FOLLOWERS

Showing posts with label KESELAMATAN / SG BESI. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN / SG BESI. Show all posts

Sunday, 29 May 2011

APA LAGI NAK DIJUAL LEPAS INI ????





TAMPIN 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kawasan Sendayan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi yang akan ditutup tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, maklumat lengkap mengenai pemilihan Sendayan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Seremban itu akan diumumkan kelak. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Apa lagi yang nak dijual bagi memuaskan nafsu korporat? Perkara dan pengkalan bagi keselamatan negara pun nak dijual. Apa lagi selepas ini?

2. Sampai bila tempat-tempat keselamatan nak dikorbankan. Lepas Sendayan, jika semdayan maju kelak dalam 100 tahun lagi dan korporat nak pulak sendayan, adakah pengkalan di sendayan pun nak dijual? Kemudian pengkalan Tentera Udara akan dihambat ke hutan lagi. Kemudian ke mana lagi?

3. Kalau betul alasan Pengkalan Sg Besi dah usang dari segi alatannya seperti yang dikatakan oleh Panglima Tentera Udara 2 hari lepas, adakah itu boleh menjadi alasan untuk ia dijual kepada swasta? Tak bolehkah Sg Besi dibangunkkan dan dinaikkan tarafnya bagi kegunaan Tentera Udara?

4. Bagi tahu PG, mana ada negara yang korbankan pebgkalan tentera nya kepada swasta? Ada ke US buat begini? Adakah Thailand buat begini? Tak ada ?

5. Pusat Latihan Polis pun nak dijual kepada Swasta kalau ikut pelan terdahulu. Semuanya tempat yang amat strategik bagi menjaga keselamatan negara. Sebab itu " Mat Saleh " dulu mendirikannnya di situ termasuk MINDEF.

6. Kini, senang-senang aje kita menjualnya bagi memenuhi nafsu korporat tanpa memikirkan tentang keselamatan negara.

7. Apa lagi selepas ini ? Adakah kerajaan tak ada pilihan lain dan akal lain selain dari korbankan perkara keselamatan hanya untuk memenuhi nafsu korporat yang selamanya tidak pernah puas?

8. Bab ini memang PG amat meluat dan benci !!!!! Fikirkan semula cadangan ini !!!! Fikirkan nya dari segi keselamatan, sejarahnya, strategiknya. Dulu Stadium Merdeka yang bersejarah hampir nak dikorbankan. Penjara Pudu dah menyembah bumi. Adakah semuanya hanya kerana keuntungan wang ringgit ? Banyak lagi ruang dan tanah di KL ini. Mengapa pilih Pengkalan Tentera Sg Besi ?

PETA PELAYAR