FOLLOWERS

Wednesday, 8 April 2009

KUMPULAN BERUK BERGADUH LAGI


Berita Harian
8 apr 2009


Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Kamudin Baharom
Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan, NS tercemar. NEGERI Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium.


Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Di cadangkan FAM menyediakan dan membina sebuah gelanggang tinju atau tomoi siam dengan kerjasama MSN di sebelah semua stadium di Malaysia. Dengan cara ini kita boleh atau senang untuk memilih calun bagi atlit tinju dan tomoi siam yang tidak pernah menang di Peringkat Asia dan Olimpik. Segerakan pembinaan ini.


Cadangan kedua ini ialah haramkan terus pasukan yang memulakan pergaduhan ini dari bermain di dalam mana-mana kejohanan bolasepak di negara ini. Suroh mereka ini menceburi sukan tinju atau gusti, tomoi siam, tekwando, karate do dan lain-lain sukan. nak tengok juga sejauh mana jaguhnya berlawan dengan peserta luar seperti dari Asia ke, rantau ke, benua ke atau peringkat dunia.

Terkini

Berita Harian
8 apr 2009

Kafa gantung Halim Napi

KOTA BHARU: Penjaga gol Kelantan, Halim Napi digantung permainan berikutan kejadian rusuhan penyokong Kelantan sebaik tamat perlawanan Piala FA separuh akhir pertama antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV di sini, malam tadi.

Halim digantung oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) serta-merta tanpa ditetapkan tempoh penggantungannya. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Gantung terus aje. Gantung terus penjaga gol dan juga KAFA sekali. Ajar sukan bertumbuk sahaja. Pergaduhan yang melibatkan pasukan ini dah berpuluh kali berlaku samada kecil dan besar . Cukup lah tu. Gantung terus.

3 comments:

  1. Tanya Anuar Musa org kuat UMNO yg jaga KAFA bakpo jadi lagu tu

    ReplyDelete
  2. peminat peminat yang lain tak terlibat dalam insiden nie, jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar. mereka yang terlibat mkin penjaga gol, dan pegurusan kafa. jangan hukum semua tak adil laa. kami bayar bkn tengok free, dan tak semua pemain bersikap cam tu.

    ReplyDelete
  3. Suka hati nak bapak ko je pangil org beruk .. Ko ape ? Monyet

    ReplyDelete

PETA PELAYAR