FOLLOWERS

Showing posts with label KESULTANAN. Show all posts
Showing posts with label KESULTANAN. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

PADAN MUKA !!!!!!




AKIBAT banjir yang melanda Bangkok, seorang pesara pemandu teksi yang didakwa menghina monarki Thailand hanya dapat mendengar keputusan hakim melalui persidangan video yang disambungkan dari mahkamah ke bangunan penjara tempat dia ditahan.

Namun disebabkan sistem audio yang kurang jelas, seorang kakitangan penjara yang duduk di sebelah Ampon Tangnoppakul, 61, terpaksa menelefon pegawai mahkamah untuk bertanyakan keputusan hakim.

''Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun,'' ujar pegawai mahkamah berkenaan.

Hancur luluh warga emas itu mendengar keputusan itu. Pipinya basah dengan air mata. Perasaan hiba turut dirasai oleh kaum keluarganya terutama isterinya, Rosmalin dan para aktivis yang berada di sekelilingnya.

Hakikat bahawa dia akan meringkuk selama 20 tahun di penjara perlu diterimanya mulai 24 November lalu iaitu tarikh dia disabitkan bersalah menghantar mesej berunsur penghinaan terhadap raja negara Gajah Putih itu.

Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang lebih dikenali sebagai undang-undang lese majeste (menghina institusi diraja) dan dua lagi di bawah Seksyen 14 Akta Jenayah Komputer.

Ampon yang berketurunan Cina kemudian dihukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Hukuman berat terhadap Ampon itu merupakan perkembangan mutakhir dalam senario peningkatan kes seumpama itu di Thailand yang menguatkuasakan undang-undang yang memperuntukkan hukuman berat terhadap kesalahan menghina Raja Bhumibol Adulyadej, 83, dan kaum-kerabatnya.

Sebelum ini, beberapa warga asing turut dihukum atas kesalahan yang sama tetapi mereka kemudian segera diberi pengampunan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Bagi kes terhadap Ampon, menurut seorang daripada peguamnya, Poonsuk Poonsukcharoen, anak guamnya itu sama sekali menafikan telah menghantar mesej tersebut.

''Dia berkeras menyatakan bahawa dia langsung tidak tahu menghantar mesej. Dia juga menekankan bahawa dia begitu menyayangi Raja,'' kata Poonsuk.

Kandungan mesej yang kononnya dihantar kepada setiausaha peribadi Perdana Menteri Thailand ketika itu Abhisit Vejjajiva bagaimanapun tidak didedahkan di mahkamah.

Hakim Chanathip Muanphawong dalam keputusannya menyatakan, pihak pendakwaan telah menunjukkan bahawa Ampon telah menghantar mesej yang memburuk-burukkan dan menghina raja serta permaisurinya, Ratu Sirikit pada 9, 11 dan 22 Mei 2010.

Dalam kes itu, pihak polis telah berjaya mengenal pasti data daripada mesej tersebut datang daripada telefon bimbit Ampon. Pesara tersebut pula tidak dapat mengemukakan saksi pakar bagi mengukuhkan dakwaannya bahawa data tersebut telah dipalsukan.

Selain itu, Ampon gagal menampilkan saksi-saksi bagi menyokong dakwaan bahawa dia tidak tahu menghantar SMS.

Hakim Chanathip turut menolak dakwaan Ampon bahawa telefon bimbitnya sedang diperbaiki pada masa mesej-mesej itu dihantar pada sekitar pertengahan tahun lalu yang menyaksikan tercetusnya pergolakan politik di kota Bangkok.

Pada masa tersebut, kritikan terhadap sistem monarki negara tersebut telah memuncak sehingga kerajaan Thailand pada awal tahun ini terpaksa menubuhkan sebuah 'bilik perang' untuk menutup laman-laman web yang menyiarkan bahan-bahan yang menghina keluarga diraja.

Penghuni Gua
: Ini aje cara mengajar mereka yang serupa dengannya. Biar kecil sikit otak dan kepala mereka.

2. Fikirkan !!!!

Friday, 30 April 2010

CARA THAILAND MENGAJAR MEREKA YANG KEPALANYA SEMAKIN BESAR !!



BANGKOK 30 April - Seorang ahli perniagaan di Rayong ditahan polis selepas didakwa memaparkan mesej menghina monarki Diraja Thailand di laman sosial Facebook.

Selain mesej itu, lelaki yang juga dikenali sebagai Wipas itu, turut memaparkan mesej yang mampu mengancam keselamatan negara.

Pengarah Siasatan Khas, Jeneral Tharit Pengdit yang dipetik Bangkok Post berkata, Wipas atau nama sebenarnya Kong, Raksakulthai, 37, juga merupakan ahli Pemimpin Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) di Rayong. - Utusan

Penghuni Gua : Ini yang sepatutnya dicontohi Malaysia. Contohi negara Thai ini. Jangan kata nak menyumpah Raja mereka, membuat satu isyarat ke arah gambar Raja mereka pun , padahnya penjara seumur hidup. Tidak mengira siapa. Mereka rakyat Thai ke atau bangsa asing.

2. Ini aje cara mengajar sebahagaian rakyat yang Malaysia yang kelihatannya semakin besar kepala. Setiap hari kepala mereka bertambah besar. Berapa lama lagi kerajaan perlu mengambil masa untuk bertindak bagi mengecilkan kepala mereka ini?

Saturday, 6 June 2009

DIRGAHAYU DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Semuga Duli Tuanku dan Permaisuri terus sihat bertahta dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai Pemerintah dengan adil dan saksama serta di redhai oleh Allah. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

PETA PELAYAR