FOLLOWERS

Monday 28 December 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : ASAS HUKUMAN !


[1995] 3 MLJ 637
Public Prosecutor v Nasir bin Malik
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL TRIAL NO
K46–01 OF 1995

Judges TEE AH SING JC

Date 12 JUNE 1995

Citation [1995] 3 MLJ 637



Catchwords:

Criminal Procedure — Sentence — Mitigating factors — Charge of cupable homicide not amounting to murder — Accused was first offender — Only 21 years old at date of offence — Remorseful — Pleaded guilty — Saved court’s time and inconvenience to witnesses — Deceased instigated fight — Whether to reduce sentence — Penal Code (FMS Cap 45) s 304

Criminal Procedure — Sentence — Deterrent sentence — Cupable homicide not amounting to murder — Accused stabbed deceased to death — Whether court should pass deterrent sentence for public interest — Penal Code (FMS Cap 45) s 304

Bahasa Malaysia Summary:

Tertuduh telah dipertuduh di bawah s 304 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) atas kesalahan homisid salah yang tidak merupakan bunuh. Adalah dikatakan bahawa pada 22 Jun 1994, tertuduh yang berumur 21 tahun telah menyebabkan kematian seorang yang bernama Edmund bin Poloot (‘si mati’) dalam suatu pergaduhan, dengan menikam si mati dengan sebilah pisau. Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah menyabitkan tertuduh setelah memastikan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan salahnya. Mahkamah harus memutuskan hukuman yang wajar dijatuhkan dalam keadaan kes ini.

Diputuskan:
Diputuskan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh:

(1) Terdapat beberapa faktor pengurangan hukuman yang harus diambil kira oleh mahkamah selepas menjatuhkan hukuman. Dalam kes ini, tertuduh merupakan pesalah pertama kali, dan dia hanya berumur 21 tahun apabila melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi, dia telah berasa kesal atas perbuatannya, dan telahpun mengaku bersalah. Juga, nampaknya si matilah yang telah memulakan pergaduhan yang menyebabkan tertuduh melakukan tikaman yang membawa padah tersebut.

(2) Mahkamah juga telah mengambil kira kepentingan awam apabila menjatuhkan hukuman. Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah jenayah yang serius yang memerlukan hukuman pencegahan. Maka, hukuman penjara harus dijatuhkan.

(3) Jika tertuduh menuntut perbicaraan, dan jika mahkamah mendapatinya bersalah, hukuman penjara selama 16 tahun akan dijatuhkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana tertuduh telah mengaku bersalah dan dengan itu telah menjimatkan masa mahkamah dan mengelakkan kepayahan saksi, dia akan diberikan pengurangan hukuman sebanyak 1Ú4. Maka, hukuman penjara sepanjang 12 tahun bermula dari tarikh penangkapan akan dijatuhkan dalam kes ini.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari paparan kes ini bagi memahami sistem keadilan jenayah Malaysia..

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR