FOLLOWERS

Showing posts with label LIWAT DSAI / ULAMA JAHAT. Show all posts
Showing posts with label LIWAT DSAI / ULAMA JAHAT. Show all posts

Friday, 25 December 2009

DSAI DI SAMAKAN DENGAN NABI LUTH : LIHAT ULASAN ULAMA JAHAT INI !





BUKIT SEGAMBUT, 24 Dis: Dr. Wahbah Az-Zuhaily menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa yang tidak senang baginda.Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di sini malam tadi.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

"Tidak semua yang diperjara itu bersalah...seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh," jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.

"Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya...semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s," jelasnya.

"Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.".....................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sedapnya ulama ini menyamakan DSAI dengan Nabi Allah Luth. Siapa ulama ini yang boleh dengan begitu senang membuat perbandingan dengan nabi Allah Luth? Ulama ini tahu ke fakta sebenar ke s liwat DSAI ?

2. Adakah beliau mengetahui bagaimana kes liwat DSAI yang terdahulu. Sekadar boleh membaca khutbah, baca ayat Quran dan Hadith di depan khalayak maka sudah boleh gulungkan DSAI itu setara Nabi-nabi dan orang alim.

3. Inilah contoh ulama jahat yang hanya mengambil kesempatan bagi tujuan tertentu dan mudah dikaburi dengan nikmat dunia. Sebab itu Allah masih belum izinkan lagi gulongan ini berkuasa di bumi Malaysia hatta di zaman Moden ini pun di seluroh dunia masih belum ada gulongan ini berkuasa penuh dan memerintah mengikut seperti mana impinan mereka.

4. Mengapa? Kerana kalau beginilah sikap ulama dan mereka yang seperti nya, maka rosaklah bumi Allah ini. Hanya dengan mendengar sebelah pihak maka beliau begitu mudah menjatuhkan hukuman kepada pihak satu lagi. Jika orang sebeginilah menjadi pemerintah , maka rosaklah bumi Allah ini. Hukum Allah dan bercakap tentang islam hanyalah mainan di bibir dan cakap ikut sedap hati dan rasa. Adakah ini contoh pewaris nabi?

5. Pada PG , maaflah. Baik ulama ini mahupun ulama yang dipihak satu lagi tu pun, tak ada perasaan hormat langsung PG pada mereka. Mereka bercakap tanpa fakta dan berpihak. Mungkin ini yang di ajar oleh islam cara mereka.

6. Apa kesannya dan persepsi masyarakat terhadap kerajaan dan kes ini serta Saiful sendiri? Ulama ini tak ada akal fikiran atau masih waras lagi atau tidak? Sewajibnya kalau ulama ini ingin mengulas mengenai isu liwat DSAI, beliau sepatutnya berjumpa atau bertanya khabar dengan Saiful terlebih dahulu agar maklumatnya lebih seimbang dan lebih adil.

7. Adilkah ulasan ulama ini? Inilah ulama jahat namanya. Mungkin ulama ini hidup di zaman batu yang masih belum mengetahui kelebihan DNA yang dijadikan Allah untuk kepentingan kita semua umat manusia. Atau memang sengaja untuk beliau memekakkan telingannya.

8. Bab DSAI, PG memang tidak hairan langsung kerana beliau akan menggunakan apa cara pun dan sanggup memperkudakan siapa pun bagi membentuk persepsi masyrakat bahawa beliau tidak bersalah dalam isu liwat. Ulama ini dilihat oleh DSAI boleh digunakan olehnya untuk faedah beliau dalam jangka panjang.

9. PG pada mulanya memang malas nak mengulas isu ini kerana telah diulas oleh Blog Dr Siddiq Azani dan bebarapa blog lain . Tetapi rasa bersalah pula sekiranya PG tidak meluahkan pandangan bagi membetulkan pandangan ulama jahat ini.

10. Mungkin ulama ini tersilap atau mungkin wartawan Harakah Daily tersilap dalam memetik ucapan dan ulasan ulama ini. Mungkin ulama ini mengatakan bahawa kes liwat DSAI ini sama dengan kaum Nabi Allah Luth bukan sama dengan Nabi Allah Luth. Kalau begini , PG setuju benar. DSAI sama dan saling tak tumpah dengan kaum Nabi Allah Luth.

11. Semuga dengan paparan ini, mereka yang masih muda faham kedudukan DSAI yang sebenarnya dan jangan sesekali fikiran anda dipesongkan dengan begitu mudah oleh peliwat ini dan kumpulannya.

12. Kepada Ulama ini : Pesanan PG , kalau tak tahu hujung pangkal dan bukti tiada di tangan baik anda diam. Jika tidak ke neraka lah anda walau sebesar mana pun serban dan jubah yang membaluti tubuh anda.

PETA PELAYAR