FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / LIWAT DSAI. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / LIWAT DSAI. Show all posts

Tuesday, 26 April 2011

SAH DSAI : DOA PAS TERMAKBUL !!!!!!!!!







4:30pm




Pendakwa dalam perbicaraan liwat II - buat pertama kalinya - bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Lelaki Y' - pemilik DNA yang tidak dikenali sebelum ini, yang ditemui dalam dubur pengadu.

Peguamcara 11 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Anwar ialah satu-satunya orang yang ditahan dalam sel lokap pada 16 Julai 2008.

DNA itu ditemui pada tiga barangan di situ yang didapati sepadan dengan DNA yang ditemui di kawasan rektum rendah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber DNA tersebut sehingga ini dinamakan sebagai 'Lelaki Y'.

"Ini mengesahkan bahawa "Lelaki Y" itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie," katanya sambil menambah bahawa kes tersebut telah 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Beliau seterusnya berhujah bahawa dua laporan ahli kimia bebas menunjukkan berlaku penetrasi. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam hujahnya, Yusof berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia Nor Aidora Saedon terhadap sampel DNA yang diambil dari bilik lokap yang digunakan oleh Anwar dan oleh Dr Seah Lay Hong terhadap sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.

"DNA itu sepadan dengan kajian profil yang dibuat terhadap semua sampel oleh dua ahli kimia berkenaan dan ia selari dengan keterangan yang diberi oleh Mohd Saiful," kata Yusof.

Beliau berkata Dr Seah mengesahkan bahawa air mani yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful berasal daripada satu sumber sahaja, yang pada awalnya dirujuk sebagai "lelaki Y".

Katanya profil DNA (lelaki Y) itu kemudiannya didapati sepadan dengan profil DNA yang diperoleh dari tiga barang bukti (tuala good morning, botol air mineral dan berus gigi) dan berasal daripada benda yang sama serta daripada sumber yang sama.

Mohamed Yusof berkata berdasarkan padanan yang serupa itu, pihak pendakwa telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa wujud kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu beliau perlu membela diri.

Mengenai isu kelewatan Mohd Saiful membuat laporan polis, beliau berkata seperti yang diketahui, Anwar dan Mohd Saiful mempunyai hubungan majikan-pekerja, dan mangsa juga menjadikan Anwar sebagai idolanya sejak kecil lagi.

"Mohd Saiful diberi layanan istimewa dengan diperuntukkan sebuah bilik di pejabat baru Anwar, berbanding rakan sekerjanya yang lebih senior," kata Yusof.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjejaskan kredibiliti Mohd Saiful dalam memberi keterangan tentang kejadian yang berlaku di unit kondominium berkenaan pada 26 Jun 2008.

Beliau berkata, sebelum itu, mereka telah berjumpa di pejabat Ibrahim Yaacob (ketua staf Anwar) pada kira-kira pukul 10.30 pagi pada hari berkenaan dan pada tengah harinya, Mohd Saiful diminta menghantar satu sampul surat kepada Anwar di Kondominium Damansara pada kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Mohamed Yusof berkata semasa perbicaraan tertutup, Mohd Saiful menerangkan secara terperinci bagaimana aksi itu berlaku dan Anwarlah yang memintanya membawa bersama jeli KY.

"Itulah sebabnya tidak berlaku kecederaan pada bahagian dubur Mohd Saiful, tidak kiralah sama ada aksi seks itu berlaku dengan keizinan atau tanpa keizinan," kata Yusof.

Beliau berkata semua itu terkandung dalam laporan proforma (sejarah perubatan) yang dicatat oleh Dr Ruzain Rahimi, di mana mangsa (Mohd Saiful) memberitahu doktor berkenaan bahawa bahan pelincir telah digunakan, dadanya diramas dan berlaku penetrasi serta ejakulasi.

Mengenai isu tiga orang doktor yang pada mulanya membuat kesimpulan tidak berlaku penetrasi, Yusof berkata ia hanyalah berdasarkan pemeriksaan klinikal, walaupun mereka telah mendapat laporan daripada ahli kimia Dr Seah dua hari sebelumnya.

Beliau berkata, ketika itu, tiga doktor berkenaan tidak mengetahui tentang tempat palitan berkenaan diambil, sehinggalah mereka ditunjukkan laporan oleh ahli kimia semasa pemeriksaan utama.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.


Penghuni Gua : Doa kebanyakkan oramg telah tertunai. Allah telah menunjukkan kebesarannya dengan mengesahkan DNA tersebut adalah peliwat DSAI. Doa PAS juga terkabul. Doa dari sembahyang hajat mereka di merata tempat , agar Allah menunjukkan kebenarannya.


2. Sekarang terimalah petunjuk yang telah Allah berikan. Kita mohon. Allah tunaikan. Petunjuk Allah datang dalam berbagai cara. Itu pun jika kita memakai otak yang Allah anugerahklan untuk kita berfikir. Bukan guna saluran dan platform politik.


3. Pakar yang sahkan. Bukan pak kaduk yang setengahnya hanya lulus takat SRP aje seperti ( tapi mengalah dengan mereka yang ada Phd .Contoh si Mahfuz tu !!! ) di pentas ceramah PAS atau PKR.


4. Bungkus le kau kali ini DSAI oii. Sg Buloh setia menanti. Apa lakonan DSAI pulak lepas ini. Sakit kaki pulak kot?


Nota : Kak Jijah seorang Dr. Dia tahu apa itu DNA. Keberangkaliann persamaan DNA seseorang lelaki dengan lelaki yang lain ialah 60 billion. Jangan nafikannya. Teknologi adalah ciptaan Allah. Jangan nafikan penggunaan dan kelebihannya. Itu kalau kita akal fikiranlah.!!!!!!!!!!

Satu yang pastinya samada DSAI dibebaskan atas sebab teknikal atau didapati bersalah ialah, DSAI adalah sah seorang peliwat. Samada Saiful rela atau tidak, itu isu lain. DNA sahkan DSAI adalah seorang peliwat. Itu yang pasti.

Friday, 11 March 2011

SAMPEL DARAH : BERANI KE ???? ADA KALU .........




KUALA LUMPUR 11 Mac - Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengarahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan sampel darah bagi dijalankan ujian profil DNA untuk menentukan DNA siapa yang ditemui di saluran dubur (rektum) Mohd Saiful Bukhari Azlan. – Utusan

Penghuni Gua : Berani ke? Nak bersumpah pun takut. Kelmarin YAA Hakim kata, bahan bukti diambil secara salah dan tanpa kerelaan si peliwat aka penjenayah tidak diterima di mahkamah.

2. Ok lah tu. Jadi sekarang bagaimana? Nak ke DSAI beri secara percuma? Yang bagus laginya ialah kalau darah DSAI diberi secara percuma , Afifa pun boleh tumpang semangkok untuk membandingkan DNA beliau. Jadi boleh tutup cerita beliau anak siapa. Anak Azmin atau anak DSAI ? Tak ada le timbul fitnah lagi yang boleh menjejaskan remaja wanita itu.

3. Betul tak Azmin? Betul tak Shamsidar ? Betul tak Kak Jijah ? Betul tak " Bang "? Nak tengok juga apa, auta peguam mereka lepas ini. Perjalanan masih jauh lagi ................................................ Kalau tak nak beri darah sebab apa ? Apa cerita. Kalau nak darah PG 1 liter pun tak ada masalah. Polis nak ambil, ambil le. Takut apa. Betul tak ?

Tuesday, 8 March 2011

TANGKAPAN SALAH DSAI : PENDAPAT DR ABD RANI KAMARUDDIN UIAM



Dipetik dari : Penghuni Gua




Isu tangkapan salah atau tidak merupakan isu undang-undang adjektival (prosedur) samada Penguatkuasa itu mempunyai kuasa untuk tahan atau tangkap atau geledah etc,dan samada kuasa penguatkusa menahan dan menangkap itu ada diperuntukkan dibawah undang-undang. Jika penguatkuasa tersebut tidak ada mempunyai kuasa, yang ditangkap itu boleh saman tuntut ganti rugi. Pegawai penguatkuasa itu juga boleh diambil tindakan disiplin terhadapnya. Dalam hal tertentu,pegawai penguatkuasa itu boleh didakwa.

Pun begitu, dalam kebolehterimaan (admissibility) sesuatu keterangan, itu isu undang-undang adjektival (Keterangan)dan salah tangkap itu tidak relevan dan merupakan isu berbeza. Jika fakta itu relevan disegi undang-undang dibawah seksyen 5 - 55 Akta Keterangan, fakta relevan tersebut boleh diterima. Contohnya, keterangan hearsay secara asasnya tidak boleh diterima.Maka keteranganitu tidak boleh diketepikan semata-mata hanya kerana tangkapan OKT itu salah.

Jika tangkapan itu salah, OKT ada kausa tindakan menyaman kerajaan (PDRM) jika dilakukan oleh anggota PDRM. Tangkapan salah juga tidak bermakna mahkamah tidak ada bidangkuasa kerana bidangkuasa mahkamah juga tidak ada kena mengena dengan samada tangkapan itu salah atau tidak.

Admissibility (keterimaan)dan Nilai (weightagenya)keterangan juga ada lah isu berbeza. Kenyataan orang mati boleh diterima jika kenyataannya itu ada kena mengena dengan sebab kematiannya. Persoalan kenyataan simati itu dibuatnya beberapa saat atau minit atau setaelah beberapa hari sebelum kematiannya itu adalah isu nilai keterangannya.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin


Penghuni Gua : Paparan ini adalah lanjutan dari paparan sebelumnya KLIK. Ia itu mengenai perbicaraan liwat DSAI yang sedang berjalan sekarang. Menegani dakwaan peguamnya iaitu tangkapan terhadap DSAI adalah tangkapan salah dan bahan bukti serta keterangannya pun tak boleh dipakai / perlu dibuang. Semuga ianya bermenafaat kepada semua. Tq

Tuesday, 23 November 2010

BICARA HARI INI PUN DILIWATKAN JUGA !!!








Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama beliau telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta di Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan.

Sehubungan itu, peguamnya akan mengemukakan permohonan melucutkan Mohamad Zabidin daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : YAA Hakim pulak dipersalahkan. Bolerh pulak tertuduh bergaduh dengan pegawai pendakwa.

2. YAA Hakim nak digugurkan. Dulu semua saksi nak digugurkan. Kemudian semua pegawai pendakwa nak di gugurkan. Keterangan saksi pun semua nak dibuang.

3. PG cadangkan agar DSAI buat mahkamah sendirilah. Biar dia jadi peguam, dia jadi DPP, dia jadi saksi dan dia sendiri jadi ahli kimia , biar dia sendiri jadi doktor. Kan senang. Jadi semua lapuran akan ikut skrip yang dihendakinya.

4. Lawak bodoh kes liwat ini akan berterusan untuk beratus tahun lagi. Inilah kes liwat yang akan memecahkan rekod Guiness. Pecah rekod , penangguhan paling banyak, tangguhan paling lama, bantahan paling banyak, repot sakit peguam paling banyak. Rekod jumlah peguam yang bisu paling banyak setelah karpal sakit. dan lain-lain yang tak larat nak disenaraikan.

5. Itulah liwat. Memang sukar semuanya. Benda dan perkara yang paling sedap dan haram ini memang sukar segalanya. Banyak perliwatan berlaku sepanjang kes dibicarakan. Itulah perliwatan!!!!

6. Minggu depan , mungkin tangguh lagi kerana ada pula peguam akan jatuh sakit. Tak percaya , lihatlah nanti. Liwat, oh liwat !!! Dia ajelah yang betul !!!!! Biarkan si luncai dengan labunya !!!

Wednesday, 27 October 2010

LIWAT DSAI : BILA MAHU HABIS DAAAAAAAAAAAAAAAAAA !!!!!!





Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarkan kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini, ditangguhkan sehingga jam 2 petang ini.

Sebelum perbicaraan bermula kedua-dua pihak - pembelaan dan pendakwaan - berbincang di kamar hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Ketika perbicaraan , seorang lagi peguam yang mewakili ketua pembangkang itu - Sankara Nair memaklumkan kepada mahkamah bahawa ujian denggi ke atas peguam utama Karpal Singh menunjukkan keputusan negatif. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tangguh dan tangguh lagi. Tak ada peguam lain ke yang boleh bawa kes ini?

2. Ada berpuluh peguam dalam pasukan pembelaan DSAI ini. Ke mana mereka. Hanya pemanas kerusi dan pengangguk kepala aje ke?

3. Bila nak habis bicara ini daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! Ada isu panas dalam mahkamah hasil dari pendedahan saksi aje, ada aje peguam yang sakit. Heran ye? Tak gitu?

Thursday, 7 October 2010

ADA TANGAN DI BELAKANG RAHIMI ? : TANGAN MEREKA SENDIRI KOT !!!!



PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10
1:39pm


Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. ..................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tangan ghaib. Kah kah kah kah kah kah. Tiga makhluk di atas yang mengatakan ada tangan ghaib untuk mengarahkan Rahimi buat akuan bersumpah / repot semalam. Mereka lupa kot ?

2. Ada tangan? Tangan ghaib? Mungkin mereka lupa kot ? . Jadi PG akan ingatkan mereka semula mengenai tangan dan tangan ghaib ini. Pertama , cuba kita pusing balik kenyataan di atas. Pusing semula kenyataan mereka di atas dan kaitkan dengan 2 akuan bersumpah yang Rahimi buat dulu bersama mereka!!!

3. Tangan dan tangan ghaib siapa yang menyuruh Rahimi buat 2 akuan bersumpah tersebut. Pandai ke Rahimi nak buat akuan bersumpah? Menaip dan menulis akuan bersumpah pun Rahimi tak pandai. Bukan ada kelulusan undang-undang. Siapa yang drafkan 2 akuan bersumpah tersebut?

4. Kalau dah betul, mengapa ada dua akuan bersumpah yang pertama dahulu. Siapa atau tangan ghaib mana yang mengarahkan Rahimi buat satu lagi akuan bersumpah yang pertama dulu.

5. Bukan senang nak buat akuan bersumpah. Rahimi pun tak tahu pun apa itu akuan bersumpah dan nak cop di mana serta berapa bayarannnya pun serta nak dihantar ke mana akuan bersumpah tersebut dia tak tahu !!!

6. Semasa 2 akuan bersumpah yang pertama dahulu , siapa yang ada semasa ia ditanda tangani? Tak 3 makhluk ini?

7. Jadi kenyataan 3 makhluk di atas yang mengatakan ada tangan ghaib dengan tindakan Rahimi semalam adalah sebenarnya ditujukan kepada diri mereka sendiri. Maksudnya, tangan-tangan ghaib siapakah yang ada di belakang 2 akuan bersumpah Rahimi terdahulu. Seperti kata Rahimi semalam, merekalah hantunya!!!! Tak gitu?

8. Elehhhhhhhhh!!!! Masa Rahimi buat 2 akuan bersumpah terdahlu tak ada pun mereka nak kata ada tangan hantu, malah menjaja siang malam akuan bersumpah tersebut kononya benar. Seolah akuan bersumpah tersebut macam bukti DNA. Dengan akuan bersumpah, PM dicerca dan difitnah kiri dan kanan. Siapa lagi kalau tak mereka semua. Kini, terkena batang hidung sendiri. Nampaknya makin lebam le mereka ini !!!!!

9. Jadi kalau ada tangan di belakang akuan bersumpah terbaru Rahimi ini, mungkin tangan mereka kot. Sebab mereka pernah buat begitu kot, sebab itu mereka mahir benor!!! Tak gitu?

Monday, 20 September 2010

DSAI KALAH LAGI : MASIH NAK KENCING !!!





Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal lagi untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Rayuan membenarkan bantahan awal pihak pendakwaraya atas alasan perkara itu tidak boleh dibuat rayuan.

Bagaimanapun, peguam ketua umum PKR itu, Karpal Singh berkata pihaknya akan memfailkan notis untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan esok. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : DSAI dan Karpal nak kencing lagi. Biarlah. Biar mereka kencing puas-puas. Memang itu pun tujuan mereka, Mereka nak kencing sehingga lepas PRU13. Kononnya jika PR menang maka kes ini akan diarah tutup. Begitulah perancangan mereka.

2. Jadi biarlah DSAI terus kencingkan pengikutnya. Kencing DSAI, jangan tak kencing!!!!

Monday, 16 August 2010

DSAI KALAH LAGI !!! TANDA-TANDA KE NEGARA SG BULOH SEMAKIN HAMPIR !!!





Mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran dakwaan terdapat hubungan antara pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya (DPP), Farah Azlina Latif. ......................................................................................................
Menurutnya, dakwaan hubungan tersebut tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa. Ini kerana Farah Azlina tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen penting pihak pendakwa seperti yang dinyatakan dalam afidavit pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira (kiri) dan DPP Mohd Hanafiah Zakaria.

Hakim Mohamad Zabidin berkata tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima penjelasan Jude dan Hanafiah dalam isu tersebut.

Dari penjelasan mereka, katanya, adalah munasabah untuk memutuskan bahawa walaupun Farah merupakan anggota pasukan pendakwa, tetapi peranannya terhad kepada 'apa yang perlu' tahu.

Katanya, Farah tidak mempunyai akses kepada kertas atau dokumen siasatan dan juga tidak terbabit dalam sesi taklimat. ...............................................................................................................................................

Mengenai isu integriti pihak pendakwa, Mohamad Zabidin memutuskan bahawa Farah bukan pegawai pendakwa yang bertanggungjawab mendakwa tertuduh, kerana dia hanya hadir di mahkamah untuk mengambil nota.

Menurutnya lagi, Farah juga tidak bertanggungjawab untuk menyoalsiasat para saksi.

Oleh itu, Mohamad Zabidin berpendapat bahawa Saiful tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas Farah berdasarkan dakwaan hubungan antara mereka, dan ia tidak mungkin mempengaruhi pihak pendakwa dan menjejaskan integriti pasukan pendakwa. ...................................................

Mohamad Zahidin juga mengarahkan perbicaraan kes liwat terhadap Anwar diteruskan, walaupun dibantah oleh pihak pembela. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : DSAI kalah lagi. Kalah dan terus kalah. Makin jelas , perjalanannya ke wilayah Pentadbiran Negara Sungai Buloh semakin menjadi kenyataan. Selewatnya pada pandangan PG pun ialah sebelum atau pada 16 sep 2011 maka selesailah perbicaraan ini dan DSAI akan menjadi pemerintahan Tetap dan Agung di Negara Sungai Buloh Darul XXXXXX. Tercapailah cita-citanya . Kih kih kih kih !!!

2. Mungkin selepas ini DSAI dan pasukan peguam bijak pandainya akan meminta tangguh lagi atas alasan bau badan Saiful mengganggu perbicaraan. Maka mungkin Peguam cadangkan agar kes ditangguhkan untuk membuat bilik khas bagi Saiful kerana bau badannya mengganggu DSAI dan peguamnya!!! Boleh apa !!!! Tak salah minta tangguh dengan YAA Hakim. Cuma isunya lulus atau tidak aje!!!! Kih kih kih kih !!!!!

Tuesday, 10 August 2010

SUKA BENOR DENGAN KARIPAP ! MENGAPA YE !

Dipetik dari blog : AIDC

Penghuni Gua : Selamat menyambut hari lahir ke 63 hari ini. Semuga DSAI cepat sedar dan bertaubat segera sebelum terlambat. Semuga Allah membuka pintu hatinya untuk insaf. Juga keluarganya untuk memberikan nasihat dan petunjuk kepadanya. Amin!!!!!!!!!!!!!

2. Hairan juga PG , DSAI ini suka benor dengan karipap. Ada signifikan kot? Kih kih kih kih kih kih !!!!!

Nota : Kepada DSAI, cukup-cukup le menunda kes liwat tu. Temberang, temberang juga. Kes mesti jalan daa......................aaaaaaaaaaaaaa. Asyik tunda aje, bila mau habis daaaaaaaaaaaaa...........aaaaaaaaaaaaaaa!!! Yang liwat dah ada bukti dan keterangan, hubungan Saiful dan isu kahwin dua DPP nak sibok pulak . Yang tak ada bukti dan tiada kaitan pulak disibok dan dilebihkan. Itu pun penyokongnya terus termakan dengan tipunya. Tapi biarlah, mereka pun suka dimakan tipu. Padan muka mereka!!!!

LIWAT DSAI : MAIN TUDUH AJE , SEMUA ORANG BOLEH !!!

( Takat tembak buta aje semua orang boleh, tak payah le belajar jadi loyar. Hanya pakai pukat hanyut. Kalau kena nasib baik!!!!!!!!!!! )



Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusannya Isnin ini keatas permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk gugurkan kes liwatnya mengunakan alasan adanya dakwaan hubungan intim antara Saiful Bukhari Azlan dengan bekas anggota pasukan pendakwa Farah Azlina Latif.

Pagi Selasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya bersidang sekitar setengah jam mendengar hujah balas Karpal Singh yang terus pertikai soal hubungan itu jejaskan kes.

Beliau persoal kenapa Saiful-Farah tidak kemuka affidavit menafikannya.Baginya ini bukan saja melibatkan soal prejudis pihak pendakwa tetapi juga soal persepsi.

Karpal bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti pada dakwaan wujudnya hubungan berkenaan.-10/8 2010

Penghuni Gua : Semua orang boleh tuduh. Mana buktinya. Kalau macam tu, PG pun boleh tuduh macam-macam. DSAI liwat si anu , si A , B, C, D, E. Lepas tu minta polis siasat. Nak tuduh pun biarlah ada bukti awalan. Jangan main pakai tuduh buta aje.

2. Nak politik pun cari le cara lain. Ini hanya dakwaan dari Malaysia Today aje dah nak minta kes liwat DSAI dibuang kes. Apalah.

3. Lepas ni , tuduh pulak Saiful liwat dan berzina dengan A, B, C, D. Minta tangguh lagi dan minta kes digugurkan semula.

4. Ini tak ada lain, selain dari hanya nak lambatkan kes . DSAI dan kumpulannya nak lanjutkan kes sehingga lepas PRU 13. Semua orang tahu. Itu ajelah strategi mereka. Kalau menang maka, bungkus lah kes ini. Ini aje taktik mereka.

Nota : DPP Kahwin 2? Salah ke. Apa kaitannya dengan kes liwat ini? Kalau ya pun, lantak DPP tulah nak kahwin 4 pun. Apa kaitannya. Karpal, karpal. Pusing tak habis-habis. Kadang-kala / selalunya begitulah: nampak bodoh juga Karpal ini. Selain itu si Karpal ini dah jadi macam si samseng bermata satu, nak rosakkan rumahtangga orang lain aje!!!!!!! Apelah!!!!!!!

Monday, 19 July 2010

PERBICARAAN LIWAT SAIFUL DILIWAT LAGI !!!!





Kongsi 0Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersetuju menundakan perbicaraan kes liwat II yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 2 Ogos ini.

Ia berikutan prermohonan daripada peguam tertuduh berikutan peguam utama Anwar, - Karpah Singh diberi cuti sakit 15 hari akibat jangkitan paru-paru. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Begitulah kisahnya. Saiful terus di liwat bagi perbicaraannya. Justice delay , justice deny". Keadilan hanya untuk DSAI. Biarkahlah Saiful.

2. Jerat tak pernah lupa pelandok. Cuma menunggu masa dan ketika aje. Balasan Allah akan tiba juga akhirnya.

3. Lihat juga : KLIK

Friday, 16 July 2010

LIWAT DSAI : SEKIRANYA KARPAL " TIADA "....................!!!!!





Kongsi Perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan Isnin ini mungkin ditunda berikutan peguam utamanya, Karpal Singh terpaksa menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa kah terjadi sekiranya Peguam Karpal Singh meninggal dunia sebelum kes liwat ini tamat? Adakah kes ini akan terus tertangguh?

2. Nampak caranya begitulah. Sebab bila Karpal sakit , pasukan peguam seramai 11 orang lagi semuanya semput. Tak berani nak teruskan kes. Itulah yang kita nampak. Pasukan peguam ini terus jadi bisu. Mengapa ye?

3. Kalaulah Karpal padam, DSAI selamatlah!!! Kerana kesnya akan terus tertangguh sehingga di kelahiran akan datang. Kih kih kih kih!!!!!

Nota : Kalau Karpal sihat dalam sehari dua ini, mungkin juga perbicaraan ini terus tertangguh. Ini kerana dari 11 peguam itu, kemungkinan peguam Aziz Adrusse pulak yang sakit pening selepas ini. Tangguh lagi. Aziz Adrusse sihat, Sakaran Singh Nair pulak lepas itu , jatuh sakit ( sakit mulut kot ) kes tertangguh lagi. Begitulah seterusnya sehingga lengkap 11 pusingan peguam yang sakit dan kembali semula, Karpal yang sakit. Tangguhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......................kih kih kih kih kih...............kah kah kah kah kah kah

............Atas dunia ini boleh le kau putar belit DSAI oii. Di akhirat tak terlepas juga. Masa dan ketika aje................Tunggu aje lah hukuman Allah!!!!

Thursday, 13 May 2010

KEPUTUSAN RAYUAN DSAI : PANDANGAN DR ABD RANI KAMARUDDIN UIAM


Nota : Disiarkan pandangan Dr Abd Rani kamaruddin UIAM mengenai permohonan tangguhan berulangkali oleh peguambela DSAI iaitu Karpal Singh dalamm kes meliwat Saiful yang dihantar ke blog PG. Tq.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, dalam prosidng jenayah, tidak semua keputusan boleh dirayu. Hanya keputusan yang menentukan secara muktamad hak pihak-pihak iaitu sabitan atau bebas. Maka keputusan samada wujud atau tidak kes prima facie, OKT dipanggil atau tidak masuk membela diri, saksi tidak boleh dipanggil kerana tidak relevan,dokumen tidak boleh diberikan, bukanlah keputusan yang sepatutunya boleh dirayu. Isu-isu itu kesemuanya boleh dipertimbangkan atau dibangkit sekaligus dalam rayuan proper pada diperingkat Rayuan. Lumrahnya, rayuan hendaklah dihadkan hanya kepada sabitan (proven guilty)atau bebas(not proven). Nampaknya, pintu rayuan sudah dibuka terlalu luas oleh mahkamah sehinggakan perbicaraan hampir tidak dapat diteruskan.

Pada pandangan saya, keputusan itu antara lainnya hendaklah "judgment, sentence or order pronounced by any Magistrate's Court in a criminal case or matter" (section 307 CPC. Maksud "criminal cause or matter" ialah jika dibawah ke penamatannya, membawa kepada suatu hukuman seperti penjara atau denda. Dalam keputusan untuk atau tidak dibekalkan dokumen dan sebagainya, keputusan ini bukanlah jenis yang boleh ditakrifkan keputusan dalam criminal cause or matter kerana keputusan ini tidak membawa kepada apa-apa sabitan atau pembebasan yang boleh menjadi perkara rayuan. "Criminal cause or matter" hendaklah dihadkan kepada bebas (not proven-acquit) atau sabit (proven guilty). Jika tidak, mana-mana OKT pun boleh membuat rayuan agar tidak digari semasa perbicaraan dan sementara rayuan diputuskan oleh Mahkamah Federal, perbicaraan terpaksa ditangguh.


Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang
UIAM

TANGGUH, TANGGUH ! BILA MAHU SELESAI BICARA DAAAAAAAAAA................




KUALA LUMPUR 13 Mei - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam bela, Karpal Singh, untuk menangguh prosiding sementara menunggu keputusan rayuan ditolak, atas alasan tiada alasan istimewa dan keputusan yang dibuat semalam dibuat sewaktu prosiding, yang mana ia merupakan non-appeable (tidak boleh dirayu). - Utusan Juga KLIK

Penghuni Gua : Lepas tangguh , mohon tangguh lagi. Mula aje mahkamah bersidang , tak ada kerja lain. Nak tangguh aje kerjanya.

2. Tangguh, tangguh......Bila bicara mahu selesai daaaaaaaaaaaa..............................Pusing le selagi boleh pusing atas dunia ni DSAI. Akhirat anda tak lepas juga. Itu yang Allah turunkan bala lepas satu-satu ke atas anda. Tak habis-habis sejak dulu...........Tak mahu berfikir ke?

Wednesday, 12 May 2010

KARPAL SAHKAN DSAI PELIWAT !!!





Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Untuk semua penyokong tegar DSAI. Lihat baik-baik apa soal balas yang dilakukan oleh Karpal Singh terhadap Saiful. Tak lebih dari hanya Karpal mengesahkan bahawa DSAI memang peliwat.

2. Ini kerana , dalam perbicaraan semalam Karpal hanya menyoal atas isu liwat itu berlaku atas kerelaan atau tidak rela. Itu sahaja. Ini bermakna Karpal memang tahu dan sahkan DSAI seorang peliwat. Isunya rela atau tidak mendapat kerelaan dari saiful. Rela tak rela tetap DSAI itu peliwat dan tetap salah dari segi undang-undang.

3. Apa tujuan tersirat Karpal menyoal Saiful demikian kita tak tahu. tapi sebagai orang yang pernah terlibat dengan mahkamah ia mempunyai maksud dan tujuan yang berbagai. Isunya DSAI adalah peliwat. Karpal tahu itu.

4. Mungkin juga strategi jangka panjang dalam politik , untuk mengikat DSAI dalam politik agar jangan nak memainkan DAP dan Karpal.

5. Itu pun , penyokong DSAI masih belum nampak. Cuba baca baik-baik soal balas Karpal terhadap saiful semalam. KLIK. Itu pun mereka masih belum nampak. Kesian................

6. Karpal tahu benar , DSAI adalah peliwat. Sedarlah wahai penyokong tegar DSAI. Cuba baca berkali-kali........................Meliwat secara rela atau tak rela. Itu aje. Liwat memang berlaku. Itu yang Karpal cuba beri isyarat pada anda kot.

Nota : Karpal ini nak tunjuk pandai dengan soal begitu. Untuk melemahkan saksi dan membuang kes atas dasar teknikal. Tapi Karpal tidak tahu, soalan begitu telah memerangkap dirinya nanti. Jelasnya permohonannya telah ditolak oleh YAA Hakim hari ini bagi peroalan liwat rela atau tidak................

Padan muka Karpal, padan muka penyokong tegarnya dan padan muka PAS yang mengikut membabi buta. Kesian! Itu pun masih belum sedar!!!!!!!

Tuesday, 4 May 2010

LIWAT DSAI : JANGAN BACA LAPURAN PERUBATAN SEKERAT-SEKERAT !





Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

Sambil merujuk buku 'Forensic Medicine for Lawyers' dalam satu topik mengenai kesalahan homoseksual, Yusof berkata penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku.

Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki dijumpai pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku.

"Ini yang apa pendakwaan cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof.

........................................................................................................Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.

Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

................................................................................Dalam keputusan sebulat suara, Arifin berkata laporan perubatan oleh tiga doktor mesti dibaca secara keseluruhan.

"Dengan berbuat demikian, ia tidak menyokong dakwaan perayu agar tuduhan itu dibatalkan pada peringkat ini," katanya.

..................................................................................................................................

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Itu le yang DSAI dan pasukan pembelaannya takut sangat nak bicara. Rupanya DNA air maninya positif. Itu le yang nak taichi awal-awal tak mahu bicara. Air maninya masuk sendiri kot.

2. Dulu begitu juga. Ada dan disahkan air mani nya dan Shamsidar terdapat di tilam di Tivoli Villa. Kalau ya pun orang nak sabotaj DSAI, bagaimana air mani wanita Shamsidar tersebut terdapat di tilam berkenaan.

3. Jadi kepada penyokong tegar DSAI tu, buka le minda sedikit. Cuba baca dan hayati kata-kata YAA Hakim-Hakim di atas. Bicara mesti diteruskan. Lapuran perubatan tersebut jangan dibaca separuh-separuh atau dalam bahasa kampung baca sekerat-sekerat aje. pileh yang mana berkenan di hati aje.

4. YAA Hakim-Hakim tak dapt diperbodohkan oleh DSAI dan pasukan pembelaannya. Ingat ! Sains dan DNA itu adalah ciptaan Allah yang Maha Agung. Percayalah dia. Saksi empat tak ada, maka tak bermakna DSAI boleh dilepaskan begitu sahaja. Islam tak ajar pun begitu. Ia boleh diganti selain hukuman rejam sampai mati dengan hukuman penjara sekiranya bukti sains mengesahkannya dan mahkamah menerimanya.

5. Jadi jangan dok pusing-pusing lah. Tak semua orang boleh diperbodohkan oleh DSAI atau pasukan pembelaannya.

6 Kepada Saiful : Semuga anda tabah dalam perjuangan menentang peliwat ini. Allah bersama anda. Amin. Keadilan untuk Saiful..........................

Monday, 22 February 2010

QARDAWI SOKONG DSAI ? HE HE HE HE !!!


MStar


JERANTUT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau mempunyai satu mesej video berdurasi 12 minit daripada seorang ulama yang dihormati, Dr Yusuf Al-Qardawi yang berkata tuduhan liwat terhadapnya adalah satu pembohongan dan berniat jahat.

Anwar berkata, video berkenaan akan diedarkan selepas ia diterjemahkan sambil menambah Dr Yusuf menyokongnya dan menyatakan bahawa semua tuduhan liwat ke atasnya adalah fitnah besar untuk mencemarkan nama baiknya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersempena Konvensyen Kebangsaan PKR untuk peneroka felda di Kampung Temin di sini pada malam Sabtu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa Yusuf Qardawi ni. Beliau bertaraf Nabi dan Rasul ke? Kalau melihat dan mendengar cara DSAI terlalu kuat memegang kata-katanya seolah Yusof ini bertaraf nabi atau rasul. Sebabnya, beliau tidak perlu melihat bukti dan mendengar keterangan kedua pihak ! Dengan hanya mendengar keterangan sebelah pihak sahaja iaitu keterangan dari DSAI sahaja , beliau telah keluarkan hukum dan fatwa bahawa DSAI tidak bersalah dalam tuduhan liwat yang dihadapinya.

2. Hukum apa yang Qardawi ini pakai. Belaiu gunapakai hokum hudud juga ke? Ikut hudud ke kalau hanya dengar sebelah pihak dan terus buat keputusan?

3. Apa pula pandangan Qardawi ini tentang ciptaan agung Allah mengenai DNA? Bukankah DNA ini adalah salah satu ciptaan Agung Allah bagi manusia gunakan dalam kehidupan dan salah satunya ialah bagi digunakan dalam perbicaraan yang tiada saksi melihat kejadian liwat berkenaan? Bodoh sangatkah Qardawi ini mengenai sains yang diciptakan Allah untuk manusia fikir dan gunakan?

4. Atau DSAI hanya gunakan nama Qardawi untuk faedah beliau dalam menghadapi tuduhan liwatnya bagi mengalih pandangan rakyat terhadap jenayah yang dilakukannya?

5. Fikirkanlah pengundi muda: Beginikah pemimpin dan parti yang akan kita pilih untuk memerintah Negara? Undang-undang hanya terletak ditangan mereka. Itu belum lagi mereka berkuasa. Jika mereka berkuasa , anda tahulah apa akibatnya. Mereka akan membuat apa sahaja mengikut hati dan perasaan. Itulah wajah pemimpin dan parti ini.

6. Fikirkanlah.

Tuesday, 9 February 2010

ANUAR, ANUAR 6 : BANTAH LAGI !!!!! TANGGUH LAGI !!!!





KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Mahkamah Tinggi membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang dengan tidak mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung artikel, gambar dan keterangan gambar yang disiarkannya berkaitan perbicaraan kes itu. Ketua Pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusannya dengan bebas apabila menolak bantahan pihak pembelaan berhubung penerbitan akhbar berkenaan minggu lalu.

Mohd Yusof menegaskan permohonan Anwar dengan mengemukakan notis usul bagi mendapatkan perintah supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu, tidak mempunyai merit dan justifikasi, remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah. “Oleh yang demikian saya memohon permohonan (pembelaan) itu ditolak,” katanya melalui afidavit balasan yang diikrarkan beliau sendiri dan difailkan pihak pendakwaan petang semalam. Dalam prosiding semalam, Mohamad Zabidin menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan Anwar dan hujah balas pendakwaan sebelum memutuskan kedudukannya sebagai hakim kes itu.

Dalam afidavitnya, Mohd Yusof juga menafikan keputusan hakim menolak bantahan pembelaan membawa kepada elemen berat sebelah seterusnya menyimpang daripada standard keadilan sama rata seperti dituntut undang-undang. Katanya, sebelum wartawan Utusan Malaysia boleh dikatakan menghina mahkamah, mahkamah mesti memutuskan terlebih dulu sama ada laporan yang didakwa kurang tepat itu bertujuan mengacau prosiding perbicaraan dan dibuat dengan niat jahat.

Mohd Yusof juga menafikan dakwaan beliau memujuk peguam Anwar, Karpal Singh untuk berjumpa hakim bagi mengubah keputusannya selepas menyedari keputusan hakim itu silap.

Penghuni Gua : He he he he he !!!! Banyaknya songeh si DSAI ini. Lebih daripada nak bicara DYMM. Macam-macam kerenah. Kalau fikir secara bodoh pun, kalaulah Utusan menghina mahkamah dan salah lapur pun, ia tidak menjejaskan perbicaraan dan keadilan di mahkamah pun.

2. Ia tidak menjejaskan bukti dan keputusan YAA Hakim dalam kes liwat tersebut.

3. Apalah. Songeh aje yang lebih. Serba tak boleh, serba bantahan. Bantahan, bantahan, bantahan: Bila bicara mahu habis daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Monday, 8 February 2010

LIWAT DSAI : KESIAN SAIFUDDIN TERHEGEH-HEGEH MENCARI PENYOKONG LIWAT !



Kes Anwar: PKR bergelut cari penyokong
Jimadie Shah OthmanFeb 8, 103:43pm

Mulai hari ini, penyokong PKR dari semua negeri akan diwajibkan bergilir-gilir hadir di perbicaraan kes liwat ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata ekoran usaha itu, pihaknya berharap kehadiran penyokong dapat mencecah angka ribuan dan mencapai kemuncaknya setiap hari Jumaat.

"Kita harap sekurang-kurangnya 300 anggota daripada lima cabang hadir setiap hari."Kehadiran diwajibkan kepada dua cabang PKR di Selangor, dua cabang di Wilayah Persekutuan dan satu cabang dari negeri-negeri lain akan bergilir-gilir hadir di mahkamah setiap hari," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kesian juga PG melihat Saifuddin nasation ni. Terhegeh-hegeh dan terkial-kial menjadi hamba tebusan DSAI untuk mencari penyokong bagi berdemo dan berkumpul di perbicaraan liwat DSAI.

2. Kesian, kesian. Sampai terpaksa adakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara bagi menentukan penyokong hadir. Ada lagi arahanya Saifuddin ini. Tiap cabang ditetapkan pula berapa orang perlu hadir ke perbicaraan liwat DSAI. Kesian-kesian.

3. Bertaubatlah Saifuddin. Baik anda beribadah pada Allah . Itu lagi baik dan mendatangkan pahala dari memaksa dan menipu penyokong anda untuk hadir dalam perbicaraan kes jenayah ini yang tidak membawa faedah kepada penyokong anda ini.

4. Jaga anak dan bini kita lagi membawa berkat wahai Saifuddin dan diperkuda dan dikudakan oleh DSAI yang hanya untuk melepaskan tengkoknya sahaja.

5. Sedar-sedarlah. Kepada pengundi muda: Lihat dan fikirkanlah sendiri tentang kes liwat ini. Dan lihat serta fikirkan juga gelagat pemimpin-peminpin PKR ini. Mereka ini semuanya hanya kuda tunggangan yang diguna tak lebih dari *&^&*&^%$%& untuk melepaskan seorang pemimpin dari jenayah liwat yang beliau sendiri lakukan. Jadi kepada anda semua, cukuplah diperbodohkan. Satu perkara aje: DNA ini adalah kejadian dan ciptaan agung oleh Allah untuk kepentingan manusia. Ia dapat mengelak seseorang / penjenayah dari terlepas. DNA adalah satu karya agung dari Allah untuk faedah manusia. Mengapa kita tidak mahu percaya dengan ciptaannya?

Nota : itu pun perbicaraan liwat ini masih tersangkut-sangkut dan beribu alasan diberi oleh tertuduh dan barisan peguamnnya bagi melengahkan keadilan untuk semua pihak. Cakap aje lebih puak ini. Habok pun tak ada!!!!!!!!!!!

Sunday, 7 February 2010

ANUAR, ANUAR 5 ! : SAKIT LAMA SUDAH MARIIIII !

1. Hari pertama perbicaraan

2. Hari kedua perbicaraan


3. Hari ketiga perbicaraan

Penghuni Gua : Hai PG lihat penyakit DSAI ini macam nak datang semula dah. Penyakit semasa kes liwat pertama dulu. Sakit Tengkok, Sakit tulang belakang dan sakit lutut. Mungkin esok ( isnin ) , DSAI akan datang berkerusi roda semula kot. Tidak pun kena pakai alas tengkok. Nampak pada gayanya begitulah.

2. Jadi kena le buat sakit beransur-ansur agar nampak lebih " real ". Tak lah terkejut sangat. Jadi , nampak le penyakit tu datang perlahan-lahan.

3. Kita sama-sama lihat nanti..... ( isnin ).............dan hari seterusnya.

PETA PELAYAR