FOLLOWERS

Wednesday, 8 April 2009

GONDOL HUTAN PAHANG : SPRM BERTINDAK

Berita Harian
8 apr 2009

5 ditahan SPRM kes rasuah aktiviti pembalakan haram

KUANTAN: Lima termasuk dua kakitangan awam ditahan kerana dipercayai terbabit suapan rasuah dalam satu tangkapan di sebuah hotel di Genting Highlands semalam, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Sutinah Sutan. Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia 30 hingga 49 tahun, dipercayai terbabit dalam suapan rasuah berjumlah RM55,000.

"SPRM Pahang membuat tangkapan ke atas lima orang iaitu dua orang kakitangan kerajaan, masing-masing seorang dari pejabat Hutan Bentong dan seorang lagi dari pejabat Hutan Temerloh serta tiga orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sutinah berkata, tiga orang awam yang ditahan itu dipercayai memberi suapan rasuah kepada kakitangan kerajaan terbabit bagi mengelak tindakan dikenakan ke atas aktiviti pembalakan haram di hutan simpan sekitar Karak dan Bentong. Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran terperinci berhubung tangkapan dan kes itu kerana siasatan masih dijalankan. "Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16A dan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan. - Bernama

Penghuni Gua : Tahniah SPRM. Sepatutnya lama dah diambil tindakan ini. Dah gondol semua hutan di Malaysia ni. Yang tinggal hanya hutan rekreasi aje dan hutan di Sabah dan Serawak. Dicadang juga semua peringkat pegawai dan kakitangan jabatan hutan yang telah 3 tahun pencen terkebelakang . Periksa semua simpanan dan harta mereka. SPRM berkuasa berbuat demikian. Kalau ada masa terkebelakang lagi . Memang dah kaya raya dan sudah menjadi rahsia umum.

SPRM boleh membuat pemantaun hutan dengan helukopter sepanjang lebuh raya Pantai Timur. Tengoklah 200 meter selepas dari kiri kanan lebuh raya berkenaan. Licin semuannya. dari luar lebuh raya atau 200 meter dari lebuh raya memang penuh dengan hutan. Cba lihat selapas 200 meter yang terlindung dari hutan. Merah menyala nampak tanah merah. sakit hati kita menengoknya.

Selepas jam 7 pula cuba lalu jalan lama KL ke kuantan atau selepas Karak. Bersepah lori balak membawa balak atas jalanraya. Kalau tengok sekali imbasnya separuh dari beban di atas lori berkenaan, balak tersebut tiada bekas di tukul ( cop ) jabatan hutan. Ini aje taktiknya. Siasat le secara proaktif.

Periksa juga dalam hutan balak yang baru ditebang . kalau ada pangkah merah ( cat merah ) , tanda cat merah atau dibuat tanda "Right" pada pokok-pokok balak tu , maknanya adalah balak untuk jualan dan hasilnya......................................tahu-tahu aje le.

Penghuni Gua : SPRM, pergi lah lihat seperti mana saya cadangkan di atas. Bagus menetap dalam gua ni.Banyak kita boleh lihat yang orang lain tak berkemampuan melihatnya. Lihat-lihatlah. SELAMATKANLAH HUTAN KITA YANG MASIH BERBAKI. JANGAN HANYA TINGGAL HUTAN REKREASI AJE. ITUPUN KEROH AIRNYA.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR