
Harakahdaily
Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari
Tarmizi Mohd Jam Sat Apr 18, 09 6:04:00 pm MYT
Tarmizi Mohd Jam Sat Apr 18, 09 6:04:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Meskipun keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.
Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.
"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.
Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".
Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.
Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata: "Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan."
Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut.
align="justify">
Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu. Katanya, "Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan".
Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.
Aziz berkata kekaburan dan kekeliruan itu menyebabkan mahkamah terlalu menumpukan kepada isu-isu teknikal dan prosedur yang sepatutnya dibaca dalam konteks teori tadi. Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.
"Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu keputusan itu adalah keputusan yang salah".
Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua: Betul ke tu Prof. Setakat saya mengikuti hujah Prof ini satu pun tak betul dan asyik menyanggah YAA keputusan Hakim saja . Sejak dulu lagi Segala keputusan YAA Hakim dan kerajaan di sanggah dan dikatakan tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan. Banyak kali dah Penghuni Gua mengikuti debat ke artikel dan wacana yang melibatkannya. Satu pun tak ada ada yang betul dibuat oleh mahkamah dan kerajaan.
Bandingkan dengan hujah Prof Dr Rani. Akhirnya Penghuni lihat apa yang dihujahkan oleh Prof Dr Rani adalah benar dan sama dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah. Mungkin kerana Prof Dr Rani ( lihat tulisan dan ulasan Prof Dr Rani di Posting sebelumnya ) membaca undang-undang dan perlembagaan dan Prof Aziz baru ini mengajar dan belajar undang-undang . Itu yang membezakannya.
Semua yang dihujah oleh Prof Aziz setakat ini tak ada satu pun yang betul dan bersamaan dengan keputusan mahkamah. Tetapi apa yang penghuni Gua faham yang mungkin Prof ini tak faham ialah , mahkamah tidak melangkaui bidang kuasa Speaker.
Cuma yang mungkin Prof ini tidak faham ialah beliau tidak sedang semua keputusan Speaker Siva tersebut tidak dibuat di DUN. dari penggantungan dan lain-lain perkara semuanya tidak dibawa ke DUn dan di dalam DUn. Jadi inilah pokok dan asas keputusan YAA 5 orang Hakim yang bijaksana itu , yang tidak ternampak oleh Prof berkenaan. Atau Mungkin.....................................................He he he he he.
