FOLLOWERS

Showing posts with label DYMM KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label DYMM KELANTAN. Show all posts

Sunday, 21 March 2010

TAHTA KELANTAN : PANDANGAN DR SHAM RAHAYU ABD AZIZ UIAM !





KUALA LUMPUR 20 Mac - Dakwaan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud bahawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah melantik beliau sebagai Setiausaha Sulit baginda tidak boleh diterima pakai.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, ini kerana pemerintah yang sah di negeri itu pada masa kini ialah Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.


Katanya, pelantikan Tengku Muhammad Faris yang dilakukan melalui Majlis Perajaan Negeri (MPN) adalah sah dan mengikut Undang-undang Tubuh Perlembagaan Kerajaan Kelantan.

Sham Rahayu berkata, pelantikan Tengku Muhammad Faris dan segala keputusan atau titah perintah baginda yang dibuat melalui MPN adalah terpakai dan tidak boleh dipertikaikan.

''Setakat ini Pemangku Raja adalah pemerintah yang sah sehingga MPN dan kerajaan negeri memutuskan Sultan Kelantan sudah sembuh dan boleh menerajui negeri itu semula.

''Jadi, apa saja keputusan atau kenyataan mana-mana pihak berhubung titah perintah Sultan Kelantan tidak terpakai memandangkan kuasa tidak terletak pada baginda pada masa ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas krisis Istana Kelantan yang terus berlarutan apabila Wan Hashim mendakwa beliau dilantik oleh Sultan Kelantan sebagai Setiausaha Sulit baginda.Wan Hashim mengeluarkan kenyataan bahawa Tuanku Ismail Petra menitahkan semua perayaan dan penganugerahan darjah kebesaran sempena hari keputeraan baginda yang ke-60 pada 30 Mac ini dibatalkan.

Kenyataan Wan Hashim itu dipertikai dan tidak diiktiraf oleh pihak Pejabat Sultan Kelantan semalam.Sultan Kelantan pulang dari Singapura 4 Mac lalu setelah mendapat rawatan di Hospital Mount Elizabeth sejak 24 Mei 2009.

Putera sulung baginda, Tengku Muhammad Faris dilantik sebagai Pemangku Raja bagi memikul tanggungjawab mentadbir negeri.

Penghuni Gua : Semuga krisis ini berakhir dengan cepat. Juga semuga DYMM cepat sembuh dari kegeringan di samping pemamngku Raja dapat menjalankan pemerintahan dengan adil bagi memertabatkan institusi ini.

2. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

PETA PELAYAR