Malaysiakini
Berlaku penetrasi ke atas Saiful - Hakim
KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi di sini dalam alasan
penghakiman penuh kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful
Bukhari Azlan, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas
pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.
Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi
pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr.
Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd. Saiful
Bukhari mengandungi sperma 'Lelaki Y'.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah (gambar) bagaimanapun berkata,
disebabkan tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti
sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.
Penghuni Gua : Jadi bacalah penghakiman penuh kes ini di Laman Wen Jabatan Kehakiman Malaysia. Baru kita tahu siapa lelaki Y dan aktiviti gelapnya. Dia dilepaskan tu bukan tak bersalah.... tetapi YAA Hakim rasa tak selamat untuk sabitannya kerana " keterangan sokongan tak ada selain bukti DNA " . Tapi kalau di barat dan di US dan di seluroh dunia maju, bukti DNA dah boleh berdiri dengan sendirinya dan tidak memerlukan bukti sokongan. Hanya memadai dengan DNA aje. Tapi tak apalah. Yang pastinya lelaki Y disahkan mengentot Saiful. Fikirkanlah!!!!!!!!!
