwah.
Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kecuali si pemandu kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang dan orang-orang sekitarnya yang tidak menasihati. Negara kita mempunyai jaringan lebuh raya antara yang terbaik di dunia, berlorong lebar, lengkap dengan papan tanda, dan diceriakan pula oleh barisan pokok bunga dan pokok hiasan lain sepanjang laluan.

Kalau penat dan mengantuk boleh singgah di mana-mana kawasan rehat yang lengkap dengan kemudahan termasuk surau dan calet. Tidak cukup dengan itu, dalam musim perayaan polis ditempatkan di sepanjang lebuh raya untuk memantau pergerakan trafik yang sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemandu bahawa maut menanti kalau tidak berhati-hati.
Di luar bandar, di mana terdapat banyak jaringan jalan negeri, jalan memang agak lebih berbahaya tetapi banyak yang telah dilebarkan dan diluruskan untuk mengurangkan risiko.

Garisan putih dan kuning pada jalan di kawasan berbahaya, sepatutnya sudah mencukupi untuk mengingatkan pemandu supaya sentiasa mematuhi peraturan untuk mengelak musibah.

Tahun lepas, seramai 6,745 orang terkorban di lebuh raya di negara kita, memberikan purata kematian sekitar 18 orang sehari. Ini bermakna, antara subuh pagi ini dengan pagi esok, akan ada 18 orang yang mati sia-sia di jalan raya.

Angka ini tidak termasuk ratusan sehari yang cedera parah dan hilang upaya, cedera ringan dan terpaksa di rawat di hospital beberapa hari, dan hilang harta benda yang jutaan ringgit jumlahnya.

Apa yang menghairankan ialah masih ramai yang tidak insaf walau pun mereka tahu dan faham semua angka ini. Sikap yang diambil bagi kebanyakan pemandu, terutamanya motosikal, ialah bahawa dia tidak akan mengalami kemalangan; yang terlibat ialah orang lain.

Persepsi masyarakat terhadap konsep kematian juga agak pelik. Kalau seorang atau dua penoreh getah mati di baham harimau, beritanya akan tersiar dalam akhbar, lengkap dengan ceritanya sekali. Tapi, jumlah 18 orang mati di jalan raya setiap hari di seluruh Malaysia, tidak ramai yang peduli.

Kesakitan yang dideritai oleh seorang yang maut atau cedera parah dalam kemalangan jalan raya samalah dengan kesakitan dan penderitaan yang dirasai oleh seorang yang punggungnya dikerkah harimau, semuanya melibatkan kesakitan dan darah yang sama merah.

Cerita tentang orang yang dibunuh kejam yang hanya melibatkan beberapa orang sahaja, terus-terusan menjadi hiasan di dada akhbar harian selama berminggu, tetapi jumlah belasan orang yang mati setiap hari di jalan raya tidak begitu menarik perhatian orang ramai, pada hal kesakitan adalah sama, dan darah yang tumpah adalah sama merah.

Berbagai-bagai usaha yang dianjurkan oleh pihak berwajib sejak dua puluh tahun lepas masih belum dihayati sepenuhnya oleh sebilangan pemandu, terutama yang menggunakan motosikal.
Tempoh operasi sekali Ops Sikap ialah dua minggu walaupun terdapat beberapa Ops Sikap yang tempohnya hanya seminggu yang dipanggil Ops Sikap Khas.

Statistik 22 kali Ops Sikap sepanjang tempoh 2001-2010 bagi bilangan peristiwa kemalangan dan jumlah nyawa yang terkorban atau cedera amat menyedihkan. Bagi 22 Ops Sikap dalam tempoh 2001-2010 itu, sebanyak 279,204 peristiwa kemalangan berlaku, di mana 3,909 peristiwa kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya seorang mati.

Jumlah yang mati pula ialah 4,479 orang. Purata bilangan yang mati dalam sehari mencapai dua digit, dengan Ops Sikap IV (Tahun Baru Cina 2003) mencatatkan bilangan mati purata harian paling rendah iaitu 11 dan Ops Sikap III (Hari Raya 2002) mencatatkan purata paling tinggi iaitu 18 orang sehari.

Ini juga bermakna purata kematian sehari sebanyak 16 orang dalam Ops Sikap 22 baru-baru adalah antara yang tertinggi dalam tempoh sejarah program ini selama sepuluh tahun.
Kajian mudah yang menggunakan kaedah ganda dua terkecil yang saya jalankan terhadap data bagi 22 Ops Sikap (2001-2010) menunjukkan trend purata kematian harian yang jelas meningkat, iaitu pada purata 5.4 peratus bagi setiap Ops Sikap atau sekitar purata 10.8 peratus setahun.

Data ini jelas memberi amaran kepada kita bahawa jumlah kematian akan berterusan, sekiranya pengguna jalan masih tidak sedar. Bolehkah kita mengharapkan keajaiban bahawa pada tahun hadapan Ops Sikap akan mengurangkan kematian kepada aras yang lebih rendah, misalnya di bawah 10?

Hasil analisis data saya menunjukkan harapan ini sukar menjadi kenyataan. Petunjuk yang ada pada saya setelah meneliti dan menganalisis data 22 operasi Ops Sikap memberitahu bahawa perangai sebahagian pemandu di Malaysia masih tidak berubah, dan tidak mungkin akan berubah dalam tempoh terdekat, misalnya dalam setahun dua akan datang.

Kalau tempoh dua minggu itu dipecahkan kepada tiga tahap selama lima hari setiap tahap, kajian saya juga menunjukkan bahawa dalam Ops Sikap September 2010 ini, kejadian kemalangan di jalan-jalan dalam kawasan perbandaran adalah tinggi di peringkat awal, kemudian turun di peringkat pertengahan dan naik semula di peringkat akhir.

Sebaliknya, bagi jalan-jalan Persekutuan, kejadian kemalangan adalah rendah di peringkat awal, tinggi di peringkat pertengahan, dan rendah semula di peringkat akhir. Kemalangan pada lebuh raya tol juga menunjukkan pola tahap-tahap yang hampir serupa dengan jalan kawasan perbandaran iaitu tinggi, kemudian rendah dan tinggi semula.

Tafsiran saya terhadap data ini ialah begitu besarnya kesan balik kampung di negara kita ini, berbanding dengan negara maju. Pola ini sewajarnya dipelajari dan dihayati oleh sesiapa juga yang bakal 'mengemudikan' kereta atau motosikal dalam musim perayaan.

PROFESOR DR. ABD. RAHIM MD. NOR
Profesor Pengangkutan Awam,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penghuni Gua : PG tertarik dengan pandangan dan ulasann yang dibuat oleh bekas Prof yang pernah mengajar PG tahun lepas. Pandangannya amat baik. Tahniah Prof. Dan tahniah kepada PDRM dan semua pihak berkuasa yang terlibat dalam Ops Sikap.

Monday, 24 May 2010

KONVOI TENTERA DI LEBUH RAYA !

Penghuni Gua : PG telah beberapa kali terserempak konvoi Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri dari konvoi treler panjang dan konvoi kereta kebal yang melalui lebuhraya utara selatan dari KL menghala ke Johor.

2. Apa yang PG nak membuat teguran ialah kedudukan setiap kali terserempak dengan konvoi ATM ini iaitu mereka berkonvoi di kedudukan sebelah kanan sekali lebuhraya ( 3 lorong ) PLUS. Dengan kedudukan tersebut menyebabkan jalan sesak dan membahayakan kepada penguna kenderaan lain di belakang mereka. Ini kerana kenderaan di belakang konvoi ini tidak dapat memotong konvoi berkenaan . Juga kedudukan konvoi yang bergerak perlahan dan berada di lorong memotong kanan sekali.

3. Lorong kanan sekali adalah lorong memotong. Jadi hanya kenderaan yang memotong sahaja yang boleh memasuki lorong ini dan selepas memotong maka kenderaan tersebut wajib masuk semula di lorong tengah atau lorong tepi sekali. Jadi konvoi ini telah menyekat perjalanan kenderaan awam lain dan kenderaan awam lain tidak boleh memotong mengikut sebelah kiri konvoi kerana ia merbahaya dan menyalahi peraturan jalanraya.

4. Dicadangkan ATM mengubah kaedah dan prosedur konvoi mereka ini yang pada pandangan PG menyalahi peraturan berkonvoi selain menyusahkan kenderaan awam lain seperti tidak dapat memotong di lorong memotong, membahayakan pengguna kenderaan lain kerana terpaksa memotong di sebelah kiri, lebuhraya menjadi sesak. Dicadangkan agar konvoi ini menggunakan lorong tengah atau kiri sekali lebuhraya bagi tujuan tersebut dan dengan ini tidak menyusahkan dan membahayakan penguna lebuhraya yang lain.

5. Pengiring bermotosikal mereka juga jangan sesuka hati mengambil lorong lain serta kadangkala sehingga memasuki dan menggunakan 2 lorong sekali gus. Apa hak mereka?

6. Diharap ATM mengambil kira cadangan ini. Pihak polis pun menggunakan lorong tengah jika berkonvoi. Semalam pun , PG balik dari Langkawi dan terserempak dengan konvoi kereta klasik. Polis yang megiring mereka pun menggunakan lorong tengah sepenuhnya dan ia tidak mengganggu pengguna kenderaan lain dan ia amat selamat dan lancar.

7. Terima kaseh.

Wednesday, 12 May 2010

3 MAUT MEREMPIT : TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH !!!!!





BALING: Tiga pemuda maut, seorang lagi parah apabila motosikal yang mereka tunggangi terbabit dalam kemalangan berhampiran Kampung Bukit Puyuh, Jalan Baling-Keruing di sini malam tadi.

Kejadian berlaku jam 9.45 malam ketika sekumpulan pemuda terbabit dipercayai sedang berlumba haram di jalan berkenaan. Seorang daripada mereka mati di tempat kejadian dan dua lagi di Hospital Baling di sini manakala mangsa yang parah dimasukkan ke Hspital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

Penghuni Gua : Tahniah, tahniah, tahniah!!! Anak orang baik-baik . Biarlah mereka nak buat apa pun. Kalau polis buat roadblock atau buat operasi , terlanggar mati pulak semasa itu, disalahkannya pulak. Biarkan!!!!

2. Tahniah, tahniah, tahniah!!!!Tahniah semua.

Sunday, 4 April 2010

GARISAN KUNING : JKR , JKJR ......BUKALAH MATA TU !!!


Hari ini PG nak komen sedikit mengenai garisan kuning yang terdapat di jalan-jalan utama terutama di selekoh-selekoh tajam dan merbahaya, di jalan meneruni cerun dan di simpang yang merbahaya.

2. Apa yang PG nak komen bukan berkenaan tujuan dan kebaikan garisan kuning tersebut dibuat tetapi kaedah pembuatannya serta kesan buroknya kepada pengguna jalan raya baik kepada penunggang motosikal mahu pun kereta termasuk penumpang. Apa yang dimaksudkan oleh PG ialah kualiti garisan kuning tersebut. Lihat sahaja di hadapan istana negara Kuala Lumpur atau di selekoh dari istana negara ke Tol Sg Besi terutama berhadapan lapangan terbang Sg Besi. Begitu jugalah di tempat lain pun.

3. Garisan kuning ini dibuat begitu tebal sehingga hampir 2 cm atau hampir setengah inci di beberapa tempat. Sudahlah garisan ini licin apabila terkena hujan. Ditambah dengan ketebalannya membuatkan ia tidak selamat apabila penunggang motosikal mahupun kenderaan membrek. Tayar tidak mencengkam dan berkeadaan melambung-lambung kenderaan yang dinaiki.

4. Dalam keadaan biasa pun, jika kita memandu kenderaan di jalan yang bergarisan kuning seperti ini, ibarat kata sekiranya seseorang wanita yang hamil : boleh gugur kandungan nya. Dari segi mengambil selekoh juga ia membuang. Selain itu keujudan garisan ini yang licin dan terlalu tebal, telah menyebabkan kerosakan kepada suspensi, brek serta "aligtment kenderaan serta keseimbangan tayar kenderaan serta motosikal , telah hilang.

5. Kepada JKR, JKJR, PDRM mahu pun JPJ atau mereka yang terlibat, ambillah perhatian bagi membaiki keadaan garisan kuning ini. Ketebalannya ! bukan apa, apabila mengecat semula garisan ini, garisan atau cat kuning lama tidak dikikis atau dibuang dahulu. Nak kerja senang, maka mereka menindih sahaja cat yang asal dengan yang baru.

6. Perkara ini nampak kecil, tetapi ia akan dan telah pun mengundang padah kepada pengguna jalanraya. Tak perlulah nak cadang lain-lain gajet baru yang membebankan pengguna jalanraya dengan alasan untuk keselamatan mereka. Perkara seperti garisan kuning inilah di antara punca terbesar juga yang menyumbang kepada kemalangan jalanraya.

7. Cadangan PG : Sebelum mengecat garisan kuning tu, buang garisan atau kikis garisan kuning yang asal. Cuba kita semua terutama JKR atau JKJR pakai otak sikit!!!!!!!!!!!!

Saturday, 26 December 2009

KEMALANGAN EKSPRES SANI : LPKP KATA SUSAH NAK GANTUNG KERANA .......




JOHOR BAHRU 26 Dis. — Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tiada cadangan setakat ini untuk menggantung sementara waktu perkhidmatan bas Sani Express yang terlibat di dalam kemalangan maut berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan awal pagi tadi yang mengorbankan 10 orang.

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkata, syarikat bas ekspres terbabit bagaimanapun telah diarahkan untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

"Mungkin susah sikit untuk meminta syarikat menggantung operasi (bas-bas) mereka berikutan musim cuti pada ketika ini dengan para penumpang telahpun membeli tiket-tiket mereka. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : 10 nyawa melayang sia-sia. Namun tindakan pihak berkuasa khasnya LPKP masih teragak-agak.

2. Soalnya apa tanda aras bagi mengantung sesebuah permit bas ekspres? Sekiranya untuk mengantung ekspres Sani tidak boleh dilakukan sekarang dengan alasan cuti sekolah, apakah selepas cuti sekolah baru boleh digantung permit bas ini? Tak terganggu pun masalah pengangkutan sekiranya 1 syarikat bas ini digantung. PG berpendapat Transnasional pun boleh mengambil alih semua penumpang Sani Ekspres sekiranya operasi syarikat ini digantung serta merta.

3. Mungkin Ketua Pengarah ini masih tidor agaknya atau mungkin kemalangan ini tidak melibatkan keluarganya atau anak-anak / saudara pemimpin politik / VIP. Mengapakah permit bas ekspres NAELA boleh digantung serta merta oleh LPKP dahulu? Sehingga sekarang syarikat tersebut terus gulong tikar. Mengapa ekspres Sani begitu kebal. PG setuju dengan JKJR Dato Suret Singh agar syarikat bas ini digantung serta merta permitnya.

4. Isunya di sini , bukan 1 nyawa terkorban tetapi sepuloh. Menteri Pengangkutan jangan cakaplah, kita semua sudah tahu. Dia hanya boleh ucap takziah dari luar negara kepada keluarga mangsa sahaj . Bab Menteri ini kita tolak tepilah.

5. Kepada Ketua Pengarah LPKP, berilah alasan cerdik sikit. Jangan memberi alasan bodoh yang boleh menyusahkan kerajaan kerana alasan yang anda beri itu terlalu bodoh hatta orang kampung pun sukar menerimanya. Ia seolah cuba menyelamatkan syarikat bas ini dan pemiliknya yang dengar katanya ada kaitan seorang pemimpin juga.

6. Kepada LPKP dan Ketua Pengarahnya : keluarlah dari kepompong pejabat anda dan lingkungan anda. Buka minda sedikit. Beranilah buat keputusan. Jangan buat keputusan dan alasan bodoh yang membuatkan masyarakat meluat. Jawatan dan opangkatnya bertaraf JUSA , tetapi pemikiran seperti budak sekolah menengah.

7. Kepada LPKP juga diharapkan no / talian aduan LPKP tersebut juga sewajarnya ditutup atau dipotong sahaj. Ada pun buat semak sahaja. SMS dan telepon pon tak berjawab. Tindakan jauh sekali.

Friday, 17 April 2009

TOPI KELEDAR : TANDA SIRIM ATAU KUATKUASA KEPADA YANG TIDAK MEMAKAINYA ?


Berita Harian
17 apr 2009

JPJ kaji tindakan penggunaan topi keledar tanpa label Sirim

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengkaji bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap pengguna motosikal yang gagal mematuhi peraturan memakai topi keledar berlabel Sirim, kata Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Salim Parlan. Beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang memerlukan masa dan pihaknya juga sedang menilai kejayaan kempen advokasi yang dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Berita lanjut : KLIK



Penghuni Gua : Tak habis-habis dengan peraturan. Ada apa-apa ke. Mana lebih penting yang memakai tanpa tanda sirim atau saman yang tak memakai topi keledar langsung. Kepada Penghuni Gua memang peraturan tanda sirim baik tetapi sudah berapa banyak peraturan yang JPJ kuatkuasa dan perkenalkan ? Semuanya hangat-hangat tahi ayam.

Macam Penghuni Gua katakan dulu, dulu diperkenalkan jalur kuning di letak pada topi keledar, cermin sisi misti ada, lori misti dan kenderaan perdagangan misti ada kotak hitam, lampu tanda amaran had laju. siren jika laju , tali keledar belakang semuanya atas alasan keselamatan. Penguatkuasaan ? Hampas. Masa mula perkenal macam nak runtuh langit memaksa pengguna jalanraya menggunakannya kerana alasan keselamatan. Selepas 2 bulan , senyap macam negara di landa geruda.

Undang-undang enrah di mana , peraturan di mana dan JPJ puntak nampak batang hidung. Yang pasti kaya ialah syarikat yang perkenalkan alat-alat tersebut.

Jadi berbalik kepada topi keledar tersebut, senang aje kepada Penghuni Gua, kuatkuasakan tindakan saman kepada yang tak memakainya . sakit mata kita semua lihat negara ini macam tak ada undang-undang. Dalam kawasan bandar, lihatlah sendiri, bersepah mereka yang tak memakai topi keledar dan juga menunggang 3 orang atas motor. Tak ada pun tindakan JPJ yang dilihat berkesan.


Kehadiran JPJ tidak dirasakan langsung . Sebab itu mereka beranai melakukan kesalahan ini. Kalau nak setakat perkenal dan kuatkuasa peraturan tersebut atau yang lain-lain pun , buatlah berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam. Naik menyampah. Yang kenyang dari semua peraturan bagi penggunaan barangan keselamatan kenderaan/ pemandu ialah .....................

Semua rakyat Malaysia tahu. Serupalah dengan ini.

Fikirlah.Jangan nak menyusahkan rakyat yang sudah miskin ( sebab itu guna motor ) dengan hal topi tu. Tambah pula dalam keadaan gawat sekarang. Tangguhlah dulu perkara ini. Yang penting kuatkuasa dahulu undang-undang dan peraturan yang ada .



Jangan hanya pandai perkenalkan peraturan dan barangan keselamatan kenderaan sahaja tetapi penguatkuasaan hanya bermusim dan hangat-hangat tahi ayam seperti yang dikatakan di atas. Sekali lagi naik menyampah. Ini yang rakyat kadang kala boleh benci kepada kerajaan kerana tindakan para pentadbir yang diamanahkan ini.

Kesilapan pentadbir ini yang kurang mengerti hasrat kerajaan telah merosakkan nama baik kerajaan. Kerajaan akan dibenci dan dipersalahkan.

Kepada JPJ, nampak kehadiran anda sebagai Jabatan Pengangkutan Jalan dan bukan pentadbir pejabat berhawa dingin. Biar ratyat merasakan kehadiran anda. Masalah bas ekspres kemalangan pun tak selesai-selesai lagi.

Penghuni Gua nak cadang satu sahaja kepada JPJ dan juga Majlis Keselamatan Jalanraya : disebabkan banyak sangat alat keselamatan di kuatkuasakan kepada penguna atas alasan untuk keselamatan, maka dicadangkan semua penumpang bas, penumpang kenderaan awam dan kereta persendirian di wajibkan semuanya memakai topi keledar. Semua akan selamat jika kemalangan. Kepala tak pecah. Boleh apa dan baik bukan..................

Faham-faham lah. Jangan jadikan alasan keselamatan untuk memperkayakan pengeluar produk dan mereka yang berkepentingan. Menyampah dan meluat rakyat melihatnya. Berpada-pada lah.

PETA PELAYAR