FOLLOWERS

Thursday 31 December 2009

PERKATAAN ALLAH : TAHNIAH KEPADA PAS DAN PEMIMPIN MELAYU PKR !




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mungkin banyak pihak yang puashati sekarang. TGNA Aziz dan PAS puas sekarang. DSAI dan pemimpin Melayu dalam PKR juga puas hati sekarang. Inilah pejuang islam liberal . Inilah yang mereka mahukan dan sekarang telah mereka semua perolehi. tahniah kepada semua yang disebutksan di atas. Khalid Samad dan YB Rodziah pun mungkin lebih puashati.

2. Selepas ini PG cadangkan kita umat islam guna perkataan lain bagi menggantikan perkataan ALLAH. Kita lihat adakah mereka ini akan mengubahnya pula dan memohon mahkamah untuk menggunakan perkataan yang sama. Kita cuba dulu. Kita lihat kepala mereka ini bertambah besar atau tidak.

3. Biarlah. tahniah untuk mereka ( khasnya orang Melayu ) yang gemar melacurkan agama demi politik. Mereka telah perolehi apa yang mereka sokong dan pertahankan. Biarlah. Merekakan pejuang islam leberal. Demi politik semua boleh. MB pun boleh tukar dan sebagainya. Tanah pun boleh diberi macam gula-gula sehingga 999 tahun. Tak ada lagi dalam dunia ini mana-mana kerajaan buat sebegitu. Liberal katakan. Biarlah. Tahniah.

4. Apapun kita semua yang tidak islam dan sentiasa dikafirkan ini memohon pihak KDN yang juga dikafirkan setiap hari , memohon rayuan di mahkamah Rayuan terhadap keputusan ini. Biarlah kita semua dan KDN yang dikafirkan dan tidak islam seperti mereka yang lebih islam perjuangkan perkataan ALLAH ini. Biarlah kita dan KDN semua yang tidak islam / kafir terus perjuangkan hal ini kerana ia adalah milik kita. Tak ada lagi mana-mana gereja kristian di dunia ini menggunakan perkataan ALLAH kecuali Malaysia.

5. Biarlah . Kita akan terus perjuang ikut saluran sah mengikut undang-undang iaitu melalui mahkamah dan tulisan yang sah.

6. Tahniah kepada pemimpin dan pendokong islam liberal. Kepada Kelantan juga , tahniah kerana nak meminda undang-undang tubuh negeri bagi membolehkan mereka yang bukan Melayu / islam boleh menjadi MB. Tahniah untuk semua. Perjuangan anda telah membuahkan hasil. Tahniah, tahniah, tahniah.

7. Kepada belia dan pengundi Melayu yang bakal mengundi di PRU13 nanti, fikirkanlah perkara ini secara serius. Adakah pemimpin sebegini wajar dan patut diberi peluang untuk mentadbir negara? Fikirkanlah.

15 comments:

  1. akhirnya kita berbalik kepada sepotong ayat iaitu..

    'sial menerima pendatang'

    sekarang baru kita kena kesannya..

    ReplyDelete
  2. PG, inilah hasil perjuangan PAS bersama PKR untuk menegakkan maruah Islam......... DAP juga yang tepuk tangan...... pandai si Eli mengoda PAS ye..... sampai terpaku tak terkata....

    ReplyDelete
  3. Saya memang tak menyokong pendirian PAS dalam hal ini, tapi alternative kami UMNO pun tak buat apa2. Demo lah. Inilah masanya UMNO boleh tunjukkan ketulinan memperjuangkan Islam. Saya memang bersetuju pendapat PAS bahawa ia tidak bersalahan dgn hukum tetapi keputusan ini membuka ruang seluas-luas peluang propaganda Christian utk menyebarkan dakyah mereka. Saya harap UMNO, PAS dan PKR tidak mengorbankan Islam demi menjaga hati rakan politik non-muslim mereka.

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..AGAKNYE KLU SI KHALID X SEMPAT SOLAT JUMAAT DIA QADAK SMAYANG AHAD KAT GEREJA KOT SBB TUHAN KAFIR DH SAMA TARAF DGN ALLAH..HARKK PTUIHHH!!

    ReplyDelete
  5. nak wat camne PG...lepas ni n.ajis akan bawak ahlul pas p gereja utk mencari 'allah'.si nizar kkk tu awal2 lagi da bg contoh terbaik..wat upacara lilin dgn si cina kapir laknat utk mintak keberkatan oleh 'allah'.nauzubillah...take beer!!take beer!!PAS the best.nanti n.ajis akan suruh ahlul pas p gereja cari 'allah' huhuhu...

    ReplyDelete
  6. PAS.. parti bertopeng agama islam berjuang untuk kepentingan diri dan kemaruk kuasa... org melayu kalu tak sedar lagi tak tahulah.. hanya bangsa melayu dikenali sebagai orang islam didunia ini.

    ReplyDelete
  7. Assalaamu 'alaikum, PG & sdra-sdri yang melayari blog ini,

    1 Ada cadangan utk tukarkan nama Tuhan bagi umat Muslim drp kata 'Allah' kepada kalimah lain supaya berbeza dgn nama Tuhan bagi kaum non-Muslim yg sudah diberi izin mahkamah utk menggunakan 'Allah' sebagai sebutan nama Tuhan mereka. Silakan, carilah kalimah yang sesuai
    sebagai ganti bagi nama yang Allah sendiri gunakan bagi Zat Mahamulia-Nya sebagai nama Tuhan bagi umat Muslim itu. Paling asas, cuba Anda baca basmallah dan ganti kalimah 'Allah' dengan kalimah 'yang lain itu', apa jadinya?
    Baca pula surah al-Ikhlas, surah khusus berupa ikrar menuhankan 'Allah' dengan sifat-sifat
    khusus-Nya, juga dgn menukar setiap kalimah
    'Allah' dgn kalimah yang PG cadangkan itu. Selepas itu, setiap kalimah 'Allah' yang terdapat di dalam mana-mana ayat al-Quran yang mengandungi kalimah tersebut diganti dengan kalimah baru itu.

    Untung Anda berada di Malaysia PG, yang cara pendukungan Islamnya tidak tegar. Jika di negara Muslim lain spt di Pakistan, paling dekat Indonesia, atau yang 'keras' di Iran, pasti sudah tersedia reward yg 'menghalalkan
    darah' Anda kerana pemikiran akidah yg keji lagi cemar itu. Abu Lahab sekalipun pun tidak pernah mencadangkan agar Nabi SAW menggunakan kalimah selain 'Allah' sebagai sebutan nama Tuhan kaum Muslmin yang kaum kafir Quraisy jahiliyyah sudah pun gunakannya sejak lama sebelum turunnya al-Quran.

    2 Golongan yang kuat mempertahankan kalimah
    'Allah' tetapi menolak hukum-hukum yang diturunkan-Nya, iaitu hukum syariah, sebagai perundang-undangan bagi mengurus-atur seluruh aspek kehidupan, lalu menggantikannya dengan hukum-hukum sivil, bagaimana hendak dibezakan dari kaum yg sudah diberi izin menggunakan kalimah tersebut, yang juga sama-sama taat mendukung hukum-hukum sivil-sekular itu?

    3 Tentang Islam, berhujahlah secara syari'i.

    ReplyDelete
  8. Abu Faiq,
    Ingin penjelasan dari saudara dari mana sumber rujukan yang mengatakan Abu Lahab dan kaum kafir Quraisy menggunakan kalimah Allah sebelum Al-Quran diturunkan?
    Seingat saya mereka membantah nama Allah ditulis dan dimasukkan dalam perjanjian Hudaibiah dikenali sebagai piagam Madinah.Kalau silap perbetulkan saya dalam hal ini!
    Dan lagi nama Tuhan mereka disebut Al-Latta dan Al-Uzza dan beratus-ratus lagi berhala di Kaabah pada zaman jahilliah.Sudah jelas 'Rab' atau 'il' dalan bahasa Arab jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu bermaksud " TUHAN ".
    Allah nama Tuhan seperti contoh SAYA atau DIA, itu umum tetapi AHMAD adalah nama dan sudah menjadi khusus.Terjemahan kepada bahasa Inggeris sebagai GOD atau LORD.Tiada perkataan Allah dalam Bible.

    ReplyDelete
  9. Malaysia telah lama mengamalkan undang-undang syariah dan hampir keseluruhan undang-undang sivil pun mengikut ajaran Islam.Antaranya Takzir dilaksanakan jika Hudud tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa faktor yang mengekangnya seperti saksi-saksi tidak cukup syarat-syarat.Yang utama keadilan dapat ditegakkan.Muamalat,munakahat dan ibadat telah dilaksanakan cuma jenayah tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya berasaskan Hudud tetapi dapat dilaksanakan dengan hukuman Takzir.Al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun,perkataan sekular baru muncul zaman revolusi eropah sekitar tahun 1700 Masihi sebelum itu eropah dalam zaman kegelapan.
    Puak kafir telah berjaya mencipta perkatan sekular dapat pula mempengaruhi umat Islam untuk menggunakannya. Ini amat memalukan umat Islam menggunakan perkataan sekular untuk membelasah saudara seagama jika tidak bersependapat sesama mereka.Undang-undang barat pun sumbernya dari Al-Quran.Perpustakaan Mahkamah Persekutuan Amerika buku-buku rujukan asalnya dalam Bahasa Arab tersimpan dan masih terpelihara sampai kini.

    ReplyDelete
  10. haha
    abu faiq mmg best klu bercerita
    mane dia hudud yg pas bwk
    tu kt perak,awat sultan xperkenan nizar jdk mb?
    ko tgk la video dia dlm parlimen perak
    dia mntk tunjukkn kt dia mane2 dasar perjuangan pas yg ingin menubuhkn negara islam dan menjlnkn undang undang islam
    bodoh punya pengikut
    serban aja tinggi

    aku..

    ReplyDelete
  11. god = tuhan mengapa nak menggunakan perkataan ALLAH.Gunalah saja perkataan 'tuhan' dalam herald tu.nampak sgt ada udang di sebalik serban nik ajis inilah cara halus untuk mubaligh2 kristian untuk memesongkan akidah anak2 muda kita yg dah mmg ramai telah terpeleot jalan mereka dgn gejala bohsia(org cina dan india takde istilah bohsia pasal dorang bleh bersekedudukan tanpa nikah tara hal punya),rempit,dadah dan mesin2 judi slot yg semuanya mengkayakan bangsa2 yahudi kecil di malaysia ini

    ReplyDelete
  12. Siti Hajar dan anaknya nabi Ismail dibawa oleh nabi Ibrahim dan ditinggalkan di suatu tempat yang tiada orang tinggal.Dua beranak itulah yang mula-mula tinggal disitu dan keturunan mereka mewarisinya.Lama-kelamaan mereka menjadi penyembah berhala yang sebelumnya mereka itu bertauhidkan Allah mengikut agama nabi Ibrahim.
    Tidak hairan mereka menggunakan nama Allah sebelumnya turunnya Al-Quran kerana zaman jahilliyah itu ada juga yang beriman kepada Allah dan yang lain menyembah berhala.Terdapat juga ahli kitab dikalangan mereka yang percaya pada Allah.

    ReplyDelete
  13. Abu Faiq,
    Tak boleh ke baca yg PG tulis dalam sindiran? Apa lah...

    ReplyDelete
  14. Salam bro....perkataan ALLAH dalah milik Islam tapi telah diluluskan mahkamah....puak HamPAS sokong penggunaannya utk agama lain sbb al quran boleh dibaca oleh cina kulup. inilah permainan hamPAS.

    ReplyDelete
  15. Assalamu 'alaikum sdra PG & semua yang melayari blog ini,

    Anonymous [mana-mana yang bekenaan antara yg ada],

    1 Di dalam banyak kitab tafsir dan sirah dicatat bahawa pada zaman jahiliyyah Mekah, apabila seseorang kafir hendak menyatakan sesuatu dengan tegas dan sungguh-sungguh, dia akan bersumpah, "Demi Allah, begini ... dan ..begitu, ini ..dan ..itu", selain, "Demi nama bapaku/datukku/ibuku, ini .. dan itu.." Ya, benar, mereka ada beratus berhala sembahan dengan berbagai-bagai nama. Latta, Uzza antara berhala utama. Tapi semuanya hanya sebagai perantara untuk mereka berhubung dengan Allah, bukan tuhan secara mutlaknya. Jadi, mereka tidak memungkiri kewujudan Allah. Tetapi akhirnya, patung-patung itupun mereka anggap sebagai tuhan juga, selain Allah. Jadi, mereka bukan tidak mengakui adanya Allah, hanya saja mensyirikkan-Nya dengan berhala-berhala.

    2 Tentang keengganan mereka [Quriasy jahiliyyah] menerima perjanjian Hudaibiyyah jika memasukkan kalimah 'Allah', bukan kerana mereka tidak pernah mendengar kalimah 'Allah', tetapi kerana tidak mahu mengakui lslam yang diperjuangkan Nabi SAW yang mengesakan Allah. Mereka menyedari jika menerima perjanjian yang memasukkan kalimah 'Allah' bererti mengakui agama baru itu, yang sesaligus bererti menolak tauhid mereka yang menyembah berhala, walhal, pada waktu itu kalimah Allah bukanlah kalimah asing di kalangan mereka.

    Terlepas daripada mempertahakan tauhid kufur puak jahiliyyah itu, yang ingin dinyatakan adalah kalimah 'Allah' digunakan oleh kaum Arab
    jahiliyyah sejak sebelum lahirnya lslam. Sementara itu, bagi kaum Muslim pula, usaha & semangat mempertahankan kalimah 'Allah' itu
    bukan terbatas mengesakan-Nya sahaja, bahkan WAJIB mempertahankannya dengan melaksanakan hukum-hukumnya, [syariah] secara kaffah, sekali lagi SECARA KAFFAH. Paling tidak, jika tidak melakukan usaha ke arah itu pun, TIDAK BOLEH sama sekali menyatakan, "Hukum syara' TIDAK SESUAI DITREAPKAN', walau dengan apa alasan sekalipun, apatah lagi menghalang & meremehkan usaha ke arah menegakkan syari'ah. Ini akan membawa akibat yang SANGAT FATAL kepada akidah.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR