FOLLOWERS

Showing posts with label KRISIS PERAK 40. Show all posts
Showing posts with label KRISIS PERAK 40. Show all posts

Wednesday, 20 May 2009

NIZAR MB SAH : PANDANGAN PROF DR ABD RANI KAMARUDDIN UIAM



1. Tafsiran Yang Arif Hakim Aziz berbanding tafisran2 yang lain (bhg 2).

2. Tafsiran Baginda Sultan Perak dan bekas Ketua Hakim Negara (beberapa petikan sahaja);
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

3. BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

4. 05 Februari, 2009 16:45 PM
Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

5. Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

6. DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

7. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

8. YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

9. Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

10. Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”
11. Perhatian: Apakah Pakatan Rakyat sudah menduga kekalahan mereka?

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Tuesday, 19 May 2009

NIZAR MB PERAK : PROF DR ABD RANI SEPENDAPAT DENGAN DR SIDDIQ AZANI


1. Sememangnya, Sultan adalah kepala Utama eksekutif,...

2. Sememangnya, Sultan adalah kepala Utama eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Maka DUN duduk dibawah Sultan bukan atas Sultan. Perlembagaan negeri itu adalah titah Sultan dan Dewan itu juga adalah tampuk kuasa Sultan, dan Kehakiman dan Perundangan juga adalah lambang (embodiment)Sultan.
3. Maka apabila speaker dan MB hendak bertindak melebihi Sultan, bukankah itu mencabar kuasa Raja dan kesalahan dibawah seksyen 121B Kanun Keseksaan.

4. Dan jika ianya sesuatu yang menggangu gugat ketenteraman awam bukankakh ISA adalah Undang2 untuk menangani massaalah itu?

5. Maka perlu letak jawatan dalam fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bermaksud dan tidak lain bahawa jika MB Dato Seri Nizar enggan letak jawatan ("degil") setelah kehilangan majoriti bukankah Sultan berhak dan disegi undang2 menyingkirnya?

6. Pada saya Yang Arif Hakim Aziz juga terkhilaf fakta bila mengatakan Dato Seri Nizar tidak kehilangan majoriti. Permintaannya membubarkan DUN adalah keakuran (admission) beliau sudah tidak ada lagi majorit.

7. Perkara ini semakin menjadi jelas. Saya bersependapat dengan pandagan disini bahawa alasan Yang Arif Hakim Aziz terlalu superficial (lebih kulit dari isinya).

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Penghuni Gua : Di paparkan pandangan Prof Dr Abd Rani Kamaruddin di atas di mana pandangannya adalah sama dengan pandangan Dr Siddiq Azani UITM. PG akan terus paparkan pandangan keduanya agar kita semua lebih memahami apa yang berlaku berkaitan krisis di Perak. Kepelbagaian pendapat itu satu hikmah. Semuga kita semua mendapat m,enafaat darinya.

PETA PELAYAR