FOLLOWERS

Saturday 26 December 2009

KEMALANGAN EKSPRES SANI : LPKP KATA SUSAH NAK GANTUNG KERANA .......




JOHOR BAHRU 26 Dis. — Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tiada cadangan setakat ini untuk menggantung sementara waktu perkhidmatan bas Sani Express yang terlibat di dalam kemalangan maut berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan awal pagi tadi yang mengorbankan 10 orang.

Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkata, syarikat bas ekspres terbabit bagaimanapun telah diarahkan untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

"Mungkin susah sikit untuk meminta syarikat menggantung operasi (bas-bas) mereka berikutan musim cuti pada ketika ini dengan para penumpang telahpun membeli tiket-tiket mereka. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : 10 nyawa melayang sia-sia. Namun tindakan pihak berkuasa khasnya LPKP masih teragak-agak.

2. Soalnya apa tanda aras bagi mengantung sesebuah permit bas ekspres? Sekiranya untuk mengantung ekspres Sani tidak boleh dilakukan sekarang dengan alasan cuti sekolah, apakah selepas cuti sekolah baru boleh digantung permit bas ini? Tak terganggu pun masalah pengangkutan sekiranya 1 syarikat bas ini digantung. PG berpendapat Transnasional pun boleh mengambil alih semua penumpang Sani Ekspres sekiranya operasi syarikat ini digantung serta merta.

3. Mungkin Ketua Pengarah ini masih tidor agaknya atau mungkin kemalangan ini tidak melibatkan keluarganya atau anak-anak / saudara pemimpin politik / VIP. Mengapakah permit bas ekspres NAELA boleh digantung serta merta oleh LPKP dahulu? Sehingga sekarang syarikat tersebut terus gulong tikar. Mengapa ekspres Sani begitu kebal. PG setuju dengan JKJR Dato Suret Singh agar syarikat bas ini digantung serta merta permitnya.

4. Isunya di sini , bukan 1 nyawa terkorban tetapi sepuloh. Menteri Pengangkutan jangan cakaplah, kita semua sudah tahu. Dia hanya boleh ucap takziah dari luar negara kepada keluarga mangsa sahaj . Bab Menteri ini kita tolak tepilah.

5. Kepada Ketua Pengarah LPKP, berilah alasan cerdik sikit. Jangan memberi alasan bodoh yang boleh menyusahkan kerajaan kerana alasan yang anda beri itu terlalu bodoh hatta orang kampung pun sukar menerimanya. Ia seolah cuba menyelamatkan syarikat bas ini dan pemiliknya yang dengar katanya ada kaitan seorang pemimpin juga.

6. Kepada LPKP dan Ketua Pengarahnya : keluarlah dari kepompong pejabat anda dan lingkungan anda. Buka minda sedikit. Beranilah buat keputusan. Jangan buat keputusan dan alasan bodoh yang membuatkan masyarakat meluat. Jawatan dan opangkatnya bertaraf JUSA , tetapi pemikiran seperti budak sekolah menengah.

7. Kepada LPKP juga diharapkan no / talian aduan LPKP tersebut juga sewajarnya ditutup atau dipotong sahaj. Ada pun buat semak sahaja. SMS dan telepon pon tak berjawab. Tindakan jauh sekali.

11 comments:

  1. salam arif

    kita tak blh menyalahkan sani express sepenuhnya dalm hal ini. saya adalah salah seorang penumpang setia bas sani ke pantai timur. saya tak naik bas lain kerana kurang yakin pasal keselamtan.

    saya tahu kerana, sani express telah membuka amat menitik beratkan soal keselamatan penumpang. pemandu2 nya pula berdisiplin. syarikat mereka sgt tegas dlam hal ini. had kelajuan bas juga dikunci dan dipantau gps.

    cuma dalam kes di ipoh semalam, adalah di luar jangkaan. jadi kita tak boleh salahkan syarikat. itu kesilapan pemandu. faktor sabotaj juga perlu diambil kira dalam saingan perniagaan. kehadiran sani express juga dlm destinasi belah utara juga mungkin tidak disenangi oleh pesaing-pesaing mereka,kerana mereka merasakan mungkin boleh mengancam bisnes mereka.

    dlm negara kita sekarang, saya boleh katakan sani express adalah yg terbaik.

    ReplyDelete
  2. Jangan pilih kasih lah dalam perkara-perkara macam ni..Pilih bulu sebab tuannya terkenalkah..?

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan RBF. Ini bukan slah syarikat setelah langkah keselamatan diambil dengan pemantauan. Namun ia diluar jangkaan kita benda ini berlaku.

    Syarikat Sani ni didirikan dengan ketekunan seorang anak muda melayu iaitu Datuk Sani yang sepatutnya jadi contoh kepada anak-anak muda Melayu.Bukan kita nak bersikap sambil lewa dan tiada tindakan apa-apa dalam perkara ini. Namun ia perlu kajian dari segenap sudut sebelum sebarang tindakan diambil. Kepada yang terkorban diucapkan salam Takziah.

    ReplyDelete
  4. setidak-tidak gantung sehingga siasatan selesai.

    ReplyDelete
  5. pada pandangan aku mangsa meninggal disebabkan oleh rekabentuk penghadang jalan yg digunakan. aku tengok penghadang jalan tu yg banyak memberi kecederaan. dan satu lagi bas dua tingkat. pada aku tak selamat. sebabnya tingkat bawah tu rendah.

    ReplyDelete
  6. PG, sekurang-kurangnya kita berbalik juga kepada Qada' dan Qadar......., persoalan tragedi harus tidak boleh dipandang remeh, faktor fizikal pemandu juga perlu diambil kira, seperti umur, kesihatan dan ketahanan memandu di waktu malam... sesungguhnya tiada sesiapa yang berkehendakkan ianya berlaku....

    ReplyDelete
  7. hehehhh releks sikit bos...

    2. Nyawa <10> ditakdirkan setakat itu sahaja, bas sani jadi penyebab, ini yang dipanggil Qada Qadar. Jangan emosional sangat, mana ada sykt pengangkutan nak penumpang yang gunakan khidmat mereka jadi begini.

    3. Sepatutnya menteri pengangkutan yang kena bertanggungjawab. hehehhh harukiri

    ReplyDelete
  8. AL-FATIHAH KPD MANGSA DAN BELASUNGKAWA KPD AHLI KELUARGA MANGSA. DH MENJADI KEBIASAAN AKAN ADA PIHAK YG TUDING MENUDING ANTARA SATU SAMA LAIN. PASTI BYK KEPALA YG BERSERABUT KETIKA INI. JADI BIARLAH KEADAAN REDA SEKETIKA. MOGA2 YG KUSUT AKAN DI RUNGKAI. JLN PENYELESAIAN TETAP ADA, CUMA PIHAK2 YG BERKENAAN DI MINTAN DUDUK SEMEJA DAN CARI KAEDAH YG TERBAIK UTK MENGATASI MLSH INI

    ReplyDelete
  9. aku sebenarnya sokong PG nie...cuba kite pk sat..contoh le si rbf salah sorang yg dok dlm bas tu semasa kejadian...tangan n kaki dia patah...camne nak tulis blog g kan hehehe...tapi kena ingat semua...undang2 tetap undang2..yg salah kite kena akui..ade hukuman setimpal,walaupun aku suka naik bas sani masa aku p kt dulu..kita harus blaja dr kesilapan..aku kesian kat salah sorang mangsa tu..dia terpaksa jadi ketua keluarga..nasib baik le umno amik diaorg sebgai anak angkat..itupun ahlul pas jebik je muka seolah2 org umno amik kesempatan..i2 le org pas yg xtau bersyukur...

    ReplyDelete
  10. Salam Sahabat,
    Yang susah untuk diambil tindakan adalah kerana:
    1. Syarikit milik atau dilindungi tokoh politik tertentu. 2. Pihak yang hendak mengambil tindakan telah lebih dahulu mengambil pemberian dari pihak syarikat (terhutang budi)
    Tak mengapalah, yang maut hanya 10 sahaja. Pemandu bas kita memang dilatih untuk memandu di F1, Huhu ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  11. salam.......
    yang maha kuasa adalah ALLAH....
    klu hebat mcm mane pun, klu dh nk terjadi tue jadi jugak, dh tertulis dalam takdir y mereka akan pergi.... kite kne paham perasaan keluarga mangsa, cume dalam keadaan nie kite tak boleh bertindak ikut perasaan dan emosi....
    pe2 tindakan kne ikut undang2, jd baik mangsa, pihak kerajaan, pihak SANI semua tak boleh dipersalahkan.... klu asyik nk dipersalahkan smp ble masalah nie takkan selesai, kite kne la berpikiran positif dan pk pe jln penyelesaiannye, klu kite gantung permit pun bukannya kite dpt elakkan kemalangan....
    aku caye pihak SANI pun x nk kejadian nie berlaku, tp dh tertulis oleh yang maha kuasa...
    pihak SANI pun bukannye berdiam diri, dorgkan nk bertanggungjawab dalam hal nie....
    so bt pe nk gantung2, bg hukuman y akan bt setaip pemandu tue dapat pengejaran y berguna sudah...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR