
Pada jam 330 petang tadi PG sekeluarga pergi menikmati mee sup paling sedap di Melaka. Ia dikenali di Melaka sebagai mee sup bodoh. Sebabnya hanya ada mee kuning, kuah sup dan sikit / kemetot aje ayamnya di lerai halus-halus. Itu je le. Tapi sedapnya.... waow.
2. Gerai ini bolehlah dikatakan gerai 1Malaysia. Semua bangsa kunjunginya. Sentiasa penuh. Terletak di sebelah masjid paling tua di Melaka iaitu di sebelah Masjid Tengkera . Waktu dibuka pada semua hari kecuali jumaat. Dibuka dari jam 3 hingga 530 petang. Lambat habis. Gigit jari le.
3. Jika datang ke Melaka , tidak mengunjungi gerai ini , dikirakan kunjungan anda ke Melaka tidak lengkap.
4. Sudah 20 tahun PG dan keluarga menjadi pelanggan tetap gerai ini. Datang, Jangan tak datang.
