FOLLOWERS

Showing posts with label DYMM. Show all posts
Showing posts with label DYMM. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

CONTOHI THAILAND !!!!!!!








BANGKOK: Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghina pemerintahan beraja.

Ampon Tangnoppakul, 61, dijatuhkan hukuman penjara di bawah undang-undang ketat lese-majeste Thailand, iaitu kesalahan membabitkan keluarga diraja negara itu. Mahkamah Jenayah Bangkok, berkata Ampon didapati bersalah menghantar SMS kepada setiausaha peribadi bekas perdana menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, dalam tiga tarikh berlainan pada Mei 2010. Ampon ditahan Ogos tahun lalu dan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dikenakan ke atasnya ketika perbicaraan berlangsung. - AFP

Penghuni Gua
: di Malaysia pun, wajib dibuat begitu. Biar mereka yang besar kepala ini tahu langit tu tinggi ke rendah.

Monday, 4 July 2011

TITAH DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG !!!!!!



Titah Khas


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.





Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara
.


Bernama

Monday, 16 November 2009

DYMM SULTAN ISMAIL PETRA !

PG mendoakan agar Kebawah DYMM Sultan Ismail Petra , Sultan Kelantan Darul Naim semuga sepanjang masa dirahmati Allah dan cepat sembuh daripada kegeringannya. DYMM Sultan Ismail Petra kini sedang menerima rawatan di di Hospital Mount Elizabert , Singapura. Amin.

2. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

PETA PELAYAR