FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / LELAKI Y. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / LELAKI Y. Show all posts

Wednesday, 29 June 2011

ANALISA GAMBAR : UNTUK YB JOE DAN PEMINUM KENCING DSAI !!!!!!

Dipetik dari blog : Kickdefella


Penghuni Gua
: Ini sebahagaian dari kaedah yang digunapakai oleh pakar-pakar diseluruh dunia mengenai kaedah pengecaman dan pengalisaan gambar. Ini carapakar. Bukan cara paku yang mengaku pakar dalam penganalisaan gambar dalam isu vedeo zina lelaki Y.


2. Jadi baguslah kalau YB Joe dan peminum kencing lelaki Y termasuk PAS. Tak lupa kepada penjaga stor Mahfuz. Pesan PG : kalau dah bodoh tu, buatlah cara bodoh. Tanya kalau tak tahu................Kesian ke Mahfuz. Kesian lagi kepada peminum kencing Mahfuz. Termasuk juga TGHH. Kesian.

3. Tak gitu? Bacaan lanjut mengenai ini : KLIK

Wednesday, 4 May 2011

BUAT UNDANG-UNDANG SENDIRILAH !!!!!!


Penghuni Gua
: Sumpah laknat tak nak, DNA tak nak beri. Bicara asyik dok tangguh. Vedeo seks tak ngaku.

2. Akhirnya ujian politgraf pun tak mahu dan dihalang oleh Azmin Ali. Yang dia tahu dan dok kata pada orang lain ialah konspirasi, konspirasi, konspirasi dan kerja jahat UMNO dan BN. Apalah. Tak ke dungu namanya.

3. Orang nak selesai masalah , dia mencipta masalah dan mencari masalah serta memanjangkan masalah. Tak ke kita semua khasnya pengundi muda mahu berfikir tentang temberang lelaki Y ini? Kalau semua tak mahu , apa caranya nak selesaikan semua masalah lelaki Y ini ?


4. Opsss!!!! Lelaki Y ini maksum rupanya !!!! Maaf ye !!!! Terlupa pulak. Keh keh keh keh keh !!!!!

Friday, 22 April 2011

VEDEO SEKS : SYABAS PAS !!!!!






Abdul Rahim Sabri
Apr 22, 11

PAS mengambil sikap menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang sebelum membuat sebarang pendirian.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (tengah) berkata proses siasatan yang dilakukan sekarang berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada. Beritalanjut : KLIK

Penghuni Gua : Syabas PAS kerana berpendirian sedemikian. Itu yang sebenarnya. Bukan penafian dan menyokong lelaki Y membabi buta dengan berselindung kononnya tidak ikut Islam dan sebagainya.

2. Undang-undang akan membuktikan kebenarannya. Forensik akan menjelaskan segalanya.

3. Juga dengan berpendirian begini, PG berpendapat , macam PAS dah separuh mengakui kebenarannya. Bukan apa, sebab sebahagian dari pemimpin PAS dah menonton vedeo tersebut. Jadi bercakap benarlah walaupun pahit.

4. Yang mungkar, kita sama mendedahkannya. Bukan membela membabi buta. Ini bukan perkara main-main. Ia melibatkan seorang yang akan menjadi dan di war-warkan bakal menjadi PM. Nak ke PM kitadi masa depan terdiri dari golongan peliwat?

5. Syabas PAS kerana mengambil pendirian begini. Syabas Mustafa Ali. PG cadangkan Mustafa mentarbiahkan juga otak dan pemikiran pemimpin dan ahli PAS yang lain. Jangan dok politik sangat sehingga kebenaran dan petunjuk yang Allah berikan pun kita nak nafikan.

6. Tak gitu ?

Monday, 11 April 2011

NAK LARI KE MANA LAGI !!!!




Oleh: ROSLI ISMAIL

Datuk Seri Anwar Ibrahim nak mengamuk ke...Datuk Seri Wan Azizah Ismail nak melenting ke ...Nurul Izzah nak marah ke...Tan Sri Khalid Ibrahim nak membebel ke bila wartawan tanya pasal jam Omega,fakta tetap fakta.

Ahad semua orang lihat bagaimana Ketua Umum PKR itu naik angin bila wartawan wanita TV 3 tanya beliau berkali-kali pasal jam Omega itu. Semua orang nak tahu pasal jam itu kerana Datuk Sharzly Eskay Abdullah,yakni salah seorang anggota Datuk T dakwa sudah serah ke tangan polis. Dari kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani Isnin sah seutas jam tangan untuk siasatan kes video seks itu memang ada pada polis.

Katanya pada wartawan sehingga kini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada akan meminta Anwar menyerahkan jam tangan Omega beliau ( yang didakwa masih ada padanya) kerana ia bergantung hasil siasatan yang dijalankan. Menurut Acryl Sani pihaknya percaya pemilik jam tangan itu akan dapat dikenal pasti menerusi kad pendaftaran yang dikeluarkan syarikat pengedar kepada pembelinya.

Pada Selasa 5 April lalu Wan Azizah melenting dan dakwa jam Omega itu ada padanya masa sidang akhbar di rumhnya.Beliau bagaimanapun enggan tunjuk jam itu. Nurul Izzah juga marah bila didesak tunjuk jam itu.Menteri Besar Selangor pula membebel panjang mempersoalkan wartawan tanya mengenai jam itu. Dalam sidang di Kuching Ahad Anwar dakwa beliau tidak serah jam itu kerana polis tidak minta darinya.

Para wartawan yang kerap membuat liputan sidang akhbar Anwar sudah lali dengan stailnya yang kurang gemar wartawan tanya soalan nak korek lebih lanjut dan provokatif. Bila ini berlaku beliau mulalah keluar skipnya tuduh wartawan ada agenda dan macam-macam untuk memalukan wartawan ditengah sidang akhbar.

Apa sekalipun semua kena tunggu hasil siasatan polis dari syarikat pengedar. Difahamkan setiap jam berjenama ada nombor siri dan siapa yang belinya. Juga ada yang berkata jam Omega yang dipakai Anwar itu dihadiahkan oleh rakannya dalam kerajaaan Arab Saudi dan ada lambing negara itu pada jam berkenaan.

Dan...jangan lupa Eskay juga dakwa Anwar ada hantar SMS padanya pada malam (didakwa berlaku aksi dengan pealcur China) minta beliau tolong jaga jam itu yang diambil balik dari tempat itu. Eskay dakwa jam itu cuba dicuri pelacur berkenaan semasa ( orang yang berwajah Anwar dalam video) itu masuk ke bilik mandi. Eskay dakwa SMS dari Anwar masih tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Juga perlu diingat ujian DNA boleh dibuat keatas jam itu berasaskan peluh dan daki sipemakainya. Makanya fakta tetap fakta...Anwar bukan saja kena berjawab bab jam itu tetapi juga tentang SMS yang dihantar pada Eskay dan kelak ujian DNA. Satu fakta mungkin boleh dipertikaikan...tetapi bagaimana dua dan seterus tiga fakta berkenaan.-11/4/2011

Penghuni Gua : Bungkuih le !!!!! Apa nak cakap lagi. Sampel DNA dah ada dibotol. Nak lari kemana lagi lepas ini. Takkan nak baca khutbah pulak kot? Tak gitu ?

Wednesday, 30 March 2011

FITNAH ? KEH KEH KEH !!!!

Penghuni Gua : Fitnah ? Apa makna fakta? Tak tahu ke antara fitnah dengan fakta ?

2. Biar PG terangkan. Fitnah ialah satu tuduhan tanpa bukti. Perzinaan antara lelaki di dalam vedeo itu dengan wanita cina memang berlaku. Dan ia dirakamkan. Ia didedahkan oleh Datuk T untuk mengetahui siapa sebenar lelaki itu.

3. Tunggu masa aje untuk pembuktiannya. Tunggu hasil siasatan polis. Buktinya ada. Cctv di hotel / resort itu ada. CCTV di rumah DSAI pun ada. Saksi yang melihat perzinaan itu ada. DNA pada jam omega ada. Jadi mana fitnahnya.

4. Bodoh sangat kah untuk kita semua membezakan antara fitnah dan fakta? Beribu pendengar taksub PAS di majlis ini , termakan kencing lelaki Y ini. Siap dengan takbir lagi. Kesian juga PG melihat telatah mereka ini.

Nota 1 : Bab tuduh PM terlibat dengan Atlantuya siap dengan gambar " still " super impose si cina bodoh Tian Chua tu mereka percaya pulak. Ini baru nama fitnah !!!!! Hapah bukti pun tak ada. Tapi nak buat macam mana, dah Allah butakan mata dan mata hati mereka ini. Biarkan si Luncai terjun dengan labunya !!! Kesian!!!!!
Nota 2 : Nak juga lihat lelaki Y saman Datuk Eskay tu. Berani ke ? Keh keh keh keh keh !!!!!

PETA PELAYAR