Di petik dari blog : SUFI MAJZUB DAN SALIK
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha MengasihaniALHAMDULILLAH Segala kepujian dan kesyukuran bagi ALLAH.DIA lah Tuhan Yang Maha Agung menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan menjadikan di antara kalangan mereka sebagai hamba-hambaNya dan di antara mereka pula dipilih khusus untuk diangkat menjadi Nabi dan Rasul serta kekasih-kekasihnya hinggalah sampai hari kiamat. Sesungguhnya ALLAH menentukan rahmat dan kurnia NYA kepada sesiapa yang dikehendakinya dan sesungguhnya ALLAH mempunyai kurnia yang amat besar. ALLAH jua lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki atas jalanNYA yang benar lagi lurus dan menyesatkan sesiapa . Maklumat lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Blog ini amat meragukan. Semuanya mellaui mimpi. Dari zikir dan sehingga Pak Syeikh ini diangkat menjadi wali semuanya melalui mimpi.
2. Lihat apa yang ditulis oleh beliau :
3. Diharap pihak berkuasa agama tiap negeri serta Suruhanjaya Multi Media membuat pemantaun terhadap blog ini kerana ia nya boleh mengelirukan orang ramai. PG percaya ajaran yang dibawanya menyimpang dari ajaran islam yang sebenar.
4. Tindakan tegas perlu diambil untuk membenteras ajaran ini sekiranya didapati menyimpang dari ajaran islam sebenar.
5. Mana ada ilmu agama dan sebarang ilmu pun dapat melalui mimpi. Kita yang belajar separuh nyawa pun masih bodoh sehingga kini walau pun dah berapa ijazah dan masters diperolehi. Ini senang aje. Melalui mimpi dah menjadi wali. Wali selipar kot!
Nota : Tolong sebarkan di blog masing-masing!!!!!!!!!!!!!!
