FOLLOWERS

Wednesday 30 December 2009

APMM INGIN MENJADI AGENSI MARITIM TUNGGAL !


Nota :

Bersama ini PG sertakan satu cadangan dan pandangan dari sahabat PG iaitu dari Pasukan Gerakan Marin ( lama dah tak jumpa ) yang telah emailkan pandangannya ini kepada PG beberapa hari yang lepas. . Beliau meminta pandangan nya ini disiarkan di blog PG . Jadi PG siarkan bagi tujuan agar pihak-pihak tertentu dapat memikirkan sesuatu mengenainya. Di bawah ini disertakan pandangan kawan PG tersebut . Tq.

Merujuk kepada Cadangan Untuk Menawarkan Opsyen Kedua Ke Perkhidmatan Pegawai dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguatkuasa Maritim Kepada Pegawai dan Anggota Pasukan Gerakan Marin, Polis Diraja Malaysia,PDRM yang disiarkan di laman web APMM bertarikh 10/12/2009.

Dasar kerajaan untuk menjadikan APMM sebagai agensi ulung,tunggal dan berkuasa penuh dalam pengurusan penguatkuasaan maritim di lihat kabur dengan erti kata lain belum ada kata putus dari pihak eksekutif dalam menentukan hala tuju 8 jabatan dan agensi yang menjalankan tugas penguatkuasaan di kawasan sama.

Di sebelah pihak menyatakan pendirian masing-masing yang sentiasa bercanggah,sensitif dan bersikap ’one men show’. Pemansuhan sesuatu agensi dan jabatan perlu diperjelaskan sejelas-jelasnya secepat mungkin kerana ia dilihat dapat menentukan hala tuju serta cita-cita tinggi seseorang individu dalam bidang penguatkuasaan maritim. Malah sasaran APMM untuk menjadi penguatkuasa tunggal maritim menjelang Ogos 2011 dilihat sebagai kenyataan retorik berdasarkan tiada kenyataan rasmi maupun penyiaran melalui warta kerajaan dari pihak eksekutif kepada semua agensi yang fungsinya diambil alih oleh APMM.

Lapan agensi/jabatan ini mempunyai ‘locus standy’ untuk menyatakan kerelevenan fungsi dan peranan masing-masing. Masih banyak perkara dasar perlu diperhalusi oleh APMM untuk menyiapkan diri mengawal zon perairan negara secara bersendirian. Tempoh dua tahun yang dipohon kepada kerajaan perlu disambung lagi untuk APMM belajar melaksanakan kuasa penuh di perairan.

Sebagai seorang penjawat awam yang menjalankan pelaksanaan adalah tidak adil berhujah dalam menentukan kerelevenan agensi dan jabatan masing-masing selain cuba untuk menonjol berkaitan kepentingan dan sumbangan mereka selama ini. Apabila disahkan jawatan penjawat awam yang dilantik, mereka ini adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan masing-masing dan pekeliling yang berkuatkuasa dari masa kesemasa.

Kebiasaannya seorang penjawat awam mempunyai sebab dan alasan untuk menyertai agensi lain selepas membuat penilaian berdasarkan kadar upah untuk kerja (rate of the job), syarat tukar lantik yang diperlukan, prospek serta peluang kemajuan kerjaya,struktur organisasi dan saraan yang berkaitan sebelum membuat keputusan yang sangat penting ini. Ini perlu diperhalusi dari aspek rilativiti dan pariti bagi perkhidmatan-perkhidmatan ini secara keseluruhan.
Pada awal penubuhan APMM telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak 4,035 perjawatan. Baru-baru ini Ketua Pengarah APMM bersetuju untuk mendapatkan pewujudan jawatan sehingga 9,000 perjawatan menjelang 2012. Setakat hari ini berapakah bilangan kekosongan hakiki perjawatan yang wujud mengikut senarai perjawatan (X1 – X26).Mengikut laporan media masa kekosongan hakiki yang wujud adalah 40% daripada perjawatan yang pada awalnya diluluskan oleh Bahagian Belanjawan Perbendaharaan Malaysia. Dalam erti kata lain kekosongan hakiki yang ada merangkumi pelbagai kategori pangkat ialah 1,614 perjawatan sedangkan senarai perjawatan yang diguna pakai Pasukan Gerakan Marin,PDRM semenjak 2003 adalah sebanyak 2,329. Bagaimana untuk mengambil alih fungsi sesebuah agensi/jabatan sedangkan kekosongan hakiki tidak dapat menampung jumlah personal yang ada.

Persoalan ini sering bermain di fikiran dan mempengaruhi keputusan muktamad yang akan diambil. Kegagalan dalam mengembeling sumber manusia secekapnya sering dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen dewasa ini. Pihak Naziran Perjawatan, BPO, JPA sering mempertikai berkaitan pengurusan sumber manusia yang tidak cekap seterusnya memberi kesan terhadap pewujudan perjawatan baru. Rakyat sebagai ’stakeholder’ sudah muak dan mual dengan pelbagai alasan dan ragam berkaitan penyalahgunaan dana awam.

Kita tidak dapat lari dari membicarakan secara terbuka berkaitan peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya yang diceburi. Begitu juga dengan APMM,sepanjang tempoh 9 tahun 4 bulan Kabinet meluluskan penubuhan APMM menjalankan fungsinya dengan kekosongan hakiki yang wujud sebanyak 1,614 berapakah bilangan individu yang telah menikmati kenaikan pangkat secara biasa,KPSL serta berapakah koata yang diguna pakai untuk Leftenan Muda/Madya Maritim dan Pegawai Lain-Lain Pangkat memperolehi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke pangkat Leftenen Maritim?

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2004 opsyen pertama ditawarkan kepada semua personal yang perjawatan/nomenclaturenya diambil alih fungsinya oleh APMM. Ini semua direalisasikan melalui satu siri roadshow oleh mereka yag berkenaan di semua tempat dan peringkat.Persoalanya mengapa untuk opsyen kedua ini tidak melalui proses aliran kerja yang sama? Apakah pihak JPA memberi kelulusan untuk APMM merompak guna tenaga secara tektikal sebegini melalui iklan di laman web ?

Apakah kuasa dan tanggunggungjawab Ketua Perkhidmatan agensi atau jabatan yang pegawai dan anggotanya di rompak sebegini rupa. Individu yang menjawat perjawatan manakah yang akan dimansuhkan? Dimanakah peranan dan fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam dalam menentukan pembangunan sesebuah organisasi ? Pendek kata banyak perkara perlu diperjelaskan melalui platfom dialog antara penawar opsyen dengan penerima opsyen sebagaimana yang digariskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17/2002 berkaitan Panduan Pertukaran Pelantikan.

Jatuh dan bangunnya sesebuah agensi dan jabatan itu ada tertib serta etikanya. Dalam hal ini semua percaya bahawa yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahualam...........

Dari Warga Pasukan Gerakan marin

2 comments:

  1. buat rakan PGM, Pengarah KDN/KA, Dato' Hussien ada menjelaskan hal ini di dalam e-siar..sila semak..Integriti Amalan Kita

    ReplyDelete
  2. bagaimanakah salah satu jabatan (PGM)yg telah bertapak sebelum malaysia mendapat kemerdekaan dibuang begitu sahaja?
    adakah ini berkaitan dgn politik?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR