FOLLOWERS

Showing posts with label JENAYAH LIWAT DSAI / KOYAKUTEE. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH LIWAT DSAI / KOYAKUTEE. Show all posts

Saturday, 9 October 2010

JANGAN TEMBERANGLAH LATHEEFA : RAHIMI !!!





Bekas pembantu kontroversial Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman yang mendakwa dipaksa membuat akuan bersumpah palsu - menyangkal cerita Latheefa Koya berhubung peristiwa merangka akuan tersebut.

Katanya, cerita Latheefa kepada Malaysiakini, yang disiarkan semalam adalah tidak betul dan hakikatnya, - dia langsung tidak takut bahawa polis akan menangkapnya dan sekaligus menafikan yang dia mencari perlindungan di Quality hotel di Shah Alam pada 28 Jun 2008.

“Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel.

“Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. ...................................................................................

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Rahimi menafikan cerita Latheefa itu.

Dakwanya, sebelum ke Quality Hotel, dia berada di Hospital Kuala Lumpur bersama Saiful Bukhari, pakciknya, staff-staff dan doktor serta ramai pihak polis termasuk daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

“Jadinya, kenapa pula kata Latheefa bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel?

“Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.”

Sebaliknya menurut Rahimi, sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan.

“Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang mengeletar.

“Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?” soal Rahimi.

Katanya, beliau telah menceritakan berhubung apa yang sebenarnya terjadi kepada naib pengerusi PKR, R Sivarasa dan Latheefa tetapi mereka menyuruhnya menukar cerita.

“Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkmah.

“Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya?” katanya .

Menurut Rahimi beliau juga bersimpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan tetapi sebagai seorang peguam, ketua penerangan PKR itu sepatutnya faham apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk meperbetulkan kesilapan.

“Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.

“Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi. Amin,” kata Rahimi.

Rahimi membuat kejutan pada 6 Oktober lalu, apabila memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuatnya lebih tiga tahun lalu.

Peguamnya - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Koyakutee, latheefa koya, Latheefa Koya. rupanya begini cara peguam banyak mulut ini bercakap.

2. Anda semua, mana kenyataan yang kita nak percaya? Kenyataan Peguam becok ini atau Rahimi. PG lebih percaya kepada Rahimi. Kenyataannya lebih menyeluruh. Satu aje yang perlu kita faham ialah, Rahimi tak tahu pun nak buat macam mana akuan bersumpah itu pun. Jadi siapa yang mengajarnya?

3. Majlis Peguam? Tunggu apa lagi. Siasat le kemungkinan ia melanggar etika majlis peguam. Kan Majlis Peguam pandai dalam segala hal dan selalunya menyentuh semua isu yang bukan haknya pun. Sekarang dengan kenyataan rahimi ini, tak bolehkah Majlis mencadangkan sesuatu agar apa-apa tindakan boleh dikenakan kepada amalan buruk peguam dalam isu ini?

4. Biasanya Majlis Peguam pakar dalam segala hal. Bab agama islam pun nak di ganggu dan nak disentuh oleh Majlis. Adakan forum terbuka lagi. Apa salahnya Majlis Peguam anjurkan satu forum terbuka bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai persepsi masyarakat terhadap Majlis?

5. Atau pun Majlis Peguam cadangkan ditubuhkan satu suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat isu dan kenyataan Rahimi ini. Ia menyentuh kepentingan dan hak asasi rakyat juga ?Biasanya kalau ada aje isu yang menyentuh kerajaan aje, serta merta Majlis Peguam cadang tubuhkan satu Suruhanjaya? Jadi apa salahnya Majlis Peguam tubuhkan satu Suruhanjaya? Siasat betul ke tidak isu ini dan kemukan syornya selepas itu. Boleh kan?

6. Mengapa Majlis diam aje? Bisu kot.? Kenyataan dan pendedahan rahimi ini serius dan amat serius kepada kepentingan umum dan kepada air muka majlis. Suruhajaya DiRajalah jawapanya. Mereka semuakan pakar dalam mencadangkan berbagai Suruhanjaya Di Raja. Jadi pengerusi Suruhajaya kalau dicadangkan oleh Majlis nanti, PG cadangkan pengerusinya ialah Tun Abdullah haj Ahmad Badawi. Diakan Bapa Suruhajaya Malaysia kan ?

7. Kepada Latheefa, Rahimi doa dan kirim salam pada anda!!! Jawab le? Dalam isu akuan bersumpah ini, siapa konspirasi siapa agaknya? Nampak gayanya kenyataan DSAI dan pemimpin PKR sebelum ini sebenarnya terbalik kot. Mereka yang sebenarnya berkonspirasi !!! Tak gitu?

PETA PELAYAR