FOLLOWERS

Tuesday, 9 August 2011

AHLI POLITIK PERLU HORMATI TUGAS PENGUATKUASA : DR SHAMRAHAYU ABD AZIZ UIAM !!!








Sia-sia gubal undang-undang banteras kemungkaran tapi tak dimanfaat

KEGUSARAN masyarakat Islam mengenai pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam bukan perkara baru. Ia sudah lama bersarang, bukan saja di Selangor, tetapi juga di seluruh negara. Mungkin ramai pembaca yang sudah sedia maklum mengenai perkara ini.

Kegusaran ini pernah disebut oleh Raja-Raja di dalam proses membentuk Perlembagaan negara. Hasil daripada itu kita mempunyai peruntukan yang begitu jelas dalam Perlembagaan. Menerusi Perkara 11(4) Perlembagaan membolehkan penggubalan undang-undang sekatan terhadap pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Oleh itu, pada 1980-an, negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan yang begitu sinonim dengan kedudukan Islam dan kedudukan umatnya di negara ini.

Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa kita perlu gusar dengan pengaruh agama lain sekiranya kita percaya umat Islam itu teguh iman dan jati dirinya.
Pendapat ini mungkin ada benarnya. Tetapi kegusaran itu juga bertempat; bukan sekadar bimbangkan iman umat Islam semata-mata, tetapi juga kegusaran mengenai pengaruh agama lain yang mengugat, mencabar dan memperlekeh kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukannya tidak patut ditenggelami oleh syiar agama lain.

Sebelum hebohnya peristiwa di Gereja Methodist Damansara Utama, kita sudah mendengar pelbagai rungutan mengenai kes murtad kesan daripada pengembangan agama lain di kalangan orang Islam. Ramai yang bercakap mengenainya. Ia seolah-olah menjadi rahsia umum walaupun ada segelintir pihak cuba menafikannya dan masih bersangka baik.

Sebagai bukti, pada pertengahan 1980-an, kerajaan pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk membanteras kegiatan mubaligh Kristian di kalangan orang Islam (kes Minister of Home Affairs, Malaysia lwn. Jamaluddin Othman [1989] 1 MLJ 418.

Walaupun cakap-cakap mengenai perkara ini sudah berlarutan, masyarakat Islam masih belum melihat tindakan konkrit pihak berwajib. Apa masalah yang membelenggu penguatkuasaan undang-undang berkaitan juga tidak dapat dipastikan. Keadaan ini sudah tentu mengecewakan umat Islam.

Kekecewaan ini walaupun bermusim, adalah sesuatu yang serius dan tidak dipandang sebelah mata oleh kerajaan atau pihak berwajib.

Disebabkan ruang perundangan teramat jelas, ada baiknya kita selesaikan isu Gereja Methodist Damansara Utama atau kes yang serupa menerusi kaedah perundangan.

Seperti yang saya sebut pada permulaan tulisan ini, kita mempunyai undang-undang tertentu untuk menangani isu ini. Negeri Selangor mempunyai Enakmen No. 1 1988, iaitu Non-Islamic Religions (Control of Propagation among Muslims) lebih dua dekad lalu. Begitu juga dengan negeri lain.

Apa gunanya kita meluluskan undang-undang sebegini, tetapi enggan pula menggunakannya apabila perlu. Walaupun mekanisme undang-undang bukanlah satu-satunya cara menangani masalah seperti ini, bukankah satu kerugian sekiranya kita gagal memanfaatkannya?

Saya membaca banyak tulisan di internet yang mempersoalkan penggunaan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab mengajak orang Islam kepada agama mereka. Antara hujah yang dibawa ialah, orang Islam tidak patut menyalahkan pihak lain sekiranya orang Islam murtad, ia adalah kesalahan dan kelemahan orang Islam sendiri.

Orang Islam gagal menjaga kebajikan saudara seagama. Tidak kurang juga orang yang mempersoalkan keberkesanan pengagihan pendapatan zakat – urusan birokrasi dan sebagainya.

Mungkin umat Islam ada kelemahan dalam menjalankan urusan Islam, tetapi saya tidak bersetuju dengan pendapat ini. Dalam penguatkuasaan undang-undang, ia bukan bermaksud menyalahkan orang lain kerana kegagalan kita.

Kedua-dua itu ada perkara berbeza. Kita mempunyai kewajipan menjaga akidah saudara seagama, tetapi sekiranya kita gagal, orang lain tidak harus mengambil peluang di atas kelemahan atau kegagalan kita untuk menyampaikan dakyah mereka.

Kegagalan kita tidak harus dijadikan justifikasi kepada mereka. Perkara ini disebut di dalam Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Islam pada 1990.

Perbuatan mengeksploitasi kemiskinan seseorang untuk menukar agama seseorang adalah bertentangan dengan prinsip hak asasi di dalam Islam – “Islam is the religion of unspoiled nature. It is prohibited to exercise any form of compulsion on man or to exploit his poverty or ignorance in order to convert him to another religion or to atheism”.

Walaupun deklarasi ini bukanlah undang-undang kita, semangatnya ada dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi peluang kepada penggubalan undang-undang untuk menyekat pengembangan doktrin yang bertentangan ajaran Islam.

Selain itu, dalam hal agama Islam, ahli politik tidak boleh menjadi apologetik dan mengambil pendekatan menyalahkan pihak penguat kuasa. Ahli politik hendaklah menghormati tugasan pihak penguat kuasa yang dilantik untuk melaksanakan undang-undang.

Secara jujurnya saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan ahli politik yang menghentam pihak berkuasa agama dalam penguatkuasaan undang-undang.

Sekiranya benar penguat kuasa berkenaan melanggar prosedur, serahkan mereka kepada undang-undang – bukankah kita memegang prinsip kedaulatan undang-undang?

Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Penghuni Gua
: PG paparkan pandangan Dr Shamrahayu yang pernah mengajar PG dulu. PG amat bersetuju dengan pandangannya.

2. Hormati pihak penguatkuasa dalam laksanakan undang-undang. Jangan pentadbir / dan ahli politik hendak menjadi penguatkuasa undang-undang. Rosaklah negara.

3. Di Pulau Pinang dan Selangor , ahli politik menjadi segalanya. Segalanya dipolitikkan dan tindakan pihak penguatkuasa dilihat dari sudut politik. Itu kerana kesempitan akal mereka. Dipihak kerajaan persekutuan juga ada bebarapa puaka yang nak jadi dan campurtangan dalam penguatkuasaan.

4. Kepada JAIS, teruskan tugas dan perjuangan anda. Tahniah JAIS. Pedulikan puaka-puaka politik ini. Jaga agama dan umat kita. Puaka politik PAS apa lagi PKR ni akan puakakan apa sahaja bila untungkan mereka.

5. Tak gitu? Fikirkan pengundi muda. Kita dan agama kita makin dihenyak sebab bebarapa kerat ahli politik puaka ini telah menelanjangkan diri mereka ini kepada bebarapa kafir bagi faedah politik. Nakkah kita bertuankan pemimpin politik sebegini? Fikirkan!!!!

INI BUKAN NAK KRISTIANKAN UMAT ISLAM KE ?



Penghuni Gua
: Ini bukan bukti gereja yang diserbu JAIS baru-baru ini menjalankan aktiviti menyebarkan Kristian untuk umat islam? Khalid dan PAS buta ke ?Khalid gereja jangan dicakaplah. Dia ini memang buta pun. Buta mata hati juga. Takkan mengajar kristian serta menjalankan kerja kebajikan AIDS boleh tanya hal berkaitan agama Islam? Mereka ingat kita bodoh macam 2 Khalid di Selangor tu ke? PAS lagilah buta. Penuh dengan panau dan kurap dah mereka semua ini.

2. Tahniah JAIS. Teruskan perjuangan anda. Biarkankan dan pedulikan tindakan haram puaka-puaka agama dan puaka politik agama menjual agama Islam untuk kepentingan politik. Teruskan perjuangan anda.

3. Nakkan berita lanjut : KLIK

Monday, 8 August 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : PERTIKAIAN PERIHAL DAGANGAN !!!!!



[1994] 1 MLJ 332
Hock Choo Hoe Sdn Bhd v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SIBU) — CRIMINAL APPEAL NO 36 OF 1992

Judges STEVE SHIM J

Date 23 DECEMBER 1993
Citation [1994] 1 MLJ 332





Bahasa Malaysia Summary:


Perayu telah disabit oleh mahkamah majistret kerana membekalkan 18,400 liter minyak petrol dilancung di bawah perihal dagangan palsu ‘Formula Shell Regular’, suatu kesalahan di bawah s 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 (‘Akta itu’) dan telah didenda RM12,000. Alasan rayuan perayu mengatakan, antara lain, bahawa majistret telah gagal mempertimbangkan atau mempertimbangkan secukupnya pembelaan statutori yang diperuntukkan oleh s 23(4) Akta itu atau, dengan lebih spesifik, bahawa beliau telah membuat kesilapan undang-undang dan keterangan dengan memutuskan bahawa perayu gagal menggunakan usaha wajar di bawah s 24(3). Tetapi, pihak pendakwa berhujah bahawa perayu, yang merupakan suatu badan korporat, tidak boleh menggunakan pembelaan statutori di bawah s 24(3), dan sebagai menyokong hujah ini, menarik perhatian kepada sekatan yang diperuntukkan di bawah s 24(1) Akta itu.


Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan rayuan itu:


(1) Memang jelas daripada proviso di dalam s 24(1) Akta itu bahawa sekatan itu terhad kepada pembelaan di dalam s 24(1) dan oleh itu, pembelaan statutori di bawah s 24(3) boleh digunakan oleh perayu.


(2) Dua syarat perlu dipenuhi bagi pembelaan statutori di bawah s 24(3), iaitu bahawa: (i) pesalah tidak tahu akan kepalsuan perihal dagangan itu; dan (ii) beliau tidak boleh memastikan dengan usaha wajar bahawa barangan itu tidak selaras dengan perihal itu atau bahawa perihal itu terpakai kepada barang itu. Apa yang merupakan usaha wajar adalah suatu soalan fakta dan bergantung kepada keadaan tertentu setiap kes.


3) Oleh kerana perayu telah menggunakan pembelaan statutori di bawah s 24(3) Akta itu, beban terletak pada perayu untuk menunjukkan melalui keterangan dan atas imbangan kebarangkalian, bahawa kedua-dua syarat itu telah dipenuhi.


(4) Tidak terdapat apa-apa untuk menunjukkan atau mencadangkan bahawa perayu telah atau sepatutnya mensyaki bahawa minyak petrol yang disimpan di dalam tangki bawah tanah itu telah atau mungkin telah dilancung dengan disel. Walaupun majistret telah memutuskan bahawa perayu, dengan tidak mengambil langkah lanjut atau membuat pertanyaan lanjut untuk memastikan bahawa minyak petrol itu selaras dengan perihal dagangan dan dengan hanya bergantung kepada pembekalnya, telah gagal menggunakan usaha wajar, beliau gagal menunjukkan apa yang terlibat dalam langkah atau pertanyaan lanjut itu. Oleh itu, beliau telah gagal mempertimbangkan atau mempertimbangkan secukupnya pembelaan statutori di bawah s 24(3) Akta itu.]

Penghuni Gua
: semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia . Tq

LAWAK BODOH LELAKI Y !!!!






Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Lawak, lawak. Lawak bodoh je ni. Nak interview. Dah nak sangat, mahkamah beri le.

2. Bukan ada isu pun, hanya nak cari isu jika kot, kot PM dan isteri tersalah cakap atau apa sahaja. Itu je. Juga nak memanjangkan kes sehingga PRU 13.

3. Juga nak mainkan isu. Hapah benda pun tak ada. Yang baiknya, lelaki Y ini jawab gambarnya di kondo tu dan jawab perkara / isu bawa coffee boy ke merata dunia. Juga yang terpenting ialah jawab bab DNA tu.

4. Lawak, lawak!!!!!!!! Tak gitu ?

Sunday, 7 August 2011

PANAU DAN KURAP PAS MAKIN BERTAMBAH 2 !!!!!!!!!!!!







Sabtu, 06 Ogos 2011 05:20 HELME HANAFI . .





Apa pendirian rasmi PAS dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam ?

Kalau kita ikuti isu ini, pemimpin PAS macam berbalah sesama sendiri, ada yang sokong, ada yang marah habis macam Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

Dan tidak kurang menarik juga adalah kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggunakan bahasa kiasan macam takut-takut hendak ambil sikap.

Hinggakan kalau kita baca kenyataannya sampai sudah, kita tertanya-tanya, apa sebenarnya pendirian PAS pusat, sokong atau tidak tindakan JAIS buat pemeriksaan pada gereja itu setelah dapat maklumat ada aktiviti sebar agama lain kepada orang Islam.

Mungkin PAS terperangkap antara hendak undi golongan bukan Islam di negara ini serta dasar parti yang sudah berakar umbi di kalangan penyokong-penyokongnya.

Fakta kes kalau ikut kenyataan akhbar Exco agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali, mudah, Jais dapat laporan terdapat pengucapan awam di gereja itu dan ada orang Islam di dalamnya.

Kata Hasan Ali, “di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.”

Dan juga “Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.”

Jika itu benar, maka terang-terang perbuatan tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang agama lain disebarkan kepada penganut Islam di negara ini.

Jadi PAS yang sepatutnya memperjuangkan Islam seperti nama partinya, jadi gabra pula dalam bab ini.

Hendak sokong tindakan JAIS pun takut, tak sokong pun takut...semuanya demi undi.

Sebab itu kalau kita baca Harakahdaily yang menjadi media tradisional penyokong PAS, kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pagi Jumaat yang belasah kaw-kaw Hasan Ali tidak disiarkan.

Khalid terang-terang marah berikutan pemeriksaan ke atas gereja itu antara lain kata, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan,”

Kenyataan Khalid itu disiarkan dengan meriah sekali oleh media pro pembangkang kecuali Harakah.

Mungkin takut backfire di kalangan penyokong sendiri kot.

Begitu juga kenyataan Lim Kit Siang yang dakwa Hasan Ali sudah ‘ menyimpang’ dari kerajaan negeri.

Sebab makin ramai yang perasan, sejak PAS bersama Pakatan mentadbir beberapa negeri ini, parti itu jadi malu-malu hendak perjuangankan hal-hal yang berkaitan kesucian agama Islam.

Tengok saja kenyataan Tuan Ibrahim dalam isu JAIS buat pemeriksaan ke atas gereja ini, “Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu dan janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah,”

Jadi apanya? Bagi kita yang faham sekali lalu maksudnya, pemeriksaan JAIS itu barangkali pada PAS “mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu,”.

Kalau itulah hujahnya, maknanya selepas ini jika ada ‘ tipoff ‘ aduan terhadap aktiviti jenayah di sebuah rumah, jadi logiknya, polis jangan percaya dulu, anggap itu fitnah dan siasat lanjut dan jangan serbu dulu… begitu?

Sementara hendak siasat segala macam sempatlah penjenayah ‘ raya sakan’ dan lari dulu.

Menurut Hasan Ali, JAIS kena tunggu sejam, baru boleh masuk ke gereja, kerana penganjur utama tidak benarkan.

Kalau ikut ceritanya nampaknya bukannya JAIS main serbu rempuh saja, ikut peraturan juga tu, hinggalah ada yang hendak lari ikut pintu belakang, tapi berjaya ditahan oleh JAIS.

Soalnya kalau tidak buat salah kenapa hendak lari?

Kesimpulan kedua Tuan Ibrahim pula, “janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah,”

Maksudnya dalam bahasa mudah ikut kes ini adalah, orang Islam jangan buat aktiviti di gereja, sebab boleh undang fitnah.

Kata Tuan Ibrahim, “keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan,”

Mana satu yang betul ini, hendak cegah ke tidak?

Rasa-rasanya sementara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim suruh semua exconya jangan bercakap soal ini kepada media, penyokong PAS kena duduk muhasabah balik.

Betul ke sokongan mereka kepada PAS membawa makna menaikkan syiar agama, atau sebab kuasa dan lebih takut hilang undi.-5/8/2011-OLEH HELME HANAFI

Penghuni Gua
: Panau dan kurap PAS makin bertambah. Seluroh badan PAS dan pemimpinnya dan naik gatal dan geli geleman. PAS dan pemimpinnya sedang dok cari ayat mana dalam Quran untuk layan isu ini.

2. Sehingga kini masih belum jumpa fatwa terbaru. Dr Hasan menambahkan kurap dan panau PAS yang sudah sedia banyak.

3. Keh keh keh keh keh !!!!! Tak gitu ?

Friday, 5 August 2011

PAS DAH NAIK PANAU DAN KURAP !!!!!!








PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.


Penghuni Gua : PAS membisu seribu bahasa bila Hassan Ali serbu gereja yang disyakki menyebar ajaran kristian kepada orang Melayu Islam. MB Khalid arahkan semua diam membisu. KLIK. MB dok sibok pulak nak jumpa DYMM untuk minta nasihat. KLIK


2. Khalid gereja dalam isu ini asyik nak salahkan BN. Apa kena mengena dengan BN. Tak kena mengena langsung. Agama Islam bawah Kerajaan Negeri. Hasan Ali pun Exco negeri. Apa kejadah kena mengena dengan BN.

3. Dulu dalam isu hiburan di I City pun , PAS terus kemetot. Tantawi dan Khalid gereja dikunci mulut dengan zip YKK. Terus tak terkata. Tak ada pulak mereka kata kerajaan PR kerajaan kafir dengan adakan hiburan begitu. Kalau di negeri perintrahan BN, terus dikafirkan negeri tersebut.

4. Dalam isu ini pun, PAS terus naik kurap dan panaunya di seluruh badan. Dah mula gatal-gatal kerana sebab sendiri, kini mula nak salahkan orang lain kerana panau dan kurap yang mereka biakkan sendiri. Poooooooooddddddddddddaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh. Cakap aje lebih.

5. Tak gitu ? Lepas ini kita tengok PAS dan Khalid bersilat sakan nak belit dan lepas tengkok mengenai isu ini.....................Kah kah kah kah kah. Belit Khalid ,lagi boleh belit. Belit Khalid, belit !!!!!!!!!!!!! Jangan Tak belit......... Kah kah kah kah kah kah

Thursday, 4 August 2011

PAS DAN PR LAH HANTUNYA !!!!!!!!!!!!!!!!








Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar. Berita lanjut : KLIK.

Penghuni Gua
: Heboh PAS dan PKR mengenai Mismah ini. Inilah dikatakan contoh pengundi hantu. Merekalah hantunya.

2. Siapa yang hantu dan hantu bodoh sebenarnya? SPR, JPN, PAS, PKR dan DAP? Atau siapa

3. Pada PG ia bukan salah SPR dan bukan salah JPN. Senarai semakan pengundi dipamerkan kepada orang ramai bagi orang ramai membuat bantahan sekiranya ada kesilapan dan sebagainya. Maklumlah manusia . Komputer pun pakai mata dan tangan untuk masukkan data. jadi bukan silap teknologi tetapi pengendali teknologi. Bukan salah tetapi kesilapan.

4. Sebab itu senarai daftar pemilih itu dipamerkan untuk semakan dan bantahan. Jika ada klon, hantu, silap ejaan, alamat tak betul . 10 orang mempunyai satu alamat sahaja seperti alamat rumah Azmin Ali ( boleh senyap pulak bila terkena diri sendiri ).................. Jadi setiap parti politik akan menghantar wakil caon untuk memeriksa daftar ini. Jadi adalah tugas mereka untuk membuat bantahan jika ada hantu atau sebarang kesilapan..................

5. Jadi apa isu ada hantu, klon dan sebagainya? Sebab daftar telah diperiksa oleh mereka. kalau masih ada hantu maknanya merekalah hantunya sebab tak periksa baik-baik semasa dipamerkan.

6. Juga dalam isu Mismah ini, itulah tujuan daftar pemilih ini dipamerkan. Jika ada keraguan lapur dan buat repot atau bantahan. Jadi apa isunya yang dok bising hingar bingar................

7. SPR dah jelaskan dan JPN dah jelaskan , jadi apa isunya????? Sengaja nak cari isu. Hantunya bukan orang lain tetapi merekalah hantunya. Dulu pun semasa di Kelantan, siapa yang dok mulakan tukar alamat pengundi kalau tak PAS? Merekalah pelupornya ................

8. Itulah sebabnya mereka pakar sangat bab hantu-hantu politik ini. Sebab mereka pakai hantu, mereka pelihara hantu dan mereka yang hantu sebenarnya. Tak gitu ? Keh keh keh keh !!!!!!!!!

Tuesday, 2 August 2011

JOM KITA KETAWA !!!!!!!!!!!!!!!!




Semua 6 aktivis PSM dibebaskan: KPN
- Jul 30, 2011 13:00:43.


KUALA LUMPUR: Semua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lepas telah dibebaskan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan hari ini.

Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Ketika dihubungi, jurucakap Polis Bukit Aman berkata kesemua tahanan itu dibebaskan secara serentak petang tadi selepas selesai pemeriksaan doktor.
Penghuni Gua
: Tangkap lepas, tangkap lepas. Apa maknannya. Maknanya lembik dan tak tegas. Tak ada signifikannya tangkapan di bawah ISA ini. Buang masa aje.

2. Jom kita pakat gelak ramai-ramai bab tangkap dan lepas ni. Kah kah kah kah. Buang masa aje. Buat letih polis aje . Kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!! Menyampah !!!!!!!!!!!!!!!!!! Kah kah kah kah untuk KDN, Kah kah akh kah kah untuk menterinya......................Letih memikirkannya !!!

3. Tak gitu ?

MEMBAZIR AJE !!!!!!!!!!!!!!






PUTRAJAYA 1 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memutuskan untuk membebaskan lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.

Beliau berkata, pembebasan lapan pegawai terbabit dilakukan secara berperingkat dan untuk permulaan tiga daripada mereka dibebaskan esok manakala selebihnya dalam masa terdekat.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan kesedaran dan keinsafan di atas kesilapan yang dilakukan selain berjanji tidak mengulanginya lagi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Dah nak lepaskan mereka , baik jangan ditangkap. Buat letih dan buat penat aje. Membazir.

2. Lepas ini tangkapan di bawah ISA hanya akan diketawakan orang aje. Buat rasuah dan perdagangkan orang hanya tangkap dan tahan 60 hari kemudian di bebaskan. Senangnya hukuman. Kerana jenayah pemerdagangan oranglah maka Malaysia berada ditahap paling buruk diperingkat antara bangsa.

3. Alih-alih, bila kerajaan dan polis dah mengambil tindakan tegas, senang aje pak menteri membebaskan mereka ini.

4. Apa signifikannya tangkapan dan tahanan dibawah ISA ini kalau tangkap hanya untuk dilepaskan? Jom kita ketawa ramai-ramai pada Pak Menteri !!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!!Kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, 1 August 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : ANAK TAK SAH TARAF / BIDANG KUASA MAHKAMAH !!!!



[1995] 1 MLJ 238
Low Pek Nai v Koh Chye Guan
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–970–1993

Judges MOHD HISHAMUDIN J
Date 31 OCTOBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 238


Catchwords:


Family Law — Children — Custodianship — Application by natural mother — Whether court has jurisdiction to hear application for custody of illegitimate children under the Guardianship of Infants Act 1961 — Guardianship of Infants Act 1961


Facts:


The plaintiff applied under the Guardianship of Infants Act 1961 (‘the Act’) for the custody of her two illegitimate infant children. The application was uncontested as the defendant failed to enter appearance. The court, however, had to decide whether it has jurisdiction to hear such an application.


Holdings:


Held, allowing the application:The Act does refer to illegitimate children and such reference can be found in s 1(3) which contemplates that the state legislature may provide for the Act to be applicable to Muslim children regardless of whether a child is legitimate or illegitimate to the extent that such an application is not contrary to Islamic law. If s 1(3) contemplates such an application as regards Muslim children, the Act must apply to children generally, legitimate or illegitimate. The court thus has jurisdiction to hear the application and granted custody of the two children to the plaintiff.

Bahasa Malaysia Summary
:


Plaintif telah memohon di bawah Akta Penjagaan Budak 1961 (‘Akta itu’) untuk jagaan dua orang anak tak sah tarafnya yang masih budak. Permohonan itu tidak dicabar kerana defendan gagal memasukkan kehadiran. Mahkamah, walau bagaimanapun, terpaksa memutuskan sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan sedemikian.

Diputuskan:
Diputuskan, meluluskan permohonan itu:

Akta itu ada membuat rujukan kepada anak tak sah taraf dan rujukan sedemikian boleh didapati di dalam s 1(3) yang membayangkan bahawa dewan undangan negeri boleh membuat peruntukan supaya Akta itu terpakai kepada kanak-kanak Islam, tidak kira sama ada kanak-kanak itu adalah sah atau tak sah taraf setakat mana pemakaian sedemikian tidak melanggar undang-undang Islam. Jika s 1(3) membayangkan pemakaian sedemikian kepada kanak-kanak Islam, Akta itu mestilah terpakai kepada kanak-kanak secara am, sah atau tak sah taraf. Mahkamah, oleh itu, mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu dan memberikan jagaan kedua orang anak itu kepada plaintif.

Judgment:
Cur Adv Vult

Mohd Hishamudin :
Section #1


This is an application by a natural mother (the plaintiff) under the Guardianship of Infants Act 1961 (‘the Act’) for the custody of her two illegitimate infant children. She had been living together with the putative father (the defendant), and as a result of their relationship, she bore him two children, a boy and a girl. The defendant later left the plaintiff and the children for another woman whom he subsequently married. Ever since the defendant left her, the plaintiff has been supporting the children without any financial assistance from the former.

The defendant appears not to be interested in contesting this application; for although duly served with the originating summons, he has failed to enter appearance as well as to attend this hearing.Before Re Balasingam & Paravathy, Infants; Kannamah v Pillay [1970] 2 MLJ 74, our courts had always assumed that they had the jurisdiction under the Act to entertain an application of this nature and to make such order as the court deemed fit. For example, in Re Miskin Rowter [1963] MLJ 341, which was an application by a natural mother for custody of her illegitimate children under the Guardianship of Infants Ordinance (Cap 16), the court, acting on such an assumption, granted custody of the children to the mother.However, in a subsequent case, this assumption was held to be erroneous by the court.

For in Re Balansingam, it was held by Raja Azlan Shah J that the High Court has no jurisdiction to hear an application by an unwed mother for the custody of her illegitimate children under the Act because the Act does not apply to illegitimate children. In that case, his Lordship, after referring to the law of England, in particular, the Guardianship of Infants Acts 1886 and 1925, and the English case of Re CT (an infant) [1957] Ch 48; [1956] 3 All ER 500; [1956] 3 WLR 826 said [1970] 2 MLJ 74 at p 75:


It is therefore quite settled that the law of England in 1956 was that neither the putative father nor the de facto mother of an illegitimate infant can make an application to the court for an order of custody.

The issue now arises as to whether this law is still applicable here or whether it has been modified by local legislation or case law.

The Guardianship of Infants Act 1961 does not seem to provide for illegitimate children. The remarkable absence of any reference to illegitimate children other than in the above-mentioned s 1(2)(a), would seem to favour the proposition that Parliament intended the Act not to apply to illegitimate children. This proposition is fortified by respondent’s arguments on the correct construction of the words ‘father’ and ‘mother’ in ss 5 and 6. Furthermore, adopting the approach taken by Viscount Simonds in Galloway v Galloway [1955] 3 All ER 429, it is safer to say that ‘infant’ means legitimate infant unless there is some repugnancy or inconsistency and not merely some violation of a moral obligation or of a probable intention resulting from so interpreting the word. Accordingly, since none of the words ‘father’, ‘mother’ or ‘infant’ can be construed to mean illegitimate infant or the de facto parents of illegitimate children, it must be concluded that the Act does not apply to illegitimate children.The learned judge decided not to follow the decison in Re Miskin Rowter

on the grounds that that case was not authority on the issue whether or not the Act applies to illegitimate children. According to his Lordship, the court in that case proceeded on the assumption that the Act applies and, therefore, it had the jurisdiction to hear the application in question.There is some support for the decison in Re Balasingam in the subsequent case of T v O [1993] 1 MLJ 168. With greatest respect to the views of the learned judge in Re Balasingam, in the present case, I propose to adopt a different view. Unlike the English Acts, our Act does refer to illegitimate children and such reference can be found in the application section. Section 1(3) states:


Nothing in this Act shall apply in any State to persons professing the religion of Islam until this Act has been adopted by a law made by the Legislature of that State; and any such law may provide that —
(a) nothing in this Act which is contrary to the religion of Islam or the custom of the Malays shall apply to any person under the age of eighteen years who professes the religion of Islam and whose father professes or professed at the date of his death that religion or, in the case of an illegitimate child, whose mother so professes or professed that religion; and … (Emphasis added.) The above provision, it will be noted, contemplates that the state legislature may provide for the Act to be applicable to Muslim children regardless of whether the child is legitimate or illegitimate


to the extent that such an application is not contrary to Islamic law. Now, if this provision contemplates such an application as regards Muslim children, then, in my view, the Act itself must apply to children generally, legitimate or illegitimate.I, therefore, rule that the Act applies also to illegitimate children and that, in the present case, I have the jurisdiciton to hear the application. Accordingly, I grant this application for custody of the two children to the plaintiff.
Application allowed.

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pe,baca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses diLaman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

PETA PELAYAR