
Berbeza dengan senario menjelang pilihanraya kecil yang lampau…PAS nampak macam darah gemuruh sikit untuk berdepan dengan Galas walaupun kerusi itu miliknya.
Antaranya kalangan pemimpin PAS membuat kenyataan yang bernada pelik.Kata orang ‘ buang tabiat’ bunyinya.
Mungkinkah mereka goyah mengenangkan kejutan ketika pilihan raya kecil DUN Manik Urai tak jauh dari situ ,Julai tahun lalu apabila calon mereka Fauzi Abdullah hanya menang tipis dengan 65 undi.
Dari pemerhatian ada tanda-tanda yang jelas apa buat PAS cukup tak sedap badan macam deman tak kebah ialah faktor Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dilantik sebagai Pengarah pilihanraya BN untuk pilihanraya kecil itu.
Sebab itu, tiga pemimpin PAS buat kenyataan pelik pasal PRK Galas.
Jika Selasa Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berrkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas kononnya atas dasar perpaduan Melayu.
Rabu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib pula kata Tengku Razaleigh Hamzah akan sokong calon mereka.
Harakahdaily.net pula memetik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.
"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.
"Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku.
Sama ada sudah buang tabiat atau sudah merepek agaknya pemimpin-pemimpin PAS bila mereka sedar PAS bukan lagi ada jalan mudah untuk menang di Galas.
Logik ke Tengku Razaleigh , ahli parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO Bahagian itu sejak sekian lama tiba-tiba hendak sokong calon PAS dalam PRK Galas?
Walaupun beliau nampak macam memihak PAS dalam isu royalti Petronas untuk Kelantan, ini tidak bermakna bekas Menteri Kewangan itu sanggup korbankan prinsip dan kesetiaannya selama ini dengan UMNO dengan menyokong calon PAS.
Kenyataan Harun dan Takiyuddin hanya menggambarkan parti itu sudah kecut perut untuk bertembung UMNO atau BN di Galak tidak lama lagi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PAS dah mula panas badan. Deman tak kebah. Pok Nik pun tiba-tiba tawar ahli UMNO masuk PAS. PAS dan Pok Nik mimpi kot.
2. Panas, Panas!!!!
