FOLLOWERS

Showing posts with label AUTA PAS / DAP. Show all posts
Showing posts with label AUTA PAS / DAP. Show all posts

Monday, 3 October 2011

WAYANG PUSINGAN KEDUA !!!!!









GEORGE TOWN: DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud walaupun Parti Pembangkang mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, kata pengerusi parti Karpal Singh.

Katanya pelaksanaan Hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.

"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum Hudud termasuk apa yang diusulkan oleh PAS di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara dan perlu selaras dan konsisten di semua negeri.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan semalam bahawa hukum Hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.

Karpal berkata PAS perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam. -BERNAMA

Penghuni Gua
: Wayang terus di mainkan oleh DAP dan PAS. Pok Nik nak hudud , DAP tak mahu hudud.

2. Pok Nik terpaksa main wayang hudud untuk tarik sokongan Melayu / Islam Kelantan sebab negara kebajikan PAS dah makan tuan.

3. Karpal terpakasa main wayang tak mahu hudud sebab nak " damage control " kenyataan Pok Nik mengenai hudud.

4. Dua-dua wayang. Mainlah wayang sepuasnya. Semuanya temberang dan auta sahaja. Tak gitu ?

PETA PELAYAR