FOLLOWERS

Showing posts with label KASTAM. Show all posts
Showing posts with label KASTAM. Show all posts

Thursday, 18 November 2010

KASTAM NI, ASYIK RAMPAS BARANG SELUDUP AJE, MANA PENYELUDUPNYA ???





PETALING JAYA 18 Nov. -Jabatan Kastam berjaya mematahkan kegiatan satu sindiket menyimpan dan mengedar rokok putih seludup yang berselindung di sebalik aktiviti kilang membuat batu bata di Jalan Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Datuk Saadon Mohd Dros berkata, dalam serbuan pukul 2 petang Isnin lepas, sebanyak 29.081 juta batang rokok putih dan kretek bernilai lebih RM4.8 juta dirampas melibatkan cukai tidak berbayar hampir RM14.4 juta, rampasan terbesar tahun ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sejak PG hidup ini, saban hari PG akan membaca tangkapan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak Kastam Malaysia. Tak pernah terlepaslah. PG berminat rampasan Kastam terhadap minuman keras, dan rokok. Baik di darat, atau laut.

2. Bukan apa. Cuma PG hairan dan ajaib, 99% tak ada tangkapan terhadap orang / penyeludup berkenaan. Asyik rampas barang aje. Ada apa-apa ke?

3. Kalau kes dadah tu, PG lihat ada juga sesekali atau kadang-kadang , Kastam ada merampas serta menangkap pengedarnya sekali. tapi kalau bab arak / minuman keras dan rokok boleh dikatakan tak pernah le ada tangkapan terhadap penyeludup 2 barang ini.

4. SPRM , kalau boleh tengok-tengok sikit operasi Kastam ini. Macam-macam cerita di luarni dengar. Satunya ialah kalau dapat rampasan barang aje, tanpa tangkapan orang , maka sumber ( dan lain-lain le ..... kih kih kih ) akan mendapat duit ganjaran dengan cepat. Kalau ada tangkapan, kata mereka lambat sikit. Sehingga habis bicara lah baru wang hadiah / ganjaran dapat kepada pemberi maklumat ) dan ......... Tahu , tahu aje le !!!!

5. Jadi kepada ketua di jabatan Kastam ini, lihat le sikit anak buah bekerja dan buat operasi ini. Jangan bekerja di karpet merah aje. Sesekali buatlah spot check. Bukannya salah. Takkan bodoh sangat pegawai kastam nak fikir dan rancang operasi mereka bagi merampas dan menangkap penyeleudupnya sekali. Kalau rampas juga tanpa tangkapan maknanya pegawai perancangnya kira bodohlah . Tak gitu?

6. SPRM, tolong lah jenguk-jenguk sikit. Sakit hati kami di luar ini. Kami bayar cukai. jadi biar kerja tu , berpadanan dengan gaji hasil dari cukai pendapatan kami tu. Jangan makan kedarah gaji haram . Suroh kerja tapi buat main-main. tak sepenuhnya !!!

Nota : Bukan semuanya pegawai dan anggota kastam begitu, cuma isunya itulah. Mengapa 99 % rampasan dua barang ini tak ada tangkapan orang. Kes dadah boleh pulak rampas dadah dan tangkap orang nya sekali. Itu isunya !!!

Nota 2 : Alasan yang diberi oleh Kastam bahawa penyeludup berjaya melarikan diri tiap kali operasi dibuat adalah alasan bodoh belaka. Segala bot, kereta, peralatan, latihan semuanya canggih kastam ini. Jadi patut ke rampasan tanpa tangkapan. Banyak sangat peratusan gagalnya. ... Itu isu keduanya !!!!

PETA PELAYAR