FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH / RASUAH. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH / RASUAH. Show all posts

Tuesday, 3 November 2009

MUKA -MUKA HEBAT BULAN NOV 2009






Inilah muka hebat bagi bulan nov 2009. Perhatikanlah sepuas hati kita. Kalau sesiapa nak mencontohinya pun tidak apa. Tapi tanggung aje le musibahnya. Juga ada juga lagi yang bakal menjadi yang terhebat. Tapi sabar lah sikit menunggu. Seperti kata Papa Ronnie Liu " "Wong adalah yang pertama, tetapi dia mungkin bukan yang terakhir," . Mungkin dia sendiri terasa panasnya untuk menjadi yang terhebat. Hebat, hebat.

2. Harga setiap muka bagi 6 orang tersebut berbagai. Ada berharga : RM65,000., RM80,000 , RM2,500 , RM70,000 .RM7,500.

3. Hebat, hebat.... Hebat... Macam 6 J...........Kalau zaman P. Ramlee ni, dah lama kena dengan tekpi.

4. Oppps lupa. Yang terhebat dan muka yang tak ada nilai sekali ialahhhhhhhhhhhh..............Dia ini ( seperti gambar dibawah ) dapat bersilat kuntau lagi hari ini dan kes nya ditangguh 29 nov 2009. Ini muka yang terhebat untuk sepanjang tahun 2009. Hebat, hebat dan terhebat.

Monday, 2 November 2009

SPRM DAKWA 5 PEMIMPIN POLITIK : TAHNIAH !


Malaysiakini

Pendakwaan besar-besaran SPRM
Nov 2, 09 3:15pm


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung isu rasuah.Lima orang termasuk seorang ahli parlimen, dipercayai BN, dan pembantu khas seorang exco Selangor, dikehendaki hadir jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Seorang bekas pegawai khas menteri besar Selangor Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, juga diseret berhubung dakwaan menyeleweng RM50,000.Wong Chuan How - seorang pembantu khas Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor di DUN Sungai Pelek - termasuk antara lima orang tersebut. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah SPRM kerana cepat bertindak di atas penjenayah ini. Semuga selamanya demikian.

2. Mereka yang ditangkap ialah : Bekas ADUN dan pembantu ,Bekas pegawai MB Selangor , Pembantu khas exco Selangor , seorang Pengarah syarikat .

3. PG berpendapat ini satu langkah berani dan akan memberi imej yang baik kepada integriti SPRM dan nama baik kerajaan. Selepas ini , jangan ada pihak mendakwa ia adalah pendakwaan terpileh dan ada motif politik. Cukup-cukuplah mempolitik dalam isu-isu yang melibatkan jenayah keji ini.

4. Biarlah mahkamah yang menentukan. Yang salah tetap salah dan wajib didakwa. Kita semua sepatutnya memberi sokongan atas tindakan berani dan pantas SPRM ini. Tahniah SPRM.

Nota : Ramai lagi selepas ini termasuk si gangster di Selangor tu yang akan didakwa. Tunggu masa aje le.

Tuesday, 30 June 2009

JENAYAH RASUAH TAK MENGIRA SIAPA !


Utusan Malaysia


KLANG 30 Jun - Seorang pensyarah kanan sebuah universiti di Cyberjaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperoleh rasuah wang tunai RM800 daripada seorang pelajarnya sebagai habuan dalam usaha menaikkan markah dan seterusnya meluluskan perempuan terbabit.

Krishna Prasad Pramulapati, 52, warga India didakwa memperoleh wang tersebut daripada S. Kumalini Devi, 24, sebagai dorongan untuk dia meluluskan kertas jawapan peperiksaan TCS 3211 bagi subjek Algorithm Analysis bertarikh 22 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 5 petang, 24 Jun lalu di bilik FIT BR 4020 Blok B, Faculty Of Information Technology Universiti Multimedia, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang dekat sini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Alahai. Dengan pelajar dan budak mentah pun jadi. Begitulah. Bila memikirkan keseronokan apabila menjadi kaya maka inilah jadinya. Jenayah ini tidak mengira siapa.

2. Baik ketua jabatan, kakitangan bawahan , lebai, pemimpin politik islam ke tak islam ke, amil ( pengutip zakat ) , buruh, dan sebagainya. Semuanya akan melakukan sekiranya tiada pertahanan dalaman yang kuat .

PETA PELAYAR