Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah
Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita
Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju
Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung
Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih
Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.
Penghuni Gua : Bersatulah Melayu Islam. Bersatulah untuk kepentingan agama, bangsa dan negara kita. Bersatulah. Orang Cina ini mengajak kita bersatu. Kitalah cermin dan tunggak kekuatan negara ini. Pensyarah Cina ini nampaknya lebih nampak dan lebih peka dari kebanyakkan Melayu Islam yang lain. Ia nampak dengan mata hatinya akan kepentingan bangsa ini untuk keutuhan Negara dalam jangka masa panjang.
2. Tak malukah kita dengan perpecahan yang terjadi. tak malukah kita kepada bangsa lain? Kita hanya ada Malaysia. tak ada lagi negara Melayu yang lain. Sekangkang kera inilah tanah kita dan untuk anak cucu kita. Bersatulah.
Nota : Pensyarah ini adalah rakan belajar PG semasa kami belajar di UM pada tahun 1980-1984.

