FOLLOWERS

Showing posts with label DPS 2002. Show all posts
Showing posts with label DPS 2002. Show all posts

Sunday, 18 January 2009

RINGKASAN KES-KES DI BAWAH KEUNGGULAN PERLEMBAGAAN

1. AH THIAN v GOVERNMENT OF Malaysia [1976] 2 MLJ 112

Sabjek dituduh melakukan rompakan di bawah seksen 392/397 Kanun Keseksaan tetapi boleh dihukum di bawah seksen 5 Akta Senjaapi (penalti lebih berat). Sepatutnya beliau hanya boleh boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan sahaja.

Atas sebab ini peguam mendakwa peruntukan demikian di bawah akta senjata api adalah ultra vires dan melanggar peruntukan artikel 8 perlembagaan iaitu hak sama rata perlindungan di bawah undang-undang.

Mahkamah telah menggunakan kuasa judicial review di bawah artikel 128 dan 4(4) bahawa pertuntukan demikian adalah tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Cabutan penghakiman penting oleh hakim Suffian LP

`The doctrine of the supremacy of Parliament does not apply in Malaysia. Here we have a written constitution. The power of Parliament and of State legislatures in Malaysia is limited by the Constitution, and they cannot make any law they please.`

2. AMINAH v SUPERINTENDENT OF PRISON, PENGKALAN CHEPA, Kelantan [1968] 1 MLJ 92.

Sabjek membuat permohonan Habeas Corpus terhadap suaminya yang ditahan di bawah RR dengan alasan:

i. Suaminya tidak diberitahu alasan tangkapan seberapa cepat mungkin (as soon as possible) mengikut artikel 5(3).

ii. Enekmen kediaman terhad tidak mempunyai peruntukan artikel 5(3).

iii. Penahanan dibuat dengan niat jahat mala fide

Keputusan mahkamah.

i. Terdapat kenyataan penyerah waran tangkapan bahawa alasan tangkapan telah diberitahu. Suaminya telah dibenarkan berjumpa beberapa jam kemudiaan sudah mencukupi kehendak artikel 5(3).

ii. Peruntukan 5(3) tidak perlu di dalam RRE oleh kerana peruntukan artikel 162(6) menyatakan mana-mana undang yang ujud sebelum hari merdeka hendak disesuaikan dengan perlembagaan.

iii. Sama ada penahanan dibuat mempunyai niat jahat atau tidak mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk masuk campur.

3. ASSA SINGH v MENTRI BESAR, JOHORE [1968] 2 MLJ 30.

Sabjek ditahan di bawah RRE Johor dan mendakwa tahanan tersebut tidak sah oleh kerana enekmen tersebut tidak mempunyai peruntukan sebab tangkapaan diberitahu dan di bawah ke hadapan magistrate di bawah artikel 5 dan oleh itu bertentangan juga dengan haknya untuk bergerak dengan bebas sebagaimaa artikel 9.

Keputusan Mahkamah.

Tahanan sah oleh kerana walaupun tidak ada peruntukan demikian,di bawah artikel 162 menyatakan mana-mana enekmen yang tidak selaras dengan perlembagaan hendaklah di sesuaikan. Oleh kerana ianya tahanan pencegahan maka ia tidak bercanggah dengan artikel 9.

4. THE CITY COUNCIL OF GEORGE TOWN & ANOR v THE GOVERNMENT OF THE STATE OF PENANG & ANOR [1967] 1 MLJ 169.

Sabjek menyatakan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu City Council of George Town (Transfer of Functions) Order, 1966 dan Municipal (Amendment) (Penang) Enactment, 1966 adalah bercanggah dengan peruntukan Local Government Elections Act 1960 yang dibuat oleh persekutuan dan dengan itu undang-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah tidak sah.

Keputusan Mahkamah.

Peruntukan demikian tidak sah mengikut artikel 75 yang menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan maka undang-undang persekutuan akan terpakai.

5. GOVERNMENT OF MALAYSIA & ANOR v SELANGOR PILOT ASSOCIATION [1977] 1 MLJ 133.

Selangor Pilot adalah menjalan perkhidmatan pilotage di Pelabuhan Klang. Dengan pindaan Akta Lembaga Pelabuhan mereka tidak lagi dibenarkan menjalankan tugas demikian dan diserahkan kepada pihak lain. Rayuan dibuat dengan menyatakan tindakan tersebut melanggar artikel 13 iaitu hak sama rata mengenai harta dan pengambilan harta dengan pampasan mencukupi kerana tindakan tersebut menjelaskan perniagaan mereka masa hadapan. Permohonan ditolak.

6. PUBLIC PROSECUTOR v DATUK HARUN BIN HAJI IDRIS & ORS [1976] 2 MLJ 116.

Sabjek TELAH pun dituduh di Mahkamah session untuk kes CBT dan diarahkan ditukarkan ke Mahkamah Tinggi oleh sijil yang diberikan oleh DPP di bawah seksen 418A CPC. Sabjek menyatakan tindakan ini bercanggah dengan peruntukan artikel 8(1) iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

Keputusan Mahkamah.

i. Pemindahan jelas untuk mendapat hukuman yang lebih berat yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah tinggi.

ii. Peruntukan seksen 418A adalah bercanggah dengan perlembagaan artikel 8 dan peruntukan artikel 145(3) iaitu kuasa untuk menuduh,membicara dan menhentikan pembicaraan ditangan peguam negara tidak mempunyai merit.

Cabutan penting hakim ABDOOLCADER J.

Firstly, there is a presumption — perhaps even a strong presumption — of the constitutional validity of the impugned section with the burden of proof on whoever alleges otherwise.
Secondly, the presumption is not however to be carried to the extent or stretched for the purpose of validating an otherwise invalid law, and if the force of Article 8(1) bears sufficiently strongly upon and against that presumption, it must then necessarily bend, break and give way under that force.
And thirdly, for this purpose a statute or statutory provison must be examined on its own merits and not by comparison with other similar provisions (State of Madhya Pradesh v GC Mandawar [1954] SC 493 ).

Nota: Perlembagaan telah dipinda dengan memasukan artikel 145(3a) yang membetulkan keadaan ini berbunyi seperti berikut :

145. Attorney General

(3) The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah Court, a native court or a court-martial.
(3a) Federal law may confer on the Attorney General power to determine the courts in which or the venue at which any proceedings which he has power under Clause (3) to institute shall be instituted or to which such proceedings shall be transferred.

7. MALAYSIAN BAR & ANOR v GOVERNMENT OF Malaysia . [1986] 2 MLJ 225

Isu adalah sama ada peruntukan seksen 46A Akta Guaman bercanggah dengan peruntukan artikel 8 iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

Seksen 46 A menyatakan hanya peguam yang telah berkhidmat selama 7 tahun sahaja layak untuk menjadi ahli dan dengan itu membahagikan peguam kepada junior dan senior.

Keputusan mahkamah :

Peruntukan seksen berkenaan adalah bercanggah dengan artikel 8 dan itu tidak sah.


8. VR MENON v THE GOVERNMENT OF Malaysia . [1987] 2 MLJ 642

Sabjek adalah warganegara dan tinggal di India. Pada 1943 beliau bertugas di Jabatan Elektrik dan bersara pada tahun 1973 dan layak mendapat pencen di bawah artikel 147. Pindaan undang-undang penyelarasan pencen dibuat dan akta tersebut sek.2 menyatakan ianya hanya untuk mereka yang tinggal di Malaysia dan sabjek tidak layak menerima penyelarasan pencen. Sabjek mendakwa pindaan akta berkenaan adalah bercanggah dengan artikel 8 hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang .

Keputusan mahakamah.

Seksen 2 Akta penyelarasan pencen adalah bercanggah dengan perlembagaan dan tidak sah.

9. PUBLIC PROSECUTOR v DATO’ YAP PENG [1987] 2 MLJ 311.

Isu yang sama dalam seperti kes Dato Harun.

10. Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor . [1992] 1 MLJ 697

Sabjek telah dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri Kelantan semasa pilihan raya. Walau bagaimanapun undang-undang negeri Kelantan menyatakan sesiapakan yang telah meletakkan jawatan di dalam sesuatu parti politik dan bertukar ke parti politik lain adalah tidak layak menjadi ahli dewan negeri dan kerusinya di istiharkan kosong. Sabjek mendakwa undang-undang negeri Kelantan adalah bercanggah dengan artikel 10 iaitu hak menubuh persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan,ketenteraman dan ahklak.

Keputusan mahkamah.

Undang-undang negeri Kelantan adalah bercanggah dengan perlembagaan artikel 10. Hak untuk menubuh pesatuan adalah hak juga tidak menubuh pesatuan. Cabutan kenyataan penting kes ini dari hakim Abdul Hamid Omar LP.

`Kelantan Constitution did impose a restriction on the exercise of the respondents’ right of association in that the respondents were penalized by a disqualification from continuing as members of the state legislative assembly having exercised their fundamental right of association, which includes the right to dissociate from an association, by resigning from one political party to join another`.

11. Tun Datuk Haji Mustapha bin Datuk Harun v State Legislative Assembly of Sabah & Anor [1993] 1 MLJ 26.

Kes yang sama seperti Nordin Salleh. Bezanya sabjek belum di pecat dan takutkan kerusinya akan di kosongkan di Sabah.. Soalannya adakah beliau boleh berbuat demikian.

Keputusan Mahkamah.

Sabjek tidak boleh berbuat demikian, tetapi meninggalkan banyak persolan.

12. Faridah Begum bte Abdullah v Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al Mu’Adzam Shah . [1996] 1 MLJ 617.

Faridah Bagum rakyat Singgapore mendakwa Sultan Pahang atas ganti rugi. Soalan yang timbul adakah warga asing boleh mendakwa Sultan Pahang.

Keputusan Mahkamah.

Keputusan kes adalah berdasarkan peruntukan artikel 73(3) adan 155. Artikel 73(3) semua undang-undang Parlimen adalah tertakluk kepada sekatan Perlembagaan. Seterusnya artikel 155 menyatakan sekiranya undang-undang negara Komenwel lain memberi hak dan keistemewaan kepada warga Persekutuan maka perlimen boleh memberi hak dan keistemewaan yang sama. Dalam kes ini jika warganegara Malaysia boleh mendakwa President Singgapore maka tuntutan tersebut boleh dilayan.

Nota: Pembicaraan kes ini dijalankan mengikut Mahkamah khas setelah mendapat persetujuan dari Peguam negara seperti peruntukan artikel 182,183.


Kes-kes di bawah artikel 5 –kebebasan.

OOI AH PHUA v OFFICER-IN-CHARGE CRIMINAL INVESTIGATION, KEDAH/Perlis [1975] 2 MLJ 198.

Sabjek telah ditangkap dan ditahan di dalam lokap kerana bersubahat dalam kes rompak bersenjata. Selepas ditahan sabjek tidak dibenarkan berjumpa peguam secepat mungkin.Sabjek memohon Habeas Corpus atas alasan tahanan tidak sah oleh kerana hak berjumpa peguam tidak dibenarkan di bawah artikel 5(3).

Mahkamah menolak rayuan.

Cabutan hakim yang mengadili : the right of an arrested person to consult his lawyer begins from the moment of arrest but that right cannot be exercised immediately after arrest. A balance has to be struck between the right of the arrested person to consult his lawyers on the one hand and on the other the duty of the police to protect the public from wrongdoers by apprehending them and collecting whatever evidence exists against them The right should not be exercised to the detriment of any investigation by the police; [ Hak berjumpa peguam bermula selepas ditangkap,tetapi hak tersebut tidak boleh dilakukan sebaik saja ditangkap. Pertimbangan hendaklah dibuat di antara hak orang ditangkap dan tugas pihak polis melindungi orang awam dari pembuat salah dengan menangkap mereka dan mengumpul keterangan. Hak tidak boleh dilakukan dengan merosakkan penyiasatan polis.]

LUI AH YONG v SUPERINTENDENT OF PRISONS PENANG [1977] 2 MLJ 226.

Sabjek ditahan dipenjara selama 9 tahun sebelum dihantar pulang kenegara asal di bawah akta immigresen. Sabjek memohon Hebeas Corpus dengan menyatakan tahanan adalah tidak sah.

Keputusan : Tahanan tidak sah.

Cabutan keputusan mahkamah : the powers of detention under s 34(1) are clearly and unambiguously limited to detention for the purposes of removal to one to two places, i.e. the place of embarkation or country of citizenship and therefore the moment the detaining authorities have failed or found themselves in a position where the object of detention cannot be fulfilled the further detention becomes unlawful; [Tahanan adalah jelas melebihi untuk tujuan penghantaran]

HASHIM BIN SAUD v YAHAYA BIN HASHIM & ANOR [1977] 2 MLJ 116.

Sabjek telah ditangkap dan ditahan remand di bawah seksen 117KAJ. Sabjek telah memohon untuk berjumpa dengan peguam tapi tidak dibenarkan. Permohonan Hebeas Corpus dibuat dan ganti rugi dipohon kerana tahanan tidak sah.

Keputusan : Menolak rayuan . Hak berjumpa tidak boleh dilakukan sekiranya ianya akan menghalang penyiasatan polis. Hak berjumpa peguam boleh dilakukan semasa ditahan remand tetapi tidak boleh menghalang penyiasatan polis. Dalam kes ini polis telah memberikan sebab-sebab yang baik.
THE ATTORNEY GENERAL, MALAYSIA v CHIOW THIAM GUAN [1983] 1 MLJ 51.

Sabjek mencabar hukuman mati di bawah ISA adalah tidak selaras dengan perlembagaan artikel 5(1 ).

Keputusan : Manolak rayuan. Bukan mahkamah menentukan sama ada hukuman mati atau tidak di bawah undang-undang. Cabutan : as regards art 5(1) of the Federal Constitution, the law is that if Parliament deems it necessary that the death penalty should be mandatory it is not within the province of the court to adjudicate upon the wisdom of such a law. The law may be harsh but the role of the court is only to administer the law as it stands;

ANDREW s/o THAMBOOSAMY v SUPERINTENDENT OF PUDU PRISONS, Kuala Lumpur [1976] 2 MLJ 156.

Sabjek telah ditahan di bawah akta Immigresen. Pihak Immigresen tidak dapat menghantarnya pulang kerana sabjek tidak memberi kerjasama. Sabjek telah memohon Habeas Corpus.

Keputusan : Menolak permohonan. Pihak berkuasa tidak tidak berupaya menghantarnya pulang bukan bermakna tahanan adalah tidak sah.

RE TAN BOON LIAT @ ALLEN & ANOR; TAN BOON LIAT & ANOR v MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI, MALAYSIA & ORS [1977] 1 MLJ 39.

Sabjek telah di tahan di bawah EO. Mengikut ordinan ini reprentasi hendaklah dibuat kepada YADP sebelum 3 bulan oleh badan penasihat mengenai penahanan sabjek dan oleh itu tahanannya adalah tidak sah.

Keputusan : menolak permohonan : Held while the procedural requirements had not been complied with in this case, valid orders of detention were in force against the two applicants and their detention was therefore legal.
[tatacara tidak dipatuhi,tetapi arahan tahanan masih berkuat kuasa dan dengan itu tahanan adalah sah].

YEAR HOCK SENG @ AH SENG v MINISTER FOR HOME AFFAIRS, MALAYSIA & ORS [1975] 2 MLJ 279.

Sabjek telah dituduh di Mahkamah kerana kesalahan membunuh. Walau bagaimanapun tuduhannya telah digugurkan dan sabjek telah ditangkap dan ditahan di bawah seksen 4 ISA. Sabjek memohon Habeas Corpus atas alasan tahanannya adalah berniat jahat ( mala fide).

Keputusan : Menolak permohonan kerana sabjek gagal membuktikan tahanannya adalah berniat jahat.

YIT HON KIT v MINISTER OF HOME AFFAIRS, MALAYSIA & ANOR [1988] 2 MLJ 638.

Sabjek ditangkap dan ditahan di bawah seksen 3 EO. Sabjek memohon Habeas Corpus kerana beliau tidak diberitahu alasan/sebab penahanannya.

Keputusan : Membenarkan permohonan. Sebab dan kuasa di bawah undang-undang perlu diberitahu kepada orang kena tangkap secepat mungkin.

MINISTER OF HOME AFFAIRS v CHU CHOON YONG & ANOR [1977] 2 MLJ 20.

Sabjek telah ditahan dipenjara lebih dari 6 tahun dengan arahan untuk buang negeri. Namun begitu tidak ada waran dikeluarkan oleh menteri oleh kerana tidak ada negara yang sanggup menerimanya.Mahkamah tinggi memutuskan ianya tahanan yang tidak sah. Rayuan telah dibuat ke Mahkamah Persekutuan.

Keputusan : Menerima permohonan dan sabjek telah ditahan semula. Adalah atas budibicara menteri untuk membatalkan arahan buang negeri atau tidak dan penahanan adalah sah.

SUPERINTENDENT OF PULAU JEREJAK & ANOR v WONG CHENG HO [1980] 1 MLJ 154.

Sabjek seorang juvenile telah ditahan selama 2 tahun di bawah seksen 4 EO. Permohonan habeas corpus telah diluluskan oleh Mahkamah tinggi dengan alasan Juvinile tidak boleh ditahan di bawah EO dan hanya boleh ditahan mengikut Akta Mahkamah Juvenile. Rayuan kepada Mahkamah persekutuan dibuat.

Keputusan : Juvenile boleh ditahan di bawah EO.

Monday, 12 January 2009

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Oleh: Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum ada terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan adakali perkataan "Islam is the religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan di terjemahkan salah sebagai "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan".
Apa yang dimaksudkan dan apa kesan peruntukan ini? Jika kita lihat kepada sejarah mengenai peruntukan ini kita dapati Suruhanjaya Reid yang diberi tugas mencadangkan Perlembagaan bagi Malaysia telah menolak cadangan memasukkan peruntukan mengenai "Islam sebagai agama Persekutuan" itu. Dalam Laporan mereka di perenggan 169 mereka berkata maksudnya –
"Kami telah menimbangkan soal sama ada perlu diadakan kenyataan dalam Perlembagaan yang bermaksud Islam hendaklah menjadi ugama Negara. Telah dipersetujui oleh semua pihak bahawa jika mana-mana peruntukan seperti itu dimasukkan dalam Perlembagaan hendaklah dijelaskan bahawa ia tidak sekali-kali menjejas hak-hak sivil orang-orang bukan Islam. Dalam memorandum yang dikemukakan oleh Perikatan telah disebut agama Persekutuan hendaklah Islam. Peruntukan prinsip ini tidak akan mengenakan apa-apa hilang upaya keatas rakyat bukan Islam menganuti dan mengamalkan ugama mereka sendiri dan tidak membayangkan bahawa negara bukan negara sekular. Tidak terdapat apa-apa dalam draf Perlembagaan itu yang menyentuh penerusan keadaan dalam negeri-negeri mengenai periktirafan Islam atau yang menghalang pengiktirafan Islam dalam Persekutuan melalui perundangan atau cara-cara lain dalam apa-apa keadaan yang tidak memudharatkan hak-hak sivil individu bukan Islam. Majoriti kami berpendapat ada paling baik meninggalkan perkara itu atas dasar itu, memandang kepada kenyataan bahawa peguam bagi Raja-raja telah berkata kepada kami "Adalah pandangan yang telah dipertimbangkan oleh Duli-duli yang Maha Mulia bahawa tidak dikehendaki memasukkan perisytiharaan seperti yang dicadangkan bahawa ajaran agama Muslim atau ajaran agama Islam adalah agama yang ditetapkan bagi Persekutuan. Duli-duli yang Maha Mulia tidak menyokong perisytiharaan seperti itu dimasukkan dan ini adalah perkara arahan khusus dimana saya tidak banyak terlibat". Hakim Abdul Hamid berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perlu dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau Hakim Abdul Hamid dari Pakistan itu mengesyorkan oleh kerana cadangan yang dibuat oleh Perikatan itu adalah dibuat sebulat suara, ia harus diterima. Peruntukan seperti itu telah pun terdapat di negeri-negeri dan apa yang perlu ialah memindahkannya dari Perlembagaan negeri ke Perlembagaan Persekutuan.
Soalan yang timbul apa sebabnya Perikatan dalam cadangannya mengatakan peruntukan tidak bermakna negara bukan negara sekular. Sayugia diingati bahawa cadangan itu dibuat oleh Perikatan iaitu gabungan antara parti UMNO dan parti bukan Melayu dan Islam yang bergabung dengan UMNO. Mungkin pada masa itu Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan ahli-ahli UMNO berpendapat supaya tidak menjejaskan perpaduan antara parti-parti itu tidaklah perlu menyebutkan negara sebagai negara Islam. Dari segi maslahah adalah baiknya untuk perpaduan parti-parti itu hanya menyebutkan Islam sebagai ugama Persekutuan. Walaubagaimana pun tidak disebut dalam Perlembagaan bahawa negara adalah negara sekular (seperti disebutkan di India umpamanya) dan oleh kerana itu tidak ada halangan dihujjahkan kemudian bahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, ini membolehkan ajaran Islam dimasukkan dan diterapkan dalam politik negara, apabila masanya sesuai.
Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "ugama Islam" yang digunakan di Perkara 3 bolehlah dihujjahkan bahawa apa yang dimaksudnya ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Apabila disebut "agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan", orang-orang bukan Islam mendakwa bukan sahaja mereka diberi kebebasan mengamalkan kepercayaan dan upacara-upacara agama mereka akan tetapi cara hidup mereka. Mereka tidak mahu undang-undang Islam dikenakan kepada mereka dan lebih suka mengikut undang-undang lnggeris. Jika ini makna yang dikehendaki di beri kepada perkataan "ugama" oteh orang-orang yang bukan Islam, lebih-lebih lagilah orang-orang Islam berhak memberi makna yang luas kepada "Islam" sebagai agama Persekutuan.
Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam. Telah ada beberapa negeri yang telah mengadakan undang-undang untuk menyekat pengembangan ugama-ugama lain antara orang-orang Islam akan tetapi sayangnya ada beberapa negeri yang belum lagi mengadakan undang- undang itu termasuk Wilayah -wilayah Persekutuan.
Jika kita merujuk kepada kes-kes yang diputuskan di Mahkamah di Malaysia ada terdapat beberapa kes yang lama yang memberi makna yang sempit kepada perkataan "Islam ialah ugama bagi Persekutuan". Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 hujjah yang dibuat bagi pihak perayu-perayu ialah hukum mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya dan memilik senjata api adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu terbatal.

Dihujjahkan bahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, hukuman mati mandatori yang dikenakan kepada kesalahan itu, yang bukan kesalahan "hudud" atau "qisas" mengikut undang-undang Islam, adalah berlawanan dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu tidak sah mengikut Perlembagaan. Sungguhpun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara pada masa itu, apabila memberi penghakiman telah berkata tidak syak Islam bukan hanya kumpulan kepercayaan dan upacara agama sahaja bahkan adalah cara hidup itu yang lengkap termasuk semua bidang amalan manusia, sama ada peribadi atau umum, mengenai
perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral atau kehakiman, dan cara mengatur semua cara hidup termasuk hukum-hukum dan akhlak semuanya berpandu kepada wahyu dari Allah yang terdapat dalam AI-Quran dan hadith Nabi s.a.w. akan tetapi beliau bertanya adakah itu makna Islam yang dimaksud oleh pengubal Perlembagaan itu? Beliau telah kembali
merujuk kepada sejarah kemasukan British di Malaysia sebagai penjajah yang mana mereka telah membahagikan agama kepada dua jenis, satu dari segi peribadi dan satu dari segi awam. Dalam semua perkara awam termasuk undang-undang pentadbiran dan kehakiman, mereka telah mengenepikan Islam dan mengikut cara yang sekular. Oleh kerana itu hanya undang-
undang Islam mengenai keluarga dan warisan telah dibenarkan dikenakan dan itu pun hanya kepada orang-orang Islam. Hasil dari masa penjajah British itu, undang-undang Islam telah diasingkan dalam lingkungan yang sempit mengenai undang-undang perkahwinan, perceraian dan warisan. Inilah makna "Islam" yang dimaksudkan oleh pengubal Perlembagaan itu. Oleh kerana itu Perkara 3 Perlembagaan itu tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk mengatakan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya atau mana-mana kesalahan lain tidak sah kerana berlawanan dengan Islam dan oleh kerana itu berlawanan dengan Perlembagaan itu .Sayangnya yang arif Hakim itu telah menunjukkan bahawa beliau masih terikat dengan konsep penjajah dan tidak menimbangkan bahawa Malaysia telah Merdeka dan tidak lagi di bawah kuasa penjajah itu.
Dalam kes Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama adi seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan "Semua orang-orang berhak menganut dan mengamal ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) menyebarkannya".
Akan tetapi apabila rayuan dibuat oleh bapa itu ke Mahkamah Agong, Abdul Hamid Ketua Hakim Negara pada masa itu telah merujuk kepada Perlembagaan Malaysia dan khususnya Perkara 3 yang menyebut Islam adalah ugama Persekutuan; dan juga pada pendapat Suruhanjaya Reid mengenai Perkara 3 itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu Suruhanjaya Reid tidak menyokong diadakan peruntukan seperti Perkara 3 akan Hakim yang arif itu beliau berkata "Pada asas iaitu Perlembagaan kita digubal dan diisytiharkan." Beliau merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4) Perlembagaan yang memperuntukkan-
(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya.
Sungguhpun fasal (4) itu menyebut "untuk maksud fasal (3) iaitu mengenai pengajaran ugama di sekolah, Hakim yang arif itu telah menggunakan fasal itu untuk memutuskan seorang ibubapa atau penjaga berhak menentukan agama seorang yang belum dewasa. Sebetulnya beliau tidak perlu membuat keputusan itu oleh kerana pada masa itu gadis itu telah pun berumur lebih dari lapan belas tahun. Keputusannya ialah dianggap obiter dicta atau pandangan sahaja, akan tetapi sayangnya ia telah diterima pakai dalam undang-undang di Malaysia.
Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin [ 19891 ]1 MLJ418 mengikut faktanya Jamaludin seorang asalnya melayu dan berugama Islam telah memeluk agama Christian dan telah cuba memasukkan orang-orang Melayu ke agama Christian dan telah berjaya memasukkan enam orang Melayu ke agama Christian. Dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri, dan telah merayu kepada Mahkamah. Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untuk pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama orang itu telah diganggu. Rayuan kepada Mahkamah Agong juga telah ditolak. Di dua-dua Mahkamah itu hakim-hakimnya menegaskan hak orang itu menganuti dan mengamalkan agamanya. Sayangnya mahkamah-mahkamah itu tidak sentuh sama ada orang itu berhak menyebarkan agamanya pada orang-orang Islam. Mengikut kes India Rev. Stanislaus v State of Madhya Pradesh AIR 1977 S.C. 908 telah menyebut hak menyebarkan agama tidak termasuk memasukkan orang lain kepada agama orang itu kerana jika seseorang sengaja berusaha memasukkan orang lain kepada agamanya, dan bukan hanya berusaha menyampaikan atau menyebarkan ajaran agama itu, ini akan menjejas hak kebebasan kepercayaan orang itu.
Pada tahun 1988 Perkara 121 perlembagaan Persekutuan telah dipindahkan dengan menyebut di fasal (1 A) maksudnya Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Pada masa dahulu sebelum pindaan itu dibuat terdapat banyak kes dimana Mahkamah Sivil telah membuat keputusan mengenai perkara yang termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya telah mengubah keputusan yang telah dibuat diMahkamah Syariah.

Satu kesan yang terbesar yang diperolehi dari pindaan itu ialah mengelakkan percanggahan antara keputusan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi seperti yang terdapat di dalam beberapa kes terdahulunya. Umpamanya di dalam kes Myriam v Ariff [1971] 1 MLJ 275 di mana perceraian telah diadakan di hadapan Qadi dan Qadi Yang Ariff telah mencatatkan perintah atas persetujuan kedua-dua pihak memberi hak jagaan anak dari perkahwinan itu iaitu seorang anak perempuan berumur 8 tahun dan seorang anak lelaki berumur 3 tahun kepada bapa mereka. Ibu mereka kemudiannya telah berkahwin dengan lelaki yang bukan muhrim kepada anak itu dan ia menuntut hak jagaan anak itu. Abdul Hamid H, pada masa itu, memutuskan bahawa perintah yang dibuat oleh Qadi itu tidak menghalang pihak menuntut iaitu ibu anak itu membuat perrmohonan kepada Mahkamah Tinggi. Beliau merujuk kepada seksyen 45 (6) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Selangor, 1952,yang memperuntukkan: "Tiada apa-apa yang terdapat di dalam enakmen ini akan menganggu bidangkuasa Mahkamah Sivil dan apabila terdapat perbezaan atau percanggahan antara keputusan Mahkamah Qadi Besar atau seorang Qadi dengan keputusan Mahkamah Sivil, yang bertindak di dalam bidangkuasanya, keputusan Mahkamah Sivil adalah mengatasi."
Di dalam kes itu Hakim Yang Ariff memutuskan Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa di bawah Guardianship of Infants Act 1961, yang telah diterima oleh Dewan Undangan Selangor dengan syarat bahawa tiada apa-apa di dalam Akta itu yang berlawanan dengan agama Islam atau adat Melayu boleh dikenakan kepada seorang di bawah umur lapan belas tahun yang menganuti ugama Islam. Beliau juga memutuskan bahawa Akta itu tidak bercanggah dengan ugama Islam atau adat Melayu dan oleh kerana itu boleh dikenakan kepada orang-orang yang menganuti ugama Islam.
Hakim Yang Ariff ada membuat rujukan kepada undang-undang Islam yang beliau berkata memperuntukkan antara lain bahawa "seseorang perempuan yang berhak mendapat hak jagaan seorang kanak-kanak lelaki atau perempuan adalah hilang haknya jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana seorang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, semasa perkahwinan itu wujud."
Walau bagaimanapun beliau berkata "Saya berpendapat bahawa mahkamah terhalang membuat perintah bagi hak jagaan memberi anak itu kepada seorang ibu atau bapanya jika kebajikan anak itu memerlukan demikian." Sebelum itu beliau telah berkata "Di dalam usaha saya menghasilkan keadilan saya becadang menggunakan budibicara saya dan memberi perhatian
pertama kepada kebajikan kanak-kanak itu. Dengan membuat demikian bukanlah niat saya mengenepikan agama dan adat pihak- pihak yang berkenaan atau kaedah-kaedah di bawah agama Islam, akan tetapi itu tidak semestinya bermakna mahkamah hendak mematuhi dengan tegasnya kepada kaedah-kaedah yang diperuntukkan oleh agama Islam. Mahkamah pada
pendapat saya tidak dilucutkan kuasa Budibicaranya."
Akhirya Hakim Yang Ariff itu telah memberi hak jagaan anak lelaki yang kecil kepada ibunya dan hak jagaan anak perempuan yang besar itu kepada bapanya.
Undang-undang di beberapa negeri Melayu mengenai hakjagaan kanak- kanak telah dikanunkan di dalam Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam akan tetapi telah terdapat dua aliran. Mahkamah Syariah membuat keputusan atas asas Undang-undang Islam akan tetapi apabila permohonan dibuat ke Mahkamah Sivil keputusan-keputusan Mahkamah Syariah itu tidak diikuti bahkan adakala diketepikan dan kes-kes itu diputuskan berpandu kepada Akta Penjagaan kanak-kanak, 1961. Apa yang lebih tidak memuaskan dalam perkara ini ialah sungguhpun Akta Penjagaan kanak-kanak itu dikenakan kepada orang-orang Islam peruntukan yang lebih meluas dan dekat kepada undang-undang Islam yang terdapat di dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1876 tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.
Di dalam kes Commissionerfor Religious Affairs, Terengganu & Ors v Tengku Mariam [1969] 1 MLJ 110 Mahkamah Tinggi diminta memutuskan sama ada wakaf yang dibuat oleh Tengku Chik untuk faedah keluarganya sah atau tidak. Perkara itu telah sebelum itu dirujuk kepada Mufti yang telah mengeluarkan fatwa mengesahkan wakaf itu. Akan tetapi Hakim Yang
Ariff di Mahkamah Tinggi telah tidak menghiraukan fatwa itu. Hakim itu berkata "Saya telah banyak benar menimbangkan perkara ini dan berpendapat bahawa jikalau mahkamah ini pun sendiri yang meminta fatwa itu, mahkamah ini mempunyai budibicara yang tidak terhad mengenai setakat mana ia menerima fatwa itu dan boleh enggan mengikat dirinya dengan fatwa itu. Saya tidak terdapat apa-apa didalam Enakmen itu yang menyentuh kuasa mahkamah itu menghuraikan Undang-undang Islam dan saya bercadang menggunakan kuasa itu.
Undang-undang Islam yang dihuraikan oleh Hakim Yang Ariff itu berdasarkan kepada dua keputusan Privy Council, kes Abdul Fata Mohamed Ishak v Rasamava Dhur Chowdhurv (1894) L.R. 22 1A76 dan Fatimah binti Mohamad lwn Salim Bahshuwen [1952] A.C. 1. Hakim Yang Ariff di dalam kes Tengku Mariam itu telah memutuskan ia terikat dengan keputusan- keputusan Privy Council itu dan terpaksa memutuskan wakaf itu tidak sah. Rujukan tidak dibuat kepada peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, Terengganu, 1955 yang membezakan antara wakaf am dan wakaf khas, atau kepada Undang-Undang Islam yang terdapat di dalam al-Quran, hadith dan kitab-kitab ulama Islam. Apabila rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan (Lihat [1970] 1 MLJ 222), majoriti Mahkamah itu telah memutuskan bahawa pihak-pihak di dalam kes itu telah terhalang dari mencabar kesahan wakaf itu oleh kerana mereka telah pun bersetuju mengikut fatwa Mufti di dalam kes itu. Majoriti hakim itu walau bagaimanapun berpendapat seperti yang disebut oleh Suffian, Hakim Persekutuan, pada masa itu "bahawa atas autoriti keputusan-keputusan Privy Council itu yang disebutkan kepada kami, Hakim Yang Ariff yang membicarakan kes itu terikat dan juga kami terikat untuk memutuskan bahawa wakaf itu tidak sah, walaupun terdapat fatwa Mufti sebaliknya.: Hakim Ali yang memberi keputusan tidak bersetuju berpendapat bahawa pihak-pihak di dalam kes itu terikat dengan fatwa itu. Beliau berkata "Subseksyen itu (Seksyen 21(3) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1955) adalah sekatan perundangan terhadap apa-apa persoalan selanjutnya mengenai kesahan wakaf itu. 'Mahkamah tidak boleh tidak memberi pengiktirafan kepadanya. Tidak memperdulikannya bermakna mahkamah melampaui bidangkuasanya."
Di dalam beberapa kes pula terdapat Mahkamah Tinggi telah tidak mengenakan undang-undang Islam kepada pihak-pihak yang berugama Islam akan tetapi mengenakan undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang Islam.
Di dalam kes Ainan bin Mahmud vs Syed Abubakar [1939] MLJ 209 Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa seorang anak yang dilahir empat bulan selepas perkahwinan ibunya dengan seorang bernama Mahmud adalah anak sah taraf. Keputusan itu mengikut seksyen 112 Evidence Enactment akan tetapi jelaslah keputusan itu berlawanan dengan undang-undang Islam. Hakim di dalam kes itu berpendapat bahawa di dalam soal kesahtarafan anak mengenai orang-orang Islam, seksyen 112 Evidence Enactment terpakai dan menyingkirkan Undang-undang Islam. Sebaliknya jika perkara itu di bawa ke Mahkamah Syariah Undang-undang Islamlah yang dikenakan. Undang-undang itu telah baharu-baharu ini disebutkan dengan jelas di dalam Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam.
Di dalam kes Nafsiah vs Abdul Majid [ 1969] 2 MLJ 174 dan 175 pihak menuntut telah menuntut ganti rugi kerana mungkir janji perkahwinan dan ia telah mendakwa bahawa ganti rugi hendaklah ditambah oleh kerana ia telah dipujuk supaya mengadakan hubungan jenis dan akibatnya ia telah melahirkan seorang anak. Pihak-pihak yang terlibat telah dituduh melakukan
kesalahan di Mahkamah Syariah di bawah Seksyen 149 Enakmen PentadbiranUndang-undang Islam, Melaka, 1959 dan telah dihukum. Pihak menuntut membawa tuntutannya di Mahkamah Awam. Hakim Sharina memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa mendengar kes itu dan beliau telah menerima tuntutan itu dan memberi $1200 sebagai ganti rugi. Hakim Yang Ariff itu berkata "Saya tidak terdapat apa-apa peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1959, bahawa Kathi besar mempunyai bidangkuasa ekslusif di dalam semua perkara berhubung dengan atau yang timbul dari perkahwinan orang-orang Islam. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dengan nyata memberi bidangkuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 24(a) dan 25(1) membicarakan perkara didalam kes ini, yang mana tidak lain dari tuntutan gantirugi dan kemungkiran janji perkahwinan. Bertambah pula seksyen 109 Ordinan Mahkamah, yang tidak dimansuhkan oleh Akta Mahkamah Kehakiman, 1964, dengan terang memperuntukkan jika terdapat apa-apa perselisihan atau ketidakseimbangan antara peruntukan-peruntukan Ordinan Mahkamah 1948 itu dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis pada tarikh berkuatkuasa Ordinan Mahkamah itu, peruntukan-peruntukan Ordinan Mahkamah, 1948,itu hendaklah mengatasi peruntukan lain itu. Sungguhpun benar Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam, 1959, tidak berkuatkuasa pada tarikh berkuatkuasa Ordinan Mahkamah 1948 Mahkamah Tinggi tidak syak lagi mempunyai bidangkuasa menyelesaikan semua perkara berhubung dengan hak pihak-pihak yang hadir di hadapannya dan saya tidak terdapat apa-apa peruntukan di dalam mana-mana undang-undang dan tidak ada undang-undang yang dirujuk kepada saya, yang menyingkirkan bidangkuasa mahkamah ini."
Rujukan tidak dibuat kepada Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam, 1959, Melaka, yang membuat peruntukan khas bagi pertunangan orang-orang Islam. Oleh kerana perkara itu berhubung dengan perkahwinan orang-orang Islam yang diperuntukkan di dalam Enakmen khusus yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah, Mahkamah
Awam hendaklah sebaik-baiknya memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidangkuasa di dalam perkara itu. Tuntutan mendapat gantirugi kerana mungkirjanji perkahwinan telah dihapuskan di England dengan adanya Law Reform (Miscellaneous Provisions) Act, 1970, akan tetapi di Malaysia,Undang-Undang Inggeris yang lama masih diikuti dan dikenakan juga kepada orang Islam.
Di dalam kes Roberts vs Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163 Raja Azlan Shah H. (pada masa itu) telah memutuskan bahawa harta sepencarian ialah perkara undang-undang adat bukan perkara Undang-undang Islam. Kes itu telah diikuti oleh Salleh Abas, Hakim Besar, Malaya (pada masa itu) di dalam kes Boto' binte Taha v Jaafar bin Muhammad [ 1985 ] 2 MLJ 98 dimana beliau berkata bahawa harta sepencarian bukan bersandar kepada hukumm Islam akan tetapi bersandar kepada adat Melayu yang diamalkan oleh orang Melayu. Mahkamah Syariah juga mempunyai bidangkuasa menentukan pembahagian harta sepencarian dan Mahkamah itu diarahkan mengikut prinsip Hukum Syarak. Usaha tidak dibuat di Mahkamah Sivil untuk mencari asas harta sepencarian itu yang terdapat dalam Undang-Undang Islam. Sebaliknya usaha seperti itu telah pun dibuat oleh Mahkainah Syariah, sebagai contoh di dalam kes Zainuddin lwn Anita [ 1982] 4 J.H. 73 di Wilayah Persekutuan.
Di dalam perkara harta wakaf terdapat banyak kes-kes yang lama dari Pulau Pinang dan Singapura yang memutuskan bahawa kesahan wakaf hendaklah diputuskan mengikut undang-undang Inggeris. Sebagai contoh di dalam kes Re Syed Shaik Alkaff [1923] 2 M.C. 38 telah diputuskan bahawa peruntukan harta yang dianggap oleh seorang Islam yang waras sebagai baik dan sah mengikut ugama Islam tidak semestinya diterima sebagai charitable di dalam pandangan undang-undang Inggeris dan penggunaan perkataan wakaf atau amur al-khaira tidak semestinya menunjukkan niat kebajikan am (general charitable intention).
Oleh kerana itu peruntukan untuk membelanjakan baki harta itu untuk amur al-khaira (perkara kebajikan) di Terim, Mecca dan Medina mengikut budibicara wasi diputuskan tidak sah. Di dalam kes Re Alsagoffs Trust [1956] MLJ 244 peruntukkan wang sebagai hadiah kepada orang miskin yang membaca al-Quran di kubur si mati telah diputuskan tidak sah. Mahkamah Sivil terikat dengan seksyen 101 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukan bahawa wasiat dan suratikatan amanah hendaklah ditafsirkan mengikut undang-undang Inggeris.
Di dalam kes-kes seperti kes-kes yang disebutkan di atas dengan pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, percanggahan antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah tidak akan timbul lagi kerana perkara-perkara itu hanya boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidangkuasa di dalam perkara-perkara itu. Sungguhpun demikian ada juga terdapat undang-undang bertulis yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan apa-apa keraguan. Antara undang-undang bertulis itu ialah:-
(a) Evidence Act, 150
Seksyen 112 Evidence Act, 1950, mengenai kesahtarafan dan seksyen 100 mengenai tafsiran wasiat hendaklah tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.
(b) Guardianship of Infants Act, 1961
Akta itu hendaklah tidak terpakai di mana-mana negeri di mana peruntukan telah dibuat untuk hak jagaan kanak-kanak bagi orang Islam.
(c) Trustees Act (Act 208)
"Wakaf" hendaklah tidak termasuk di dalam takrif "trust" di bawah Akta ini.

Pindaan kepada Perlembagaan yang disebut itu boleh dikatakan telah memulihkan taraf Mahkamah Syariah dan ia tidaklah dipandang lebih rendah dari Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah telah dibebaskan daripada gangguan dari Mahkamah Sivil dan ia juga perlu dibebas dari kawalan Majlis Agama Islam di tiap-tiap negeri. Di dalam penyusunan semula hal ehwal
pentadbiran agama Islam di negeri-negeri dibezakan dan diasingkan antarakuasa majlis AgamaIslam, Mufti dan mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah diadakan di.tiga peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Rayuan boleh dibuat dari Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah. Di beberapa negeri juga telah diadakan undang-undang berasingan mengenai acara mal dan acara enayah dan undang-undang keterangan bagi Mahkamah Syariah. Langkah juga telah diambil untuk
memberi latihan profesional kepada hakim-hakim di Mahkamah Syariah dengan adanya kursus Diploma Kehakiman Syariah. Setakat ini hakim-hakim yang bertugas di beberapa negeri telah diberi latihan itu dan telah dicadangkan juga mengadakan kursus dua tahun untuk siswazah dari Universiti tempatan dan luar negeri untuk membolehkan mereka menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Beberapa undang-undang lain juga perlu untuk membolehkan Mahkamah Syariah menjalankan kuasa tambahan yang telah diberi kepada mereka khususnya di dalam pentadbiran harta pesaka orang-orang Islam, yang dahulunya di bawah ke Mahkamah Sivil. Antara undang-undang yang perlu ialah undang-undang wasiat, undang-undang Pentadbiran Harta
Berwasiat dan Tidak Berwasiat dan undang-undang wakaf. Oleh kerana undang-undang Islam ditadbirkan di Mahkamah Syariah tiap-tiap negeri perlu juga diadakan undang-undang untuk penyampaian saman dan waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah sebuah negeri di negeri lain dan juga untuk menguatkuasakan hukuman yang dibuat termasuk perintah
membayar nafkah di suatu negeri di negeri-negeri lain. Bagi mengemaskan sistem pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk perlu juga diadakan penggunaan komputer untuk tiap-tiap negeri dan untuk keseluruhan Malaysia bagi pendaftaran itu. Akhirya diharapkan boleh diadakan Mahkamah Rayuan Syariah untuk seluruh Malaysia dengan cara rayuan dari Mahkamah Tinggi dibuat kepada Yang di Pertuan Agung atau Raja di tiap-tiap negeri dan rayuan itu dirujukan kepada Mahkamah Rayuan Syariah di peringkat Persekutuan yang akan memberi nasihat kepada Ketua Agama Islam bagi negeri yang berkenaan.
Bidangkuasa Mahkamah Syariah ialah mengenai perkara-perkara yang disebut dalam perenggan 1 kepada Jadual Kesembilan Senarai 2, Perlembagaan Persekutuan. Ini ialah Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganuti agama Islam termasuk Hukum syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, natkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf dan ta'rif serta pentadbiran mengenai amanah dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan ke semuanya sekali dalam Negeri, adat istiadat Melayu, Zakat, fitrah dan baitul-mal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang aw.am untuk orang Islam;
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan; pertubuhan, organisasi dan prosedur mahkamah-mahkamah Syari'ah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk di dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan i'tikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam, menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan i'tikad dan adat isti’adat adat Melayu.
Bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam. Oleh kerana itu Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa apabila mana-mana pihak yang terlibat bukan orang Islam. Umpamanya di dalam kes hakjagaan anak apabila ibu anak itu bukan orang Islam akan tetapi bapanya seorang Islam. kes itu boleh dibawa ke Mahkamah Sivil, dan diputuskan di situ. Di dalain Akta Membaharui Undang-Undang (perkahwinan dan Perceraian) Mahkamah Sivil diberi kuasa memberi perceraian apabila satu pihak kepada perkahwinan bukan secara Islam telah menganuti agama Islam dan pihak yang tidak ikut memeluk agama Islam membuat permohonan kepada mahkamah itu.
Pada masa sekarang bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan- salahan setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan. Mengikut Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih $ 1 000/- atau kedua-duanya. Bidangkuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta itu dan Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih $5000 atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman itu. Bidangkuasa ini masih rendah dari bidangkuasa Magistret Kelas 1 yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda $10,000 atau sebat dua belas pukulan atau gabungannya.
Satu lagi pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan dengan Akta Perlembagaan (Pindaan), 1988 ialah kepada Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Dengan pindaan itu dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah sebutan-sebutan dalam fasal itu mengenai seorang magistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim mahkamah Syariah. Oleh kerana itu jika seorang ditangkap bagi kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah dan ia tidak dilepaskan orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang hakim syariah dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab yang berpatutan, tetapi walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa hakim syariah itu. Sekurang-kurangnya pindaan itu telah menyamakan kuasa hakim mahkamah Syariah dalam perkara itu dengan
kuasa Magistret.
Baru-baru ini dan selepas pindaan kepada Perkada 121 Perlembagaan itu ternampak perubahan sikap Mahkamah Sivil. Dalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis, Bukit Mertajam [ 1982 ] 1 MLJ 1; [ 1982] 8 JH 306 perayu telah memohon deklarasi bahawa anak lelakinya pada masa ia meninggal dunia pada 3 Oktober 1991 bukan seorang Islam dan atau ia telah keluar
daripada ugama Islam dan untuk deklarasi lanjutan bahawa ia berhak mendapat mayat si mati itu. Si mati telah dilahirkan seorang Sikh dan dididik mengikut ugama Sikh. Ia telah memeluk ugama Islam pada 1 Jun 1991 di hadapan Kadi Daerah Kulim dan kemasukannya telah didaftar mengikut seksyen 139 Enakmen Pentadbiran Agama Islam, 1962, Kedah. Perayu telah berhujjah bahawa selepas simati memeluk ugama Islam ia telah melalui Deed Poll pada 9 September 1991 menolak ugama Islam dan kembali kepada amalan kepercayaan Sikh. Juga dihujjahkan bahawa si mati telah diterima balik ke ugama Sikh oleh seorang padri Sikh dan si mati selalu hadir sembahyang di kuil Sikh.
Di hujjah juga bahawa si mati terus memakan babi dan tidak berkhatan. Ada keterangan yang diberi bahawa si mati telah bertunang dengan seorang perempuan Islam dan perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 15 November 1991. Di dalam perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi, Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman, Dato' Abdul Hamid bin Haji Mohamad telah memutuskan bahawa tandatangan di Deed Poll itu bukan tandatangan si mati dan beliau juga menolak keterangan padri Sikh dan abang si mati mengenai penerimaan semula si mati ke ugama Sikh dan kehadirannya di sembahyang di kuil Sikh. Beliau memutuskan bahawa si mati adalah seorang Islam semasa ia meninggal dunia. Perayu telah membuat rayuan. Apabila rayuan itu didengar Mahkamah Agung telah menghantar kes itu balik ke Mahkamah Tinggi supaya Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman merujuk beberapa soalan mengenai Hukum Syara' yang timbul kepada Jawatankuasa Fatwa Kedah. Ini telah dibuat dan selepas mendapat jawapan daripada Jawatankuasa Fatwa itu Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman telah mengesahkan pendapat dan keputusannya. Perayu telah membuat rayuan.
Diputuskan (1) Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman berhak menerima jawapan-jawapan dari Jawatankuasa Fatwa kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka dan yang mana telah dipersetujui oleh semua pihak. Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa si mati adalah seorang Islam kerana ia telah disabit ke Islamannya dengan ia mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Kadi seperti yang tercatat di dalam surat ikrar orang yang masuk Islam dan
berkekalan Islamanya kerana tidak ada hukuman dari mana-mana Mahkamah Syariah Negeri Kedah vang mensabitkan ia terkeluar daripada Islam.
(2) Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman telah menimbang semua keterangan di hadapannya dan telah membuat beberapa pendapatnya yang teguh dan yang tidak boleh dikatakan berlawanan dengan tekanan beratnya keterangan. Mahkamah Rayuan tidak seharusnya menganggu pendapat-pendapat fakta hakim yang membicarakan kes itu yang tekah melihat dan mendengar saksi-saksi dan membuat taksiran mengenai kebolehpercayaan dan kesan keterangan yang diberi. Beliau telah tidak menyalaharah diri di dalam perkara undang-undang atau fakta.
Dalam keputusannya Mohamed Yusuf HMA Mohamed yang menyokong keputusan Hashim Yeop Sani Hakim Besar telah berkata -

"Adalah jelas daripada kenyataan penghakiman yang dibuat oleh Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman bahawa keputusan mengenai persoalan sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau telah keluar daripada ugama Islam sebelum mati, ialah persoalan yang melibatkan Hukum Syarak yang memerlukan penelitian serius dalam pentakrifan yang betul mengenai Hukum Syarak itu. Tanpa nas yang sah untuk menyokong hujah-hujah itu, adalah tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa sama ada masih wujud pra-syarat sebelum seseorang itu menjadi Islam atau sekiranya si mati telah dibuktikan telah bersembahyang di kuil Sikh, maka ia sudah semestinyalah seorang murtad.
Dalam persoalan dalam kes ini, pada pandangan saya, tidak boleh ditentukan melalui penggunaan fakta secara mudah sebagaimana yang dibuat oleh Yang Ariff Pesuruhjaya Kehakiman semata-mata atas alasan kesahihan dan keberkaitan bukti mengikut undang-undang sivil. Isu yang sebegitu serius, pada pandangan saya, berkehendakkan perhatian oleh juru pakar yang berilmu dan berkelayakan dalam Hukum Syara'.
Melihat kepada keadaan ini, maka adalah mustahak supaya pemutusan persoalan yang menjadi isu dalam kes ini berkehendakkan perhatian yang mendalam mengenai Hukum Syarak oleh pakar-pakar yang terlatih dan berkelayakan berbuat demikian. Forum yang layak untuk berbuat demikian ialah Mahkamah Syariah."
Dalam kes Mohamed Habibullah lwn Faridah [ 1992] 2 MLJ 793; 1992] 9 JH 23 responded yang telah berkahwin dengan perayu telah memohon pembubaran perkahwinan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Oleh kerana kes itu lambat diselesaikan dan untuk mengelak gangguan dari suaminya, dia telah memfailkan guaman di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala
Lumpur terhadap supaya menuntut gantirugi dan injunksi oleh kerana perbuatan serangan dan serangsentuh oleh suaminya. Telah dihujjahkan oleh peguam bagi pihak suami bahawa Mahkamah Tinggi Sivil telah mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan itu atau mengeluarkan injunksi oleh kerana kedua-dua pihak adalah orang Islam dan presiding itu berhubung dengan undang-undang keluarga.

Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan dia mempunyai bidangkuasa mendengar kes itu. Perayu telah membuat rayuan. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan itu. Harun Hashim H.M.A. dalam keputusan telah berkata tujuan Parlimen dengan mengadakan perkara 121 (1 A) Perlembagaaan ialah menyingkir bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sivil mengenai apa-apa perkara yang dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Oleh kerana itu apabila ada cabaran kepada bidangkuasa, pendekatan yang betul ialah melalui sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan bukan sama ada badan perundangan negeri mempunyai kuasa memperbuat undang-undang itu yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Pihak-pihak dalam kes itu adalah orang Islam, mereka adalah suami dan isteri dan tuduhan serangan dan serang-sentuh itu dibuat di dalam masa perkahwinan. Perbuatan-perbuatan yang diadu itu termasuk di bawah seksyen 127 Akta Undang-undang Keluarga Islam, 1984, dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa mengeluarkan injunksi di bawah seksyen 107 Akta itu. Tidak syaklah Mahkamah Syariah telah diberi bidangkuasa mengenai perkara yang dibawa di hadapan Mahkamah Tinggi di dalam kes itu. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 termasuk Seksyen 4 dalamnya tidak boleh dikatakan Akta atau peruntukan berkanun menyentuh Perlembagaan kerana ia adalah undang-undang biasa yang dibuat di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan akan tetapi dibuat cara biasa sahaja. Oleh kerana itu ia tidak boleh mengatasi peruntukan-peruntukan Perlembagaan itu sebagai dipinda dari masa ke semasa.

Walaupun pada satu ketika responden telah membuat suratakuan dia telah keluar dari agama Islam, temampak dari keterangan yang diberi bahawa dua-dua pihak adalah orang Islam apabila kes itu dibicarakan oleh Mahkainah Tinggi Sivil. Walaubagaimanapun untuk memutuskan sama ada seorang Islam telah murtad, mahkamah yang layak menjawab soalan itu hanyalah Mahkamah Syariah. Atas fakta-fakta di dalam kes itu Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan tindakan responden untuk mendapat gantirugi bagi serangan dan serangan sentuh terhadap suaminya dan mendapat injunksi berkaitan dengan perkara itu. Perintah injunksi sementara telah dibubarkan dan permohonan untuk membatalkan writ dan penyataan tuntutan telah dibenarkan.Perlembagaan Persekutuan di Malaysia adalah hasil dari persetujuan yang telah tercapai antara penduduk-penduduk di Malaysia dari kalangan Melayu, Cina dan India dan perlembagaan itu telah digubal atas asas persetujuan itu.
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontra sosial dan perjanjian perdamaian.
Memang jalan yang senang ialah mengambil pandangan negatif terhadap Perlembagaan Persekutuan itu dan berkata bahawa ia tidak mengikut prinsip-prinsip Islam. Perlembagaan itu digubal oleh suatu Pesuruhjaya Perlembagaan yang diangaotai oleh pakar-pakar yang bukan rakyat Malaysia dan kebanyakan mereka bukan orang Islam. Perlembagaan itu tidak membuat
rujukan kepada prinsip-prinsip cara pemerintahan Islam dan ia berpandu kepada apa yang dikatakan sebagai pemerintahan cara Westminster. Perdana Menteri kita yang pertama yang kita sangat hormati itu telah menegaskan bahawa Malaya ialah negara sekular dan pendapat itu telah diterima oleh banyak tokoh politik pada zaman beliau.
Sayangnya cara negatif inilah yang telah ditunjuk dalam keputusan- keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agong di Malaysia. Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 Mahkamah Persekutuan telah mentafsirkan makna "Islam" dalam Perkara 3 Perlembagaan. Salleh Abas KH dalam keputusannya telah mengatakan bahawa
tidak syak lagi Islam bukan hanya kumpulan dogma dan upacara ugama sahaja akan tetapi Islam adalah ad-din, cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua bidang kegiatan manusia, sama ada peribadi atau umum, perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan keadilan. Cara peraturan hidup ini dengan segala ajaran dan nilai moralnya adalah berasas kepada wahyu Ilahi yang disampaikan melalui Rasul-rasul dan yang akhir sekali ialah terdapat dalam AI-Quran dan Rasul yang akhir ialah Nabi Muhammad(s.a.w.) dan Sunnah beliau adalah sangat dihormati dan dipatuhi. Walaubagaimanapun Hakim yang ariff itu tidak menggunakan makna ini akan tetapi telah merujuk kepada makna yang diberi oleh penjajah British pada masa-masa penjajahan dan sebelum Perlembagaan itu diadakan. Dengan pengaruh British itu dan cara pemerintahan rnereka yang telah menyekat kuasa Raja-raja, dan menggunakan institusi-institusi pemerintahan sekular undang-undang Islam telah disempitkan kepada undang-undang keluarga, perkahwinan, perceraian dan warisan, dan itu pun dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. Beliau berkata tidak terdapat peruntukan dalam Perlembagaan itu yang mengatakan bahawa mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan ajaran Islam adalah terbatal. Sebaliknya, penggunaan dan pedalanan undang-undang sekular telah dikekalkan. Sayangnya Hakim yang ariff itu tidak cuba mentafsirkan peruntukan it'u dari keadaan Perlembagaan itu yang telah mewujudkan sebuah negara yang merdeka dan bebas dari pengaruh penjajah dahulu, akan tetapi telah menurut sahajatafsiran yang telah terpakai dalam masa penjajahan itu.
Cara tafsiran yang sama telah dibuat oleh Mahkamah Agong dalam kes Teoh Eng Kuat lwn Kadhi Pasir Mas dan seorang lagi [1990] 2 MLJ 301. Dalam kes itu Abdul Hamid KHN, telah merujuk kepada peruntukan Perkara 3 yang menyebut bahawa Islam adalah ugama Persekutuan. Walaubagaimanapun untuk mentafsirkan perkara itu beliau telah mencuba mentafsirkan apa yang tersebut dalam perkara itu akan tetapi telah merujuk kepada pendapat Pesuruhjaya Reid dalam lapurannya yang menyebut sebabnya Pesuruhjaya itu tidak memasukkan peruntukan itu dalam drafnya. Berikut dari itu Hakim yang ariff itu telah memutuskan bahawa undang-undang yang harus dikenakan kepada anak perempuan dalam kes itu yang berumur 17 tahun 8 bulan ialah undang-undang sivil dan oleh kerana itu dia tidak berupaya menukar agamanya ke agama Islam tanpa persetujuan ibubapanya.
Dalam perkara ini terdapat kes In remaria Hertogh [1951] MLJ 164 di mana Mahkamah rayuan di Singapura telah mengakui bahawa anak perempuan dalam kes itu telah memeluk agama Islam sungguhpun umurnya baru 13 tahun.
Cara yang lebih baik ialah dengan memandang kepada Perlembagaan Malaysia itu secara positif dan menerimanya dan berusaha melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam. Wujudnya Perlembagaan itu hasil dari perundingan dan bertolakansur antara kaum-kaum di Malaya dan kemudiannya di Malaysia. Kita harus menghormati penjanjian yang dicapai itu yang berasaskan kepada bertimbang rasa dan persahabatan antara kaum-kaum itu. Di masa yang sama kita harus mencuba berfikir dan bertindak secara positif dan menggunakan Perlembagaan itu supaya menegakkan prinsip-prinsip Kerajaan Islam dan di masa yang sama mengambil kira kepentingan semua kaum dan bangsa di Malaysia.
Dalam Perlembagaan Malaysia disebutkan "Semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyata dalam Perlembagaan tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan dan tempat lahir, dalam
mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, pemiagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan. Perlembagaan juga telah memberi kepada Yang di-Pertuan Agong tanggungjawab dan kuasa memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.
Tiap-tiap orang diberi oleh Perlembagaan Malaysia hak menganuti dan mengamal ugamanya. Akan tetapi hak mengembangkan ugamanya boleh dihadkan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.
Cukai pendapatan dan cukai-cukai lain dikenakan kepada semua orang di Malaysia akan tetapi zakat dan fitrah dikutip dari orang-orang Islam sahaja. Orang-orang bukan Islam boleh menjadi anggota pasukan tentera atau keselamatan akan tetapi perkhidmatan dalam Pasukan Askar Melayu dihadkan kepada orang-orang Melayu.
Bolehkah Islam dan undang-undang Islam dan cara hidup Islam dipertahankan di Malaysia? Sikap positif kepada Perlembagaan Persekutuan boleh menunjuk kepada kita bahawa semua itu boleh diwujudkan. Kita harus berterima kasih kepada pemimpin kita dahulu yang telah berkeras bahawa Perkara 3 hendaklah diadakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) memperuntukan "Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."
"Perkara ini memberi tempat yang istimewa kepada Islam. Terpulang? kepada kita untuk mempastikan bahawa makna yang sewajarnya diberi kepada perkara itu supaya orang-orang Islam di Malaysia boleh mengamalkan cara hidup mereka mengikut ajaran Islam, seperti juga lain-lain kumpulan agama mendakwa dibenarkan mengikut agama mereka. Kumpulan-kumpulan lain itu tidak mendakwakan hanya kebebasan mengikut amalan dan upacara agama mereka. Mereka mendakwa bahawa cara hidup mereka tidak diganggu dan tidak bersetuju jika undang-undang Islam dikenakan kepada mereka. Begitu juga, orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka berhak di bawah Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam. Jika orang-orang Islam mahu mengikut undang-undang Islam, dan tidak lagi
undang-undang Common Law Inggeris, mereka seharusnya dibenarkan membuat demikian.
Kedudukan istimewa Islam boleh dilihat dari bentuk sumpah jawatan bagi Yang di Pertuan Agong. Sumpah itu ialah cara Islam dengan menggunakan perkataan-perkataan "Wallahi, Wabillahi dan Watailahi" dan dengannya Yang di-Pertuan Agong bersumpah dengan lafaz antara lain "Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenamya memelihara
pada setiap masa ugama Islam dan berdiri tetap diatas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."
Satu lagi bukti kedudukan istimewa Islam terdapat dalam Perkara 11, mengenai kebebasan ugama. Fasal (1) memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan ugamanya", Fasal (4) mernperuntukkan "Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan undang-undang Persekutuan, boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam".
Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah bagi Persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.
Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu" diberi erti seorang yang menganuti ugama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu dan lahir atau berdomisil di Persekutuan atau Singapura.
Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu orang-orang Islam. Yang di Pertuan Agong, yang mempunyai Kuasa Pemerintah bagi Persekutuan, adalah dipilih dari raja-raja Melayu dan Oleh kerana itu Yang di Pertuan Agong juga ada seorang Melayu dan orang Islam. Raja-raja Melayu mempunyai hak kedaulatan, kuasa dan bidangkuasa akan tetapi baru-baru ini peruntukan telah diadakan yang membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana raja kerana apa-apa perbuatan peribadi beliau yang melanggar undang-undang.
Mungkin boleh dihujjahkan bahawa Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menjadikan Perlembagaan itu undang-undang utama Persekutuan. Seharus kita membaca Perkara 4 itu keseluruhannya dan dengan cara yang praktikal. Perkara 4(1) itu memperuntukkan "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu."
Kita perlu berhujjahkan bahawa Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis sahaja, iaitu undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan. Perlembagaan adalah undang-undang bertulis yang utama. Namun demikian ia hanya menyentuh undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka. Undang-undang yang diluluskan sebelum Hari Merdeka
tidak terbatal jika ia berlawanan dengan Perlembagaan akan tetapi undang-undang itu hendaklah diubahsuaikan. Privy Council dalam satu kes dari Singapura iaitu Ong Ah Chuan lwn Public Prosecutor [ 1981] 1 MU 64 telah memutuskan bahawa Perlembagaan itu sendiri hendaklah ditafsirkan supaya sesuai dengan prinsip common law dan boleh dibataskan olehnya. Dalam konteks Malaysia boleh dihujjahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahan Hukum Syarak, yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan selepas Hari Merdeka, sungguhpun Perlembagaan itu boleh menjejas perundangan mengenai pentadbiran undang-undang Islam.
Boleh juga dihujjahkan bahawa undang-undang lslam tidak diiktiraf di Malaysia oleh kerana ia tidak disebut dalam tafsiran undang-undang di Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sikap negatif. Jika sikap positif diambil, seharusnya dihujjahkan bahawa tafsiran "undang-undang" mengaunakan perkataan "termasuk" dan ini menunjukkan ia bukan menyeluruh
dan oleh kerana itu ia boleh diperluaskan untuk merangkumi undang-undang Islam. Walaubagaimanapun "Undang-Undang Islam" tetap diiktiraf kerana disebut dalam Senarai II jadual Kesembilan Perlembagaan itu.
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan boleh dihujjahkan tidakmengikut undang-undang lslam oleh kerana ia memberi kuasa bagi mengampun kepada Yang di-Pertuan Agong. Sayugia diingati bahawa dalam keadaan Malaysia sekarang, kuasa itu boleh digunakan dalam kes-kes ta'azir sahaja dan Perkara itu tidak memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong memberi
keampunan dalam kes-kes hudud.
Boleh dihujjahkan bahawa struktur kerajaan Cabinet dan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia tidak mempunyai asas dari prinsip-prinsip Islam. Akan tetapi Islam tidak menetap cara tertentu dan detail pemerintahan yang harus diikuti oleh orang-orang Islam. Sistem yang diikuti di Malaysia boleh diamalkan mengikut prinsip-prinsip Islam. Adanya sistem
parti dan pemilihan calon-calon oleh parti menunjukkan bahawa calon-calon itu tidak dengan sendirinya mencalonkan dirinya akan tetapi mereka dicalonkan oleh parti. Dengan acara ini kita lebih dekat kepada ajaran Nabi s.a.w. yang telah bersabda maksudnya-
(a)Demi Allah, sungguh kami tidak menyerahkan kepengurusan atau pekerjaan dalam pemerintahan kepada
seseorang yang mencintanya atau kepada seseorang yang sangat menginginkannya." (Naitul authar Jilid 6
m.s. 601)
(b) Janganlah engkau minta menjadi pemimpin, sebab sesungguhnya jika engkau diberinya tanpa meminta
maka engkau akan dibantu Allah, tetapi jika engkau diberinya kerana meminta, maka engkau akan
dibebaninya sendiri." (Sama m.s. 602)
Pilihan pemimpin dibenarkan dalam Islam akan tetapi cara detail pilihan itu tidak ditetapkan.
Sungguhpun tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa prinsip syura hendaklah diikuti akan tetapi tidak ada apa yang melarangkan kegunaannya dan boleh dikatakan ia boleh dipakai dalam Majlis Raja-Raja, Kabinet dan Parlimen.
Kedaulatan undang-undang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan terpulanglah kepada kita menghujjahkan bahawa dalam Islam kedaulatan undang-undang itu hendaklah dikenakan sepenuhnya oleh kerana Shariah Islam adalah bebas dari pengaruh dan tidak boleh dipinda oleh badan pemerintah, perundangan atau kehakiman.
Kebebasan kehakiman diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan terpulanglah kepada kita mempastikan ia wujud dan dan dilaksanakan. Undang-Undang Islam belum lagi dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia, akan tetapi kita boleh berusaha mempastikan bahawa undang-undang Islam yang dapat dilaksanakan itu dilaksanakan dengan baik dan adil. Perlembagaan itu telah dipinda supaya membebaskan Mahkamah Syariah dari pengaruh Mahkamah Sivil dan Perkara 121 (IA) memperuntukan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah-mahkamah dibawahnya tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan
dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah juga telah diasingkan dari Majlis Agama Islam dan ia disusun dalam tiga peringkat, Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan mahkamah Rayuan Syariah. Usaha telah diambil untuk meningkat pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah, menambah kemudahan
dan kakitangannya dan memberi latihan kepada hakim, pendakwa dan lain-lain pegawai mahkamah dan juga meningkat kedudukan dan taraf mereka. Cadangan yang terbaru ialah menukar taraf Mahkamah Syariah supaya ia menjadi Mahkamah Persekutuan dan dengan itu dapat diberi kedudukan yang setanding dengan Mahkamah-mahkamah Sivil.
Sayangnya masih terdapat banyak undang-undang di Malaysia, yang bercanggah dengan undang-undang Islam, yang diluluskan dari zaman penjajah, akan tetapi usaha boleh diambil untuk meminda undang-undang itu supaya dia selaras atau tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Mungkin ini telah dimudahkan kerana kita dapati undang-undang di England pun
telah banyak diperbaharui supaya lebih dekat kepada undang-undang Islam.
Apa yang telah disarankan dalam kertas kerja ini ialah sungguhpun Perlembagaan Persekutuan itu tidak digubal sebagai Perlembagaan Negara Islam dia boleh dipakai dan dilaksanakan supaya ia sesuai atau sekurang-kurangnya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Perlembagaan Persekutuan itu ialah ciptaan manusia dan dia tidak bebas dari kekurangan dan kesilapan.
Ada cara memindanya. Jika orang lslan ingin Perlembagaan itu dijadikan lebih dekat dengan Islam, mereka harus mengikhtiar supaya mereka mempunyai kuasa memindanya, iaitu dengan mendaftar diri sebagai pemilih dan memilih wakil-wakil rakyat yang boleh ada majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya pindaan itu dapat diterima. Inilah
perlunya kita sepakat supaya kita boleh mencapaikan hasrat bangsa, agama dan negara kita.

Sunday, 11 January 2009

Sumber Perundangan / Syariat Dalam Islam

Ijmak – Satu hukum yang mendapat kesepakatan ulamak selepas kemangkatan nabi Muhamad dengan sesuatu isu dalam sesuatu masa.

Qiyas – Menyamakan sesuatu perkara dengan sesuatu hukum berdasarkan dalil yang ada contohnya dalam Quran terdapat jauhi arak dan dari sini disamakan arak itu adalah haram.

Mutawatir – dipindah dari golongan ramai ke golongan ramai lain dan mustahil ianya adalah pendustaan. Ia dirujuk kepada quran.

Kuasa perundangan islam adalah dalil syarak yang menjadi sokongan kepada hukum dan dikatakan ilmu unsure fekah.

Contoh dalil adalah seperti jangan kamu mendekati zina dan hukumnya adalah haram.

Dalil terbahagi kepada dua iaitu dalil Naklil iaitu di nukil dari quran dan sunnah.
Dalil Aklil (akal ) iaitu dalil bersandarkan akal. Kedua dalil ini saling bergantungan.

Hukum fekah seperti mengenai wajib,haram, halal dan sunat.

Quran adalah wahyu yang diturun kepada Nabi Muhamad dan ianya mestilah dalam bahasa arab. Quran merupakan satu mukjizat. Pembacaannya satu ibadah walaupun tidak difahami. Ianya dipindah dari orang ramai keorang ramai lain dan tidak mungkin palsu dan dinamakan mutawatir.

Setiap nabi juga diberikan mukjizat pada zaman nya contonya nabi Isa diberi mukjizat perubatan iaitu dapat menghidupkan orang yang telah mati.Nabi Musa dapat membuat tongkatnya menjadi ular dan nabi Muhamad dalam bidang kesustraaan iaitu ayat dalam Quran .

Hadis lafaz dari Nabi dan maknanya dari Allah.Quran lafaznya dan maknanya dari Allah.

Quran sentiasa terjaga secara hafalan dan tulisan dari masa kesemasa dan kandungannya ditetapkan dengan yakin.

Quran adalah hujah kepada Islam dan setiap hukumnya hendaklah di patuhi oleh setiap umat islam.Jika satu perkataan tidak boleh ditafsir dengan perkataan lain maka ia dikatakan yakin. Contohnya ayat quran perempuan berzina hendaklah disebat 100 kali.Jika satu perkataan terdapat lebih satu makna maka ia tidak yakin atau dinamakan kuat tangapan. Contohnya haram makan bangkai. Perkataan bangkai membawa dua makna iaitu bangkai di laut dan bangkai di darat. Al Sunnah kemudiannya menerangkan hanya bangkai di darat.

Sunnah adalah apa-apa perbuatan,perkataan dan perakuan nabi. Perakuan adalah apa-apa yang tidak ditegur atau di persetujui oleh nabi. Jika sesuatu yang mungkar akan di tegur oleh Nabi dan jika diam maka ianya di persetujui.Sesuatu yang mungkar hendaklah di cegah dengan tangan atau lidah atau dengan hati.Tidak semua perbuatan nabi adalah sumber perundangan dalam islam. Contohnya tidur dan nabi berkahwin 4 dalam satu masa. Ianya merupakan perlakuan manusia biasa. Contohnya lain seperti pengalaman dalam pertanian,peperangan.Hadis menguatkan apa yang terkandung dalam quran contohnya wajib zakat,sembahyang dan sebagainya. Contohnya quran hanya menyatakan dirikan sembanyang tetapi tidak menyatakan masa dan bilangan rekaat. Quran mentafsirkan/menerangkan apa yang ada didalam quran. Contoh lain quran menerangkan setiap anak berhak mendapat hak pesaka. Tetapi sunah menerangkan anak yang membunuh bapa tidak berhak mendapat hak pesaka.

Kedaulatan sesebuah Negara adalah pada tiga perkara :

Kuasa perundangan
Kuasa Eksekutif
Kuasa kehakiman

Namun bagitu ketiga-tiga ini tidak didapat dinyatakan berasingan semasa zaman Nabi Muhamad kerana beliau memegang ketiga-tiganya – pengubal undang-undang, pelaksana dan kuasa menghukum.

Sumber utama perundangan islam adalah quran. Ianya memperkatakan masalah besar dan keedah umum. Ayat perundangan didalamnya terhad dan oleh itu ianya mestilah bersandarkan kepada yang lain. Daripada 6000 ayatnya hanyalah 200 ayat berkait mengenai perundangan.Sunnah –perbuatan,perkataan dan perakuan nabi. Rasululah ditugaskan untuk mentafsir ayat-ayat dan kaedah umum yang terdapat dalam quran. Hadis untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam quran.

Pada masa nabi Muhamad apabila beliau dirujuk untuk membuat keputusan beliau membuat keputusan berdasarkan wahyu,quran dan hadis. Tetapi setelah beliau wafat timbul masalah rujukan undang-undang kerana perkara baru tidak disentuh didalam quran,hadis.

Pada masa khalifah Abu Bakar rujukan dibuat pertamanya kepada quran,jika tidak ada kepada sunnah dan jika tidak juga beliau akan bertanya kepada para sahabat. Sekiranya tidak ada juga maka mesyuarat akan dibuat untuk mencari kata sepakat. Cara yang sama dibuat oleh Omar dan Ali dengan bertanya adakah Abu Bakar pernah membuat sebarang keputusan tentang masalah yang dihadapi.Selepas zaman khalifah islam telah berkembang dengan luas dan ulamak bertaburan diseluruh tempat yang mentafsirkan hukum. Dari sini ujudlah pula ilmu usul fekah yang membicarakan tentang kaedah daripada hukum daripada nas/dalil.Orang pertama mengasaskannya adalah Imam Shafie pada 204 Hijrah. Iman lain yang terkemuka adalah Ghazali, Maliki, Hambali. Ilmu usul fekah berdasarkan sumber perundangan Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.

Quran.

Kalam Allah yang diturunkan dalam bahasa arab kepada Nabi Muhamad melalui Jibril. Pembacaan adalah ibadah walaupun tidak difahami. Dipindah secara orang ramai keorang ramai lain dan tidak mungkin palsu (mutawatir). Ianya mencabar dengan surah yang paling pendek dan tidak ada siapa yang boleh menandinginya. Ianya terjaga secara hafalan dan tulisan dari satu generasi ke generasi lain. Setiap hukumnya wajib di patuhi oleh setiap umat islam.

Sunnah

Segala perkataan,perbuatan dan perakuan nabi. Perakuan nabi seperti nabi tidak menegur atau memujinya. Tidak semua perbuatan nabi sebagai seorang manusia biasa adalah sumber perundangan seper makan,minum. Bagitu juga perkara khusus yang dilakukan oleh Nabi seperti berpuasa berterusan tanpa berbuka selama 2-3 hari dan berkahwin 4 orang dalam satu masa.

Hukum perundangan sunah.

i. Ianya memperkuat hukum yang terdapat dalam quran contohnya wajib sembahyang,zakat,berpuasa,haji dan sebagainya.
ii. Menerangkan nas quran yang umum. Contohnya quran menyatakan setiap anak berhak mendapat harta pesaka tetapi sunah menerangkan anak yang membunuh bapa tidak berhak mendapat harta pesaka.
iii. Mentafsir apa yang tidak jelas dalam quran. Contohnya quran hanyalah menyatakan dirilah sembahyang tetapi tidak menjelaskan bilangan masa dan bilangan rekaat.
iv. Mengikat nas quran secara mutlak. Contohnya quran menyatakan orang mencuri hendaklah dipotong tangan tetapi tidak menjelaskan tangan kiri atau kanan dan takatnya. Hadis menerangkan tangan kanan bermula dari pegelangan tangan.
v. Memansuhkan hukum yang terdapat dalam quran. Contohnya quran menyatakan orang yang hampir maut hendaklah mewasiatkan hartanya. Hadis menetapkan cara yang lain.

Ijmak.

Lahir dari kata sepakat para mustahid selepas nabi Muhamad wafat. Mustahid adalah orang yang pakar dalam bidang ugama dan wajibkan di ikuti oleh umat islam. Ijmak terbahagi kepada dua :

i. Ijmak secara jelas – para mustahid secara sebulat suara bersetuju dan mengeluarkan pendapat yang sama dan tidak dipertikai. Hukum ini tidak boleh dibahas dan hendaklah di ikuti.
ii.Ijmak diam – ada para mustahid yang tidak mengeluarkan sebarang reaksi atau berkata setuju/tidak setuju (diam tanpa memberi pendapat). Ijmak ini boleh di pertikai dan hukumnya tidak wajib diikuti.

Qiyas.

Menyamakan sesuatu perkara dengan sesuatu hukum berdasarkan dalil yang ada.

4 elemen Qiyas :

i. Perkara asal yang di Qiyas.
ii. Perkara baru di Qiyas dan tidak ada dalam nas.
iii. Hendaklah ujud hukum pada perkara asal yang hendak di Qiyas.
iv. Hendaklah ada sebab dan sifat yang dibina.

Contohnya quran menyatakan minum arak hukumnya adalah haram. Tetapi ada perkara lain seperti tuak, brandi juga kerana sifatnya memabukkan di Qiyas sebagai haram. Orang yang minum arak adalah haram walaupun tidak mabuk.

Maslahah.

Adalah juga sumber perundangan islam yang tidak mendapat kata sepakat ulamak. Perkara ini dinamakan Masiahah atau perkara yang membawa menfaat atau mudarat.Masiahah terbahagi kepada berikut :

i. Diperakui oleh syarak dan terdapat dalil.
ii. Tidak diperakui/dibatalkan oleh syarak atau ada dalil yang membatalnya.
iii. Tidak tahu diperakui atau tidak dan tidak ada dalil.

Masiahah yang diperakui adalah seperti berikut :

1. Masiahah asas contohnya 5 perkara yang ditetapkan oleh syarak tidak boleh di ceroboh kerana ia akan membawa kepincangan iaitu agama,nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.
2. Masiahah keperluan – bertujuan mengelak kepayahan seperti diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir.
3. Masiahah terbatal – seperti mencegah poligami. Mempersamakan pembahagian harta pesaka lelaki dan perempuan.
Sumber-sumber perundangan yang tidak mendapat kata sepakat dinamakan seperti berikut :

1. Al- Istihsan - mengubah hukum dengan hukum lain yang mempunyai persamaan dan ini berdasarkan dalil yang lebih kuat.
2. Al-Masalih al-Mursalah – setiap maslahat yang tidak ada nas yang memperakui atau membatalnya dan penggunaannya dapat membawa menefaat atau menolak mudarat.
3. Al – Urf - adat yang baik diterima pakai oleh sesebuah masyarakat.
4. Al – Istishab – mengekalkan kewujudan sesuatu perkara yang telah yakin wujud sehinggalah terdapat dalil yang menidaknya.
5. Syariat Samawi – iaitu yang dulunya tidak dinaskan oleh syariat islam.
6. Pendapat para sahabat Nabi. Mereka banyak mengeluarkan fatwa.

Tuesday, 30 December 2008

PAKATAN JAHAT ( CONSPIRACY ) MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Seksen 10 Akta Keterangan, 1950 adalah mengenai pakatan jahat.

10. Things said or done by conspirator in reference to common design

Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.

(Apabila terdapat alasan untuk mempercayai terdapat 2 atau lebih orang membuat pakatan jahat untuk melakukan satu kesalahan atau perbuatan salah ,apa saja yang dikatakan, lakukan atau ditulis oleh seorang dari mereka dalam mencapai niat bersama adalah fakta relevan kepada setiap dari mereka).

Seksen 120A Kanun Keseksaan memberi definisi pakatan jenayah sebagai apabila dua atau lebih orang bersetuju atau menyebabkan suatu perbuatan :

i. tidak sah atau,
ii. suatu perbuatan yang sah tetapi dengan jalan yang tidak sah dilakukan.

Oleh kerana perbuatan pakatan jahat dilakukan dalam keadaan terlindung, sulit dan dalam gelap adalah mustahil untuk menjejaki pakatan jahat dengan keterangan terus (direct evidence). Ianya selalu diandaikan dari gabungan perbuatan, kenyataan dan perlakuan pihak yang terlibat dalam pakatan jahat iaitu dari keterangan berdasarkan keadaan (circumstantial evidence).

Seksen 10 dengan sengaja disusun perkataannya supaya orang yang melakukan pakatan jenayah bertanggungjawab kepada semua yang terbabit dalam pakatan jahat. Sebelum seksen 10 diguna pakai terdapat 5 elemen utama mesti dipenohi sebelum ianya relevan kepada pakatan jahat jenayah.

Jelas seksen ini adalah pengecualian kepada peraturan umum iaitu seorang tidak boleh bertangggungjawab jenayah oleh kerana perbuatan atau kenyataan yang dibuat oleh orang lain. (Maksudnya seksen ini pula menyatakan seorang itu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan oleh orang lain iaitu satu pengecualian umum ).

Keterangan pakatan jahat terpakai kepada pembicaraan jenayah dan sivil. Dalam perkara sivil ia dirujuk sebagai tanggungan diwakilkan/atau melalui orang lain (vicarious liability). Oleh itu jika terbukti salah seorang melakukan suatu perbuatan dan seorang lagi pula melakukan perbuatan lain dalam mencapai niat bersama mereka, mahkamah mempunyai kebebasan untuk membuat inferen/andaian mereka semua melakukan pakatan jahat untuk mencapai niat bersama. (nota : rujuk juga seksen 34 Kanun Keseksaan).

Maksud pakatan jahat.

Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan untuk melakukan perbuatan yang tidak sah.

Tetapi tidak perlu semua perbuatan perlu berlaku untuk mencapai persetujuan yang dibuat. Tidak kira samada perbuatan jenayah dilakukan atau tidak, persetujuan yang dibuat sudah boleh di hukum. Bukti bahawa perbuatan telah dilakukan hasil persetujuan adalah tidak relevan.

Kes yang mengepalai dalam hal ini adalah kes dari Sri Langka - Queen V Liyanage [1965] 67 N.L.R 193 yang menerangkan seksen 120A Kanun Keseksaan.

“Ianya tidak penting samada perbuatan tidak sah adalah matlamat sepenohnya persetujuan yang dibuat atau hanya secara tidak sengaja terlibat kepada niat bersama” (maksudnya perbuataan tidak penting, tetapi persetujuan yang dibuat”.

( It is immaterial whether the illegal act is ultimate object of such agreement ,or merely incidental to that object)

Kemudian ianya mestilah dibuktikan bahawa setiap yang melakukan pakatan jahat mempunyai pengetahuan umum plot jahat yang dibuat , sungguhpun setiap seorang dari mereka tidak diberi tahu secara terperinci akan niat bersama yang dirancang. (Lihat ilustrasi seksen 10 Akta Keterangan).

Persetujuan yang dibuat selepas niat adalah mengcukupi dan adalah juga pati kepada pakatan jahat.

Ini bukan bermaksud persetujuan pakatan jahat tidak lagi ujud selepas masa sebenar persetujuan dibuat . Pakatan jahat masih berterusan selagi persetujuan masih kekal dan selagi mereka bertindak selaras dengan persetujuan yang dibuat.

Keterangan untuk menyokong pakatan jahat adalah biasanya keterangan berdasarkan keadaan.

Kes mengepalai di India adalah Jhabwala V R – 34 Cr.LJ 967.

“Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan atau plot jahat itu sendiri. Apabila persetujuan telah dibuktikan ,tidak perlu dibukti lagi perbuatan . Apa yang perlu adalah mereka yang melakukan pakatan jahat telah membuat persetujuan kepada niat bersama. Salah seorang mungkin membuat perancangan dan lain mungkin mengambil bahagian kemudian. Semua mereka adalah sama-sama bersalah. Tambahan pula dengan tidak ada perkataan dan kelakuan oleh ahli yang menyertai pakatan jahat adalah sukar untuk membuat andaian bahawa mereka yang lain terlibat.

5 Elemen sebelum pakatan jahat boleh diterima di bawah seksen 10 Akta Keterangan.

Elemen Pertama.

Terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa pakatan jahat wujud .

Keujudan pakatan jahat hendaklah dibuat melalui keterangan “ Prima Facie” . Apa-apa yang dikatakan, dibuat atau ditulis hendaklahb dibuktikan ketahap Prima Facie sebelum dapat di gunakan kepada setiap mereka melakukan pakatan jahat,

Pati kepada pakatan jahat adalah gabungan persetujuan yang dibuat oleh 2 atau lebih orang untuk melakukan satu perbuatan yang tidak sah.

*Chandrasekaran & Ars v PP [1971] 1 MLJ 153.-Kes mercu tanda

Dalam kes ini Chandrasekaran seorang kerana Jabatan Akauntan telah membuat pakatan jahat dengan dua orang pegawai polis dari Cawangan khas untuk menipu kerajaan telah dihukum dan sabit bersalah di bawah seksen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah, 1961.

Pakatan jahat telah dirancang dengan terliti, sengaja dan berani. Akaun bank satu syarikat racun rekaan telah dibuka di Bank Oversea- Chinese, Sg. Besi,Kuala Lumpur. Mereka kemudian telah mereka sebuah rumah telah disewa di alamat no.43A, Kg. Dollah, Kuala Lumpur. Dua cek palsu pembelian racun bernilai RM 111,889.50 dan RM 95,740 dari kementerian Perdangangan dan Industri dikemukakan kepada Chandrasekaran.

Chandaserakan hanya seorang sahaja bertanggungjawab memereksa cek terus meluluskan cek berkenaan.

Perbuatan ini adalah pembuktian keterangan “Prima Facie” bahawa terdapat niat bersama dan boleh diterima di bawah seksen 10 bagi mengaitkan kesemua mereka.

Keterangan berdasarkan keadaaan lain yang boleh mengaitkan mereka adalah kelakuan/perbuatan mereka selepas kejadian yang boleh diterima di bawah seksen 8.

Seorang dari perayu memberitahu rakan sepejabat dia telah membeli cincin berlian untuk isterinya selepas memenangi hadiah lumba kuda, membayar bil mess berjumlah RM 396,35 selepas tidak berupaya membayarnya, Bayaran penoh kepada Finance pinjaman kereta dan bayaran kepada pemimjam wang yang sama-sama dibuat oleh Chandasekaran.

Mahkamah tidak pecaya wang tersebut adalah kemenangan lumba kuda. Diputuskan pakatan jahat dilakukan untuk menipu kerajaan adalah niat bersama dan begitu juga perlakuan mereka. Perancangan dibuat oleh perayu bukan saja keterangan “prima facie “ malah keterangan yang kuat untuk melakukan jenayah.
Elemen kedua.

Ianya mestilah dua pihak terlibat dalam pakatan jahat. Seorang tidak dapat melakukan pakatan jahat Topandas V State of Bombay AIR [1956] SC 33.

Elemen ketiga

Apa saja yang dibuat, sebut atau ditulis adalah fakta relavan kepada pakatan jahat.

Mirza Akhbar V The King Emperor [1940] AIR PC 176.

Perayu bersama pembunuh bernama Umar Sher dan seorang perempuan Mt, Mehr Taja telah dituduh membunuh Ali Askar iaitu suami kepada Mt Mehr Taja. Keterangan terhadap Umar Sher adalah jelas kerana ditangkap semasa kejadian membunuh dan pada masa itu memegang senapang patah yang baru ditembak dan dengan kelonsong peluru tersekat di dalam barel.

Umar Sher telah dirasuah oleh perayu untuk membunuh Ali Askar. Pakatan jahat ini diperolehi dari 3 surat yang dihantar oleh Mt.Mehr Taja kepada perayu. Mt. Mehr Taja dalam suratnya menyatakan ingin menghapuskan Ali Askar dan dengan itu mereka berdua boleh berkahwin dan terdapat juga kandungan untuk mencari duit.

Hakim memutuskan apa saja yang dilakukan, ditulis atau disebutkan adalah boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat.

Re N. Ramaratnam [1944] AIR Mad. 302.

Statement yang dibuat oleh mana-mana ahli pakatan jahat selepas niat bersama/tujuan perbuatan telah dicapai tidak boleh diterima di bawah seksen 10.

Contoh : A bersetuju untuk membekalkan B satu peket bahan letupan yang cukup untuk meletupkan sebuah jambatan keretapi. B kemudian cuba meletupkan jambatan tersebut tetapi tidak berjaya. B kemudian menghantar surat kepada A meminta bahan letupan yang lebih bagi tujuan tersebut. Diputuskan surat kepada A adalah tidak boleh diterima oleh kerana niat bersama telah hapus setelah percubaan memusnahkan jambatan gagal dan surat pula ditulis selepas pakatan jahat telah berakhir.

Elemen ke empat.

Tindakan mestilah dalam lingkungan masa pakatan jahat dilakukan. Bermaksud dari masa persetujuan dibuat sehingga niat bersama/motif bersama dicapai. Ini bermaksudnya juga apa-apa yang dibuat,disebut dan ditulis mestilah dalam masa niat bersama wujud.

Elemen kelima.

Apa yang dilakukan, disebut dan ditulis tidak boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat selepas niat bersama selesai dijalankan/dicapai .

*Liew Kaling & Anor V PP [1960] 26 MLJ 306.

3 orang perayu telah dituduh dan disabitkan kerana membunuh 3 orang perempuan. 3 perempuan tersebut telah dijumpai mati tertikam di dalam telaga. Sebelum mati salah seorang dari perempuan itu didapati membawa sejumlah wang yang banyak untuk membeli bijih timah yang dicuri. Keterangan terhadap ketiga-tiga tertuduh adalah sepenohnya keterangan berdasarkan keadaan.

Keterangan terhadap tertuduh pertama,Liew.

a) Kenyataan anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Malam sebelum emaknyan dibunuh dia telah melihat Liew bersama tertuduh kedua Boo datang kerumahnya dan bercakap dengan emaknya. Boo memberitahu emaknya terdapat 800 paund bijih timah di sebuah kampung (di mana emaknya dibunuh) dan meminta emaknya membawa duit yang boleh dianggap untuk membeli.

b) Kenyataan Mrs. Lee iaitu iaitu seorang lagi anak kepada perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan berlaku Liew bersama tertuduh ke tiga Foo telah datang kerumahnya,membersih pakaian ,mandi dan makan bersama dengan suaminya. 3 hari selepas itu Liew ditangkap dengan beberapa note duit terdapat kesan darah manusia dalam miliknya. Dia selepas itu memandu polis mendapatkan sebilah parang yang terdapat kesan darah dari sebuah kolam kira-kira ½ batu dari tempat kejadian.

Keterangan terhadap tertuduh kedua BOO.

a) Keterangan dari dua orang murid sekolah.

b) Kenyataan seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan dia telah melihat Boo dan seorang lelaki yang tidak dikenali berdekatan dengan tempat kejadian. Boo pada masa itu menaiki basikal dan menolak satu lagi basikal yang dipercayai kepunyaan emaknya. Tertuduh kedua menerangkan setelah menemui basikal dia ingin membawanya ke balai polis. Selepas ditangkap telah membawa polis kira-kira ½ batu dari tempat kejadian dan setelah pemereksaan sebilah gunting tanpa kesan darah dijumpai.

Keterangan terhadap tertuduh ketiga Foo.

a) Liew dan Foo juga melawat rumah Mrs Lee. Mandi,membersih pakaian dan makan bersama suaminya.Isteri Mr.Lee telah bertanya kepada Foo mengenai emaknya dan Lee menjawab ada seorang lelaki yang tidak dikenali menolak basikal telah ditangkap oleh polis. Foo kemudian telah membuat pengakuan bahawa Boo dan seorang lagi bernama Soh Chee mempunyai “share” dan telah menjemput untuk mengikut sama ( share mengenai bijih timah yang dicuri).

b) Keterangan sokongan dari Mr. Lee . Mr Lee juga menyatakan beberapa hari selepas kejadian pembunuhan dia mendengar perbualan Foo dengan isterinya bahawa dia tidak terlibat dengan pembunuhan dan Liew,Boo dan Soh yang terlibat.(nota:kenyataan Foo bahawa dia tidak telibat dan Liew, Boo dan Soh yang terlibat diberi perhatian samada ianya terjumlah statement pakatan jahat atau tidak).

Setelah dirayu hakim Thomson berkata :

Tidak keterangan bahawa pakatan jahat ujud antara ketiga-tiga tertuduh. Ia dikatakan terdapat pakatan jahat apabila apabila Foo dan Liew datang bersama kerumah Mrs. Lee.Perkara ini tidak boleh dibuat spekulasi pakatan jahat telah berlaku. Adalah juga dikatakan Liew dan Boo telah bersama dirumah salah seorang yang perempuan yang mati dan jika keterangan ini dipercayai maka lawatan tersebut adalah berkaitan dengan pembunuhan.Tetapi adalah mustahil untuk menyatakan terdapat pakatan jenayah oleh kerana Foo juga adalah salah seorang ahli dan kenyataannya boleh diterima di bawah seksen 10 yang mengaitkan Foo dan Liew . Tuduhan juga tidak menyatakan bahawa terdapat pakatan jahat atau bersubahat terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Kenyataan yang dibuat oleh Foo untuk menyokong pakatan jahat juga tidak boleh diterima oleh kerana ia dibuat selepas beberapa hari kejadian. Keputusan kes Mirza Akbar V King Emperor dirujuk :

“Prinsipnya perkataan di bawah seksen 10 hendaklah di tafsir sewajarnya dan tidak ditafsir lebih luas untuk memasukkan statement perbuatan selepas ahli pakatan jahat selesai perbuatan pakatan jenayahnya”

Keterangan terhadap Boo dan Liew adalah tidak kuat. Keterangan terhadap Foo adalah selepas kejadian. Keterangan yang ada hanyalah syak.

Badri Rai V State of Bihar [1959] S.C. J 117.

Tertuduh pertama telah berjumpa dengan inspector polis dan meminta supaya penyiasatan jenayah di hentikan. Beberapa hari kemudian tertuduh kedua datang berjumpa inspector berkenaan di balai polis dan menawarkan wang RS 500 supaya penyiasatan jenayah berkenaan dihentikan.

Kedua-dua mereka dituduh kerana membuat pakatan jahat untuk merasuah pegawai polis. Isunya adakah statement yang dibuat oleh tertuduh kedua dibalai polis boleh diterima terhadap tertuduh pertama. Diputuskan :

i. Keterangan perbualan tertuduh pertama adalah sebab munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh telah membuat pakatan jahat untuk melakukan kesalahan.
ii. Oleh itu di bawah seksen 10, kenyataan yang dibuat oleh salah seorang dari mereka dalam melakukan pakatan jahat adalah relevan kepada seorang lagi.

Kesimpulan

Nampaknya seksen 10 mempunyai syarat yang ketat. Ianya mestilah ada keterangan “Prima Facie” sebab munasabah sebelum mahkamah pecaya dua atau lebih orang adalah ahli pakatan jahat.

Jika syarat tersebut tidak dipenohi maka apa-apa yang dibuat, disebut atau ditulis dalam mencapai niat bersama tidak akan diterima sebagai keterangan terhadap mereka yang lain.

Dengan itu juga bermakna dari masa persetujuan dibuat untuk menjalankan plot, apa-apa yang dibuat, disebut, ditulis dalam melaksanakan niat bersama adalah relevan di bawah seksen 10 untuk menunjukan pakatan jahat.

Seksen 10 mempunyai makna yang lebih luas dari Undang-undang di England. Undang-undang umum hanya menyatakan apa-apa statement dan perbuatan adalah diterima dalam mencapai niat bersama bukan keterangan Prima Facie dengan alasan munasabah.



PETA PELAYAR