Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.
Ini berikutan laporan berita yang dikatakan disiarkan di sebuah akhbar di Australia Barat yang mendakwa bahawa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Kena pada diri sendiri, Malaysiakini bukan main hentam bloggers Pro BN dalam isu anak LGE. Kononnya blogger Pro BN tak beretika dan tak sekolah tinggi. Tapi kini bila mereka dok dedahkan hal anak PM tak apa pulak.
2. Wartawan Malaysiakini baru-baru ini siap buat satu artikel penuh untuk menyerang bloggers BN. Habis dicaci dan maki hamun bloggers BN kerana menjadikan anak LGE mangsa politik kononnya. Bila mereka membawa isu anak PM tak apa pulak.
3. Itulah Malaysiakini dan bloggers PR. Kuman seberang laut nampak. Gajah depan mata tak apa pulak.
4. Mereka jadikan anak dan kelaurga PM sebagai isu politik tak apa. Jika bloggers BN buat mereka kata haram.
5. Mereka ini baik Malaysiakini atau bloggers Pakatan , semuanya wartawan dan bloggers tahi minyak aje. Cakap aje lebih. Habok pun tak ada.
6. Cermin diri sendirilah........................... Kalau tak mahu orang lain buat, kita sendiri jangan buatlah .......................
7. Tak gitu ?
Nota : Kalau ye pun, anak PM berbelanja besar...........lantak dialah. Bukan dia guna duit anda semua. Dah dia mampu................dia punya pasal. Apa kita nak sibok-sibok.
