FOLLOWERS

Showing posts with label BATUAN TENGAH. Show all posts
Showing posts with label BATUAN TENGAH. Show all posts

Sunday, 19 April 2009

BOT APMM DI BATUAN TENGAH : TINGGI SANGATKAH KOSNYA BERBANDING NILAI KEDAULATAN ?


Berita Harian
19 apr 2009

Nelayan minta tanda sempadan Batuan Tengah

KOTA TINGGI: Nelayan tempatan meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Laut melaksanakan segera penandaan sempadan perairan Batuan Tengah (Middle Rocks) milik negara yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari Batu Puteh yang dimiliki Singapura.

Pemangku Pengerusi Persatuan Nelayan Pengerang, Abu Bakar Mohamad, berkata nelayan tempatan yang menangkap ikan di perairan Batuan Tengah menghadapi kesukaran untuk membezakan kawasan perairan milik Malaysia dan republik itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kapal selam Scorpene nak sampai pada jul 2009. APMM pun ada berpuluh kapal beebagai ketegori. Susah sangat ke hendak meletakkan sebuah bot peronda APMM atau bot dari Tentera laut di Batuan Tengah tu. Dulu kita dah terlepas Pulau Bt Putih. Adakah kita nak biarkan di perlekehkan lagi?

Juga , mahal sangatkah kosnya untuk menempatkan sebuah bot APMM atau Tentera laut disitu dengan hanya beberapa kerat anggota berbanding dengan maruah dan kedaulatan negara?

Ada mereka yang berkuasa dan mempunyai tanggungjawab mengenai hal ini hanya membisu dan hanya makan tidor. langsung tidak mahu mencadangkan kepada pemimpin atasan/ politik agar bertindak proaktif. Bangunlah dari tidor semuanya dan lakukan segera tranformasi dalam segala tindakan kita. Jangan hanya bertindak apabila berlaku kejadian tidak diingini dan apabila menteri mula bersuara. Berhentilah bekerja cara pemadam kebakaran ( bomba ). Bertindak dahulu sebelum berlaku perkara yang tidak baik.

Dengarlah suara hati nelayan. Keluhan ni , Penghuni Gua ingat dah berpuluh kali diutarakan oleh nelayan dan berbagai pihak lagi . tapi keputusanya tetap sama. Semuanya TIDOR.

PETA PELAYAR