FOLLOWERS

Showing posts with label DPS UKM 2002. Show all posts
Showing posts with label DPS UKM 2002. Show all posts

Tuesday, 30 December 2008

NOTA : Pengisytiharan Kematian (Dying Declaration )

Merupakan pengecualian kepada peraturan dengar cakap. Ianya merupakan kenyataan dari orang-orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi, tetapi masih relevan dan boleh diterima. Peruntukannya terdapat di bawah seksen 32;

i. Dari orang yang telah mati.
ii. Dari orang yang tidak boleh dijumpai.
iii. Dari orang yang menjadi tidak berupaya memberi keterangan.
iv. Dari orang kehadirannya tidak boleh dibuat tanpa kelengahan atau belanja dari biasa.

Peraturan umum.

Adalah peraturan umum keterangan bahawa keterangan terbaik hendaklah dikemukakan. Lihat seksen 60(1)(a) – (d) dibaca bersama dengan seksen 3(a) iaitu keterangan lisan hendaklah secara terus dan dibuat di bawah Akta Ikrar dan Sumpah. Keterangan tersebut mestilah :

i. Dibuat secara bersumpah.
ii. Ianya boleh disoal balas untuk menguji kebenaran sesuatu fakta yang relevan.

Leong Hong Khie V PP dan Tan Gong Wai v PP [1986] 2MLJ 206 FC

hakim Seah berkata ` Peraturan umum keterangan dengar cakap tidak boleh diterima sebagai bukti sesuatu fakta yang dinyatakan oleh orang ketiga. Peraturan ini telah lama terbentuk sebagai prinsip asas dalam undang-undang keterangan`. Hakim telah memetik kes Teper V R [1952] AC 480 : ` Peraturan penerimaan keterangan dengar cakap mempunyai asas ianya bukan keterangan terbaik dan tidak boleh diterima dalam keterangan dibuat secara bersumpah. Kebenaran dan ketepatan perkataaan dari orang ketiga tersebut yang memberi keterangan tidak dapat diuji melalui pemeriksaan balas dan demeanour(tingkahlaku) baik saksi tersebut memberi keterangan akan hilang`.

Bahaya lain keterangan dengar cakap tidak boleh diterima adalah ianya mungkin akan terdapat mereka cerita (concocted), pemalsuan dan disesuaikan untuk memenuhi keterangan saksi tersebut.

Walau bagaimanapun seksen 32 dan 33 adalah pengecualian kepada peraturan umum dan diterima atas alasan keperluan atau kemudahan , walaupun keterangan dengar cakap secara semula jadinya suatu keterangan yang lemah.

Seksen ini adalah pengecualian oleh kerana saksi tersebut tidak boleh dipanggil dan tidak ada keterangan lain. Beban membuktikannya adalah pada pihak yang ingin menggunakan keterangan tersebut dan mestilah memenuhi syarat yang dinyatakan di bawah seksen 32.(tidak boleh dijumpai, mati dll). Keterangan yang tidak memenuhi kategori seperti seksen 32 adalah tidak boleh diterima. Seksen 32 adalah terpakai untuk kes-kes jenayah dan juga sivil. Keterangan orang-orang tidak boleh dipanggil dan sebagainya di bawah seksen 32 mestilah dibuktikan dengan ketat. Jika syarat-syaratnya tidak berpuas hati maka keterangannya tidak boleh diterima.

Allied Bank (M`sia ) Bhd v Yau Jiok Hua (1998) 6 MLJ 1 (HC)

hakim Augustine Paul berkata ` ..... seksen 32 hendaklah dibaca dengan ketat yang bermakna ianya mestilah dibuktikan secara ketat untuk menjelaskan ketidak hadiran saksi .Beban untuk membuktikan keadaan tersebut adalah pada pihak yang ingin menggunakan keterangan berkenaan...`.

Lam Peng Hoa & Anor [1996] 5 MLJ 405 (HC)

hakim Hwee Gee merujuk kepada buku Sarkar On Law of Evidence ( Edisi ke 14) pada muka 649 menyatakan apabila tidak ada pencarian yang bersungguh –sungguh (deligent) dan usaha yang munasabah untuk mendapatkan kehadiran saksi, mahkamah tidak boleh membuat dapatan (finding) bahawa saksi tersebut tidak boleh dijumpai dan keterangan mereka ini tidak boleh diterima.

Dengan hanya tidak mempeduli (mere ignorance ) di mana saksi berada adalah tidak mengcukupi untuk menggunakan seksen ini.

Satish Chandra Seal V Emperor

– sebelum sebarang keterangan diterima di bawah mana-mana peranggan seksen 32 , satu asas yang kukuh penerimaannya mestilah dibuat .

Seksen 32(a) adalah kenyataan dari seorang yang mati atau dikenali sebagai pengistiharan kematian. Penerimaannya adalah berdasarkan kepada maxim :

Nemo Moritur Praesumntur Mentiri yang bermaksud orang yang hampir mati tidak boleh berbohong.

Justifikasi penerimaan perisytiharan kematian.

Pengistiharan kematian adalah kenyataan dari orang yang telah mati dan terjumlah kepada keterangan dengar cakap. Walau bagaimapun ia telah dibuat pengecualian kepada dengar cakap atas alasan :

i. Satu keperluan oleh kerana tidak ada keterangan lain dan jika tidak dibenarkan akan menggagalkan keadilan.
ii. Undang-undang telah membuat anggapan orang yang hampir mati tidak akan berbohong. Perasaan menghadapi kematian adalah sama seperti keterangan yang dibuat secara bersumpah.

Pengistiharan kematian boleh dibuat kepada mana-mana anggota polis, Magistrate atau orang persendirian. Tidak diambil kira kepada siapa kenyataan dibuat. Ianya boleh dalam bentuk repot polis ( FIR –First Information Report) atau rakaman kenyataan yang dibuat kepada polis.

Penerimaan awal kenyataan kematian diterima dalam kes bunuh atau bunuh tanpa sengaja dengan syarat kenyataan itu dibuat dalam keadaan tidak ada harapan atau pasti akan mati (settled or hopeless expectations of death) dan saksi yang memberi keterangan apa yang dengar dari simati adalah merupakan saksi yang kompeten.

R V Woodcock (kurun ke 18)

Eyre C.B telah menerangkan rasional penerimaanya `....Prinsip umum keterangan ini diterima adalah pengistiharaan dibuat dalam keadaan amat sangat kepada kematian dan setiap harapan kepada dunia tiada, motif untuk membuat pemalsuan tiada dan fikirannya adalah di pengaruhi pertimbangan untuk bercakap benar dan tanggugjawab undang-undang untuk menyamakan pengakuan tersebut sebagai pengakuan positif bersumpah dalam mahkamah keadilan`.

Keperluan yang diperlukan pada Pengisytiharan Kematian dalam undang-undang am.

i. Pasti tidak ada harapan untuk hidup (settled Hopeless Expection of Death) - Perasaan yang dipunyai bukanlah ketakutan akan mati tetapi keadaan suci hati bahawa dia tidak lama lagi akan mati (Solemn conviction) dan tidak ada harapan untuk sembuh. Fakta orang tersebut tidak mati selepas beberapa waktu tidak memberi kesan kepada kebolehterimaan selagi ianya berlaku dalam kedekatan (proximity) tertentu.
ii. Pembicaraan kepada tertuduh dengan tuduhan bunuh atau bunuh tanpa sengaja dan keterangan ini hanya terhad kepada pembunuhan sahaja. Dalam kes

R V Mead hakim Abbot C.J

` Keterangan sebegini hanya boleh diterima di mana kematian simati adalah tuduhan yang dibuat dan keadaan kematian berlaku adalah perkara pengisytiharan kematian.` Kecuaian jenayah dengan menyebabkan kematian telah diputuskan juga boleh diterima keterangan pengisytiharan kematian kerana jenayah sebegini adalah juga terjumlah di bawah bunuh tidak sengaja.

iii. Pengisytiharan kematian juga terhad kepada pengisytiharan kematian diri seorang itu sendiri dan perkara dalam tuduhan yang dibicarakan.

( Nota : Jika orang yang membuat kenyataan tersebut hidup maka kenyataan tersebut bukanlah pengisytiharan kematian. Di bawah akta keterangan di Malaysia kenyataan berkenaan boleh dijadikan keterangan sokongan di bawah seksen 157).

Undang-undang umum pengisytiharan kematian adalah lebih ketat/sempit dari undang-udang yang terdapat di Malaysia. Di bawah undang-undang umum pengisytiharan kematian adalah kenyataan dibuat oleh orang yang mati tentang kematiannya atau keadaan yang menyebabkan dia mati. Di bawah undang-undang umum ianya diterima dalam kes-kes jenayah bunuh dan bunuh tanpa sengaja.

Di bawah undang-undang umum pengisytiharan kematian hendaklah dibuat pada hampir mati atau tidak ada harapan untuk hidup iaitu bahaya sebenar kematian segera akan berlaku semasa kenyataan dibuat dan dengan penuh sedar kematian akan berlaku. Dengan lain perkataan pengetahuan mengenai kematian telah pun ada sebelum kematian berlaku.

Jika kenyataan dibuat sebelum hampir kematian berlaku , kedekatan (proximity) kematian hendaklah ditunjukkan sebelum kenyataan dibuat. Ini bermakna selepas kenyataan dibuat dan simati meninggal selepas 2 -3 hari kemudian , kemungkinan besar kenyataan tersebut tidak boleh diterima.

Pengisytiharan kematian di bawah Akta Keterangan Malaysia, 1950

Seksen 32 (a) adalah berkaitan dengan kerelevanan kenyataan mangsa dalam kes jenayah di mana sebab kematianya dipersoalkan. Oleh yang demikian kenyataan adalah dari orang yang menyatakan sebab kematian mangsa atau kenyataan sebarang keadaan transaksi yang menyebabkan kematian mangsa (nota : perkataan transaksi ditambah). Akta Keterangan di Malaysia mempunyai skop yang lebih luas. Di bawah Undang-undang umum pengisytiharan kematian hanya diterima dalam kes bunuh dan bunuh tanpa sengaja.

Seksen 32(a) terpakai dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil. Perbezaan utama dengan undang-undang umum adalah ianya tidak perlu dibuat dalam keadaan hampir mati. Kenyataan dibuat sungguh pun sebelum kematian hampir adalah juga diterima di bawah seksen 5. Jika kenyataan dibuat sebelum hampir kematian , kedekataan adalah perlu ditunjukkan kepada kenyataan yang diberikan. Di bawah akta keterangan harapan atau pengetahuan akan mati tidak diperlukan.

Kenyataan orang yang telah mati.

Mestilah ada keterangan bukti kematian. Cara terbaik adalah dengan megemukakan salinan sijil mati. Kematian juga boleh dibuktikan dengan fakta yang boleh dibuat anggapan di bawah seksen 107 dan 108 Akta Keterangan. Kematian juga boleh dibuktikan dengan keterangan lisan.

PP V Leong Heo Cheong [1990] 2 CLJ 818 .

..Pendakwa telah membuktikan fakta kematian Sidek sungguhpun tanpa bantuan sijil kematian. Dengan merujuk kepada keterangan PW1, PW2, kesemua mereka kawan tertuduh, memberi keterangan tanpa dicabar bahawa Sidek telah mati sebelum pembicaraan bermula. Pw2 iaitu ketua kepada Sidek telah memberi keterangan bahawa sabjek telah mati pada 14 June,1989. Oleh itu keperluan awal pembuktian kematian seksen 32 adalah dipenuhi oleh pendakwa.

Nilai keterangan pengisytiharan kematian.

Ianya tidak dibuat dengan cara bersumpah. Kenyataannya tidak boleh disoal balas. Tidak ada peraturan undang-undang menyatakan kenyataannya perlu di sokong ( Corroborate) .

Nembhard V R [1982] 1 ALL ER 183

– Privy Counsel menolak bahawa kenyataan pengisytiharan kematian perlu disokong.

Kushla Rao V State of Bombay ( AIR) 1958 SC 22 . Mahkamah menyatakan:

i. Ianya tidak boleh dikatakan peraturan mutlak undang-undang, pengisytiharan kematian tidak boleh dijadikan asas sabitan jika keterangannya tidak disokong.

ii. Setiap kes hendaklah ditentukan pada faktanya sendiri mengikut keadaan pengisytiharan kematian dibuat.

iii. Ianya tidak boleh dikatakan pengisytiharan kematian suatu jenis keterangan yang lemah.

iv. Pengisytiharan kematian yang dirakam oleh seorang magistrate kompeten dengan cara yang betul iaitu dalam bentuk soalan dan jawapan dan seberapa yang boleh dengan perkataan yang dikatakan oleh pembuatnya mempunyai asas yang lebih tinggi dari pengisytiharan kematian yang hanya bergantung kepada keterangan lisan yang mungkin mengalami kecacatan ingatan dan kelakuan manusia.

State of Uttar Pradesh V Chet Ram & Ors [1990] 1 CLJ 1079

Mahkamah Agong menyatakan pengisytiharan kematian tidak perlu dikatakan, tidak memerlukan keterangan sokongan seperti rakan sejenayah atau pengakuan salah. Walau bagaimana pun sekiranya simati yang membuat pengisytiharan kematian adalah rakan sejenayah maka sokongan keterangannya adalah diperlukan dan di ingini.

Pengisytiharan kematian boleh dalam bentuk lisan atau tanda-tanda, isyarat yang dibuat oleh simati.

Queen Empiers V Abdullah IRL 7 385 ,

Tertuduh dibicarakan dengan membunuh seorang pelacur dengan memotong leher menggunakan pisau cukur. Oleh kerana kecederaan yang dialami mangsa tidak boleh bercakap. Pihak polis telah menyebut beberapa nama untuk dikenali oleh mangsa. Apabila nama tertuduh disebut mangsa telah mengangguk kepala dan berkata ` hau` (ya) dengan suara yang sangat perlahan. Apabila ditanya adakah beliau dicederakan dengan pisau cukup, mangsa telah mengangguk kepala. Bila ditanya bila dia berjumpa tertuduh,mangsa telah menunjuk kepada langit yang menunjukkan waktu pagi. Mahkamah memutuskan semua keterangan ini adalah boleh diterima di bawah seksen 32.

Kedekatan (Proximity ) dan pengisytiharan kematian.

Soalan kedekatan hanya boleh diputuskan melalui fakta sesuatu kes.

Pakala Narayananaswamy v The Emperor [1939] PC 8 MLJ 59 .

Isteri perayu telah meminjam duit dari simati. Pada 20 March simati telah menerima surat dari isteri tertuduh menjemputnya kerumah di Berhampur. Si mati telah memberitahu isterinya dia pergi kerumah tertuduh pada 20 hari bulan dan selepas itu simati didapati hilang. Pada 23 hari bulan mayat si mati telah dijumpai dalam 7 bahagian di dalam batang besi dalam compartment kelas ketiga stesen kereta api Puri. Isteri si mati telah memberi kenyataan bahawa si mati telah pergi kerumah tertuduh berikutan dengan surat yang diterima pada 21 hari bulan. Telah dipertikaikan kenyataan demikian adalah dengar cakap dan bukanya pengisytiharan kematian. Walau bagaimanapun mahkamah memutuskan ianya pengisytiharan kematian di bawah seksen 32(a) dengan alasan penyataan adalah keadaan transaksi yang menyebabkan kematian kepada si mati.

Keadaan transaksi ( Circumstances of transaction ).

Untuk layak sebagai pengisytiharan kematian, kenyataan mestilah berhubung kepada dua perkara iaitu sebab kematian atau keadaan transaksi yang membawa kepada kematian. Perkataan keadaan transaksi tidak jelas/tepat dan memerlukan pertimbangan kehakiman.

Yeoh Hock Cheng v R [1938] 1 MLJ 99.

A telah disabitkan salah membunuh seorang perempuan Cina bernama Low Koh. 2 kenyataan masing-masing telah dibuat kepada bapa dan kakaknya pada tarikh berbeza telah diterima sebagai keterangan.

a) Kenyataan kepada bapanya adalah dia menafikan tidur dirumah perayu pada tarikh tertentu disebabkan A telah mengugut untuk membunuhnya sekira diberitahu demikian (jika diberitahu dia sebenarnya tidur dirumah perayu).
b) Kenyataan kepada kakaknya adalah dia akan keluar bersama A dan telah disuruh oleh A untuk memakai pakaian lelaki bagi mengelak dari dikenali. Keadaan transaksi ini telah menyebabkan kematian mangsa.

Mary Shim V PP [1962] 28 MLJ 132

– Isteri (simati) telah memberitahu suaminya dia menjadi sakit setelah mengambil ubat yang dibekalkan oleh perayu. Suaminya juga telah diberitahu bahawa isterinya telah pergi kerumah perayu untuk melakukan pengguguran dan sebatang kayu telah dimasukkan ke dalam rahimnya. Simati menyatakan kayu tersebut telah dikeluarkan olehnya sendiri di mana telah diberikan kepada Dr.Tan.

Di samping kenyataan yang dibuat kepada suaminya simati juga telah menceritakan apa yang dialami kepada kepada Dr. Tan dan juga kepada Magistrate semasa berada di hospital. Kenyataan simati kepada Dr. Tan dan Magistrate adalah jelas boleh diterima di bawah seksen 32 (a) Akta Keterangan.

Sharad V State of Maharashtra 1948 SC 1622

sekali lagi isu kedekatan dan pengisytiharan kematian dibincangkan. Kedekatan masa kenyataan dan masa kematian telah di timbangkan. Simati seorang perempuan telah menulis surat kepada saudaranya tentang kesusahan yang dibuat oleh saudara pihak suaminya. 4 bulan kemudian beliau didapati mati. Surat berkenaan telah digunakan untuk menjadi pengisytiharan kematian di bawah seksen 32 dan diputuskan keadaan demikian tidaklah menghilangkan kedekatan akan sebab kematian.

Fikiran waras (fit state of mind).

Lallubhai Devachand v State of Gujarat AIR 1977 SC 1776.

Fakta adalah simati seorang perempuan telah apabila telah curahkan minyak tanah dan dibakar oleh keluarga pihak si suami. Sebelum meninggal simati telah memberi beberapa kenyataan. Mahkamah Agong menyatakan sebelum kenyataan pengisytiharan kematian diterima ia mestilah ditunjukkan fikiran simati adalah waras. Orang yang merakamkan pengisytiharan kematian hendaklah berpuas hati orang yang membuat kenyataan kematian adalah sedar dengan pemahaman biasa yang boleh diterima.

Kenyataan yang relevan di bawah seksen 32(a) mestilah berkait dengan kematian orang yang membuat kenyataan tersebut. Jika ia mengaitkan kematian orang lain maka ianya tidak boleh diterima.

Re Peria Chelliah Nadar [1942] Mad. 450.

Fakta adalah tertuduh di bicara untuk kesalahan membunuh si mati. Isteri si mati telah membuat kenyataan bahawa tertuduh telah membunuh suaminya. Selepas itu dia membunuh diri. Kenyataan isterinya cuba dijadikan keterangan di bawah seksen 32. Mahkamah memutuskan kenyataan demikian tidak boleh diterima kerana kenyataan tersebut mengaitkan kematian orang lain (suaminya) dan bukan dirinya.

Livera V Abey Wikrema.

Seorang jaga telah didapati mati tergantung pada satu tiang di dalam stor. Sekeping surat dijumpai ditujukan kepada tuannya. Kandungan surat tersebut menyatakan tertuduh bersama 3 yang lain dengan secara paksa masuk ke dalam stor dan mencuri 5 tong minyak dan dia telah gagal untuk menahannya. Tertuduh telah dituduh membunuh ,tetapi dilepaskan kerana magistrate berpendapat mangsa melakukan bunuh diri dan tertuduh telah diubah pertuduhan kepada samun. Hakim berkata surat tersebut tidak diterima sebagai pengisytiharan kematian sebagai sebab kematian tetapi surat tersebut menyatakan mengenai samun.

Hj. Salleh dan Marzuki V PP [1931] FMSLR 229

–Dalam kes ini perayu telah dituduh membunuh orang muslim. Terdapat saksi budak lelaki berumur 11 tahun dan disokong dengan Pengisytiharan Kematian sebulan sebelum kematian. Di dalam surat yang ditemui menyatakan dia takut kepada Marzuki. Mahkamah memutuskan Pengisytiharan Kematian tersebut tidak boleh diterima di bawah seksen 32(a) kecuali surat itu menyatakan sebab kematian. Ianya perkara sebelum berlaku kejadian dan bukan transaksi yang sama. Seksen 32 (a) mestilah dibaca dengan sewajarnya dan surat tersebut bukan transaksi yang sama dan perkara berasingan (remote).

Chan Phuat Khoon V PP [1962] 28 MLJ 132 (HC).

Untuk kenyataan boleh diterima di bawah seksen 32(a) pembuatnya sekiranya hidup mestilah boleh dipercayai.

Chow Siew Poh v PP [1967] 1 MLJ 228 (FC)

– Tidak mengemukakan Pengisytiharan Kematian adalah fatal kepada kes pendakwa.


Pengisytiharan Kematian mestilah lengkap.

Cyril Waugh V King [1950] AC 203 (Privy Cauncil )

– Perayu telah menembak seorang lelaki secara tidak sengaja dengan menyangka pencuri. Sebelum simati meninggal dia telah berkata `lelaki itu ada perselisihan lama dengan saya .......kemudian meninggal. Pengisytiharan Kematian tidak lengkap kerana tidak diketahui siapa yang membunuh dan tidak boleh diterima.

Abdul Satar V State of Mysore [1958] AIR (SC)

- Pengisytiharan Kematian telah dibuat ` Satar shot me off.... I`am ruin, please come ..... ( Satar tembak saya.... saya musnah, tolong datang..... ) . Seorang Range Gonda datang untuk menolong, simati ingin berkata lagi tetapi tidak sempat. Peguam mempertikaikan kenyataan itu tidak lengkap dengan merujuk kepada kes Cyril tetapi mahkamah memutuskannya ianya adalah lengkap kerana dinyatakan Satar yang menembak dan ada orang melihat Satar melarikan diri dari tempat kejadian.

Adakah Pengisytiharan Kematian perlu di rakam. Ianya tidak perlu dirakam ,tetapi jika dirakam ianya mempunyai asas yang lebih tinggi (greater footing). Jika tidak ditulis ianya mestilah dinyatakan dalam perkataan tepat yang diucapkan. Ipsissima Verba- the very words themselves and nothing more or less ( perkataan demi perkataan tidak kurang dan tidak lebih). Adalah amalan baik jika ditulis untuk mengelak keraguan. Kenyataan tidak boleh di ringkaskan.

Toh Lai Heng V Regina [1961] 27 MLJ 53

– Dalam kes ini pegawai polis dan simati adalah cina tetapi bercakap dalam bahasa Melayu. Pegawai polis menyatakan dia telah menulis dengan ringkas dalam bahasa English apa yang dikatakan oleh simati. Diputuskan Pengisytiharan Kematian tidak boleh diterima kerana ringkasan dibuat menimbulkan keraguan. Perkataan tepat yang dikeluarkan oleh mangsa adalah vital.

Tidak dinafikan Pengisytiharan Kematian tidak perlu dibuktikan melalui rakaman tulisan. Terdapat banyak kes di mana saksi tempat pergaduhan atau orang yang datang sebaik saja selepas itu, mendengar perkataan akhir yang disebut oleh simati. Ingatan mereka tentang apa yang disebut adalah boleh diterima sebagai keterangan. Pada praktiknya saksi berkenaan dikehendaki memberi perkataan tepat(exact) diucapkan oleh simati dan sejauh yang relevan, sebarang perkataan yang disebut oleh saksi kepada simati. Sekiranya Pengisytiharan Kematian dirakam secara bertulis iaitu dibuat oleh pegawai penyiasat polis, Magistrate atau seseorang seperti mereka, perkataan sebenar (actual words) mestilah dirakam.

Naranjan Singh V PP [1949] MLJ 122

– Telah diputuskan jika suatu deposisi dibuat dalam bentuk menjawab suatu soalan ,maka rakaman mestilah menunjukkan soalan yang ditanya dan jawapan yang diberikan. Jika tidak dilakukan, nilai deposisi adalah di persoalkan. Dalam kes ini simati bercakap Punjabi dan Magistrate telah menggunakan jurubahasa. Walau bagaimana pun jurubahasa tidak dipanggil memberi keterangan. Pengisytiharan Kematian tidak boleh diterima tidak dapat disahkan ianya benar-benar mewakili apa yang dikatakan oleh simati.

Ong Her Hock V PP [1987] 2 MLJ 45

– Ingatan semula (recollection) perkataan-perkataan akhir disebut oleh simati kepada saksi telah diterima sebagai keterangan. Dalam kes ini perayu telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Phua Ah Kau. Simati telah dilihat terhoyong hayang disebuah kaki lima kedai kopi dengan darah di muka dan baju. Dia meminta pembantu kedai kopi memanggil pihak polis. Tidak lama kemudian kawan simati sampai di tempat kejadian dan membawanya ke dalam kereta berdekatan untuk menuggu kehadiran ambulan. Abang kepada simati yang dipanggil tempat kejadian telah bertanya kepada simati adakah serangan berlaku berkaitan dengan perniagaan surat khabar. Jawapan simati adalah negatif. Dia kemudian bertanya siapa yang telah menikamnya dalam bahawa Hokkian dan dijawab oleh simati ` Tiong Gi Tong Eh Lang` yang bermaksud orang dari kongsi gelap Tiong Gi Tong. Tidak lama selepas itu polis sampai dan Kpl. Subramani bertanya kepada simati dalam bahasa melayu apa yang telah terjadi. Dia menjawab dua lelaki Cina yang tidak dikenali bertanggungjawab di atas kecederaannya. Kpl. Subramani telah bertanya apa senjata yang telah digunakan dan simati menjawab pisau. Dia tidak dapat menjelaskan butir-butir simati kepada Kpl. Subramani.

Simati juga telah ditanya oleh pegawai ambulan yang membawanya ke hospital. Dia menyatakan dua orang lelaki Cina yang tidak dikenali telah menikamnya.

Mahkamah memutuskan ingatan semula oleh saksi-saksi tentang ucapan akhir simati diterima dengan sewajarnya.







NOTA : KEUNGGULAN PARLIMEN DAN PERLEMBAGAAN

Parlimen di katakan unggul jika :

i. Mempunyai kuasa yang tidak terbatas terhadap semua perkara, semua orang dan semua sempadan negeri.

Artikel 2(b) – sempadan negeri tidak boleh dipinda tanpa kebenaran dari badan perundangan negeri dan majlis raja-raja.

Artikel 5-13 – Hak kebebasan asasi. Pembentukan undang-undang dibuat oleh Parlimen tidak boleh melanggar hak asasi terkandung dalam perlembagaan.

Artikel 73,74 Jadual kesembilan senarai 2. Perkara yang berkaitan dengan agama dan adat resam melayu . Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk masuk campur kerana ia bidang kuasa kerajaan negeri.

ii. Tidak ada semakan kehakiman (judicial review) yang boleh dibuat.

Artikel 121 – Kuasa rayuan mahkamah tinggi.

Artikel 128 – Kuasa Mahkamah Persekutuan.

iii. Dapat membuat undang-undang dengan cara biasa iaitu undi 50% +1 dari ahli yang hadir. Tidak tatacara khas untuk membuat dan meminda undang-undang dan tidak memerlukan keizinan sesiapa.

Artikel 159 (3) – kelulusan undang-undang perlu mendapat sokongan 2/3 kedua-dua dewan iaitu dari jumlah bilangan ahli dewan keseluruhan.

Artikel 38(4 ) - tidak ada undang-undang menyentuh keistimewaan, kemuliaan, kebesaran raja-raja boleh disentuh tanpa kebenaran majlis raja-raja.

Artikel 159(5) – pindaan undang-undang tidak boleh dibuat dalam perkara tertentu tanpa persetujuan majlis raja-raja.

Artikel 161E – pindaan undang-undang tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Yang DiPertuan Negeri Sabah dan Serawak.

iv. Undang-undang yang dibuat selamat dari dipinda dan dimansuhkan oleh mahkamah.

Kes Mamat Daud Vs Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119 .Mahkamah memutuskan peruntukan seksen 298A Kanun Keseksaan yang diluluskan oleh Parlimen adalah bercanggah dengan perlembagaan dan peruntukan tersebut terbatal.

v. Fungsi sultan,pedana menteri ,badan esekutif adalah tertakluk kepada perlembagaan.

vi. Perlembagaan adalah kayu pengukur (yardstick) samada semua tindakan kerajaan adalah sah dalam sistem perundangan.

Artikel 4 (1) – semua undang-undang yang tidak selaras dengan perlembagaan adalah terbatal.

Perlembagaan adalah Unggul (supreme).

i. Sejarah – keputusan untuk memilih perlembagaan sebagai terunggul adalah dari keputusan politik. Semasa pembentukan , keunggulan boleh dipilih dari bentuk berikut:

i. Keunggulan Parlimen seperti di UK,New Zealand.
ii. Keunggulan Eksekutif – seperti Brunai.
iii. Keunggulan Perlembagaan – USA,Perancis,India,Malaysia.
iv. Keunggulan Syariah –beberapa negara arab.

Apabila keunggulan Perlembagaan dipilih ianya merupakan dokumen yang terkadung peraturan dan pemerintahan sebuah negara.Kebebasan rakyat dan proses undang-undang. Menyatakan kuasa,skop dan tatacara parlimen. Semua perlembagaan adalah berniat sebagai undang-undang tertinggi dan tidak senang di pinda.

ii. Perlembagaan adalah terunggul di Malaysia.

Ini disahkan melalui dua peruntukan berikut :

Artikel 4 - Perlembagaan adalah undang-undang tetinggi.

Artikel 162(6) – semua undang-undang hendaklah diubah suai mengikut peruntukan perlembagaan.

Kritik/kelemahan.

Walaupun perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi. Parlimen diberi kuasa yang tidak terbatas. Parlimen boleh untuk membentaras subversif dan darurat membatalkan semua hak asasi yang diuntukan oleh perlembagaan.

Artikel 149 –hak kebebasan tidak terpakai untuk membenteras subvesif. Undang-undang terbentuk dibawahnya seperti ISA,RRA,ADB (langkah pencegahan khas)

Artikel 150(6) -darurat. Hak kebebasan asasi tidak terpakai semasa darurat.

Pengecualian

Artikel 150 (6a).

Walaupun semasa darurat di istiharkan Parlimen tidak mempunyai kuasa dalam hal undang-undang islam,agama,adat melayu,kewarganegaraan atau bahasa termasuk Sabah Serawak.

iii. Perlembagaan telah membahagi kuasa tertentu kepada persukutuan dan kerajaan negeri.

Artikel 74,77 jadual kesembilan.

Senarai pertama – kuasa kepada kerajaan persekutuan.

Senarai kedua – kuasa kepada kerajaan negeri.

Senarai ketiga – kuasa persekutuan dan negeri.

Dua lagi senarai tambahan adalah untuk Sabah dan Serawak.

Kritik/kelemahan.

Walaupun kuasa telahpun dibahagi demikian ,Parlimen boleh masuk campur dalam keadaaan berikut.

i. Semasa darurat -Artikel 150(4-6)

150(4) – Kuasa persekutuan meliputi apa-apa bidang perundangan kerajaan negeri.

150(5) – Parlimen boleh membuat apa-apa undang-undang berkait dengan darurat.

150(6) – undang-undang yang diluluskan tidak boleh terbatal kerana bercanggah dengan perlembagaan.

ii. Definisi darurat.

Darurat telah diberi definisi yang luas iaitu termasuklah bencana alam,banjir dan sebagainya. Ini bermakna Parlimen juga mempunyai kuasa semasa keadaan lain.

iii. Parlimen masih mempunyai kuasa membuat undang-undang dalam senarai 2 jadual keseimbilan kerajaan negeri.

Artikel 76 – Parlimen boleh membuat undang hanya berkait dengan triti,perjanjian atau konvensyen persekutuan dan apabila diminta oleh kerajaan negeri. Contoh undang-undang dibuat adalah Kanun Tanah Negara dan Akta Kerajaan Tempatan.

iv. Pindaan perlembagaan boleh dibuat tanpa rundingan dengan negeri-negeri.

Keputusan dapat dilihat dalam kes Kerajaan Kelantan V Kerajaan Persukutuan (1963) di mana kerajaan Kelantan membantah kemasukan Sabah dan Serawak oleh kerana tiada rundingan dibuat dengan kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan tidak ada peruntukan perlembaan memerlukan berbuat demikian.

iv. Perlembagaan adalah unggul kerana menyediakan hak asasi seperti berikut :

Artikel 5 –kebebasan diri.
Artikel 6 – slavery/force labour.
Artikel 7 –perlindungan dari undang-undang jenayah.
Artikel 8 –hak samarata mengikut undang-undang.
Artikel 9 –kebebasan bergerak.
Artikel 10 – kebebasan bercakap,berhimpun,menubuh persatuan.
Artikel 11 – kebebasan berugama.
Artikel 12 –hak berkenaan pelajaran dan pendidikan.
Artikel 13 – hak terhadap harta.

Hak asasi ini tidak boleh dilanggari dengan undang-undang biasa. Contoh kes di mana hak asasi ini dilanggari adalah :

P V. Datuk Harun Hj. Idris (1972) 2 MLJ 116

Kes sabjek ditukarkan dari Mahkamah Sesysen ke Mahkamah tinggi oleh DPP. Beliau mendakwa ianya bertentangan dengan artikel 8 kerana DPP tidak mempunyai kuasa demikian di bawah seksen 418 KAJ. (nota undang-udang ini telah dipinda)

Assa Singh V MB Johore (1969) 2 MLJ30.

Sabjek telah dibuang daerah oleh Menteri Besar Johor di bawah RRE. Sabjek menyatakan beliau tidak diberitahu sebab tangkapan dan pembuangannya itu tidak selaras dengan artikel 5 dan 9 perlembagaan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Negeri Johor adalah tidak sah. Diputuskan RRE Johor tersebut bertentangan dengan perlembagaan (nota perlembagaan telah di pinda- artikel 151 ).

Aminah Vs Supt, of Prison (1968) 1 MLJ 92.

Selangor Pilot (1977) 1 MLJ 133.

Selangor Pilot menjalankan perkhidmatan dengan perlabuhan Klang. Walaubagaimana pun dengan pindaan kepada Akta Pihak Berkuasa perlabuhan mereka tidak boleh lagi menjalankan perniagaan dan merosakan perniagaan mereka pada masa hadapan. Perkara ini bertentangan dengan artikel 13 perlembagaan.Permohonan dibenarkan.

Malaysian Bar V Gov.Malaysia (1986) 2 MLJ 225.

Seksen 46(a)(1) Legal Profession Act adalah ultravires dan melanggar artikel 10. Mahkamah telah putuskan ia tidak melanggar artikel 10.

Kritik/kelemahan.

i. Hak asasi ini tidak terpakai apabila untuk membenteras subvesif mengikut artikel 149.
ii. Hak asasi tidak terpakai apabila darurat di istiharkan mengikut artikel 150(5).
iii. Peruntukan hak asasi itu sendiri membataskan kepada beberapa syarat. Contohnya kebebasan berugama artikel 11(5) tidak membenarkan apa-apa yang berlawanan dengan ketenteraman awam,kesihatan atau akhlak. Kebebasan berhimpun artikel 10(2) tertakluk kepada kepentingan keselamatan dan ketenteraman.
iv. Hak asasi yang diberi boleh dipinda atau dimansuh oleh parlimen dengan mendapat sokongan 2/3 melalui artikel 159(3).

v. Perlembagaan menyediakan peruntukan judicial review melalui peruntukan artikel 121 dan 128.

Judicial review yang dibuat adalah bertujuan untuk melihat ianya berasaskan perlembagaan.(kandungan undang-undang diluluskan oleh parlimen bercanggah dengan perlembagaan)

Contoh-contoh judicial review dibuat adalah :

Surinder Singh Kanda V The Federation (1962).

P.P V Datuk Harun (1977).

Teh Chen Poh V PP (1979).

Kritik/kelamahan.

Judicial review adalah sukar dilakukan kerana:

i. Judicial review tidak boleh digunakan untuk membenteras subvesif artikel 149.
ii. Judicial review tidak boleh dipakai semasa darurat artikel 150.
iii. Parlimen mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan dan undang-undang yang tidak selaras dengan perlembagaan( artikel 159). Contohnya Mahan Singh V. PP.
iv. Ouster Clauses – banyak peruntukan/istilah/ayat dalam undang-undang digunakan untuk menghindarkan judicial review.

vi. Perlembagaan adalah unggul kerana undang-undang tidak boleh dibuat dan dipinda dengan cara biasa. Kandungan ini terdapat pada artikel 159 dan 161E.

Terdapat 4 prosedur yang dilakukan.

i. Simple majority ahli dewan yang hadir dikedua-dua dewan dan diizinkan oleh YDPA ( artikel 159(4) ).
ii. 2/3 majoriti ahli keseluruhan kedua-dua dewan bersangkut dengan hak asasi ( artikel 159 (3) ).
iii. 2/3 majoriti kedua-dua ahli dewan dengan keizinan YDPN Sabah dan Serawak.(native law)
iv. 2/3 majoriti kedua-dua ahli dewan dengan keizinan YDPA dan Majlis Raja-Raja. (keistemewaan raja dan orang melayu, agama islam, bahasa dan kewarganegaraan.

Kritik/kelemahan.

i. Prosedur ini boleh dipinda oleh Parlimen.

vii. Perlembagaan adalah unggul kerana walaupun semasa darurat perkara bersangkut dengan undang-undang islam,agama,bahasa,adat,bumiputera tidak boleh disentuh.(artikel 150(6a) ).

Contohnya dalam kes Teh Cheng Poh V PP (1979) 1 MLJ 50.

Kritik/kelemahan.

Walaupun parlimen tidak boleh masuk campur dalam perkara di atas, apa-apa ordinan yang dibuat semasa darurat tidak boleh dibuat judicial review.

Kesimpulan.

Pada segi teori Perlembagaan unggul tetapi dari segi praktikal parlimen mempunyai kuasa yang tidak terbatas (almost all powerful). Parlimen tidak mempunyai kuasa penoh dalam hal keistemewaan raja-raja (artikel 38 ), perkara berkait hak asasi yang perlu mendapat persetujuan majlis raja-raja (artikel 159(5) ) dan soal undang-undang islam,bumiputera (artikel 150(5). Dalam perkara lain Parlimen mempunyai kuasa hampir sepenohnya. Dengan kedudukan majoriti kerusi kerajaan di Malaysia sekarang sebarang pindaan undang-undang boleh dibuat tanpa sebarang masalah.

Monday, 29 December 2008

NOTA : MERANCANG

MERANCANG

DEFINISI

Merancang adalah membuat keputusan terlebih dahulu, apa yang hendak dibuat, bagaimana hendak membuatnya, bila hendak membuatnya dan siapa yang hendak membuatnya.
Menurut Koontz dan C’Donnel (Management 8th. Edition) “merancang menyambungkan jurang dari mana kita berada ke arah mana kita hendak pergi”.
Menurut Leon C. Meqqinson & Friends (Management Concepts and Application) “ merancang adalah memilih satu arah tindakan dan membuat keputusan terlebih dahulu apa yang akan dilakukan, dalam susunan apa, bila dan bagaimana”.
PERHUBUNGAN DENGAN FUNGSI PENGURUSAN YANG LAIN
2. 2.1. Organisasi
Sumber-sumber, manusia, masa, wang, mesin dan material – merancang membolehkan kita menggunakan semua sumber dengan lebih berkesan.
2.2. Mengarah
Merancang menentukan penyatuan semua fakta-fakta, sumber-sumber dan perhubungan yang diperlukan untuk memimpin dan mendorong pekerja.
2.3. Pengawalan
a) Merancang dan pengawalan adalah digelar “kembar siam dalam pengurusan”.
b) Dengan kawalan dapat menunjukkan pengurusan jika rancangan berjalan seperti dikehendaki.
c) Menilai perlaksanaan sebenar berbanding dengan rancangan.
KEPENTINGAN MERANCANG
3. 3.1. Mewujudkan satu asas untuk membuat keputusan. Tanpa merancang keputusan kemungkinan dibuat secara tergesa-gesa (ad hoc).
3.2 Merancang boleh menyelaras semua aktiviti.
3.3 Merancang boleh mengukur dan menetapkan satu standard ke arah merancang untuk masa hadapan.
3.4 Merancang membantu dalam menghadapi dan mengurangkan kesan-kesan perubahan.
3.5 Mengadakan asas untuk pengawalan bagi menentukan rancangan berjalan lancar ke arah objektif yang dikehendaki.
FAEDAH MERANCANG
4. 4.1 Membantu pengurusan untuk menyesuai dan memperbetulkan kepada environment yang berubah. E.g. ekonomi meleset – banyak penggangguran –jenayah meningkat.
4.2. Membantu untuk membuatkan persetujuan yang lebih nyata atas isu-isu besar melalui penyertaan semua pihak.
4.3. Membolehkan pengurus melihat gambaran operasi keseluruhan dengan lebih jelas.
4.4. Membantu meletakkan tanggungjawab dengan secara tepat.
4.5. Membolehkan gerakan/ perlaksanaan sesuatu tugas dengan teratur.
4.6. Membantu dalam memperolehi penyelarasan di antara unit-unit dalam organisasi.
4.7. Membolehkan membuat objektif lebih tepat dan diketahui dengan lebih jelas.
4.8. Mengurangkan guess work.
4.9. Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
PROSES-PROSES MERANCANG
5. 5.1 Mewujudkan objektif organisasi
- apa yang organisasi itu hendak lanksanakan?
- Menentukan arah di mana tenaga dan sumber-sumber dipergunakan.
Manusia – material
Wang - Mesin – Cara (methods)
5.2 Mengadakan dasar perancangan
- membuat ramalan yang realistik
- menganalisa environment dalaman dan luaran untuk melihat apakah faktor-faktor yang ada atau mungkin diperolehi ujud dimasa akan datang.
Faktor yang tidak boleh dikawal
Fakta-fakta yang tak dapat dikesan, pertambahan penduduk, environment politik, sosial, ekonomi dan cuaca.
5.3 Menentukan kehadiran pilihan-pilihan
- menggariskan berbagai cara di mana pengurusan boleh mencapai matlamat.
5.4 Menilai ke atas pilihan-pilihan
- mengkaji dan memutuskan arah tindakan yang paling baik dengan menggunakan statistik, data dan menganalisa sebanyak-banyaknya fakta-fakta itu bagi setiap pilihan.
5.5 Memilih pilihan yang paling terbaik
- pilih rancangan yang menjanjikan kejayaan untuk membawa pengurusan ke arah pencapaian objektif organisasi.
5.6 Mewujudkan rancangan-rancangan kecil
- selepas rancangan ulung diterima rancangan-rancangan kecil untuk unit-unit diadakan untuk menyokong rancangan ulung itu.
- Rancangan-rancangan kecil mestilah mewujudkan penyelarasan setiap peringkat dalam organisasi itu supaya mereka dapat bekerja bersesuaian dengan rancangan ulung.
5.7 Perlaksanaan rancangan
- melibatkan peralihan dari merancang kepada tindakan.
- Memerlukan penggunaan/ penglibatan fungsi pengurusan yang lain.
- Sangat penting rancangan dimonitor dengan berhati-bati untuk mempastikan bahawa iainya berkesan ke arah mencapai objektif yang dikehendaki.

KRITERIA UNTUK MENILAI KEKESANAN RANCANGAN
6. 6.1 Berfaedah
Untuk memberi faedah kepada pengurusan dalam perlaksanaan fungsi-fungsinya sesuatu rancangan mestilah:-
a) Fleksibel – Boleh diubah dengan segera dan teratur untuk menyesuaikan dengan keadaan (environment) yang berubah tanpa kehilangan kekesanan.
b) Kestabilan – Jika rancangan kerap diubah pengurus tidak dapat kefahaman dengannya dan menyebabkan tidak berkesan.
c) Pertalian (continuity) – Rancangan mestilah mempunyai kesinambungan supaya tindakan yang berterusan.
6.2 Ketepatan dan menurut kenyataan
a) Rancangan mesti dinilai untuk melihat sama ada ianya jelas/ tetap, terang, padat dan tepat.
b) Rancangan mesti berdasarkan fakta-fakta yang nyata dan pemikiran yang realistik ke atas keperluan-keperluan yang dikehendaki untuk mencapai objektif, bukannya untuk mencapai objektif individu yang merancang itu.
c) Rancangan mestilah berdasarkan pemikiran yang nyata dan tidak dipengaruhi oleh pendapat/prasangka sendiri.
d) Emosi dan objektif individu (persendirian) tidak boleh dicampur dengan keperluan kenyataan, lojik dan realistik rancangan.
6.3 Skop
Rancangan dianalisa mengikut skopnya.
a) Lengkap – Rancangan mestilah menampung secukupnya semua tindakan yang dikehendaki oleh individu-individu dan organisasi untuk mencapai matlamat. Tetapi tidak semestinya menggariskan dan terlalu detail untuk mengelakkan ujudnya sekatan, menghadkan menyebabkan hilang dayausaha dan kebebasan bertindak oleh pengurus.
b) Keselarasan (unity) – Hanya satu rancangan sahaja dilaksanakan pada sesuatu masa untuk mengelakkan kekeliruan dan kacau bilau.
c) Keadaan tidak mudah berubah (consistency) – Setiap unit dalam organisasi itu mempunyai rancangan ke arah mencapai objektif. Semua unit mesti bekerja sama dan menyelaras tindakan mereka.
6.4. Berharga (Cost effectiveness) – Rancangan adalah mahal dalam bentuk masa, tenaga dan pengaliran pemikiran/emosi mereka yang membuat rancangan itu.
6.5. Bertanggungjawab (accountability) – Tanggungjawab membuat rancangan dan tanggungjawab melaksanakan rancangan.
6.6. Memakan masa (timeliness) – Ramalan masa hadapan dengan tepat merupakan masalah disebabkan banyak event boleh berlaku di mana pengurusan tidak dapat mengawal e.g. bencana alam, pertukaran teknologi, cuaca, ekonomi. Perancang mesti cuba membuat ramalan mengikut kepentingannya.
HALANGAN KEPADA PERANCANGAN

7. 7.1. Terhad dalam memperolehi maklumat-maklumat secara tepat.
7.2. Perbelanjaan yang tinggi.
7.3. Faktor kemanusian – tabiat manusia lazimnya mempunyai hakikat tertentu kepada apa yang sedang dilalui dari mengamati masa hadapan. Pada mereka, masa hadapan bererti memerlukan perubahan, penyesuaian kepada keadaan dan peraturan baru. Satu faktor lagi kerana mereka telah biasa kepada polisi atau prosedur yang dianuti sekarang dan sebarang perubahan baru membawa kesusuahan untuk penyesuaian.

MASA DAN TEMPOH PERANCANGAN
8. 8.1. Jangka Pendek (short range)
Perancangan melibatkan tempoh masa kurang dari setahun.
8.2. Jangka Pertengahan (Intermediate Range)
Melibatkan tempoh masa satu hingga dua tahun.
8.3 Jangka Panjang (Long Range)
Melibatkan tempoh masa 2 tahun ke atas.

JENIS-JENIS RANCANGAN
9. 9.1. Strategic Plan - Mission
- objective
- strategies

9.2 Standing Plan - Policy
- Procedures
- Rules and Regulations
9.3 Single-use Plan - Programmes
- Projects
- Budgets
CIRI-CIRI RANCANGAN YANG BAIK

10. 10.1. Berasaskan penyelidikan/ kajian.
10.2. Melibatkan pegawai/anggota yang terlibat dengan tugas dirancangkan.
10.3. Fleksibel.
10.4. Realistik.
10.5. Kemajuan dapat dimaklumkan kepada yang terlibat.
10.6. Tentukan bahagian-bahagian rancangan dapat diselaraskan.
10.7. Kawalan boleh dilaksanankan melalui laporan. Boleh dibuat kajian dari masa kesemasa.

MENGAPA RANCANGAN GAGAL?
11. 11.1. Kurang kefahaman atas masalah atau objektif.
11.2. Kekurangan masa untuk merancang membawa kepada tindakan yang tergesa-gesa.
11.3. Pertimbangan yang tidak secukupnya dibuat ke atas pilihan-pilihan (alternatives)
11.4. Gagal menyalurkan maklumat yang mencukupi kepada yang terlibat dalam perancangan.
11.5. Kekeliruan (misunderstanding), salah timbang (misjudgement), masa yang tidak betul (bad timing).
11.6. Ketidaksempurnaan (defect) dalam sistem kawalan.













Sunday, 28 December 2008

MAJLIS RAJA-RAJA : KEDUDUKAN DAN PERANANNYA DALAM PERLEMBAGAAN.


PENDAHULUAN
Di dalam peruntukan perkara 38 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebutkan

“Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut jadual kelima. “. Lihat lampiran A mengenai Jadual Kelima.

Sebagai satu kenyataan , Majlis Raja-Raja adalah satu institusi yang tertua dan kewujudannya mendahului Perlembagaan persekutuan itu sendiri ( Nik Rashid , 1997 ). Kenyataan ini meletakkannya dalam kedudukan yang tertentu dalam pentadbiran dan perjalanan pemerintahan negara. Keudukan tinggi ahli-ahli majlis, terutamanya raja-raja, turut memberikan sumbangan meneguhkan kewibawaan majlis dalam perjalanan pentadbiran di Persekutuan. Selain daripada kedudukan dan kuasa formal dalam perlembagaan, Majlis Raja-Raja mempunyai sejarah dan latarbelakangnya sendiri. Faktor ini jelas menggambarkan kedudukan dan pengaruhnya dalam pentadbiran negara.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MAJLIS RAJA-RAJA.

Majlis Raja-raja bermula dengan apa yang dinamakan sebagai Persidangan Durbar Raja-Raja dari empat buah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan pegawai-pegawai Inggeris pada tahun 1897. Tidak begitu jelas mengapa dinamakan Durbar. Bagaimanapun ia merupakan pertemuan antara raja-raja dari Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk membincangkan masalah-masalah negeri mereka dengan pegawai-pegawai Inggeris. Dalam pertemuan ini segala masalah orang melayu di negeri Baginda Tuanku dibincangkan. Pada mulanya Baginda Raja-Raja Melayu berkenaan berasa khuatir ; khuatir jika mereka dikongkong lebih jauh lagi oleh pihak Inggeris. Bagaimanapun setelah menghadirinya kekhuatiran itu hilang apabila Baginda Raja-Raja Melayu mendapati banyak perkara dapat diselesaikan dalam pertemuan itu. Meskipun persidangan Durbar itu dikhususkan kapada Baginda Raja-Raja Melayu dari empat negeri di atas iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, ada ketikanya Baginda Raja-Raja Melayu dari dari Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis serta Johor juga turut diundang sama di mesyuarat-mesyuarat tersebut. Ini berlaku umpamanya pada tahun 1930 di Singapura. Baginda Raja-Raja Melayu dari kelima-lima negeri berkenaan enggan menyertai jemputan Inggeris untuk memasukkan negeri mereka ke dalam kelompok empat negeri melayu di atas. Ini berlaku setelah Baginda Raja-Raja dari lima negeri berkenaan melihat layanan Inggeris terhadap Baginda Raja-Raja Melayu Negeri Bersekutu dianggap sebagai menghina kedudukan Baginda Raja-Raja berkenaan sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut.
Bentuk Majlis Raja-Raja yang ada sekarang bermula secara formal pada tahun 1946, di bawah gagasan Malayan Union. Ia pertamakalinya disertai oleh semua semilan orang Baginda Raja-Raja Melayu. Dari sudut perkembangannya miskipun Majlis Raja-Raja di bawah gagasan ini mempunyai kuasa dan perann yang terhad tetapi Malayan Union tidak menafikan kepentingan institusi beraja di kalangan orang-orang Melayu.

Pada tahun 1948, sebuah perlembagaan baru yang merupakan kompromi kapada gagasan Malayan Union ( yang ditentang oleh orang-orang Melayu ) dirangka. Maka bermulalah sekreteriat Majlis Raja-Raja seperti yang ada sekarang. Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu pada 1948 jugalah yang menjadi titiktolak bermulanya majlis sebagai institusi yang diuruskan sepenuhnya oleh Baginda Raja-Raja Melayu sendiri. Ia berterusan hingga ke hari ini. Pada masa sekarang sekreteriat diketuai noleh seorang pegawai yang dinamakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang dilantik oleh Baginda Raja-Raja sendiri melalui mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Sebagai ingatan, tidak semua kuasa-kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja sekarang berasal dari Perlembagaan pada tahun 1948. Perlembagaan itu pada umumnya telah mengkanunkan pelbagai perkara yang dilaksanakan oleh Baginda Raja-Raja Melayu apabila pesidangan Durbar bermula pada tahun 1896 mengenai hak membincangkan soal-soal penting seperti kewarganegaraan dan kewangan persekutuan.


Setelah Suruhanjaya Reid ditubuhkan dan memulukan tugas mengumpulkan cadangan ia ( Suruhanjaya Reid ) tidak membuat apa-apa syor ataun memberikan apa-apa peranan penting kapada Majlis Raja-Raja. Ia sekadar menyebut kuasa Majlis Raja-Raja hanyalah melantik BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGUNG . Walaubagaimana pun kedudukan dan peranan Majlis Raja-Raja seperti yang terkandung dalam Kertas Putih, ada memperincikan kuasa dan kedudukan majlis berkenaan. Setelah cadangan dan perakuan-perakuan dikemukakan oleh Kertas Putih tersebut yang pada hakikatnya mempunyai kesan menghidupkan semula peranan yang dimainkan oleh Majlis Raja-Raja di dalam gagasan Malayan Union pada tahun 1948. Selepas itu tidak ada pindaan penting yang dibuat ke atas kuasa-kuasa Majlis Raja-Raja , kecuali beberapa penambahan yang dilakukan pada tahun-tahun 1990 an ; khususnya pada tahun 1993 apabila perlembagaan dipinda bagi membolehkan Majlis Raja-Raja mengambilalih kuasa pengampunan dari Raja-Raja Melayu dalam beberapa keadaan tertentu.

Sesuatu yang dilihat konsisten dan menonjol didalam peranan Majlis Raja-Raja iaitu cara Baginda Raja-Raja Melayu berdailog dengan pegawai-pegawai Inggeris semasa persidangan Durbar sehinggalah kapada wujudnya Majlis Raja-Raja dalam Persekutuan tahun 1948. Ia juga menampakkan tema dan penekanan yang sama seperti persoalan imigresen dan lain-lain.

PERUNTUKAN PERKARA 38 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BERKAITAN TUGAS DAN PERANAN.

Di dalam perkara 38 (2) diperincikan peranan dan tugas-tugas Majlis Raja-Raja iaitu :

“ a. memilih yang di- Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga:
b. mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan
atau acara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
c. mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan
membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang,
menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
atau yang dikehendaki di buat oleh atau selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja;
d. melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;
e. memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, mengantung
atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara
42,
dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya
perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua
perkara lain yang difikirkan patut.”

Mengenai dasar negara negara Pelembagaan ada menyebutkan mengenai tugas, kuasa dan peranan Majlis Raja-Raja. dalam Perkara 38 (3):

“ Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara
mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah
disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan
Gabenor-Gabenor disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau
Ketua-ketua Menteri mereka; dan pertimbangan-pertimba-
ngan itu adalah antara tugas-tugas yang dijalan-kan oleh
Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri
Dan oleh Raja-Raja yang lain dan Gabenor-Gabenor mengikut
Nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka.”

Kalau ditinjau di dalam lebih mendalam institusi ini berperanan sebagai satu institusi tertinggi dan rasmi di peringkat persekutuan mengenai hal-hal pentadbiran agama dan agama Islam. Ini jelas disebut di dalam perkara 38 (2) (b) antara lain menyebut:

“ mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluroh Persekutuan”

Majilis ini juga dilihat berperanan besar baik pada masa sekarang atau dimasa depan sekiranya tafsiran undang-undang perlembagaan diperbaharui dan diperluas serta ditafsir semula. Ini kerana jika dilihat sepintas lalu ia juga berperanan dalam hubungannya dengan hal-hal negara di peringkat Kebangsaan. Disebutkan dalam perkara 38 :

“- perkara 38 (2) (b) – mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan.
- perkara 38(2) (c) – mempersetujui atau tidak persetujui apa-apa undang-undang dan membuat
atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan
……………
- perkara 38 (2)(e)- memberi ampun……………..meringankan hukuman……… .
- perkara 38(5) - …….hendaklah diminta fikirannya……ibuat apa-apa perubahan…..perkara dibawah perkara
153.
-perkara 38(6) -……boleh bertindak mengikut budibicara
……….dalam tugas-tugas:
a……pilih dan pecat Yang di-Pertuan Agong……
b……memberi nasihat atas apa-apa perlantikan... .
c……mempersetujui atau tidak atas pengubahan
sempadan negeri-negeri……
d……setuju atau tidak…amalan,perbuatan..seluruh
Persekutuan……..
e.……penubuhan Mahkamah Khas….
f……memberi pengampunan….ringan hukuman… .

MARTABAT DAN KEISTIMEWAAN MAJLIS RAJA-RAJA

Kalau dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam perkara 38 keseluruhanya ianya mempunyai martabat dan kedudukan serta keistimewaan yang boleh dikatakan tinggi kalau dilihat dari sudut pemerintahan kerajaan Malaysia iaitu DEMOKRASI DAN RAJA BERPELEMBAGAAN ( CONSTITUTIONAL MONARCHY). Tinggi di sini merujuk kapada komposisi ahli, kuasa, peranan, kedudukan dan martabat serta kekebalan YMM Baginda Raja-Raja ssebagai ahli, dan lain–lain kuatkuasa undang-undang/perlembagaan dimana fikiran dan pandangan Majlis Raja-Raja hendaklah diminta selain dari kuasa budi bicara Majlis ini dan YMM Baginda Raja-Raja.

Dari segi komposisi Majlis Raja-Raja kita dapati keahlian Majlis Raja-Raja adalah sepenuhnya sembilan (9) orang YM Raja-Raja Melayu sekiranya mesyuarat yang diadakan akan membincangkan perlantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan memilih YMM Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu keahlian penuh mesyuarat Majlis Raja-Raja juga terjadi apabila ianya membincangkkan kedudukan, keistimewaan YMM Baginda Raja-Raja, kehormatan, kuasa dan kedudukan yang menyentuh YMM Baginda Raja-Raja Melayu. Selain dari perkara di atas komposisi Majlis Raja-Raja akan berubah iaitu apbila ia membincangkan dasar-dasar dan undang negara Yang di-Pertuan Agung akan disertai oleh YAB Perdana Menteri seterusnya YMM Raja-Raja ditiap-tiap Negeri ( Negeri Beraja) akan disertai oleh Menteri Besar dan Gabenor –Gabenor pula seiring dengan Ketua Menteri-Ketua Menteri. (Perkara 38 .3. ).

Berkaitan denganperlantikan dan pemecatan YMM Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga kedudukan istimewa orang-orang Melayu, juga yang menyentuh kuasa dan kehormatan dan keistimewaan YMM Baginda Raja-Raja: dalam soal ini kita dapati jelas dalam perlembagaan perkara 38 , dimana kedudukan Majlis Raja-Raja adalah mengatasi Parlimen di dalam perkara-perkara tertentu yang telah disebutkan di atas. Selain boleh dibincang perkara lain mengenai negara yang Majlis Raja-Raja patut dibincangkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semasa draf Perlembagaan negara digubal iaitu mungkin pemerintahan negara tidak diperintah oleh orang Melayu maka wakil-wakil kaum bersetuju dimasukkan peruntukan bahawa dalam perkara 153, kerajaan yang memerintah tidak mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan peruntukan berkenaan. Ini selaras dengan semangat peruntukan itu sendiri yang memberi keistimewaan kapada orang-orang Melayu itu sendiri .

Dari satu segi kelihatan negara tidak begitu demokratik kerana kuasa kerajaan terbatas dalam meluluskan beberapa undang-ndang kerana terpaksa mendapat pandangan Majlis Raja-Raja. Contohnya seperti soal mengubah sempadan Negeri.-Negeri di mana pandangan YMM Raja-Raja melalui Majlis Raja-Raja perlu mendapat fikiran YMM Raja-Raja dahulu walaupun kerajaan dipilih oleh rakyat dan dalam hal ini sepatutnya parlimen adalah kuasa tertinggi dalam penggubalan apa-apa undang dan dasar negara. Walaubagaimana pun ini perlu dilihat dari sudut yang lain bukan dari sudut politik atau tidak demokratik. Ia tidak semistinya buruk dari segi demokrasi terutamanya jika alasan YMM Raja-Raja mempunyai kuasa menyemak dan mengimbang kuasa kerajaan yang memerintah. Ini sebagai “ check and balance “ dalam bahasa dan tindakan, serta bahasa yang begitu halus sesuai dengan keperibadian bangsa Melayu. Menjaga negara dan rakyatnya dalam segala aspek serta tidak menghilangkan kehormatan YMM Raja-Raja sebagai Pemerintah secara tradisinya sebelum berubah selepas kedatangan British; dengan lain kata YMM Raja-Raja ditetap dijaga dan dipelihara dan YMM Raja-Raja tahu peranan dan kedudukannya /membawa diri dalam sisitem yang ada sekarang disamping kerajaan melengkapkan tugas dan tanggungjawabnya kapada negara dan rakyat dalam satu lanskap yang begitu nyaman dan sempurna. Ini dengan lain perkataan ia mengujudkan “ situasi menang-menang. “ WALAUPUN SESEKALI TERDAPAT LANSKAP PEMERINTAHAN NEGARA TERCALAR KERANA SELISIH BAHASA ANTARA KERAJAAN DAN YMM RAJA TETAPI DIAKHIRNYA IA KEMBALI KEPADA KEADAAN ASAL.

Perlembagaan Persekutuan juga dianggap sempurna dan lengkap, penuh dengan pertimbangan dan tolakansur antara pelbagai kaum di negara ini yang mana telah membawa keamanan berbanding di kebanyakkan negara lain di dunia walaupun ia bukan sepenuhnya lengkap, dapat dilihat ciri-ciri dalam beberapa aspek lagi menerusi kedudukan dan peranan Majlis Raja-Raja.

Kalau dilihat pada perkara 159 Perlembagaan Persekutuan soal-soal mengenai Majlis Raja-Raja dan institusinya seperti diperkara 38 Perlembagaan Persekutuan juga jelas menyatakan kuasa Majlis Raja-Raja di mana setiap pindaan yang menyentuh kedua-dua perkara di atas persetujuan adalah diperlukan dari Majlis Raja-Raja. Ia juga meliputi peruntukkan-peruntukkan mengenai Bahasa Melayu dan Agama Islam, perlindungan terhadap kedudukan YMM Baginda Raja-Raja melayu di bawah perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Sementara kuasa di bawah perkara 159 secara sepntas lalu jika di perhatikan jelas menunjukkan kedudukan Majlis Raja-Raja kelihatannya mengatasi Parlimen.

Walaupun corak Pemerintahan negara ini adalah pemerintahan Demokrasi Raja berPelembagaan tetap tingginya tahap dan nilai serta semangat tolakansur di samping untuk memertabatkan simbol kuasa orang Melayu dan simbol perpaduan bangsa Malaysia semasa Perlembagaan tersebut digubal sehinggalah ke hari ini kuasa YMM Baginda Raja-Raja Melayu dan kedudukan serta kuasa dan peranan Majlis Raja-Raja jelas kelihatan penting walaupun dalam setengah perkara YMMSPBYD AGUNG serta Majlis Raja-Raja bertindak mengikut NASIHAT ( selepas pindaan pada tahun 1996 ) perkataan NASIHAT diperjelaskan yang mana nasihat yang wajib dipatuhi : Majlis ini seterusnya diberi satu kedudukan yang amat tinggi dalam perkara-perkara yang disebutkan secara khusus iaitu misti mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja jika kerajaan berhasrat mengubah sempadan negeri , keahlian dalam beberapa majlis seperti Majlis Angkatan Tentera kerana semua kesembilan (9) orang YMM Baginda Raja-Raja Melayu termasuk DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGUNG yang merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia sementara YMM Baginda Raja-Raja Melayu mejadi Pegawai Pemerintah dalam setiap Division Tentera Melayu Di Raja yang terdapat diseluroh negara. Di samping itu Majlis Raja-Raja juga diberi kuasa, kedudukan,dan peranan yang amat penting selain dari sebab yang telah disebutkan di atas tadi: di mana Majlis ini perlu dirundingi dalam perlantikan-perlantikan penting hakim-hakim, ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya dan beberapa perlantikan lagi. Dengan lain perkataan selain dari faktor di atas ianya dibuat sedemikian bagi mengujudkan ( sekurang-kurangnya didalam dokumen resmi Perlembagaan dan secara fizikalnya bahawa badan legislative iaitu satu cabang yang bebas dan berasingan dalam struktur pemerintahan Negara dirasa bebas atau kelihatan bebas atau kurang campurtangan eksekutif supaya institusi ini dihormati dan mendapat kepercayaan rakyat untuk memperolehi keadilan. Ini kerana Majlis Raja-Raja dan Ahli-ahlinya mempunyai kedudukan yang tinggi secara tradisi iaitu sebagai Raja mutlak di negeri sebelum kedatangan Penjajah dan institusi tertinggi pada budaya, pandangan dan kuasa DAULATNYA di kalangan orang Melayu : diteruskan : kemulian jaluran peranan, kuasa dan kedudukan mengikut Perlembagaan serta boleh ditegaskan sebagai sebuah badan yang lebih bebas dan dipercay ai serta mempunyai keesahan dan kedaulatan. Dengan lain kata, Majlis ini juga sebagai pengimbang antara tiga cabang pemerintahan Negara serta rakyat. Sepintas lalunya bagi mengelakkan kerajaan yang memerintah berkuasa penuh dan berlaku penindasan. Ia juga menerangkan tentang budi dan budaya yang begitu halus bangsa Melayu dalam memelihara semua asset bangsa disamping sikap tolakansur berbagai kaum dan dengan jelas ia mengisyaratkan bahawa konsep musyawarah adalah penting dan terbaik dalam membuat keputusan oleh kerajaan bagi satu-satu perkara penting yang mana sukar untuk berpatahbalik bagi membaiki kesilapan tersebut. Cagarannya jika kesilapan berlaku adalah kemusnahan sebuah negarabangsa,, struktur dan segala isibumi dan budayanya. Antaranya ialah keahlian dalam beberapa majlis seperti Majlis Angkatan Tentera, hak untuk dirundingi dalam beberapa perlantikan seperti hakim-hakim, ahli-ahli Sutuhanjaya Pilihanraya dan dalam mengubah sempadan negeri-negeri. Dalam hal ini dalam banyak kes majlis Raja-Raja telah memainkan peranan yang begitu penting dan berpngaruh sebagai kuasa pengimbang dalam mengubah dan meminda serba sedikit keputusan kerajaan. Ini mungkin dianggap sebagai kelemahan kerajaaan tetapi kalau dilihat dari sudut yang lain ia adalah hasil dari musyawarah yang diamalkan oleh kerajaan diperingkat tertinggi.

KUASA ,PERANAN DAN KEDUDUKAN YANG TIDAK DIJELASKAN.

Selain dari kuasa-kuasa , kedudukan dan peranan Majlis Raja-Raja yang telah dinyatakan secara jelas , terdapat beberapa beberapa tempat lagi di dalam Perlembagaan dimana kuasa, peranan serta kedudukan Majlis Raja-Raja yang dinyatakan secara tidak langsung atau tidak secara khusus. Di antaranya ialah persetujuan mengubah sempadan negeri, keahlian dalam beberapa majlis seperti Majlis Angkatan Tentera, hak untuk dirundingi dalam perlantikan hakim-hakim dan kadangkala dikatakan boleh mengubah senarai perlantikan tersebut. Juga perlantikan ahli Suruhanjaya Pilihanraya dan sebagainya.

Dari aspek agama Islam, Majlis Raja-Raja disamping mewakilkan Yang di-Pertuan Agong dari segi kuasa ini contohnya dalam menentukan atau bersetuju atau sebaliknya sebarang sambutan keagamaan peringkat Persekutuan. Ini penting kerana negara tidak mempunyai ketua agama Islam miskipun perlembagaann telah menetapkan agama Islam adalah Agama rasmi Persekutuan. Dalam hal ini ia tidak menentuh kuasa YM Baginda Raja-Raja di Peringkat Negeri tambahan pula YM Baginda Raja-Raja amat berat hati untuk melepas atau meminda kuasa mereka yang tinggal sedikit iaitu dalam bidang agama .

SOROTAN-SOROTAN MENARIK YANG MENYENTUH PERANAN DAN KUASA SERTA
KEDUDUKAN MAJLIS RAJA-RAJA


Beberapa peristiwa menarik dan ad juga dipanggil krisis berkaitan Perlembagaan Pesekutuan yang terjadi beberapa kali. Ia terjadi atas beberapa fakta tetapi apa yang jelas, ia terjadi di era pemerintahan Dato Sri DR Mahathir Mohamed dan semua krisis ini akhirnya telah memperjelaskan lagi kuasa, peranan dan kedudukan Majlis Raja-Raja.
Pada tahun 1983 berlaku satu krisis, di dalam apa yang dikenali sebagai krisis pindaan perlembagaan. Di dalam krisis ini ia melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam soal memperkenankan satu-satu rang undang-undang dan juga soal mengisyitiharkan darurat. Dalam hal ini diperjelaskan bahawa satu-satu rang undang-undang akan menjadi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan setelah diwartakan walaupun tanpa memdapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong setelah melalui beberapa proses. Di dalam soal pengistiharan darurat, diperjelasakan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh mengistiharkan darurat setelah mendapat nasihat dari Perdana Menteri dan nasihat ini misti dipatuhi.

Pada tahun 1984 pula berlaku pergeseran yang begitu hebat di antara dua parti politik Melayu iaitu antara UMNO dan PAS; hingga membawa kapada hasrat untk memgadakan debat terbuka antara keduanya. Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong dengan resolusi dari Majlis Raja-Raja telah membatalkan debat terbuka yang ingin diadakan. Kedua parti politik tersebut akur dengan perintah dari Yang di-Pertuan Agong.

Pada tahun 1988 apabila krisis badan kehakiman berlaku Majlis Raja-Raja turut memainkan peranan sehingga krisis tersebut selesai dan dalam krisis ini Ketua Hakim Negara telah dipecat melalui satu tribunal kerana salahlaku. Dalam krisis dengan pihak istana di mana imuniti YM Baginda Raja-Raja telah dipinda dimana kekebalan YM Baginda Raja-Raja atas sifat dirinya sendiri sahaja. Ini berlaku apabila satu lapuran polis telah dibuat oleh seorang jurulatih hoki Negara yang mana mendakwa ia telah dipukul dan dkasari oleh YM Baginda Sultan Johor. Dalam hal ini Maj;is Raja-Raja telah memainkan peranan yang penting sehingga membawa kapada pindaan perlembagaan berkaitan imuniti YM Baginda Raja-Raja diperkenankan. Di dalam kemelut perpecahan masyarakat Melayu selepas pilihanraya pada tahun 1999 Majlis Raja-Raja juga telah memainkan peranan yang penting untuk menyatukan semula orang-orang melayu. Di dalam pilihanraya yang ke 10 ini pihak kerajaan telah kehilangan kerusi parlimen yang banyak dan diperingkat negeri telah kehilangan dua(2) negeri kapada Parti PAS.

KESIMPULAN.

Dari perbincangan di atas jelaslah Majlis Raja-Raja telah diberi peranan , kuasa dan kedudukan yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Walaupun berlaku sedikit sebanak krisis dan kekurangan dapat disimpulkan Majlis Raja-Raja telah diberi satu kedudukan yang istimewa. Dengan lain perkataan ia lebih tinggi dari Parlimen dari segi kedudukannya dan mungkin dari segi kuasa ia masih boleh diperbahaskan. Ini berlaku tidak lain adalah bagaimana Perlembagaan itu ditafsirkan. Perlembagaan negara perlu diingat digubalkan berdasarkan tolakansur dan permaufakatan antara beberapa bangsa yang berada di negara ini. Ia sudah tentu tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Dengan kata lain , semua pihak tidak akan mendapat semua dan tidak semua pihak akan mendapat semua. Maka adalam keadaan tersebut dan terbukti pada hari ini negara Malaysia telah lahir sebagai sebuah negara yang begitu aman dan salah satunya hasil dari perlembagaan tersebut dan lebih khusus , Majlis Raja-Raja telah memainkan peranan serta menggunakan kuasa dan kedudukannya dengan bijaksana dan terpuji. Selain itu keberkesanan Majls ini bukan sahaja terletak kapada kuasa, peranan dan kedudukannya yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan sahaja tetapi Majlis Raja-Raja terus relatif dan dan berjaya memainkan peranannya diluar dari kuasa, peranan dan kedudukan yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Contoh, dalam mengatasi isu debat terbuka antara UMNO dan PAS pada tahun 1988. Oleh yang demikian walaupun Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa formal tetapi Majlis Raja-Raja masih lagi boleh memainkan peranan yang lebih aktif ( tanpa kuasa formal ) dalam apa bentuk masalah dan kegiatan di dalam negara dengan syarat ia mempunyai karisma, keperibadian, dan kesungguhan untuk mengatasi satu-satu masalah. Ketinggian peribadi dan komitmen kapada keadilan dan demokrasi di pihak YM Baginda Raja-Raja amat penting untuk keutuhan dan kedaulatan serta masih dan terus releven untuk masa dan bagi abad yang akan datang.







MOTIF DAN PERSEDIAAN DARI TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

Motif adalah tindakan yang mendorong seseorang itu melakukan sesuatu tindakan . Setiap perbuatan yang dilakukan dengan sengaja ia dikatakan ada mempunyai motif. Motif dan niat mistilah ditentukan . Niat ini adalah keputusan seseorang itu untuk lakukan sesuatu perkara . Manakala motif adalah merupakan sebab untuk seseorang itu membuat keputusan . Contohnya :

“ seseorang perempuan miskin yang punyai seorang anak mencuri sebuku roti. Niat wanita itu ialah untuk mencuri. Tetapi motif beliau mencuri ialah untuk memberi makan untuk anaknya. Oleh itu motif adalah merupakan satu emosi beliau untuk lakukan perbuatan tersebut. Ia merupakan faktur saikologi yang dapat dibuktikan oleh perbuatan yang dilakukan ” .

Walau babaimanapun adakalanya sukar untuk kita mengetahui di sebalik perbuatan tersebut . Walaubagaimana pun ini tidak bermakna perbuatan tersebut tidak mempunyai motif . Keterangan motif adalah relevan dalam kes jenayah . Walau pun begitu keterangan langsung dan bukti yang jelas bahawa yang di tuduh melakukan kesalahan jenayah adalah persoalan mengenai motif tidak menjadi relevan untuk menentukan sabitan . Bila sesuatu kes itu bergantung sepenuhnya di atas keterangan mengikut keadaan , maka isu motif menjadi penting dan perlu.

Dalam kes Nath Singh v R ( 1949 ) . Madras Law Jurnal ms 297. Hakim Perbicaraan memutuskan bahawa keterangan yang menunjukkan motif jenayah adalah diterima pakai , walaupun keterangan tersebut menyarankan bahawa jenayah lain yang dilakukan oleh tertuduh. Di dalam kes ini tertuduh dibicarakan di dalam satu kes bunuh terhadap seorang lelaki bernama Karnail Singh. Keterangan menunjukkan bahawa Karnail Singh telah memeras ugut wang dari tertuduh di atas alasan bahawa dia mengetahui tertuduh telah membunuh penama Bhan Singh.

Fakta keterangan ini dikemukakan bagi menunjukkan tentang motif melakukan pembunuhan tersebut . Perlu di jelaskan bahawa motif tidak boleh diterimapakai sekiranya keadaan menyarankan tertuduh akan melakukan perbuatan tersebut . Lain-lain motif untuk menunjukkan kelakuan ( conduct ) jahat tertuduh adalah tidak relevan di bawah seksyen 54 AK.

Dalam kes Boota Singh v PP ( 1933 ) 2 MLJ pg 195 , lapuran polis yang dibuat sebelumnya oleh si mati telah diterimapakai dalam akta keterangan untuk membuktikan motif jenayah . Hakim perbicaraan menjelaskan , dalam kes ini lapuran polis yang dibuat oleh simati terhadap tertuduh sembilan bulan sebelum pembunuhan telah diterima pakai sebagai keterangan untuk menunjukkan motif jenayah.

Peguambela dalam hujahnya pula menyentuh :

· Bahawa report polis tidak boleh diterimapakai di bawah mana-mana seksyen akta keterangan.
· Dan sekiranya ianya diterimapakai , maka ianya akan mempengaruhi keseluruhan prosiding perbicaraan dan yang tertuduh berhak dibebaskan.

Walaubagaimana pun , report polis telah dikemukakan oleh pendakwa untuk menunjukkan motif di bawah seksyen 8 . ini menunjukkan bahawa si mati mempunyai hubungan tidak baik dengan tertuduh . Perbuatan si mati membuat lapuran polis terhadap tertuduh adalah relavan di bawah seksyan 8 . Kenyataannya , bahawa lapuran polis ini bukanlah kelakuan ( conduct ) , dalam ertikata sebenar seksyen tersebut tetapi dalam kes ini kenyataan lapuran itu menunjukkan bahawa si mati bertindak membuat report polis . Ianya diterimapakai oleh mahkamah di bawah “ Illustration “ di bawah sek syen 8 .

Perlu dinyatakan bahawa lapuran polis bukanlah keterangan sebenar tuduhan si mati terhadap tertuduh . Ianya dikemukakan dalam keterangan pihak pembela semasa perbicaraan dan adalah jelas bahawa tujuan lapuran polis tersebut dikemukan oleh pembelaaan adalah kerana iannya dikemukakan sebagai keterangan , setelah fakta isu ( lapuran polis ) telah disiasat dan tiada tindakan diambil oleh pihak polis. Dan ini memihak kapada tertuduh bahawa tuduhan pembunuhan tersebut adalah tidak benar.

Di dalam kes Lim Kong v PP ( 1962 ) 28 MLJ 195 ……….keterangan ketidakstabilan kewangan telah diterimapakai di bawah seksyen 8 , untuk menunjukkan motif penculikan . Hakim Perbicaraan menjelaskan ,

“ Kam Chow telah mendedahkan rahsia tertuduh yang mempunyai tunggakkan hutang untuk pembelian minyak petrol sejak 1959 berjumlah RM 1200. Tan Oon Cheng telah memberi keterangan bahawa tertuduh telah meminjam RM 4000 untuk menukar injin diesil pada SR 6959 dan dia tertunggak pembayaran bagi bulan Jan dan Feb ” .

Hakim Perbicaraan juga merujuk kapada pemerikasaan balas tertuduh terhadap keterangan tersebut . Ianya tidak dipertikaikan dan sebalikny a menunjukkan di dalam rekod keterangan tersebut semasa pemeriksaan balas menunjukkan bahawa tertuduh berada di dalam kesempitan kewangan . Hakim Perbicaraan kemudiannya membuat keputusan bahawa keterangannya diterimapakai di bawah akta keterangan 1957 bagi menunjukkan motif.

Mr Marsall menghujah bahawa keterangan tersebut adalah keterangan tingkahlaku yang jahat jadi ia tidak boleh diterimapakai dibawah sek 54 AK. Merujuk kapada kenyataan tersebut Hakim Bicara menjelaskan bahawa kesempitan kewangan tidaklah semistinya tingkahlaku yang jahat dalam pengertian jahat yang sebenar mengikut sek 54 . Lagipun keterangan ketidakstabilan kewangan menyokong kes terhadap tertuduh oleh pendakwaan sebagai motif. Memandangkan kes jenayah ini adalah kes kewangan , maka keterangan bahawa tertuduh bertindak untuk mencari wang bagi menjelaskan hutang adalah relevan bagi menunjukkan motif.

Dalam kes Wong Foh Hin v PP ( 1964 ) MLJ pg 149 , Mahkamah persekutuan membenarkan perlakuan hubungan sumbang mahram yang tertuduh (Bapa ) dengam si mati ( anak perempuan ) bagi membuktikan motif pembunuhan .

Fakta dalam kes di mana :

“ Tertuduh telah disabitkan atas pertuduhan membunuh anak perempuannya ” .

Keterangan telah diterimapakai dalam perbicaraan tentang kejadian 3 ( tiga ) bulan sebelum kematian anak perempuannya di mana isteri pada tertuduh telah membuat aduan kapada ketua kampung bahawa tertuduh telah membuat hubungan sulit dengan anaknya . Isu tersebut telah diselesaikan oleh ketua kampung dengan amaran bahawa sekiranya kejadian tersebut berulang ianya akan dilaporkan kepada pihak polis .

Dalam rayuan persoalannya ialah samada keterangan kejadian di atas dan keterangan kejadian yang sama sebelum kematian anak perempuan tertuduh telah diterimapakai . Pihak peguambela menghujah bahawa :

· Keterangan perbuatan yang menyarankan hubungan sulit ini anatara tertuduh engans imati adalah keterngan kelakuan jahat dan denga itu tidak boleh diterimapakai.
· Sekiranya diterima, mahkamah sepatutnya menggunakan budibicara untuk mengenepikan nya atas adasar prejudis.

Mahkamah mendapati keterangan tersebut diterimapakai : dengan alasan , di dalam kes ini hanya terdapat keterangan mengikut keadaaan ( circumstantial evidence ) motif yang kuat adalah menjadi nilai keterangan yang tinggi. Seterunya mahkamah menyatakan pihak hakim yang bicara dalam kes ini adalah betul dengan tidak menggunapakai budibicara dalam mengenepikan keterangan kejadian tersebut atas dasar prejudis .

Rumusan

Dari perbincangan di atas , dapatlah dibuat rumusan bahawa setiap jenayah yan dilakukan oleh seseorang misti mempunyai motif walau pun adakalanya ia sukar untuk dibuktikan : tetapi keadaan ini tidak menafikan bahawa setiap perbuatan jenayah misti mempunyai motif . Dalam undang keterangan motif adalah fakta relevan dalam kes jenayah di Malaysia sehingga kini. Ini di perjelaskan dalam seksyen 8 Akta Keterangan.

Persedian

Adalah perbuatan permulaan yang mengarah kapada melakukan sesuatu kesalahan . Kebiasaannya ia permulaan untuk melakukan kesalahan tapi pada peringkat ini , ia masih bukan merupakan satu jenayah . Walaubagaimana pun setelah sesuatu kesalahan dilakukan maka fakta yang dituduh membuat persedian itu menjadi relevan .

Persediaan juga merupakan fakta relevan di bawah bahagian ( 1 ) sek 8 Akta Keterangan. Keterangannya menunjukkan yang di tuduh buat persedian melakukan jenayah boleh diterima . Perbuatan jenayah boleh dibahagi pada 4 peringgkat:

· Niat
· Persedian
· Percubaan
· Melakukan jenayah tersebut.

Bila seseorang itu mempunyai niat melakukan jenayah , ia dikatakan tidak melakukan apa-apa liabiliti jenayah . Walaubagaimana pun setelah niat untuk melakukan sesuatu jenayah pada peringkat kedua ( persedian ) sebagai contoh :

· Sesesorang beli sesuatu alat untuk melakukan pembunuhan . Ini jelas menunjukkan satu peringkat persedian.

Walaubagaimana pun pada peringkat ini , beliau masih belum melakukan apa-apa kesalahan jenayah . Ada beberapa kes sebagai contoh seperti dalam kes hasutan . Di mana seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan jenayah , walaupun peringkat itu masih di peringkat persediaan . Kesalahan yang sah itu hanya di peringkat ketiga ( percubaan ) dan keempat ( perbuatan melakukan jenayah ) sahaja.

Dalam kes Mohan Lai vs Emperor ( AIR 1937 sind 239 ) , telah dituduh dengan kesalahan menipu dalam perdagangan pengimportan barang tanpa menjelaskan duti kastam dengan cara menipu pihak berkuasa Kastam . Keterangan yang tertuduh melawat ke pelabuhan untuk membuat beberapa persedian di mana ia boleh mengimport barangan tanpa membayar cukai telah diterima pakai di bawah seksyen ini .

Rumusan

Dari penjelasan di atas dapatlah dirumuskan bahawa persedian tidak merupakan satu jenayah dan kesalahan walaupun di sertakan dengan niat tetapi apabila disertai dengan percubaan dalam melakukan perbuatan jenayah tersebut dan juga melakukan perbuatan jenayah tersebut maka barulah ia menjadi satu kesalahan yang sah.



CRITICALLY EXAMINE JUVENILE JUSTICE IN MALAYSIA

PENDAHULUAN


Isu mengenai penglibatan remaja di dalam perlakuan jenayah dari berbagai corak dan peringkat serta berbagai variasi cirinya di negara kita Malaysia pada di abad ke 21 ini sehingga kini begitu hangat diperkatakan oleh massa . Ini kerana keterlibatan remaja yang begitu muda dan begitu signifikan sehingga isu pemulihan , hukuman dan sebagainya yang dikira tidak begitu sempurna dipenjara-penjara , lokap, pusat-pusat pemulihan dipersoalkan dan sebahagiannya akan menyebabkan remaja berkenaan akan menjadi lebih sukar untuk beradaptasi dan pasti ia akan menyumbang kapada perlakuan jenayah remaja yang berkenaan menjadi lebih buruk. Samada ia dalam bentuk perbualan tepi jalan , bengkel, seminar dan berbagai bentuk wacana lain dengan meliputi berbagai peringkat dan gulungan .

Dari senario di atas jelas bahawa penglibatan remaja di dalam jenayah telah meningkat dengan begitu ketara dan ini telah membimbangkan semua pihak. Selain dari memikirkan masalah untuk membendung keterlibatan juvana di dalam aktiviti jenayah apa yang lebih penting ialah sistem keadilan itu sendiri yang boleh berfungsi sebagai pembendung pengaruh di atas dan juga pada masa yang sama ia dapat menyediakan persedian utuk pemulihan pada mereka yang telah dan akan terlibat dalam jenayah semasa dalam tahanan yang sah.

TAKRIF JUVANA

TUJUAN AKTA JUVANA 1947

Mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 ( Akta 611 ) :
"Kanak-kanak “ ialah " seorang yang di bawah umur lapan belas tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen seksyen 82 kanun keseksaan ”.

“ Kanak-kanak dalam percubaan ” pula ertinya seorang kanak-kanak yang sedang berada di bawah pengawasan menurut kuasa suatu perintah percubaan ”.

Tujuan Akta kanak-kanak 2001 ( Akta 611 ) tersebut antara lain adalah Satu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak dan orang muda dan penubuhan Mahkamah Kanak-Kanak. Sementara itu kemudahan yang diberikan oleh akta ini apabila satu-satu kesalahan Juvana dapat dibuktikan antara lain ialah :

Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang muda yang didapati bersalah di bawah undang-undang. Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan. Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak. Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan dan penerimaan semula kedalam masyarakat.

Di antara tujuan akta ini digubal ialah :
· Buang Kes
. Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan baik.
. Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai.
. Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukanjagaan dan didikan yang baik terhadapnya.

· Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan.
· Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
· Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos
· Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

PRINSIP AKTA KANAK-KANAK 2001

Ia antara lain untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan di atas prinsip-prinsip tertentu . Di antara prinsip-prinsip tersebut disebutkan dalam preamble akta 611 ialah :

Mengiktiraf bahawa wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral , etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan Malaysia madani yang bersatu padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan:
Mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu :
Mengakui bahawa seseorang kanak-kanak itu , oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal dan emosinya, memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul:
Mengiktiraf bahawa tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan seperti warna kulit ,ras, jantina, bahasa dan agama, asal usul atau kecacatan fizikal ,mental atau emosi atau apa-apa status lain :
MENGAKUI bahawa keluarga merupakan kumpulan asas dalam masyarakat yang menyedialkan suasana semula jadi bagi pembesaran , penyaraan dan kebajikan semua anggotanya, khususnya kanak- kanak , supaya mereka boleh membesar dalam suasana aman , bahagia , kasih sayang dan persefahaman untuk memperoleh keyakinan penuh , maruah dan nilai diri seorang manusia :
MENGIKTIRAF peranan dan tanggungjawab keluarga dalam masyarakat , supaya mereka diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan ,penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat:

PERMASALAHAN REMAJA MASAKINI

Di antara permasalahan remaja masakini dan hangat diperkatakan ialah :

· Jenayah - Bunuh, samun , perasugut , Kekerasan Jenayah, curi kenderaan, kongsi gelap Rusuhan, vandalisme, serangan seksual Kianat dengan api.
· Dadah - menagih dadah, mengedar dadah, hidu gam
. Trafik - Lumba haram , pandu tanpa lesen, samseng Jalanraya.
· Gejala sosial - Bohsia/bohjan, budaya lepak, ponteng Sekolah, seks rambang, merokok, disko Perjudian, video games, video lucah.

ISU – ISU KEADILAN JENAYAH REMAJA

Pada masa kini terdapat beberapa isu remaja yang begitu hangat diperkatakan. Antara lain yang penting dan perlu dieri perhatian ialah :

· Ada banduan reman remaja yang masih belum diwakili peguam.
· Ada banduan reman remaja yang belum berhubung dengan ahli keluarga mereka.
· Terdapat banduan muda yang ditahan terlalu lama sementara menungu kes mereka dibicarakan. Sebagai contoh, terdapat seorang banduan muda yang telah ditahan pada tahun 1999 manakala perbicaraannya ditetapkan untuk tahun 2002.
· Jaminan yang dikenakan untuk banduan-banduan reman muda agak tinggi berbanding dengan kesalahan yang dituduh. Misalnya, dalam satu kes pencurian satu set telefon bimbit, jaminan telah dikenakan sebanyak RM2,500.
· Banduan muda ditempatkan di penjara atau “lock-up” yang belum diwartakan untuk mereka.
· Banduan muda yang direman ditempatkan di perkarangan yang sama dengan banduan muda yang telah dijatuhkan hukuman.
· Banduan muda tidak diasingkan mengikut kategori umur.
· Keadaan ini boleh mewujudkan kesan negatif terhadap banduan muda yang lebih muda dari segi usia di samping mendedahkan mereka kepada gejala “bully” dan “taiko” di tempat tahanan itu.
· Banduan muda yang tersabit dengan kesalahan ringin ditempatkan bersama dengan banduan muda kesalahan serius.
· Banduan muda tidak mendapatkan perkhidmatan kaunseling yangsesuai bagi tahap mereka.
· Sebilangan banduan muda yang ditempatkan di penjara tidak berpeluang mempelajari sebarang kemahiran atau meningkatkan pendidikan mereka.

RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB )

Malaysia telah menandatangani Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) dan di antara lain resolusi tersebut ialah :

“ Menurut Perkara 40 (1) Konvensyen Mengenai Kanak-Kanak “Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak yang dikatakan sebagai, dituduh atau diiktirafkan sebagai melanggar undang-undang penal hendaklah dilayan mengikut cara yang selaras dengan penggalakkan kefahaman kanak-kanak itu mengenai kemuliaan dan harga diri, yang menguatkuasakan rasa hormat kanak-kanak itu kepada hak asasi manusia dan kebebasan asasi orang lain yang mengambil kira umur kanak-kanak itu dan kanak-kanak itu memegang peranan yang membina dalam masyarakat “ .

“ Perkara 40 (2) (b) pula menegaskan bahawa setiap kanak-kanak yang dikatakan sebagai atau dituduh telah melanggar undang-undang penal memiliki paling kurang jaminan yang berikut:

· Untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah mengikut undang-undang;
· Untuk dimaklumkan dengan segera dan terus pertuduhan-pertuduhan terhadapnya, dan, jika wajar melalui ibu bapanya atau penjaga di sisi undang-undang dan diberi bantuan guaman atau bantuan sewajarnya yang lain dalam penyediaan dan pembentangan pembelaannya;
· Menjadikan perkara itu itu diputuskan tanpa kelengahan oleh pihak berkuasa yang berwibawa, bebas dan saksama atau badan kehakiman dalam sesuatu perbicaraan adil mengikut undang-undang.....”

Seterusnya , Perkara 40 (4) menegaskan bahawa :

“ Berbagai peruntukan seperti perintah jagaan, bimbingan dan penyeliaan; kaunseling; cubaan akhlak; jagaan keluarga angkat; program latihan pendidikan dan program latihan vokasional dan alternatif lain kepada jagaan institusi hendaklah didapati untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu diuruskan kesejahte-raan mereka mengikut cara yang sewajarnya dan berpandangan dengan kedua-dua hal keadaan dan kesalahan itu “ .

Di dalam konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak yang diluluskan oleh PBB pada 20 Nov 1989 ia mengandungi 54 perkara dipecahkan 3 bahagian yang menyentuh pelbagai isu. Di antara is kandungan konvensyen tersebut ialah :

Bahagian 1

· Tarkrif kanak-kanak
Seseorang kanak-kanak diiktirafkan sebagai seorang yang dibawah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan umur dewasanya sebelum itu.

· Tiada Diskriminasi
Semua hak terpakai bagi kanak-kanak tanpa kecualian. Adalah menjadi obligasi negara untuk melindungi kanak-kanak daripada apa-apa bentuk diskrimanasi dan untuk mengambil tindakan yang positif untuk memajukan hak mereka.

· Kepentingan terbaik kanak-kanak
Segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak hendaklah mengambil kira sepenuhnya kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Negara hendaklah memberikan kanak-kanak itu jagaan yang mencukupi apabila ibu bapa atau orang lain yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab itu, gagal untuk berbuat demikian.

· Pelaksanaan hak-hak
Negara mestilah melakukan segala yang boleh dilakukannya untuk melaksanakan hak-hak yang terkandung dalam Konvensyen

· Bimbingan ibu bapa dan keupayaan berkembang kanak-kanak
Negara mestilah menghormati hak dan tanggungjawab ibu bapa dan keluarga luas untuk memberikan bimbingan kepada kanak-kanak yang sesuai dengan keupayaan berkembangnya.

· Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangankanak-kanak itu.

· Nama dan kerakyatan
Kanak-kanak mempunyai hak terhadap nama sejak dilahirkan. Kenak-kanak juga mempunyai hak untuk mempunyai hak untuk memperolehi kerakyatan dan. Seboleh-bolehnya, untuk mengetahui ibu bapanya dan dijaga oleh mereka.

· Memelihara identiti
Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu, memantapkan semula aspek-aspek asas identiti kanak-kanak itu. Ini termasuklah nama, kerakyatan dan pertalian keluarga.

· Pemisahan daripada ibu bapa
Kanak-kanak mempunyai hak untuk tinggal bersama ibu bapanya melainakn jika ini disifatkan tidaksecocok dengan kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu juga mempunyai hak untuk mengekalkan hubungan dengan kedua-dua ibu bapa jika dipisahkan daripada salah seorang atau kedua-duanya.

· Penyatuan semula keluarga
Kanak-kanak dan ibu bapa mereka mempunyai hak untuk meninggalkan mana-mana negara dan untuk memasuki negara mereka sendiri bagi maksud penyatuan semula atau bagi mengekalkan perhubungananak-anak.

· Pemindahan haram dan ketabolehpulangan
Negara mempunyai obligasi untuk mencegah dan meremedikan penculikan atau penahan kanak-kanak di luar negeri oleh seorang ibu atau bapa atau pihak ketiga.

· Pendapat kanak-kanak
Kenak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas dan menjadikan pandangan itu diambil kira dalam apa-apa perkara atau tatacara yang menyentuh kanak-kanak.

· Kebebasan bersuara
Kanak-kanak mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya, menerima maklumat, memberitahu idea atau meklumat, tanpa mengira sempadan.

· Kebebasan berfikir, rasa hati dan beragama
Negara hendaklah menghormati hak kanak-kanak kepada kebebasan berfikir, rasa hati dan beragama, tertakluk kepada bimbingan ibu bapa yang sewajarnya.

· Kebebasan berpersatuan
Kanak-kanak mempunyai hak untuk berjumpa dengan yang lain, dan untuk menjadi ahli persatuan atau membentuk persatuan.

· Perlindungan privasi
Kenak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada gangguan ke atas privasi, keluarga, tempat tinggal dan surat-menyuratnya dan daripada libel atau slander.

· Akses kepada maklumat yang sewajarnya
Negara hendaklah memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber, dan negara itu hendaklah menggalakkan media massa untuk menyebarkan maklumat yang mempunyai gaedah sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak, dan mengambil langkah untuk melindunginya daripada bahan yang memudaratkan.

· Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungajwab untuk membesarkan kanak-kanak, dan negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

· Perlindungan daripada penyalahgunaan dan pengabaian
Negara hendaklah melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiyaan yang dilakukan oleh ibu bapa atau orang lain yang bertanggungjawab bagi jagaan kanak-kanak itu dan mewujudkan program sosial yang sesuai bagi pencegahan penganiayaan dan rawatan mangsa.

· Perlindungan kanak-kanak tanpa keluarga
Negara diwajibkan memperuntukan perlindungan yang khas kepada seorang kanak-kanak yang dilucuthakkan persekiratan kekeluargaannya dan juga memastikan bahawa jagaan keluarga alternatif atau penempatan institusi boleh didapati dalam kes sedemikian. Usaha-usaha untuk memenuhi obligasi ini hendaklah memberi perhatian yang sewajarnya kepada latar belakang kebudayaan kanak-kanak itu.

· Pengangkatan
Dalam negara-negara di mana pengangkatan diiktiraf dan atau dibenarkan, ia hanya boleh dijalankan demi kepentingan terbaik kanak-kanak dan itu pun hanya dengan kebenaran pihak berkuasa yang berwibawa, dan perlindungan bagi kanak-kanak itu.

· kanak-kanak pelarian
Perlindungan khas hendaklah diberi kepada seorang kanak-kanak pelarian atau kepada seorang yang meminta taraf pelarian. Adalah menjadi obligasi negara untuk memberi kerjasama dengan pertubuhan yang berwibawa yang memperuntukkan perlindungan dan bantuan sedemikian.

· kanak-kanak kurang upaya
Seseorang kanak-kanak mempunyai hak kepada penjagaan, pendidikan dan latihan khas untuk membanutnya menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dan mencapai tahap tertinggi sikap tidak bergantung dan integrasi sosial yang boleh.

· Kesihatan dan perkhidmatan kesihatan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada standard kesihatan yang paling tinggi dan jagaan perubatan yang boleh dicapai. Neara hendaklah meletakan penekanan khas kepada penyedian rawatan kesihatan yang utama melalui pencegahan, pendidikan kesihatan awam dan pengurangan kematian bayi. Mereka hendaklah menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam hal ini dan berusaha untuk memastikan bahawa tiada kanak-kanak yang dilucuthakkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang efektif.

· Kajian semuala berkala penempatan
Seseorang kanak-kanak yang ditempatkan oleh negara bagi sebab jagaa, perlindungan atau rawatan berhak kepada penempatan itu dinilai dnegan tetap.

· Keselamtan sosial
Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan faedah daripada keselamtan sosial termasuk insurans sosial

· Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan dan dilaksanakan. Tanggungjawab negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

· Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan, dan kewajipan negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperolehi oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasr keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

· Matlamat pendidikan
Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personality, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam suatau masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai orang lain.

· Kanak-kanak minoriti atau penduduk asli
Kanak-kanak daripada komuniti minority dan penduduk asli mempunyai hak untuk menikmati kebudayaan mereka sendiri dan mengamalkan bahasa dan agama mereka sendiri

· Aktiviti masa lapang, rekreasi dan kebudayaan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada masa lapang, bermain dan menyertai akitiviti kebudayaan dan kesenian

· Buruh kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada perkerjaan yang mengancam kesihatan, pendidikan atau perkembangannya. Negara hendaklah menetapkan umur minimum bagi perkerjaan dan mengawal selia keadaan bekerja.

· Penyalahguaan dadah
Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan daripada penggunaandadah narotik dan psikotropik, dan daripada terlibat dalam pengeluaran atau pembahagian dadah itu.

· Pengeksplotasian seks
Negara hendaklah melindungi kanak-kanak daripada pengeksplotasian dan penderaan seksual, termasuk pelacuran dan penglibatan dalam pornografi.

· Penjualan, perdagangan dan pemelarian
Adalah menjadi obligasi negara untuk berusaha mencegah penjualan, perdagangan haram dan pemelarian kanak-kanak

· Bentuk eksplotasi yang berlainan
Kakank-kanak mempunyai perlindungan hak kepada perlindungan daripada segala bentuk pengeksplotasian yang memudarkan mana-mana aspek kebajikan kanak-kanak yang tidak diliputi dalam perkara 32, 33, 34 dan 35

· Penyeksaan dan pelucuthakkan kebebasan
Tiada kanak-kanak boleh tertakluk kepada layanan atau hukuman yang zalim, kejam, tangkapan yang tidak sah, atau pelucuthakkan kebebasan. Kedua-dua hukuman matai dan pemenjaraan, seumur hidup tanpa kemungkinan dilepaskan adalah dilarang bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang di bawah umur 18 tahun. Mana-mana kanak-kanak yang dilucuthakkan kebebasan hendaklah dipisahkan daripada orang dewasa melainkan jika ia dianggap dmei kepentingan terbaik kanak-kanak itu untuk tidak berbuat demikian. Seorang kanak-kanak yang ditahan hendaklah mempunyai bantuan guaman dan bantuan lain serta perhubungan dengan keluarga.

· Konflik bersenjata
Negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah boleh laksana untuk memstikan bahawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak mengambil bahagian secara langsung dalam pemusuhan. Tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun boleh direkrut dalam tentera. Negara hendaklah juga memastikan perlindungan dan jagaan kenak-kanak yang terjejas oleh konflik bersenjata sebagaimana yang diperihalkan dalam undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

· Jagaan pemulihan
Negara mempunyai obligasi untuk memastikan bahawa mangsa kanak-kanak dalam konflik bersenjata, penyeksaan, pengabaian, penganyiaan atau pengeksplotasian menerima rawtan yang sewajarnya bagi pemulihan mereka dan intergrasi semula sosial.

· Pentadbiran keadilan juvana
Kanak-kanak yang berkonflik dengan undagn-undang mempunyai hak kepada layanan yang menggalakkankefahaman kanak-kanak itu mengenai kemuliaan dan harga diri, yang mengambil kira umur kanak-kanak itu dan bertujuan mengitegrasikan kanak-kanak itu dalam masyarakat. Kanak-kanak berhak terhadap jaminan asas serta bantuan guaman atau bantuan lain bagi pembelaannya. Prosiding kehakiman dan penempatan institusi hendaklah dielakkan sedapat mungkin.
· Menghormati standard yang lebih tinggi
Ababila standard yang dinyatakan dalam undang-undang negara dan antarabangsa yang terpakai yang berkaitan dengan hak-hak kanak-kanak adalah lebih tinggi daripada standard dalam Konvensyen ini, standard yang lebih tinggi itu hendaklah sentiasa dipakai.

Bahagian II

Perkara 42 – 45 - Adalah bagi Pelaksanaan dan mula berkuat-kuasa konvensyen ini. Peruntukan-peruntukan perkara 42-54 terutamanya membayangkan :

· Obligasi negara untuk menjadikan hak yang terkandung dalam Konvensyen ini diketahui umum kepada kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak
· Penubuhan Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-kanak yang terdiri daripada sepuluh pakar, yang akan menimbangkan laporan yang kena dikemukakan oleh Negara-negara Pihak kepada konvensyen dua tahun selepas ratifikasi dan tiap-tiap lima tahun selepas itu. Konvensyen mula berkuatkuasa - dan Jawatankuasa akan ditubuhkan - selepas 20 negara telah meratifikasikan Konvensyen.
· Negara-negara Pihak perlu menjadikan laporan mereka boleh didapati secara meluas kepada orang awam.
· Jawatankuasa boleh mencadangkan nahawa kaian khas diakui janji mengenai isu tertentu yang hak berhubungan dengan kanak-kanak, dan boleh membuat penilaian mereka diketahui kepada setiap Negara Pihak yang berkenaan serta kepada Perhimpunan PBB.
· Untuk ‘merangsangkan pelaksanaan yang berkesan Konvensyen dan untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa’ agensi khusus PBB – seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Pangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), - dan UNICEF boleh menghadiri mesyuarat jawatankuasa Bersama dengan mana-mana badan lain yang diiktirafkan sebagai ‘berwibawa’ termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NG)) sebagai taraf perunding dengan PBB dan organisasi PBB seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), mereka boleh mengemukakan maklumat yang berkaitan kepada jawatankuasa dan diminta untuk membeirkan nasihat mengenai pelaksanaan yang optimum Konvensyen.

Bahagian III

Perkara 46 – 54 - bahagian ini menyentuh isu asas mengenai Konvensyen Menenai Hak Kanak-kanak.

RUMUSAN

Pada pendapat saya , para remaja di Malaysia terutamanya sudah cukup dan memadai denga masalah yang telah, sedang dan akan mereka hadapi. Oleh yang demikian , sesebuah negara dan kerajaan itu mistilah jangan menambahkan lagi masalah kapada mereka denga kata lain cuba untuk meningkat dan mempebaiki lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem keadilan jenayah terhadap remaja. Ia merangkumi perkara – perkara seperti berikut :

· mengenalpasti masalah-masalah berkenaan dengan hak-hak asasi banduan muda.
· mengkaji punca-punca masalah berkenaan dengan hak-hak asasi banduan muda yang telah dikenalpasti.
· mengkaji peruntukan-peruntukan perundangan Malaysia yang berkenaan dengan masalah-masalah yang telah dikenalpasti.
· mencari penyelesaian jangka pendik dan jangka panjang untuk mengatasi masalah-masalah yang akan dikenalpasti.
· mencari kaedah pemantauan bagi mengatasi masalah-masalah yang akan dikenalpasti.
· membuat resolusi berkenaan dengan pelaksanaan cadangan-cadangan penyelesaian yang dipersetujui.




PETA PELAYAR