FOLLOWERS

Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Saturday, 20 November 2010

DEMO ANTI ISA : JANGAN LAYAN DESAKAN BODOH INI !!!!!

Lihat blog : Si Hishamuddin kepala demo haram ini untuk butir lanjut !!

SEPERTI YANG DR NOVANDRI NYATAKAN DI BLOG BELIAU, DAP/SUARAM AKAN MENGADAKAN SATU PROGRAM UNTUK MENDESAK KERAJAAN MEMANSUHKAN AKTA KESALAMATAN DALAM NEGERI (ISA) PADA HARI AHAD 21 NOV, 2010, JAM 10.00 PAGI DI KOMTAR WALK .

2. INI SEMUA SEBAHAGIAN USAHA PENGKHIANAT YANG INGIN MENJAHANAMKAN NEGARA SECARA HALUS. MEREKA MEMPUNYAI AGENDA JANGKA PANJANG. SELAM INI, ISALAH YANG MENJADI PENGHALANG KEPADA AGENDA MEREKA.

2. ISA INILAH YANG MENJAGA KETUANAN NEGARA SELAMA INI. SELAMATKAN ISA. PG CADANGKAN KERAJAAN BERTINDAK LEBIH TEGAS DENGAN MENGGUNAKAN ISA BAGI MENJAGA KETENTERAMAN NEGARA INI. JANGAN SESEKALI TAKUT DENGAN DESAKAN BODOH KUMPULAN INI UNTUK HAPUSKAN / PINDA ISA.

3. UTAMAKAN HAK ASASI AWAM DARI HAK ASASI INDIVIDU ATAU KUMPULAN KECIL. AWAM SEPERTI KAMI MASIH MENYOKONG PENUH ISA DI KEKALKAN, MALAH DIKETATKAN LAGI.

4. SELAMATKAN ISA. KITA MENENTANG KUMPULAN INI DENGAN CARA KITA SENDIRI !!! SECARA AMAN !!!!

Nota : PG harapkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka ini. Si Hishamuddin Rais kepala demo haram sejak tahun 1970an pun terlibat sama di dalam majlis ini. Inilah pengacau yang tak pernah insaf. Dulu habis dunia memburokkan negara. Akhirnya merempat di Eropah dan dengan pertolongan DSAI, terhegeh dengan muka tak malu, balik pulak ke Malaysia. Mula-mula reformasi dulu, tiap kali aada demo haram DSAI, maka dia pun ada. Bila kena tangkap maka dia kata dia reporter ( peguam pun bertempiklah marah kerana tangkap wartawan jalankan tugas konon ). Inilah kerja si bodoh tua ini. Tetapi apa nak buat, dia akan buat apa yang tuan nya arah dia buat. Jika tidak nak makan kedarah pun susah. Masa merempat di Eropah dulu, siapa lagi yang menanggung nya kalau tak tuannnya sekarang .......................... Cuba lihat di blog Hishamuddin bodoh ini di KLIK. Bukan main dia promosikan lawak bodoh acara ini.

Friday, 8 May 2009

KETUA JI SINGAPURA DITANGKAP DI MALAYSIA : APA KOMEN GMI ? NAK LEPAS ?


Berita Harian
8 mei 2009
Ketua JI Singapura, Mas Selamat diberkas


SINGAPURA: Mas Selamat Kastari yang disyaki sebagai ketua pengganas kumpulan Jemaah Islamiah dan melarikan daripada sebuah pusat tahanan di sini tahun lalu telah diberkas di Malaysia, menurut laporan media hari ini.

Mas Selamat yang menjadi buruan pihak berkuasa republik itu yang melancarkan operasi secara besar-besar selepas meloloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road pada 27 Februari, ditangkap pada 1 April setelah bersembunyi di Johor, menurut laporan The Straits Times yang memetik sumber sebagai berkata.


Laporan itu menyebut Mas Selamat, 48, ditangkap di kawasan pinggir bandar Johor Baharu dan kini sedang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk disoal siasat di negara itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jelas , inilah bergunanya ISA. Mana pejuang-pejuang untuk hapuskan ISA? Adakah perlu bebaskan pengganas ini? Atau mungkin mereka katakan boleh dituduh dibawah undang-undang jenayah yang ada. Persoalannya undang-undang jenayah yang ada bagi kes yang telah berlaku. Perkara / penahanan di bawah ISA adalah bagi tahanan pencegahan dari sesuatu yang mengamcam keselamatan negara berlaku.

ISA sah disisi perlembangaaan Malaysia. Hak asasi Manusia di perakui oleh perlembagaan kita. Tetapi ada hadnya. Di dalam perlembagaan, kerajaan dibenarkan membuat dan menggubal mana-mana undang pencegahan jika difikirkan perlu jika keselamatan negara dan keselamatan negara tergugat.



Jadi apa masalahnya dengan ISA . Ia akta sah mengikut perlembagaan dan diluluskan oleh parlimen. Ia juga dibuat oleh majoriti negara di dunia ini. Hatta US pun sebagai pejuang hak asasi utama ( ? ) pun ada akta pencegahan PATRIOT. Jadi kepada loyar-loyar buruk dan kepada mereka yang baru lahir dan terus mengecap keamanan jangan lah pandai nak bercakap tentang ISA. Kerana ISA kamu boleh hidup aman sehingga sekarang.

Kekejaman JI ini tiada batas. Lihat di Indonesia, Filipina dan Thailand. Niat baik. Caranya tidak betul.

Orang awam tidak berdosa di bunuh. Mereka ini merasakan ia lebih islam dari yang lain. Di Malaysia, gerakan ini mula dikesan dan berjaya dibeneras setelah mereka membuat siri rompakan di Southern Bank. Berjuta di samunnya dan akhirnya terperangkap. Penggeraknya adalah anak salah seorang pemimpin kerajaan ( Anak ulamak ) di Pantai Timur dan baru dibebaskan dari Kem Kemunting pada 2008.


Jika tidak.................................................Jahanamlah negara ini. Tak terkata apa ulamak berkenaan bila kena anak sendiri.

Insaflah.

Kepada GMI yang sibuk nak berdebat mengenai ISA tu, jangan nak tunjuk pandailah. Kamu tak pernah mengalami kesusahan untuk membenteras anasir yang hendak menjahanamkan negara ini. Kamu lahir keadaan negara dah aman. Hanya makan tidor dan belajar. Bila dah berjaya mula nak jadi loyar buruk dan berlagak pandai. Berfikirlah diluar kotak sikit. Jangan pandang satu hala sahaja. Penjenayah ini mereka bertindak dan berfikir berbagai hala. Inilah letakkanya kepentingan akta pencegahan seperti ISA ini.

Dalam kes yang sama : Kegiatan gangster yang yang begitu berleluasa di Miri dan Sibu Serawak 2 tahun lepas pun dapat dibenteras hingga keakar umbinya dan terkawal hingga kini adalah atas sumbangan akta pencegahan ini iaitu Akta kediaman terhad. Akta ini juga bertujuan untuk melaksanakan tangkapan dan penahanan pencegahan terhadap mereka yang mengancam ketentaraman awam ( jenayah ) dan boleh ditahan tanpa bicara, juga boleh diasingkan atau dibuang daerah. Konsepnya sama seperti ISA.

Jadi apa jawapan GMI?

Nak tuduh di mahkamah orang begini ? Meraka berduit. Jadi mereka akan melengahkan kes . Contoh jelas mereka yang bijak pandai dalam undang-undang telah berjaya melengahkan kes yang mudah sahaja contoh dalam kes DSAI vs Saiful yang sehingga kini masih belum dapat dibicarakan.



Peguam memanipulasiakn undang-undang untuk kepentingan mereka. Mereka boleh melengahkan proses bicara dengan melihat kelemahan undangundang yang ada. Mustahaknya mereka ini ialah DUIT bukan takut pada Allah. Walaupun mereka tahu pelanggan mereka melakukannya.

Tapi dengar cakap mereka, bukan main lagilah. Hak asasi lah dan sebagainya.

Pertanyaan juga dari PG ialah : Bagaimana pandangan prinsip seseorang peguam ( islam katakan ) jika mengetahui pelanggan yang dibelanya memang melakukan sesuatu jenayah. Bermoralkah dan halalkah duit yang mereka terima sebagai bayaran guaman tersebut? Jawaplah anda diakhirat nanti. Di dunia ini menang lah anda. Tapi kemana nak lari dari siksaan Allah nati.

Membebel sikit hari ni. Maaf.


Tahan terus penjenayah ini di Malaysia di bawah ISA selama mungkin dan kemudian serah pada pihak berkuasa di Singapura untuk melanjutkan tempoh tahanan dengan lebih lama lagi......

Tuesday, 14 April 2009

ISA : PANDANGAN YB DR. RAIS YATIM


Utusan Malaysia



KUALA LUMPUR 13 April - Salah tanggapan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak menepati standard kemanusiaan adalah tidak betul, kata Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang baru, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini.

Beliau berkata, ada proses habeas corpus di mana perjalanan undang- undang berfungsi pada seseorang yang ditahan di bawah ISA, membabitkan mahkamah dan untuk membuktikan dirinya bebas daripada semua pertuduhan terhadapnya.


"Tetapi bahagian itu belum dihuraikan oleh sesiapa pun. Mekanisme itu bahawa kita di bawah ISA, terutamanya Seksyen 8 dan 73, boleh dicabar melalui proses habeas corpus di mana sistem ini juga adalah lazim, dan sesungguhnya, mengatakan bahawa ISA tidak menepati standard kemanusiaan adalah salah," katanya dalam satu temubual Hardtalk yang disiarkan oleh BBC.


Mengenai undang-undang membenarkan tahanan tanpa tempoh dan tanpa dituduh atau dibicarakan, beliau berkata, bukan tidak ada tempoh, kerana kerajaan Malaysia menggunakan tempoh penahanan 60 hari seperti Akta Pengganas di Britain di mana suspek ditahan sehingga 21 hari.

Bekas Menteri Luar itu juga ditanya mengenai penahanan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin.Rais menjelaskan bahawa penulis itu ditahan bukan kerana beliau adalah seorang pengganas tetapi atas alasan bahawa Raja Petra Kamaruddin adalah memudaratkan keselamatan undang-undang di negara ini.

Ditanya sama ada ISA akan diperbaharui atau dimansuhkan, Rais berkata, beliau percaya bahawa pada satu ketika, akta itu akan secara berperingkat-peringkat menjadi sesuatu lebih sesuai dengan perkara-perkara yang kehendaki oleh masyarakat antarabangsa.


"ISA merupakan undang-undang asal pada 1948 yang diberikan oleh Britain...pada ketika itu, Malaya terdedah kepada perang gerila, persekitaran pada masa itu, jadi ia telah menjadi satu sistem di mana ia kini dipersoalkan oleh ramai orang.


"Kita akan terima cabaran itu dan kita akan ke arah itu di mana ISA mestilah dipinda pada masa akan datang," kata beliau. - Bernama

Penghuni Gua : Setuju dengan Dr Rais Yatim. Tak ada yang tak kena dengan ISA. Yang tak kena ialah mereka yang memudaratkan keselamatan negara sahaja. Kami yang tak buat salah ni sudah 48 tahun hidup dengan ISA. Tak ada masalah pun malah rasa beruntung dengan adanya ISA. Kami sekeluarga dan anak-anak dapat hidup dan belajar dengan aman damai.


Yang tak setuju ialah pindaan kepada ISA. Jangan sesekali mengubahsuai ISA bagi memotong kukunya. Sepatutnya cengkaman ISA di perkemaskan lagi.

Saturday, 4 April 2009

TAK SABAU, SABAU !


Bernama


KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Seramai 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan akan keluar dari Kem Tahanan ISA Kamunting Taiping esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.Beliau berkata kesemua mereka akan dibebaskan sejurus selepas semua proses dokumentasi mengenai kes dan pembebasan mereka disiapkan."Tidak bolehlah bebaskan mereka serta merta, ada beberapa urusan dokumentasi perlu disiapkan terlebih dahulu.

"Kesemua mereka akan kita bebaskan esok setelah dokumentasi yang berkaitan lengkap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri semalam mengumumkan mengenai pembebasan serta merta 13 tahanan ISA.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan semalam berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, dan R. Kenghadharan, 40, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan itu. Mereka ditahan pada 13 Dis 2007.

Tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006.

Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003. Tempoh tahanannya sepatutnya berakhir pada 2011.-- BERNAMA

Penghuni Gua : Sabau le. Tak meyempat kome semua. Bukan nak lepas kambing di kandang. Ada proses dokumentasinya. Nanti ada lebam-lebam katakan pulak polis pukul. Kena le periksa doktor dulu ke untuk pengesahan tiada sebarang kecederaan dan sebagainya. Banyak borang yang perlu diisi. Itu le , lain kali nasihat le pada anak-anak anda dan suami-suami anda dan oleh keluarga anda, jangan buat perkara yang menyalahi undang-undang. Polis tak tangkap kami pun. Kami tak ada rasa takut pada ISA pun. Malah rasa selamat lagi dengan adanya ISA. Fikirlah.

Friday, 3 April 2009

TAHANAN DAN ISA : HATI-HATI MENGENAINYA

Berita Harian
3 mac 2009

Senarai 13 tahanan ISA yang dibebaskan


KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan serta merta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini:

1. Pakana Selama
2. Amir Hussain
3. Sundaraj Vijay
4. San Khaing
5. R.Kenghadharan
6. V.Ganabatirau
7. Wan Amin Wan Hamat
8. A Artas A Burhanuddin
9. Francis Indanan
10. Mohd Nazri Dollah
11. Mohd Arasad Patangari
12. Idris Lanama
13. Binsali Omar - Bernama

Penghuni Gua : Perdana Menteri juga mengatakan bahawa ISA akan dikaji semula. Dua perkara yang perlu direnung. Pertama pembebasan 13 tahanan ISA. Penghuni kira ok lah pada yang telah lama dan telah insaf setelah berada lama dalam pemulihan. Tetapi sebahagiannya aku tak setuju kerana pendirian dan sikap mereka ini masih tak berubah.



Apa pun tentunya PM ada alasan tersendiri dalam keputusanya membebaskan tahanan ini. Walau apa pun sekiranya , sekirannya mereka masih melakukan aktiviti yang mengancam negara, kerajaan wajar mengambil tindakan sekeras mungkin dan menahan mereka ini selama mungkin di bawah ISA.

Hasrat PM untuk mengkaji semula ISA, yang ini Penghuni Gua tidak berapa setuju. ISA yang ada sudah begitu baik. Cuma apa yang boleh diperbaiki atau mungkin diperketatkan lagi dari segi prosedur tahanan dan beratkan juga dari segi hukuman. Asas kepada undang-undang ini jangan sesekali dilonggarkan kerana inilah sahaja benteng terakhir kita dalam menjaga ketuanan negara ini dari dirosakkan oleh mereka yang tidak senang dengan keamanan yang telah sekian lama ujud.

Dalam meminda dan mengkaji semula ISA, juga tidak patut dilupakan ialah keutamaan adalah kepada kepentingan Hak Asasi Awam berbanding Hak Asasi Individu. Jangan memberikan kelebihan dan keutamaan hak asasi beberapa kerat individu melebihi hak asasi awam.

Mungkin pada masa ini ISA dianggap kurang baik kepada setengah orang atau pemimpin. tetapi ingat bahawa beberapa pimimpin US dan Indonesia yang sempat Penghuni Gua dengan ucapan dan tulisan mereka pernah mengatakan bahawa Malaysia amat bertuah kerana telah terlebih dahulu bersedia dengan ISA.

Sekiranya US dan Indonesia mempunyai ISA seperti Malaysia dari dulu lagi peristiwa 911 dan serangan bom di Kuta Balik Indonesia pasti tidak berlaku. Dan mereka berkata lagi bahawa kalau ada ISA tentunya Abu Bakar Bashir ( pemimpin JI ) tidak terlepas begitu sahaja di atas kesalahannya dalam mengerakkan JI di Indonesia ( termasuk Malaysia ).


Penghuni Gua : Kita lihat dahulu. Mungkin PM ada perancangan tertentu yang terbaik untuk negara yang mungkin kita tidak tahu. Apa pun pembangkang tetap akan kata bahawa 2 hadiah dari PM baru ini adalah gula-gula pilhanraya kecil di tiga kawasan tersebtu. Inilah pembangkang. Bebas salah , tak bebas pun salah.


Kemaskini terbaru 2245 hrs
Teks perutusan Datuk Seri Najib Razak


KUALA LUMPUR: Berikut adalah teks perutusan Datuk Seri Najib Razak, yang disiarkan televisyen malam ini, sempena penerimaan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam.


Bismillahirrahmanirrahim

Bagi pihak seluruh Rakyat Malaysia, pertama sekali saya merakamkan rasa penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan khidmat cemerlang sepanjang 31 tahun kepada negara. Begitulah juga komitmen Tun dalam pengukuhan demokrasi dan institusi penting dalam negara, serta teladan kepemimpinan yang cukup berhikmah. Secara peribadi, saya amat berterima kasih atas keyakinan Tun Abdullah menamakan saya sebagai penggantinya. Saya juga merakamkan ucapan junjungan kasih setinggi-tingginya atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik saya sebagai Perdana Menteri dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan pagi tadi.


Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, saya menerima amanah tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada Rakyat dan Negara. Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk rakyat. Semua ini lahir, hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri teladan Allahyarham Ayahanda saya. Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia.


Justeru itulah, sepanjang khidmat awam saya, pentingnya aspek keberhasilan sentiasa ditekankan. Sama ada melalui kemudahan yang lebih selesa bagi para pendidik, meningkatkan kualiti hidup para perwira tanah air, mahupun dalam memperkasakan ekonomi bagi memelihara kesejahteraan rakyat di saat kita menghadapi cabaran ekonomi global. Dalam waktu terdekat ini, saya akan bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.



Dalam hal ini, saya amat menyedari bahawa kita perlu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan beriktibar pula dengan pengajaran masa lalu. Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan wajar membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.


Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik. Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.

Maka dengan itu, pada hari yang bersejarah ini saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar serta membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta.


Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan. Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah. Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya selepas ini. Atas segalanya, saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.


Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.


Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini. Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini - bersama-sama. - Bernama

Monday, 30 March 2009

P . UTHAYAKUMAR KOMPLEN LAGI !!




Malaysiakini


Tahanan ISA: Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam
Syed Jaymal Zahiid Mar 30, 09 4:50pm


P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.


Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu.Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu.


"Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut," katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini.


"Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya.


Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut.



Penghuni Gua : Jika benar seperti didakwa oleh Uthaya tentang makanannya terdapat ketulan daging lembu maka tindakan tatatertib harus atau wajib diambil terhadap Penguasa Pusat Tahanan Kemunting. Ini kerana dengan kecuaian ini ia boleh menjejaskan nama baik kerajaan di mata dunia. Jika benar ini bukan kesilapan kerajaan.


Ia lebih kepada kecuaian yang tidak boleh dimaafkan yang dilakukan oleh penguasa Pusat Tahanan berkenaan kerana tidak sensitif terhadap penganut agama Hindu. Tindakan yang paling keras haruslah dikenakan kepada pihak terbabit.


Begitu juga dakwaannya bahawa makanannya tidak mengikut menu yang sepatutnya sebagai seorang yang mengidap kencing manis. Tindakan tatatertib yang paling keras harus dikenakan oleh pihak kerajaan sekirannya dakwaan ini benar. Kecuaian ini memamng tidak dapat dimaafkan.


Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod dan sejarah tahanan ini berada di Pusat Tahanan Kemunting perkara ini pada pandangan saya tidak mungkin berlaku.


Utayakumar yang sebelum ini pernah mendakwa tidak mendapat layanan perubatan yang memuaskan untuk penyakit kecing manisnya dari Pusat Tahanan ini. Kemudian lapuran dikeluarkan . Sebenarnya beliau sebenarnya enggan menerima rawatan yang disediakan oleh doktor perubatan kerajaan.


Ini semua adalah gimik politik dan helah orang seperti dia. Pusat Tahanan ini sudah beroperasi lebih 50 tahun. Mereka semuanya terlatih dan tiada satu pun berlaku penginayaan terhadap tahanan. Penghormatan terhadap agama seseorang amat dititik beratkan dan diberi kemuliannnya. inilah lebihnya negara kita.


Walau bagaimana pun , kebiasaannya alasan yang popular mereka yang seperti tahanan ini adalah masalah kesihatan dan ingin mendapatkan rawatan di luar negara. Bagitahu mereka semua bahawa kawan mereka yang begitu kuat mengkritik negara ini dan memburukkan negara di seluruh dunia bahawa berlaku penghapusan etnik di negara ini telah terlantar sakit tenat di London.


sekarang mengemis dengan kerajaan yang dia burukkan dahulu untuk minta kebenaran pulang ke negara ini untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Malaysia. Bila berada di luar negara baru mereka tahu semua yang ada di Malaysia ini adalah yang terbaik.


semua mereka jenis ini apabila di tangkap akan mendakwa tidak sihat dan sakit. racun arsenik, HIV, rawatan kesihatan tidak baik dan sebagainya. Apabila kelaur dari penjara atau pusat tahanan serta merta baik segala sakit. Kalau masa di penjara bukan main sakit. Berjalan pun dipapah. Kononya sakit belakang yang kronik dan sakit lutut dan perlu dapatkan rawatan di Jerman. Tun Mahathir nak bawa pakar Jerman yang dimahukannnya dan segala alat kelengkapannnya ke negara ini, tak mahu pulak diannya. Bila bebas, sampai sekarang, terus sihat walafiat. Segar bugas sehingga boleh pula mengulangi aktiviti lamanya.


Kepada kerajaan, jangan layan sangat kerenah mereka ini. tahan mereka selama mungkin. Biar mereka tahu tinggi rendah dunia ini. Jangan mereka menghancurkan keindahan kepelbagaian yang ada di negara ini. Mereka inilah yang mencalit segala keindahan kepelbagaian negara ini hingga ujud sedikit kekeruhan antara kaum dan agama yang terdapat di negara ini sekarang.


Jangan layan si putar belit ini. Keselamatan negara kita lebih utama. Hak asasi awam lebih utama berbanding hak asasi individu. Berita jam 8 malam ini menunjukkan serangan militan di akedemi polis Pakistan . Ramai yang maut. Jika kerajaan berkompromi dan terlalu bertolak ansur di dalam hal-hal dasar maka tidak mustahil negara kita akan mengalami perkara yang sama seperti di Pakistan itu.


Negara bukan tempat membuat ujikaji. Ambil tindakan sekeras mungkin jika ada pihak yang masih cuba menganggu dan mempersoalkan perkara-perkara asas pembentukan negara ini.

PETA PELAYAR