
Utusan Malaysia
PM terkejut kekejaman ah long
PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkejut dengan pendedahan kekejaman ah long ke atas peminjam mereka, mengarahkan pihak berkuasa bertindak segera ke atas kumpulan ceti haram tersebut.
Serentak itu juga, Perdana Menteri mengingatkan orang ramai supaya menjadikan peristiwa ah long merantai leher dan kaki tiga mangsa mereka yang dilaporkan meluas akhbar-akhbar tempatan hari ini sebagai satu iktibar. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PG amat geram dengan kegiatan dan tindakan Ah Long ( cetti ) ini. Geram kerana dilihat tindakan pihak berkuasa kurang berkesan dan tidak nampak memberikan impak kepada penjenayah ini.
2. Mengapakah begitu sukarnya tindakan diambil ke atas along ini. Kita semua cukup undang-undang. Cuma dari segi penguatkuasaan dan cara penguatkuasaan yang dijalankan. Memang tidak dinafikan bahawa ada tindakan penguatkuasaan diambil secara berterusan ke atas mereka ini. Cuma mungkin kaedahnya kurang berkesan dan memberikan kegerunan kepada penjenayah ini.
3. Tindakan mengurung, menculik, kurungan salah/culik, pemerasan, ugutan, menyembur cat merah dirumah adalah sebahagian dari kaedah penjenayah ini mendapatkan wang berserta faedah pinjaman yang telah diberikan kepada orang ramai.
4. Jadi pada pandangan PG, sesuatu tindakan drastik dan bersepadu dapat difikirkan bagi memastikan kegiatan jenayah along ini dapat dibenteras hingga ke akar umbi.
4. Tindakan buang daerah / sekatan kediaman terhad dan juga tahanan di bawah akta pencegahan dan ditahan tanpa bicara selama tidak kurang 2 tahun haruslah diambil secara berkala dan berterusan serta secara tetap terhadap penjenayah ini. Ia bukan satu tindakan yang sukar. Hanya memerlukan maklumat dari 2 ke 3 orang pemberi maklumat tentang kegiatan mereka ini maka Menteri yang berkenaan boleh mengeluarkan perintah tahanan dan menghantar mereka ini ke Pusat Tahanan Simpang Renggam Johor tanpa melalui perbicaraan.
5. Juga pihak polis hanya perlu mengumpul 2 ke 3 repot polis dari mangsa yang menjadi mangsa tindakan kekerasan yang dilakukan oleh Ah Long dan tindakan buang daerah / kediaman terhad serta tahanan tanpa bicara di Simpang Renggam juga boleh diambil ke atas penjenayah ini.
6. Selain itu, PG juga melihat jenayah yang berkaitan Ah long juga sukar dibenteras kerana penjenayah ini juga menggunakan modus operandi yang sama di mana mereka akan membuka sebuah syarikat pemberian pinjaman berlesen.
7. Yang sebenarnya boleh dikatakan lebih dari separuh syarikat pemberian pinjaman berlesen ini adalah merupakan syarikat Ah Long haram yang mereka tubuhkan bagi melindungi kegiatan haram mereka. Juga bagi menyelamatkan wang mereka dalam kegiatan haram ah long dari di rampas di bawah akta penggubalan wang haram.
8. Jadi sekiranya mereka ditangkap dan disiasat di bawah akta penggubalan wang haram, mereka dapat mengelakkan wangd dan harta benda mereka ini dirampas kerana dengan alibi bahawa harta dan wang tunai ini diperolehi dari perniagaan yang sah iaitu syarikat pemberian pinjaman berlesen. Sebenarnya syarikat ini hanya sebagai topeng untuk menghalalkan tindakan dan kegiatan haram mereka.
9 dalam hal ini kementerian perumahan dan kerajaan tempatan juga bertanggungjawab memantau dengan rapi wang keluar masuk ke syarikat pemberian pinjaman berlesen ini . Ini kerana seperti yang dikatakan sebelum ini, 60 ke 80 % adalah syarikat ini adalah syarikat topeng bagi melindungi kegiatan haram ahl long. Batalkan lesen mereka .
10. Untuk itu juga, kerajaan mistilah memantau agensi yang telah dipertanggungjawabkan dalam memberi pinjaman mudah kepada peniaga kecil agar memudahkan pemberian pinjaman kecil ini tanpa melalui syarat dan prosedur yang ketat dan tanpa karenah birokrasi yang begitu menyakitkan peminjam. Jadi pemantaun oleh agensi seperti bank Negara dan kemeterian kewangan penting dalam mempermudakkan pemberian pinjaman kecil ini agar peniaga kecil tidak terjerat ke dalam perangkap ah long.
11. Jadi jika tindakan bersepadu dan berterusan diambil seperti yang disarankan di atas di samping tindakan lain yang boleh difikirkan maka PG percaya kegiatan penjenayah kejam ini dapat dibenteras hingga ke akar umbi atau paling tidak pun dapat dikurangkan dengan mendadak.
12. Masalah kongsi gelap, komunis, JI, Al Maunah adalah contoh di mana jika ada usaha bersungguh dari semua pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengangani gejala ini, PG percaya maslah ini dapat dibenteras dan di atasi atau dikurangkan/ dibendung.