MCA tidak puas hati kabinet baru
Apr 8, 09 2:32pm
MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya pagi ini - dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak - susulan rombakan kabinet perdana menteri yang dijangka lebih kecil. Pertemuan itu diadakan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya selepas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, bertemu Najib kelmarin. berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa yang tidak puashatinya. Berapa kerat sangat MP MCA dalam kerajaan . Yang ada pun tak berkeliber. Takkan PM nak lantik walaupun tak berkaliber. Ini akan menjejaskan nama baik dan prestasi kerajaan. Kita bukan bercakap mengenai parti tetapi mengenai masa depan negara. Bukan sekadar hendak penuhkan kouta. MCA sepetutnya lebih bertanggung jawab. Fikir untuk negara. Pilih yang terbaik untuk memimpin negara.
Kalau dilihat dari segi politik pun , apa sumbangan MCA kepada kestabilan politk negara. Asyik tikam belkang BN dan UMNO sahaja. Semuanya menuding jari. Tak ada yang bertanggung jawab langsung. Bila ada isu, mereka akan salahkan kerajaan. Samalah dengan MIC, Gerakan dan lain-lain parti komponen.
Mereka hanya membiarkan UMNO sahaja menjawab segala tohmahan pembangkang. Kemana MCA, MIC dan Gerakan bila kita mebicarakan krisis Perak dan Penderhakaan kepada Sultan. Isu Tanah 999 oleh kerajaan Perak terdahulu. Mana suara MCA. Anda semua seolah bertindak sebagai pembangkang.
Mana Gerakan parti nyamuk ini selepas PRU 12. Asyik menyalahkan orang dan minta UMNO minta maaf. Kepada semua parti di atas : apa sumbangan anda bagi menarik sokongan orang Cina dan India dalam PRK di Bt Selambau dan Bt Gantang. Tak ada langsung. Semua undi Cina dan India beralih kepada pembangkang. Apa kejayaan anda sehingga boleh diberi kerusi Menteri lebih atau mengikut kouta terdahulu.
Fikir dan bantu PM untuk memudahkannya membuat keputusan dan bukan sebaliknya. Fikir bahawa jumlah menteri dikurangkan. Maka semua kouta akan berkurang. Jadi kekalkan semangat bertolak ansur tersebut. Kerusi tu serti kata Amir Hamzah Blogspot sepatutnya diberi kepada Sabah dan Serawak kerana di sebabkan merekalah ia menjamin kelangsungan hidup MCA dan MIC. Jika tidak sudah lama jadi arwah.
Penghuni Gua : Terus jadi blogger.
Najib perlu lakukan sesuatu yang betul. Selama ini PKR sering mengejek UMNO kerana memberi terlalu banyak kepada MCA dan MIC. MCA perlu belajar memberi sebelum menerima.
ReplyDeleteBetul bro,
ReplyDeleteMCA dan Gerakan ini kawan memang dah tak percaya sangat. Dia ni macam Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota dari dalam apabila Majapahit (DAP)datang menyerang Singapura.
SALAM BRO...
ReplyDeleteSETUJU LAH SANGAT DENGAN POSTING HANG NI...
DEPA NI MEMANG TAK BUAT KERJA. APA YANG PASTI SECARA DIAM MCA,MIC,GERAKAN MENYOKONG IDEA ANWAR UNTUK MEMBERI HAK SAMA RATA KEPADA BANGSA CINA DAN INDIA. DEPA NI LAH ANTARA FAKTOR BESAR KEKALAHAN PADA PRU 12 DAN YANG TERBARU NI.
MOHON COPY...
Gomo. OK. Penghuni Gua
ReplyDeleteBetoi sesangat tu, Kita lihat sahaja semasa pengundian di Bukit Gantang, pengundi Cina dan India solid menyokong pembangkang.
ReplyDeleteKe mana perginya MCA dan MIC...........duk goyang kaki.
Bila kalah salahkan UMNO.
Kalau dah kaum pendatang , sama aje .........