FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / PENYELEWENGAN. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / PENYELEWENGAN. Show all posts

Sunday, 6 December 2009

JAMBATAN KAYU RM 1 JUTA? RUNTUH LAGI !




Penghuni Gua : Jambatan di Kg. Kawah Sg Lembing Kuantan , Pahang ini dah le mahal ( RM 1 juta ) , tak sampai setahun runtuh pulak.

2. Apa cerita ni. Mengapa terlalu mahal hanya untuk membina jambatan kayu yang panjangnya hanya 80 meter? Kalau kayu cengal pun baru RM 8 K satu tan. Tak sampai 10 tan pun kalau nak bina jambatan tu. Kos tanam cerucuk dan simen serta kos buroh campur semua sekali dalam RM 200K sahaja. Kalau RM 300 K pun , kontraktor masih boleh untung 70 %. MUngkin ini jambatan yang diperbuat dari perak kot. Itu yang mahal tu.

3. Runtuh pula. Apa design jambatan ini yang tidak mengambil kira banjir dan kekuatan arus sungai yang melanggar tebing. JUga jambatan tu pulak dibina hampir paras air sungai. Apa design ni!Bodoh sangat ke jurutera JKR sehingga boleh meluluskan pelan ini dan juga boleh meluluskan bayarannya. Adakah ia mengikut spesifikasi pembinaan?

4. Kepada SPRM, siasat le sikit. Ini ada unsur tidak sihat dan rasuah di dalam pembinaan jambatan ini. Jangan bincang bab lain le. Lihat dari segi kos sahaja kita sudah tahu dan kita boleh agak ada yang tidak betul tentang kosnya.

5. Kalau SPRM tidak menyiasat kerana alasan tiada lapuran dibuat : jawapanya senang sahaja. Jadikan tulisan PG ini sebagai satu lapuran polis. Apa susah sangatnya.

6. Inilah yang memeningkan kepala PM dan MB. Bukan salah kerajaan, tetapi salah pentadbir yang diberi amanah tetapi tidak menjaga amanah tersebut malahan mengkhianati amanah . Inilah yang dikatakan " Harapkan pagar, pagar makan , akar-akar padi " . Kepada kerajaan, ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab dalam kesalahan dan kecuaian ini segera agar ianya tidak berulang dan menyusahkan rakyat dan menjejaskan nama baik kerajaan.

7. Sakit hati membaca berita-berita sebegini.

PETA PELAYAR