PERKASA tukar hala, anjur demo bantah hab hiburan
Okt 28, 10 4:31pm
Okt 28, 10 4:31pm
Jika semalam PERKASA berpendapat cadangan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan patut dilaksanakan di tempat yang khusus tetapi hari ini NGO itu mengubah pendirian mereka.
“PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PG amat setuju dengan PERKASA. Ini semua adalah perancangan bodoh dan paling dungu yang pernah PG dengar . Macam tak ada cara lain nak bangunkan negara. PG sokong tindakan / bantahan yang dibuat oleh PERKASA.
2. Hiburan boleh menarik pelancung ke? Kalau nak kira hiburan, pelancung Eropah tak perlu datang ke Asia / Malaysia. Hiburan ditempat mereka apa yang tak ada.
3. Kepada kerajaan, PG cadangkan, hentikanlah perancangan bodoh ini. Cari le idea lain kalau nak majukan negara. Masa zaman Tun Mahathir, tak ada pun perancangan begini, tetapi maju juga.
4. Cuma adalah Menteri kelab malam yang dok asyik resmi kelab malam " halal " dan kelab malam " haram " . Sekarang ni, Menteri Kelab malam ini songkoknya tak lekang di kepala. Itu pun cakapnya bukan main dan asyik nak bermusoh dengan PERKASA. Mungkin sehari dua ni , beliau akan bersuara bagi menyokong dan mempertahankan idea bodoh ini.
5. Mungkin idea di atas datangnya dari bekas menteri kelab malam ini. Mungkin kot. Kepada PM , PG menyeru, idea ini dibatalkan serta merta tanpa sebarang tangguhan lagi. Mungkin PM terlepas pandang atau ditemberang oleh menteri-menteri dungu dan berkepentingan di dalam kabinet. Kepada PM juga , singkir aje menteri yang bermasalah ini. Ada pun buat semak aje !!!
6. PERKASA ! Teruskan tindakan anda. Bantah mengikut undang-undang. Bantah habis-habisan !!!!
Nota : Ini pun, sebahagian kebodohan pemimpin kerajaan . Jadi begini kerana pemimpin berkenaan mempunyai penasihat dan setiausaha politik, pentadbiran, dan berbagai setiausaha lagi yang lain , yang begitu bodoh serta dungu. Sila KILK. PG setuju dengan pandangan PAS mengenai isu ini. Ia memang amalan syirik. Kepada MB Perak, nyahkan sahaja setiausaha bodoh dan dungu ini dari lingkaran anda. !!!!!
