FOLLOWERS

Showing posts with label BERSHIT MANGKOK. Show all posts
Showing posts with label BERSHIT MANGKOK. Show all posts

Thursday, 21 July 2011

CUBAAN BUNUH ? KELAKAR-KELAKAR !!!!!!







.Khamis, 21 Julai 2011 03:32 ROSLI ISMAIL . .





Polis cuba nak bunuh bos PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di tengah khalayak ramai masa demo haram Bersih.Biar Betul?

Itulah tuduhan terbaru. Bunyinya memang sensasi,dashyat...amat mengerikan.

Yang cakap bukan orang lain tapi peguam N Surendran – orang yang dilantik oleh Anwar jadi Naib Presiden PKR tidak lama dulu.Dia dapat kerusi itu percuma.

Sebagai catatan bagi yang tidak tahu - lantikan Surendran,pendatang baru dalam parti itu antara sebab membuatkan orang lama Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah N Gobalakrishnan,yang sebelum ini terkenal sebagai tukang jerit PKR,geram habis dan ucap bye-bye pada PKR.

Hari demi hari selepas demo haram 9 Julai ada saja ‘drama baru’ puak-puak ini yang terang-terang keras kepala teruskan perhimpunan haram 9 Julai untuk menghasut dan membakar kebencian pada pasukan polis.

Nampaknya tuduhan Surendran ini adalah ‘kemuncak’ pada segala macam tuduhan yang sedang rancak dijaja mereka di segala penjuru alam.

Dia membuat tuduhan itu semasa mengiringi pengawal peribadi Anwar,Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur Rabu mengenai kecederaan di pipinya terkena kelonsong gas pemedih mata.

Alasan yang dibagi oleh peguam hebat ini ialah kelonsong gas pemedih mata yang ditembak polis di terowong di KL Sentral hinggap ke pipi pengawal peribadi Anwar yang didakwa sempat menghadang bosnya dari terkena.

Dakwanya polis aim terus ke kepala Anwar dan jika kena kelonsong itu boleh membunuh.

Dengan itu maka ia sudah jatuh kategori ‘cuba membunuh’ Anwar.

Kalau sekadar nak lawan cakap – budak sekolah darjah satu pun akan kata bodoh sangatlah polis atau siapa saja nak ‘cuba bunuh’ Anwar ditengah ribuan mata memandang begitu.

Tak ada ke tempat lain yang sunyi sepi ke ? Contohnya macam waktu di bilik apartmen tempat seorang aktor lelaki perkasa sedang lanyak GRO China...bukankah operasi nak bunuh orang ini boleh dilakukan dengan mudah,tenang dan jayanya.

Juga mungkin Surendran terlupa nak padankan tuduhannya dengan cerita bagaimana gamatnya dan kelam kabutnya suasana di terowong Kl Sentral berkenaan semasa Anwar dan lain-lainnya berdegil nak langgar hadangan polis untuk terus berarak ke Stadium Merdeka.

Peguam ini belajar undang-undang dari universiti mana?.Dia seolah merasa mereka saja yang berhak melanggar hadangan polis dan polis tidak berhak bertindak menyekat kemaraan mereka.

Namanya pun perhimpunan haram.

Macam-macam boleh berlaku dalam suasana yang tegang polis nak mengawal keadaan ketika menghadapi puak yang berdegil melanggar arahan mereka bersurai.

Dengan kebisingan terpekik terlolong antara kedua pihak siapa boleh jamin tembakan gas pemedih mata tak boleh tersasar ke mana saja.

Bukankah nak tembak burung di hutan pun perlu konsentrasi dan ketenangan.

Mungkin kot Surendran mahu polis dengan senyum lebar dan ramah mesra kata,” silakan tuan-tuan teruskan perarakan”.

Juga selalu-selalulah tengok berita di CNN,Aljazerra atau BBC macam mana polis pencegah rusuhan di sana bertindak mengawal demonstrasi liar di negara-negara Barat yang cukup hebat demokrasinya.

Ada yang main flying kick dan belasah cukup-cukup mereka yang berdegil.

Satu dunia tahu hal ini.

Cuma di Malaysia saja menjadi satu kesalahan menyekat kemaraan satu perhimpunan haram.

Sepatutnya salah satu pekara yang kena ada dalam Buku Jingga kalau pembangkang berkuasa mereka akan keluar peraturan baru - polis pencegah rusuhan keluar bertugas pakai baju batik bila mengawal demo haram mengecam kerajaan mereka.

Lagipun rasanya Surendran tak perlulah nak bersusah payah sangat kerana bab ‘cubaan membunuh’ ini bukanlah al-kisah baru bagi Sivaji The Boss...Anwar.

Bukankah baru ini ada kisah orang plan sabotaj kereta keluarga Anwar agar kemalangan.

Dulu lagi semasa awal-awal Saiful Bukhari Azlan dakwa dia diliwat Anwar – Ketua Umum PKR itu cabut lari masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Siapa boleh lupa drama itu.

Lepas tu bukankah timbul dakwaan ada ancaman keatas nyawa Anwar.

Ini belum lagi masuk bab dakwaan racun arsenik masa dalam penjara Sungai Buloh dulu.Begitu juga dakwaan suntikan HIV lah.

Aneh juga Anwar masih boleh bersiul-siul bebas ke sana kemari ceramah serata ceruk negara tanpa siapa pun menjentiknya.

Keluar negara pun...itu dah macam pergi balik KL –PJ,selamat sejahtera sampai ke hari ini.-21/7/2011

Penghuni Gua
: Bunuh ? Kah kah kah kah !!!!!!!!!!!! Dah banyak kali benar dah PG dan yang lain mendengarnya. Tapi sehingga kini hidup segar bugar. Lelaki Y ni sakit tenat bila mula nak bicara dan bila berada di pejnajara. Segala penyakit akan hinggap padanya. Juga KLIK

2. Malas nak bercakap bab undang-undanglah dari segi cubaan bunuh tu. Termasuk dakwaan cubaan bunuh pengawal peribadinya semasa demo haram baru-baru ini. Isunya, demo tu haram. Polis dan kerajaan dah berulang kali cakap dan beri amaran jangan buat dan jangan hadiri demo haram tu. Semasa nak suraikan demo bershit hari itu pun, berbuih mulut polis memberi amaran bersurai jika tidak mereka akan disuraikan dalam keadaan apa pun. Jadi isunya mengapa pergi dan buat benda haram tu.

3. Polis hanya jalankan penguatkuasaan undang-undang. PG tak kena gas pun!!! Tak ada pulak Polis pukul PG dan keluarga pun. Jadi apa isunya!!!!!!!!!!!!!!

4. Isunya : Kalau buat benda haram, tanggunglah sendiri implikasinya. Cubaan bunuh ? Amat kelakar dakwaan loyar buruk tu !!!! Gempak aje bolehlah untuk orang dan pengikut bodoh mereka tu. Kelakar, kelakar.

PETA PELAYAR