
Penulis blog Anduka Taruna perlu mohon maaf secara formal
27/01/2010 3:15pm
27/01/2010 3:15pm
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Penulis blog Anduka Taruna yang disiasat atas dakwaan menghina institusi diraja Johor perlu melakukan permohonan maaf secara formal iaitu di hadapan hakim yang membicarakan kesnya kelak.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pertimbangan mengenai dakwaan serta permohonan maaf itu bagaimanapun tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara hakim terbabit.
“Yang perlu ditekankan di sini ialah pendakwaan akan tetap berjalan seperti biasa, orang yang didakwa itu juga boleh memohon maaf kepada institusi diraja terlibat namun ia terserah kepada kerabat-kerabat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan
Penghuni Gua : Pulak dah. Rais dah mula korner baring. Flip flop lagi. Letih, letih. Cukuplah pak-pak Menteri ini bercakap seperti ini. Tindakan tu yang perlu. Bab minta maaf pada YAA Hakim atau merayu kepada YAA Hakim tak payah cakap le. Memang sistem kehakiman begitu . Memang penjenayah atau sesiapa sahaja yang dituduh di mahkamah, sebelum dijatuhi hukuman di benar merayu atau apa sahaja.
2. Jangan nak pusing le kenyataan anda semalam. Naik menyampah kita dibuatnya. YB Menteri Ingat kami semua ni bodoh ke? Semalam lain , hari ini lain. Esok ? Lain-lain. Flip Flop, flip flop. Cukuplah. Jangan ditambah senarai panjang Menteri-menteri Flip Flop ini. Cukuplah seorang yang dah dibersarakan oleh perwakilan UMNO seorang tu.
3. PG nak YB Rais Yatim yang dahulu. Tegas, berani dan lebih pada tindakan. Bukan bercakap.Penghormatan rakyat kepada kerajaan adalah berdasar ketegasan. Bukan amaran dan pemaafan. Tindakan mahu lebih dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......................
