
Tahanan lari: KP imigresen akur jika ditukar
Ogos 2, 10 6:18pm
Ogos 2, 10 6:18pm
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden membabitkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Ahad. Berita lanjut : KLIK. Juga KLIK
Penghuni Gua : Menteri sudah bagi kata dua kepada KSU Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Imigresen. Pada PG bagi kata satu sudah cukup. Tindakan yang perlu bukan lagi kata dua , atau kata tiga atau kata empat.
2. Hanya satu kata aje sudah memadai. Letih sudah kami di luar ini mendengar amaran demi amaran dan kata dua hingga kata ke sepuloh. Tukar aje KP Imegresen ini. Habis cerita. Lebih baiknya tukar dengan pegawai kanan polis bagi mengambil alih jawatan sebagai KP Imegresen.
3. Bukan sekali dua perkara ini terjadi. Kejadian lari dan merusoh di pusat Tahanan Menggatal Sabah juga sudah berapa kali. Mahang Kelantan pun sama dan banyak lagi kejadian lain terjadi melibatkan imigresen.
4. KP Imigresen boleh ditukar dan digantikan dengan pegawai kanan polis. Ia tak mustahil dan sebelum pada ini pun sudah banyak kali polis mengambil alih beberap pos penting dan berjaya menyelesaikan masalah di jabatan-jabatan tertentu. Contohnya semasa Tun Mahathir, KP Penjara juga di ganti sebanyak dua kali oleh pegawai kanan polis iaitu Dato Yassin dan dato Zaman Khan, Tan Sri Bakri pernah mengambil alih jawatan sebagai bos Malaysia Airport Berhad, dan banyak lagilah termasuk pusat-pusat serenti di seluroh negara yang mana pernah diambil alih oleh pegawai kanan polis. Semuanya boleh dikatakan berjaya memulihkan keadaan di tempat-tempat dan jabatan berkenaan.
5. Jadi apa salahnya kerajan menggunakan model tersebut bagi mengatasi masalah ini? Pihak polis lebih mahir dalam mengekang dan menguatkuasakan perkara-perkara seperti ini iaitu yang berkaitan dengan tahanan. Walau pun ada cacat dan kelemahan di sana sini tetapi sebagai jalan dan jawapan sementara, apa salahnya sistem dan kaedah ini digunakan semula. Selepas keadaan kembali terkawal, maka ia , KP imigresen ini mungkin boleh diambil alih semula oleh PTD.
6. Mengapa perlu tunggu. Segerakan tindakan sebelum imej kerajaan menjadi semakin buruk atas sebab kelemahan dan tiada kesungguhan mereka yang diberi amanah untuk menjaganya.
7. Apa tunggu lagi...............Tukar aje. Yang bertanggung jawab seperti Penjaga pusat tahanan Imigresen di KLIA tersebut wajib diambil tindakan keras sehingga kepada buang kerja atau dituduh di bawah seksyen 223 kanun keseksaan kerana dengan cuai melepaskan tahanan lari dari tahanan yang sah. Mengapa tidak!!!Wajib mereka ini dituduh di mahkamah agar menjadi pengajaran kepada yang lain.
8. Jangan beri mereka makan gaji buta aje................... Menyampah...........................
