FOLLOWERS

Friday 30 July 2010

MAHFUZ CAKAP PASAL FDI ? : KIH KIH KIH, BIAR BETUL !!!!


Dipetik dari : Malaysia Instinct Com


Bukanlah kita nak menghina Mahfuz atau PAS, tetapi kita tak dapat menahan ketawa bila Mahfuz yang hanya mempunyai kelulusan SRP mempersoalkan perihal ekonomi.

Bukannya ekonomi rumahtangga seperti beras, gula dan minyak di dapur rumahnya, tetapi ekonomi negara. Lebih dari itu, bukan pula berkenaan harga gula atau minyak di pasaran tetapi tentang pelaburan langsung asing (FDI).

Tetapi, tak perlulah kita ketawakan Mahfuz sampai terguling-guling, tak baik. Lebih baik kita tumpukan kepada penjelasan kenapa FDI merosot sebanyak 81 peratus kepada RM4.43 billion pada 2009 berbanding RM23.47 billion pada 2008.

Untuk memudahkan pemahaman Mahfuz, kita terangkan dalam bahasa yang boleh difahami oleh rakyat biasa. Malaysia kini tidak lagi menumpukan kepada industri berasaskan tenaga buruh. Sebaliknya, negara menekankan perindustrian berasaskan kemahiran dan pengalaman.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing. Ini antara salah satu sebab yang mungkin menyebabkan syarikat-syarikat yang mementingkan kos buruh yang rendah tidak memilih Malaysia.

Bagaimanapun, langkah ini adalah tepat dan memberi manfaat kepada Malaysia dari segi sosial dan jangka panjang.

Krisis ekonomi dunia juga memberi kesan langsung kepada FDI. Sebelum ini, kebanyakan syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia melaburkan kembali keuntungan mereka di sini. Tetapi, memandangkan seluruh negara di dunia, termasuk negara-negara kuasa besar juga terjejas dengan krisis ini, maka pelabur-pelabur perlu lebih teliti dalam menangani belanjawan syarikat.

Perancangan, pemantauan dan kawalan kewangan lebih ketat dan dibuat terus oleh syarikat induk di negara-negara masing-masing. Oleh yang demikian kebanyakan syarikat-syarikat ini memilih untuk tidak melaburkan semula keuntungan mereka sebagai langkah menangani krisis ini.

Malaysia kini berada dalam proses transisi di mana Model Ekonomi Baru baru saja diperkenalkan. Pelabur-pelabur perlu mengambil masa memahami dan menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan.

Selain itu, tanggungjawab membawa masuk FDI juga lebih banyak dipikul oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri pada ketika ini mengambil langkah kurang aktif dalam mempromosi pelaburan kerana menunggu masa yang lebih sesuai iaitu setelah pelabur-pelabur membiasakan diri dengan perubahan-perubahan yang dibuat serta apabila keadaan ekonomi menjadi lebih stabil.

Untuk pengetahuan Mahfuz, khususnya, dan pembangkang, amnya, merancang FDI memerlukan masa yang panjang, bukannya seperti melabur dalam Kohilal. Kita percaya FDI akan meningkat pada tahun 2010 ini, dan akan terus melonjak di tahun hadapan bila RMK-10 mula dilaksanakan pada Januari nanti.

Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya membawa Malaysia mengharungi krisis ekonomi dunia dengan tenang dan bergaya. Namun, sedar atau tidak, usaha kerajaan itu seringkali disabotaj oleh puak-puak Mahfuz juga.

Dalam kerajaan bertungkus lumus mentadbir dan berkhidmat agar negara ini terus maju, aman dan makmur, puak-puak Mahfuz atau pembangkang pula tak jemu-jemu cuba membuat onar dan huru-hara.
Tidak cukup dengan menghasut dan menyukarkan kerajaan mengambil langkah terbaik untuk Malaysia, misalnya dalam soal pengurangan subsidi, pembangkang juga turut memburukkan nama Malaysia tanpa henti di luar negara.

Tindakan pembangkang mengecam dan menghina sistem, undang-undang dan kerajaan sendiri pastinya membangkitkan keraguan di kalangan pelabur luar negara. Kerana tindakan pembangkang ini, kerajaan terpaksa memperuntukkan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk mentadbir, untuk menangani perkara sampingan seperti menangkis tohmahan dan membersihkan nama Malaysia di mata dunia.

Semua ini semata-mata kerana kerajaan ingin memastikan negara dan rakyat Malaysia tidak terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab dan khianat oleh puak pembangkang. Justeru, jika FDI Malaysia tidak dapat dilonjakkan pada tahun hadapan mengikut jangkaan, pembangkang tidak boleh tidak, harus dipersalahkan.
Daripada mengutuk dan menghentam kerajaan pusat, ada baiknya jika Mahfuz menegur kerajaan di negeri yang diperintah oleh pihaknya, khasnya Kedah yang juga negerinya. Rumah Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah tidaklah begitu jauh dari Pokok Sena. Untuk menegur Ustaz Azizan, bukan sukar, jika ada keikhlasan, kemahuan dan sedikit akal.

Tanyalah Ustaz Azizan, apa yang terjadi dengan Kulim Hi-Tech Park yang merupakan cabang FDI negeri Kedah yang suatu ketika dulu menjadi kebanggaan negeri dan negara?

Tanyalah Ustaz Azizan, apakah yang terjadi atau telah dicapai sejak PAS memerintah Kedah dan menendang secara langsung dan tidak langsung mereka yang bertanggungjawab membawa kejayaan kepada Kulim Hi-Tech Park?

Kita ingin melihat senarai jelas pelaburan baru yang diomongkan oleh pemimpin PAS Kedah. Umum tahu bahawa satu-satunya pelaburan baru yang besar iaitu First Solar yang masuk setelah PAS memerintah juga bukanlah atas usaha PAS.

Perundingan dan kata putus pelaburan First Solar ke Kulim Hi-Tech Park telah dibuat di era Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin lagi, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kulim Techonology Park Corporation sebelum ini.

Dato’ Ahmad Shukri telah ditendang oleh PAS dari Kulim Hi-Tech Park dengan meninggalkan pelaburan berjumlah RM23 billion.

Sejak Kulim Hi-Tech Park diterajui oleh suami kepada sepupu Ustaz Azizan, iaitu En. Sobri, yang kini bergelar Presiden syarikat, tiada satu pun pelaburan baru yang masuk.

Sedangkan orang kuat En. Sobri ini, iaitu En. Annuar Saffar yang dinasihatkan berhenti oleh Teknologi Park Malaysia kerana korupsi suatu ketika dahulu, sering keluar negara menghabiskan duit syarikat dan duit negeri konon untuk mempromosi projek ini.

Yang ada di Kulim Hi-Tech Park kini hanyalah masalah demi masalah serta rungutan oleh para pelabur sedia ada. Rungutan juga boleh didengari di kalangan pekerja, yang selalunya berbunyi, ‘tak ada kerja’. Yang ada hanyalah tazkirah dan majlis-majlis agama.
Kulim Hi-Tech Park hari ini telah bertukar menjadi sekolah agama dewasa dan hanya berurusan dengan pelaburan sesudah mati. Ini terbukti bila penilaian prestasi pekerja juga dibuat bukan atas dasar kredibiliti dan dedikasi tetapi atas dasar ‘penampilan luaran’. Mana-mana pekerja wanita yang tak memakai tudung, walaupun rajin akan dianggap tidak bekerja.

Kita sudah dapat mengagak jawapan Mahfuz dan PAS Kedah sekiranya prestasi Kulim Hi-Tech Park ini dipersoalkan. Jawapan mereka pastinya akan berbunyi lebih kurang sama dengan jawapan kerajaan pusat mengenai masalah penurunan jumlah FDI di Malaysia juga.

Namun, membandingkan Malaysia dengan Kedah adalah tindakan dangkal. Malaysia terdiri dari 13 negeri dan 1 wilayah yang mana bukan semuanya di bawah kuasa penuh kerajaan pusat. Apatah lagi FDI selalunya adalah tanggungjawab langsung kerajaan negeri.

Kerajaan pusat tidak dapat membantu Kedah dan negeri-negeri di bawah kuasa pembangkang secara langsung. Dan kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa pelabur juga sebenarnya agak keberatan melabur di negeri-negeri di bawah pembangkang kerana tidak yakin dengan kredibiliti pembangkang.

Buktinya, di kala Kulim Hi-Tech Park di bawah Presiden baru ketandusan pelabur, Senai Hi-Tech Park di Johor berjaya menarik pelabur-pelabur baru walaupun baru setahun jagung beroperasi.

Setakat hari ini, Senai telah berjaya membawa masuk 3 projek iaitu EQ Solar (USD 500 million), MOX-Linde (RM60 million) dan STX Technology (USD 500million).

Ini adalah satu jumlah yang besar bagi sebuah projek baru. Sedangkan, perundingan bagi FDI selalunya berjalan sehingga 2 – 3 tahun sebelum berjaya memeterai perjanjian. Adalah difahamkan banyak lagi FDI yang telah bersedia masuk ke Senai apabila infrastruktur siap sepenuhnya nanti.

Justeru, apakah alasan PAS dalam membandingkan pencapaian Senai dalam masa setahun dengan Kulim Hi-Tech Park yang ditinggalkan dalam keadaan lengkap dan tersedia oleh Ketua Eksekutif terdahulu?

Jawapannya ialah tendangan PAS begitu kuat sehingga Dato’ Ahmad Shukri terdampar di Senai, Johor.

Inilah bukti kedangkalan PAS dalam membuat keputusan. Kerana ego dan jahil, PAS telah menendang aset berharga negeri ke negeri lain.

Andainya peneraju Kulim Hi-Tech Park adalah orang yang sama, pastinya semua pelaburan baru itu menjadi milik Kedah, bukan Johor atau milik PAS, bukan BN.

Oleh itu, kepada Mahfuz, dan keseluruhan pemimpin serta penyokong pembangkang atau pembangang, hentikanlah menghentam kerajaan mengenai perkara yang anda sendiri ‘tak faham kepala ekor’, kata orang Kedah.
Kalau tak tahu buat kerja, sekurang-kurangnya janganlah ganggu kerajaan nak bekerja.

Penghuni Gua : PG pun memang tergelak berguling-guling bila mendengar dan membaca pandangan Mahfuz mengenai FDI. Mulanya PG ada juga berdetik dalam hati. Mungkin Mahfuz ini tak sekolah kot. Rupanya betul , kurang sekolahnya. tapi cakapnya, wah wah wah !!!! Kalah Profesor di universiti. Tapi bab FDI baru nampak pandanganya selekeh sangat. Tetapi PG nak komen pun, PG tak le pandai dan pakar mengenai FDI. Jadi PG diam aje le.

2. Bila baca tulisan penulis ini baru le PG lebih faham mengenai FDI. Campur lagi nak tergelak bila mengetahui, si mahfuz ini hanya kelulusan SRP aje rupanya. Patut le dalam blognya pun di ruangan profilnya tak ada tentang kelulusannya walaupun gambar di blognya bukan main gahnya dia dengan pakaian istiadat yang dulunya haram bagi PAS. kih kih kih.

3. Jadi kepada Mahfuz, belajar le lebih sikit. Kalau tak reti mengenai sesuatu isu, baik diam atau tanya lebih sikit. Atau minta pakar-pakar PAS tu tulis atas kertas. Jadi boleh le Si Mahfuz ini bacakan. nampak le cerdik sikit. Biarlah pun orang kata dia burong kakatua. Tetapi ada le nampak bijak sikit.

4. Kepada si Mahfuz juga , PG cadangkan beliau rujuk kepada tulisan pakar ekonomi dan seorang pensyarah ekonomi di UKM jika nak bercakap tentang FDI dan supaya kita tidak diketawakan. Sila baca tulisan pensyarah ini di KLIK

Nota : Kepada Mahfuz dan pemimpin PAS yang serupa dengannya, kalau dah bijak sangat , baik pulihkan KOHILAL dan gantikan duit yang lesap tu. Nampak le cerdik sikit. Cakap kosong aje buat apa. Macam tin sardin aje!!!!!Kih kih kih kih !!!!!!!!!!!!

Juga PG nak tanya Mahfuz, berapa banyak pemimpin PAS Kelantan dan Kedah dah bawa masuk pelaburan asing di negeri taklukan mereka? Tak sampai o.ooo1 % . Itu pun nasib baik ada sisa-sisa dari kerajaan BN dahulu contohnya di Kedah. Harap ke Mahfuz!!!!!!!!!!!!!Tin kosong aje le!!!!! Duit Baitul mal PAS pun pada tahun 1980an pun tak terurus dan dikapor oleh penasihat undang-undangnya dan kemudian senyap menyepi sehingga sekarang ( Berjuta banyaknya ) . Hanya ditulis dalam buku 555 sahaja. Sudahlah mahfuz. Naik menyampah bila cakap tak seru[a bikin.

29 comments:

  1. Betul PG..orang yang bodoh selalu menyerlahkan kebodohannya. Konon dirinya bijak tetapi sebenarnya bodoh dan tolol. Kalau Mahfuz pandai dan cekap dalam ekonomi lebih baik selamatkan dan dapatkan balik pulangan pelaburan KOHILIL tu? Apa sudah jadi dengan KOHILIL???????

    Takat SRP tu...entahlah Mahfuz!!!

    ReplyDelete
  2. Sayang Seribu Kali Sayang Kerajaan PR Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak melantik Mahfuz sebagai Penasihat Kewangan di salah satu Kerajaan Negeri PR ya!. Tentu bertambah maju Kerajaan Negeri tu.

    PAS DAN PR SERTA DAP... JANGAN DIPERSIA-SIAKAN KELEBIHAN DAN KEPAKARAN EKONOMI YANG DIMILIKI MAHFUS TU!.

    ReplyDelete
  3. kih kih kih kih kih

    betul, betul semua anon

    ReplyDelete
  4. Kehkehkeh... Mahfuz hanya boleh buat spekulasi, fitnah orang dan gelar itu dan ini. Soal ekonomi? hahahahaha... hahahaha... orang kedah belah kulim sebut "BODOH PIANG" .. hahaha.. mat put... mat put...

    ReplyDelete
  5. hhahahhahaha

    sat..aku nak gelak.....SRP nak keja pa,nasib bek hang ni jenis kaki ampu,dapat gak jd wakil rakyat..tapi wat pa wakil rakyat bodoh piang...hahahahhahaha

    tokawe Sg Tani

    ReplyDelete
  6. Ini satu lagi bloger bangang dan bengong,tapi apa nak kata bloger UMNO BE END tak lama lagi nak mampus, memang pemimpin UMNO suka tipu ahli umno yang bangang macam ni
    tapi nak buat macam mana ahli pun bengong suka kena
    tipu

    ReplyDelete
  7. bandingkan analisis FDI pensyarah tersebut dengan pandangan kakaktuan mahfuz tu. jauh......jauh.

    lihat di bawah, apa kata/ analisis, prof tersebut
    Perdebatan prestasi FDI
    LAPORAN Pelaburan Dunia (WIR) 2010 yang diterbitkan baru-baru ini oleh UNCTAD telah mencetuskan perbincangan hangat dan membuka perdebatan mengenai polisi ekonomi dan prestasi pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia.
    Perdebatan ini berkisar kepada dua isu. Pertama ialah kejatuhan diluar jangkaan aliran masuk FDI Malaysia pada 2009 dan isu kedua pula ialah aliran keluar FDI yang besar dari Malaysia.
    Kemerosotan FDI pada tahun 2009 sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ekonomi dunia yang meleset pada masa itu turut mengheret turun FDI global. Tetapi apabila FDI Malaysia menjunam sebanyak 81 peratus daripada AS$7.3 bilion pada 2008 kepada AS$1.4 bilion pada 2009 sedangkan FDI global hanya jatuh sebanyak 37 peratus sahaja, ini telah menimbulkan pelbagai persoalan.
    Isu kedua adalah berkaitan dengan yang pertama tetapi berbeza sedikit. Kebimbangan juga timbul kerana aliran keluar FDI Malaysia pada 2009 sebanyak AS$8.04 bilion telah menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif (iaitu aliran keluar lebih besar daripaad aliran masuk).
    Perlukah kedua-dua isu ini diberikan perhatian yang serius? Jika perlu, apakah tindakan kita? Yang pasti, kita tidak boleh memahami atau menangani masalah ini secara makro. Sebaliknya, kita perlu meneliti fakta secara terperinci dan holistik sekiranya kita mahu mendalami permasalahan sebenar dan seterusnya mencari penyelesaian.
    Sebagai permulaan, kita mesti menyedari bahawa aliran FDI boleh berubah secara mendadak dari tahun ke tahun. Sebagai contoh pada 2001, FDI Malaysia hanyalah bernilai AS$0.5 bilion tetapi pada 2002, nilainya melonjak sebanyak 540 peratus kepada AS$3.2 bilion. Negara-negara lain juga turut mengalami laluan yang serupa. Aliran FDI Singapura menurun sebanyak 70 peratus pada 2008 tetapi meningkat semula sebanyak 54 peratus pada 2009. Jadi turun naik aliran FDI ini adalah lumrah alam.

    ReplyDelete
  8. sambung
    Berdasarkan kemeruapan yang tinggi dari tahun ke tahun, lebih tepat jika kita melihat FDI dari sudut jangka panjang. Dari perspektif ini, aliran masuk FDI ke Malaysia meningkat meskipun tidaklah sehebat negara-negara lain. Dari 2000 ke 2009, aliran FDI tahunan negara meningkat sebanyak 4.2 peratus manakala negara-negara lain di rantau ini mencatatkan pertumbuhan dua digit. Ini bermakna, kita perlu berusaha mempertingkatkan lagi aliran masuk FDI.
    Bagaimana pula dengan aliran keluar FDI? Apakah ini bukti yang menunjukkan pelabur hilang keyakinan terhadap Malaysia? Tidak semestinya! Forum Ekonomi Dunia mengiktiraf Amerika Syarikat (AS) sebagai ekonomi kedua paling kompetitif di dunia pada 2009, tetapi pada tahun yang sama AS telah mencatatkan aliran bersih FDI yang negatif sebanyak AS$118.2 bilion.
    Situasi yang sama juga dicatatkan oleh Jepun dan Korea Selatan. Ini menunjukkan aliran bersih FDI yang negatif tidak semestinya bermakna sebuah negara itu sudah hilang keyakinan pelabur.
    Bukan sahaja ekonomi yang lemah, tetapi ekonomi kuat juga mungkin mengalami aliran keluar FDI. Bagi Malaysia, ada dua faktor yang memainkan peranan penting. Satunya, Malaysia mempunyai tabungan yang sangat tinggi dan seperti kebiasaan di negara-negara lain lebihan ini akan mencari tempat pelaburan di luar negara. Kerajaan telah cuba menggalakkan pelaburan dibuat di dalam negara sejak Krisis Kewangan Asia 1998 lagi tapi masih belum berjaya sepenuhnya.
    Faktor kedua ialah syarikat-syarikat Malaysia secara agresif mencari keuntungan tinggi dari luar. Industri kita semakin matang dan syarikat-syarikat tempatan pula mempunyai keupayaan dan modal untuk melabur di pasaran luar. Kita sudah bertapak di Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara kerana kepakaran dan pelaburan kita dalam bidang petroleum, minyak kelapa sawit, telekomunikasi dan infrastruktur.
    Secara logiknya, kita tidak mahu menyekat syarikat Malaysia daripada memperluaskan operasi di arena antarabangsa. Sebaliknya, kita seharusnya menggalakkan syarikat-syarikat tersebut merebut peluang yang terbuka. Persoalannya bagaimana pelaburan tempat boleh dirancakkan? Cabaran ini telah wujud sejak lama tetapi yang penting kita memerlukan penyelesaian segera.
    Punca kelembapan pelaburan adalah kekangan 'struktural'. Kerajaan menyedari sepenuhnya cabaran ini dan telah memulakan pelbagai inisiatif perubahan.

    ReplyDelete
  9. sambung
    Sebagai contoh, sejak tahun lalu banyak sekatan ekuiti dan kuota pelaburan asing dimansuhkan atau dikurangkan manakala 27 subsektor perkhidmatan pula diliberalisasikan.
    Banyak langkah dan dana juga diberikan dalam usaha mempromosikan inovasi serta meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Transformasi pendidikan, peningkatan kemahiran guru-guru, memperluaskan latihan teknikal dan vokasional serta memudahkan kemasukan pekerja asing berkemahiran tinggi serta program menarik bakat Malaysia pulang berkhidmat adalah antara usaha yang diambil untuk mengatasi isu kekurangan tenaga kerja berkemahiran.
    Di pihak kerajaan pula tahap perkhidmatan sektor awam ditingkatkan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP). Langkah yang sepatutnya telah lama diambil iaitu mengkorporatkan dan memperkasakan Lembaga Kemajuan Perindustrian (sekarang Pelaburan) Malaysia (MIDA) telah pun dilaksanakan supaya Malaysia dapat bergerak lebih pantas dalam dunia persaingan tinggi FDI.
    Kerajaan menyedari memang banyak yang perlu dilakukan untuk negara lebih berdaya saing. Inilah persoalan yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi (MBE).
    Laporan pertama MBE meneliti secara kritikal tetapi membina mengenai masalah yang melemahkan aliran masuk FDI seperti kekurangan pekerja mahir, kapasiti teknologi yang bertahap rendah, birokrasi yang membebankan, industri kecil dan sederhana yang tidak matang, rasuah, dan keadaan keselamatan yang kurang.
    Persekitaran global FDI akan mencabar kerana negara-negara maju akan terus bergelut dengan pertumbuhan lembap, defisit yang besar dan hutang yang tinggi. Bagi menghadapi keadaan sebegini, kita perlu menerima hakikat tentang perlunya kita berubah dan tidak hanya bertahan kepada status quo semata-mata.
    Tetapi, jika berubah janganlah perubahan itu tidak produktif atau tidak berfaedah. Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi yang telah diperkenalkan perlu diambil secara serius jika kita mahu menjadi sebuah pusat pelaburan utama dan kembali menjadi kuasa ekonomi.
    Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin
    ialah Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

    ReplyDelete
  10. sambung
    jauh-jauh sekali. yangprof ini dipanggil analisis dan ada hujahnya. yang mahfuz cakap tu hanyalah kakaktua. hanya mengajuk.

    sampah aje

    ReplyDelete
  11. kah kah kah kah kah

    dia ikut aje apa orang cakap. mana yang si mat pot tu dengar dan di rasa enak ditelinganya , maka dia pun akan cakap balik dengan bangganya. walau pun salah dan selekeh ( dia tak tahu pun...kesian ) tetapi kerana rasa enak di dengar pada telinga si mat pot tu, maka dia cuma buat cakap ajuk ajelah. dgn lain perkataan sama ajelah dengan burung kakatua.

    kah kah kah ah kah

    ReplyDelete
  12. hujah mat pot , hujah mat pot ( mahfuz lah ). yang kamu cakap tak ade hujah dan tiada analisis. kau tengok data kemudian terus pusing. tak ada kepala dan ekor . hanya pusing berdasar data mentah yang dikeluar oleh pihak kerajaan atau bank dunia.

    itu beza wahai mat pot antara analisis dengan kakatua.

    faham mat pot

    kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  13. betul anon

    itulah beza analisis dengan kakaktua atau putar alam

    ReplyDelete
  14. mahfuz mahfiz mampus...dah tua pun bodoh..

    ReplyDelete
  15. Mat Pot ni pakar ekonomi kpd Lord Reid tu ler..sbb tu ler dia pun 2x5 jer dgn pak sheikh dia..org brcakap dia nk brcakap, amik ko..trserlah tahap IQ nyer..

    Renung2 & Fikir@..!!!

    ReplyDelete
  16. 'Bijak"nya BN merintah Malaysia.


    Hutang negara dalam negeri lebih 300 bilion.
    Berbangga pula dengan subsidi 74 bilion yang diberikan.
    Sekali pandang nampak macam pemurah sangat kerajaan BN ini.
    Kerajaan BN, atas nasihat siapa entah, cukup suka dengan polisi nilai matawnag rendah.
    Kononnya boleh menggalakkan eksport, meningkatkan daya saing negara kerana ianya lebih murah.
    Kononnya gaji rendah dapat menarik pelabur.

    Tapi apa yang kita dapat.
    Dengan polisi cintakan nilai matawang rendah, harga komoditi telah menjadi tinggi.
    Ia berlaku automatik, harga barang dalam RM akan tinggi walaupun harga komoditi tak berubah.
    Maka bersukarialah, BN dengan mendabik dada, 74 bilion subsidi.
    Sebenarnya 74 bilion itu adalah tidak perlu. kalau tiada polisi nilai matawang rendah.
    Mana yang rakyat lebih suka?
    Harga gula RM 1.65 setelah subsidi, atau harga gula RM 1.20 tanpa subsidi?
    Mana yang rakyat lebih suka, harga minyak petrol RM 1.80 setelah subsidi atau harga petrol RM 1.50 tanpa subsidi?
    Akibat taksub dengan "penasihat" yang promosikan polisi nilai matawang rendah, maka nilai matawang ringgit tidak cuba untuk ditinggikan.
    Maka rakyat disalahkan kerana menggunakan gula yang banyak, walhal subsidi diberikan kepada Robert Kuok.
    Subsidi juga diberikan kepada tauke IPP. Penjana Tenaga Bebas.

    Itu yang mereka bangga sangat dengan 74 bilion?

    Memang polisi nilai matawang rendah ini tidak kemana.

    Pengsubsidian untuk mengurangkan harga runcit, pasti tidak akan dapat ditampung.

    Umpama, sebuah rumah yang bocor paipnya, bapa memarahi anaknya, "kenapa guna air banyak".

    Kaedah pengsubsidian adalah kaedah penyembunyian inflasi, harga barang sebenar ditutup, denga kaedah subsidi. Satu hari nanti akan membuak juga.

    Pembuakan kian hampir, sendiri suka polisi nilai matawang rendah, kemudian mereka sendiri dabik dada kononnya perihatin kasi subsidi, kemudian sendiri pening.

    bijak! bijak!

    Klaua polisi nilai matawang rendah dihapuskan daripada awal 2000, kita tidak perlu pening kepada dengan masalah harga minyalk tinggi, kehabisan minyak masak, kehabisan gula, kekurangan beras ST 15, dan banyak lagi.

    Nelayan pun tak perlu subsidi minyak, kerana harga minyak murah disebabkan matawang yang tinggi.

    Jadi, Ayuh sertai revolusi Menentang Polisi Nilai Matawang Rendah

    Apabila membuaknya harga barang akibat daripada subsidi tidak dapat ditampung, maka automatik harga barang akan naik.


    Dan saya bukan pertama kali baru nak suruh simpan emas.
    Simpan emas,simpan emas, simpan emas!

    ReplyDelete
  17. Anon 30 July 2010 21:41 dan Lord Ried Baka Anjing Kacukan Babi..

    Persoalan Tajuk PG pasal ekonomi..bodoh Ini bukan pasal politik. Tak faham tak payahlah nak ulas apa-apa pun nogkkkk.

    Baik kau cadangkan Pakar Ekonomi PAS tu dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri yang diperintah oleh PR. Aku rasa memang sesuai sangatlahhhh

    Kalau Mahfuz tu takat ada Ijazah Diploma Kelas (SRP) aja.. mungkin kau Lord Ried takat Tahun Enam kot??

    ReplyDelete
  18. kiranya, Mahfuz ni macam bagus

    ReplyDelete
  19. lord reid
    simpan emas ini semua dibuat oleh negara. dinar pun di ideakan oleg tun mahathir. pas mulanya menentang akhirnya mencedok dengan dinar kelantan.

    mana negeraq yang tak berhutang? bagitahu saya?

    ReplyDelete
  20. SALAM MAKAN TAIK BEWAK2 PEJUANG MELAYU......
    ( lebih koghang ngan salam 1 mesia jugak la )


    MEMANG APA YANG BEWAK TULIH TU BETUI....PAS MANA PANDAI MENEGA2 NI. KOHILAL SEJAK DITUBUHKAN 1986, RUGI TIAP TAUN. TADAK SATU TAUN PON UNTUNG.

    KOHILAL TAKLEH NAK CELENG KERAjaan BEWAK MENEGA. NEGAGHA MAJU 2O2O AKAN JADI KENYATAAN JUGAK WALAUPON EKONOMI MALAYSIA MAMPUIH PADA TAUN 2019. KALU TAKDIQ MAJU....MAJU LA. SOAL EKONOMI MAMPUIH, RAKYAT TAKLEH MENTEKEDARAH NASIK, CEGHITA LEIN TUH.

    SANGAT BIJAK KERAjaan BEWAK NI, HUTANG NEGAGHA
    NEIK SAMPAI 300 BILION TAPI DOK BANGGA SUBSIDI HANYA 74 BILION. PATUT PON IDRIS JALA WAT STATEMEN 10 TAUN LAGI BANGKRAP.

    SANGAT BIJAK PUAK2 BEWAK NI URUS GHETA TABUNG HAJI. RAKYAT SIMPANG KAT TH UNTUK NAK PI NEIK HAJI, DEPA DOK MENEGA SAMPAI UNTUNG BERBILION RINGGIT KAT LADANG GETAH DI INDONESIA. TAPI BEWAK NI PANDAI JUGAK OTA DOK KATA KEBAKARAN HUTAN LA SABIK TH HAJI UNTUNG. UNTUNG JUGAK TABUNG HAJI SABIK DOK MELABUQ SALAH TEMPAT.

    BANYAK LAGI KALU ABANG NAK TULIH KEUNTUNGAN2 YANG DIJANA OLEH PUAK2 BEWAK NI SEPERTI PKFZ, SIME DARBI UNTUNG BERBILION DOLLAR KAT PROJEK BAKUN. KITA BULIH TENGOK LAGU MANA MAS, SYARIKAT PENERBANG KERAjaan MENCATAT KEUNTUNGAN BEGITU TINGGI TIAP2 TAUN.

    SABIK TU LA( ngan keuntungan yang begitu memberangsangkan) PUAK2 BEWAK TELAH MENURUNKAN KADAQ TOL, TARIF ELEKTRIK,REGA MINYAK, DAN SELURUH KOS HIDUP DI MALAYSIA TERENDAH DI DONIA. OLEH KERANA RENDAH KOS IDUP KITA TENGOK
    PELABUQ2 ASING BEREBUT2 SAMPAI TIDAK TERTANGGUNG NAK MAI MELABUQ KAT MALAYSIA. SABIK
    BEWAK LA MALAYSIA AKAN MAJU PADA TAUN 2020, SEHINGGA RAKYAT SEMAKIN BERPENDAPATAN TINGGI DAN MENIKMATI KOS IDUP YANG TERENDAH DI DUNIA.

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak.

    ReplyDelete
  21. PAS TAK ADA HUTANG KE. TANYA KERAJAAN BN KELANTAN. ?

    KAIH KIH KIH KIH KIH

    BERp BnyK DAH PELABURAN ASING MASUK KELANTAN ? BUDU ADE LE. PELABURAN CERAMAH FITNAH ADE LAH

    ReplyDelete
  22. (kira macam debat perdana lah nih)


    Ting..ting..ting...Pusingan Pertama...Nampaknya Pro Pakatan Rakyat sedang membelasah Pro BN dengan kemenangan 10-0...

    Kita seterusnya ke pusingan kedua...Ting..ting...!!!

    di persilakan Pro BN memberikan hujah2 dia...dipersilakan..masa 3 minit sahaja!!! Ting..!!!

    .........

    selepas itu Pro PR akan berhujah pulak...masa diberikan 10 minit..boleh minta lagi masa tambahan 30 minit..atau lebih...!!!! Ting..!!!

    diperslakan dengan segala hormatnya Pro PR...sialakn tuan!!!

    ReplyDelete
  23. Kesian anon 11:46, tulislah 100-0, ni 10-0 saja. lekehnyaaaa,

    Inilah nentaliti budak-budak pencacai hamPAS ni

    Yang mereka tahu, mereka menang, mereka bijak, mereka betul, mereka.........

    malangnya mereka tidak sedar, setiap hari mereka mencarut dan memaki orang sama seperti perangai wali selipar.

    taukeh-taukeh mereka dah kaya-raya,tetapi mereka satu sen pun tak dapat. hanya yang dapat dosa saja setiap hari. bertaubatlah segera

    ReplyDelete
  24. (Ni kira debat perdana lah ni)

    Oppss!! dah ada penyokong BN yang marah-marah...jangan marah moderator kerana markah hujah Pro BN akan dipotong jika ada satu org marah...satu org marah markah pendebat Pro BN akan dipotong 100..jika 10 org Pro BN marah, maka 1000 markah akan dipotong...jadi saya sbg moderator ingin menasihati pro BN spy diam sahaja!!! suka atau tidak kamu tak leh cakap apa2...kerana dikhuatiri akan mengganggu emosi dan mental pendebat2 pro bn...

    ingin saya tegaskan, bhw penyokong dan pendebat PRO PR kelihatan amat santun sekali...

    terima kasih...

    kita teruskan debat kita...dipersilakan pro bn dengan masa 2 minit sahaja, (masa dipotong seminit kerana penyokong pro bn mengamuk tadi)...silakan...ting!

    .......

    kemudian, PRO PR dipersilakan..masa 1 jam diberi..boleh minta masa tambahan jika perlu...silakan tuan bestari!!! ting..!!

    ReplyDelete
  25. Salam tuan PG & Sema2...,

    MAHFUZ CAKAP PASAL FDI ? : KIH KIH KIH, BIAR BETUL !!!!

    Mr Bean Mesia,... Nak bercakap soal ekonomi. Inilah contoh pemimpin dikategori punaisiat ekosodomie. Hantar timba air lubang korek pasir di Selangor lagi baik. Kalau2 nampak Liwongkangkang ada berapa biji pasir didalamnya, ambil dan mentekedarah dengan Lorid (spesis Al Jubri pengikut umat Lut) makanlah!!!. Punaisiat kira-kira kokhilai yang tipu penyokong parti HamPAS dan kutipan di majlis ceramah yang tak pernah di audit tu. Mana tahu untung rugi, penyokong kena tipu setiap ceramah menjela-jela maki hamun dan fitnah semata-mata dengan putar belit ayat Al Quran. Itulah penyokong bewok kapok yang terangok-angok – betul!, betul!, betul!... macam burung balam...

    Anon 31 July 2010 14:34

    (Ni kira debat perdana lah ni)
    ingin saya tegaskan, bhw penyokong dan pendebat PRO PR kelihatan amat santun sekali...

    kemudian, PRO PR dipersilakan..masa 1 jam diberi..boleh minta masa tambahan jika perlu...silakan tuan bestari!!! ting..!!

    – Ini kiranya syok sendiri la tu.

    Pang5 Beliung benci pemutar belit ayat2 Allah.

    ReplyDelete
  26. anon 14:34,
    Belum pernah aku berjumpa dengan orang sebodoh kamu

    ReplyDelete
  27. Kenapalah PAS melahirkan penyokong seperti Anon 11:46 .........Malangnya PAS!!!

    ReplyDelete
  28. Tambah sikit lagi...Dahlah PAS melahirkan salah seorang Pakar Ekonomi (Kelas SRP) seperti Mahpusssss dan ditokok pulak dengan penyokong kelas Tadika...hemhemhem

    Apa-apa pun kamu dijamin masuk syurga oleh Nik Ajisss kekkk kekkk

    ReplyDelete
  29. Punca2 FDI Negara Merosot Teruk

    Negara-negara disekeliling kita lebih fokus kepada bekerja dan kepada pelaburan yang semakin jauh meninggalkan kita, tahap kompetitif kita semakin merosot negara-negara jiran.

    Saban hari melalui media-media massa kita disajikan dengan isu-isu hangat yang berunsur perkauman, ugama, kes Shaiful dengan kejam diliwat tanpa rela.

    Dalam ketidaktentuan ekonomi pada separuh kedua tahun ini, para pelabur asing dijangka akan berhenti membuat keputusan dan tindakan ini akan memberi sedikit kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. - Mukhriz

    Pemimpin BN sibuk berpolitiking dan melupakan tanggungjawab hakiki mereka sebagai pemimpin. Mereka membuat lawatan kerja ke Disneyland bersama keluarga ditanggung penuh oleh potongan cukai gaji bulanan kita.

    Tidak dinafikan bahawa yang banyak merundumkan ekonomi negara adalah Tun Abdullah. Pembatalan jambatan bengkok jelas sekali satu kesilapan terbesar kerajaan malaysia pada masa itu. Sepanjang Tun Abdullah menjadi PM, tiada satu polisi yang boleh menarik pelabur luar melabur di negara ini. Di era Tun Abdullah, semuanya berkisarkan model insan yang sudah lama dikembangkan di zaman Tun Mahathir dan tukang ambil kreditnya ialah Tun Abdullah.

    Dato' Seri Najib kini terpaksa berhadapan dengan keadaan yang kritikal terpaksa memperbaiki keadaan. Dgn bantuan sebuah pelobi bangsa beliau dan Rosmah telah berkunjung ke Amerika dan menghadiri sebuah makan malam dihadiri Robert DeNiro dan lain-lain pelakon Hollywood.

    Kita juga telah membelanjakan dikatakan wang yang banyak untuk mengeluarkan iklan 2 mukasurat di New York Times untuk ucapan tahniah kepada Rosmah kerana menerima satu anugerah antarabangsa. Ketua Eksekutif New York Times Dianne McNulty telah mengesahkan iklan itu telah diletakkan melalui sebuah ajensi pengiklanan bagi pihak kerajaan Malaysia.

    Negara kita teramat jauh ketinggalan dengan Singapura. Kita di belakang Thailand,Indonesia, Vietnam dan Filipina. Cukup memalukan! Mengapakah terjadi macam ni? Thailand dengan keadaan politiknya yang huru-hara sejak 4-5 tahun kebelakangan ini pun, FDI nye masih tetap stabil. Politik Thailand jauh lebih teruk dari negara kita. Indonesia negara yang biasa kita dengar dengan siri pengoboman, tetapi masih stabil FDI mereka.

    Kemerosotan FDI sebanyak 81% memang teruk tapi kita kita tengok apa sebabnya. 2009 krisis kewangan di Amerika dan negara yang menyumbangkan FDI paling tinggi setiap tahun ialah Amerika. Thailand memang huru hara tetapi kita jangan lupa yang mereka ada kelebihan dari segi labour cost dengan tanah (sebab negara Thai luas daripada Malaysia).

    Kenapa FDI Singapore tinggi? Negara mereka stabil. Pembangkang cuma menang 2/84 kerusi parlimen. Jadi mereka tidak dilalaikan seperti kita yg menggunakan segala jentera yg ada untuk melawan dan melumpuhkan pembangkang. Perancangan ekonomi Singapore sangat tersusun.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR