
Utusan Malaysia
PM Thai isytihar darurat di Bangkok
12/04/2009 3:57pm
12/04/2009 3:57pm
Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan perintah darurat di Bangkok dan beberapa wilayah berdekatan.
Pengumuman itu disiarkan melalui televisyen.
— BERNAMA
Penghuni Gua : Inilah yang bakal terjadi di Malaysia jika kerajaan dilihat begitu berlembut dengan melayan semua kehendak NGO , pembangkang dan para peguam yang hanya pandai bercakap. Semua mereka yang disebutkan di atas akan mencuci tangan dan menuding jari sahaja dan tetap memperlekehkan kerajaan apabila terjadinya kekacauan seperti apa yang berlaku di Thailand. Jadi pada pandangan Penghuni Gua , jangan sesekali kerajaan melayan desakan mereka untuk mengubah suai dan menghapuskan sebarang akta dan undang-undang yang ada atas alasan Hak asasi manusia dan kebebasan. Kebebasan ada had dan sempadannya. Bukan kebebasan mutlak.
Semua undang-undang yang dibuat samada sebelum dan selepas merdeka bukan digubal untuk menginaya mana-mana warnanegara Malaysia. Ia ada tujuan dan objektifnya. Lihat setiap pembukaan dibahagian hadapan mana-mana akta ada tujuan dan objektif ianya digubal. Ia tidak sesekali untuk menginaya aman-mana pihak. Mereka yang sentiasa mendesak agar mana-mana undang-undang dipinda dan di hapuskan ialah mereka yang ada agenda tersembunyi dan tersendiri. Kerajaan jangan sesekali melayani desakan mereka.
Kerajaan sepatutnya melayan kehendak dan permintaan rakyat yang mengundi mereka di dalam pilihanraya umum ke 12 di mana walaupun tidak memperolehi 2/3 tetapi kami diluar telah menentukan kesinambungan kerajaan yang ada. Jangan nafikan hak teramai kami dengan melayan sekelumit suara sumbang yang tidak pernah berterimakasih kepada apa yang kerajaan lakukan. Inilah yang menyebabkan kami diluar ini selalu kecewa.

Kepada Kerajaan Malaysia, Kekalkan dan perkemaskan semua undang0undang yang ada , bukan melonggarkan atau menghapuskannya. Jangan kita menyesal di kemudian hari seperti apa yang berlaku di Tahiland sekarang. Semua wilayah bergolak. Dalam kes di Thailand, cuba lihat , mana NGOs dan peguam-peguam di sana dan kumpulan pendesak yang kerap mengkritik kerajaan. Apa sumbangan mereka dalam memulihkan keamanan di Thailand. Mereka sehingga kini hanya menyalak dan menuding jari kepada kerajaan sahaja. Mereka tidak pernah membantu.
Insaflah dan fikirkanlah suara kami di luar ini. Kami hanya mampu menulis untuk menyampaikan suara hati kami..................
